Hakikat Kucing


Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera buat seluruh pengunjung teratak maya ini. Apa khabar para pembaca?

Pertama-tamanya, kami dengan terbuka memohon maaf kerana ketiadaan artikel baru selama hampir 2 bulan kami menyepi. Alhamdulillah, setelah hampir sebulan kami terlalu sibuk dengan kerja-kerja luar, hari ini kami berpeluang sekali lagi untuk bermesra kembali dengan para pembaca. Kami berharap, ketiadaan kami selama hampir 2 bulan ini tidak mematahkan hati para pembaca untuk terus setia membaca disini.

Sebagai pengubat rindu, kami sajikan kepada anda sebuah artikel yang ringan dan santai. Artikel kali ini berkaitan dengan Kucing, iaitu
haiwan yang paling disayangi oleh Baginda Rasulullah SAW. Kebetulan juga kami merupakan pencinta kucing, dan memelihara kucing secara sambilan.

Oh ya, sebelum terlupa. Artikel Penutup bagi Huraian Ajaran Sesat akan dipostkan tidak lama lagi, InsyaAllah. Diharap para pembaca bersabar untuk menantikan artikel terakhir tersebut. Doakan kami agar terus tabah dan diberi kekuatan untuk menulis di alam maya ini. Doakan setiap usaha kami disini membawa berkah dan Rahmat untuk seluruh ummat Melayu-Islam ini Khususnya dan buat seluruh ummat Islam amnya.

Kami sajikan juga kepada para pembaca sedikit koleksi gambar-gambar kucing yang kami simpan termasuklah gambar kucing yang kami bela sendiri. Semoga tibur (terhibur).... :)


Peringatan: Kalau bela kucing, jangan kurung dia dalam sangkar lama-lama. Kucing juga mahu kebebasan... Hidup Kucing! ^ ^



----------------------------------------------------------------------------

(Dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing gemuk)


Hakikat Kucing

-Makanan kesukaan kucing ialah Ikan.
Tapi kucing tidak pernah pun pergi memancing ikan atau menangkap sendiri ikan di laut.
Hal itu memang tidak dapat dilaksanakannya...

-Untuk dapat menikmati ikan, apa yang akan dilakukan oleh sang kucing?



(Telatah kucing yang comel sering menghiburkan kita. *Gambar, terima kasih kpd Sopor, evolusimuzikmalaya)


-Yaa...! Kucing hanya perlu menggesel-geselkan dirinya kepada tuannya, dan memanjakan dirinya kepada tuannya.

Maka dengan belas ihsan dan kasih tuannya, kucing akan diberikan Ikan sebagai santapannya.


(Kadang-kadang, disebalik telatah seekor haiwan, terselit pengajaran yang ingin Allah SWT sampaikan kepada kita)


Begitulah juga dengan dirimu...

-Untuk mendapat kehidupan yang baik, apa yang perlu kamu lakukan??

Yaa...! Hendaklah kamu mendekati Tuan dan Tuhanmu. Iaitu ALLAH SWT Yang Maha Esa dan Maha AGUNG!

-Kenalilah, dekatilah dan bermanjalah denganNYA!
Nescaya kelak, kamu akan disayangi dan diRahmatiNYA.
Dikau pasti akan dikurniakan rezeki yang tak disangka-sangka...



(Like father, like son)


-Jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki tanpa izin Tuanmu...!


-Lihatlah, bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan...
Walaupun kucing dapat ikan, tetapi tuannya telah marah dan bengang padanya.
Maka, jika begitu.
Apalah gunanya dapat ikan tanpa kasih dan sayang dari seorang tuan???


-Tapi bila si tuan dapat tangkap kucingnya yang mencuri ikan itu, tak sampai hati juga nak dihukum sang kucing yang mencuri ikan itu dek kerana akhirnya kucing itu kembali bermanja (meminta belas kasihan dan keampunan dari tuannya) dengan tuannya.

-Begitulah kita manusia, walau sesat macam mana kita, walau jahat macam manapun kita, sejauh mana kita lari dari landasan agama, kita tetap akan kembali kepada tuan kita. Jika kita kembali, Ar-Rahman tetap akan menerima kita asalkan hati kita ikhlas untuk kembali (memohon taubat) kepada ALLAH SWT.



(Maafkan saya tuan, saya tak sengaja curi ikan)


(Kucing kesayangan kami, comel kan?)


(Kalau terjumpa kucing ni dimana-mana, tegur-tegurlah ye)

(Kapak bukan sebarang kapak, kapak datang dari Gombak, nampak bukan sebarang nampak, nampak kucing teringat Bradokapak)


(Gaya, mutu, keunggulan)


(Kegemukan sering menjadi penyebab kepada malas beribadah, melainkan orang yang sudah sampai ke tahap nafsu mutmainnah)


*Sayangilah haiwan, nescaya haiwan sayang padamu. Sayangilah manusia, nescaya manusia rindu pada kehadiranmu. Sayangilah TUANmu, nescaya TUANmu akan kasih pada dirimu...

Salam Hormat daripada kami, warga kerja bradokapak.blogspot


p/s: Kucing Rasulullah SAW bernama Muezza, kucing kami Si Putih...


Terima Kasih kepada:
1) Awe Mesir, yang telah meminjamkan kamera beliau.
2) Sopor dari EvolusiMuzikmalaya, yang sudi memberi 2 keping gambar diatas.
3) Zaizi Azwan, yang menyumbangkan gambar 'like father like son' diatas.
4) Fatin Akil yang menyumbangkan gambar kucing gemuk.
5) Page Kami Sayang Kucing yang telah menjadi inspirasi kisah diatas.
6) Sdr Zukhairi yang telah menambah sedikit input.
7) Sdr Hailmy Ghazali yang telah menyumbangkan pantun ringkas diatas.
Dan terima kasih kepada pakcik google atas ihsan beberapa gambar yang lain. :)



Sekian.
Wassalam...
Khamis, 12.00 tengah malam, 5 Mei 2011.

5 comments:

  1. Comelnya kucing anda.

    Saya suka kucing!



    -Malaraja of Hamsawati

    ReplyDelete
  2. Tak kenal, maka tak cinta,
    Tak rasa, maka tak fana',
    Dah kenal, rindu padaNya,
    Dah rasa, mahu kembali kepadaNya...

    ReplyDelete
  3. bestnya artikel ni! sangat memberi pengisian hati di hari jumaat ^_^

    alhamdulillah..terima kasih!

    ReplyDelete
  4. Semalam, kt pasar mlm, mkn satu aiskrim, share dgn ibu(kucing liar) mengandung.Dia krim+kon hampir separuh dr kuantiti aiskrim. Nanti anak dia dia kluar, tentu manis-manis belaka...

    ReplyDelete
  5. amat suka pantun sdr abdelhmyd.....

    tak kenal maka tak cinta
    dah kenal rindu padanya
    hanya yg dah rasa tahu maknanya
    yg belum sila lah berusaha

    ReplyDelete