- May 8, 2011
Selamat Hari Ibu
Salam Buat semua pembaca.
Kami warga kerja bradokapak.blogspot mengucapkan Salam dan Selamat Hari Ibu 8 Mei 2011 buat ibunda tercinta kami khususnya dan buat para ibu, mak, umi, mami dan mama yang membaca blog kami. Tak lupa juga buat seluruh para Ibu yang telah 'pergi', kami hadiahkan Al-Fatihah buat kalian...
Sambutan hari ibu hanyalah sekadar simbolik menghargai jasa seorang ibu. Tetapi, yang perlu kita ingat adalah 'setiap hari adalah hari ibu'. Buat para perantau, rajin-rajin telefon ibu dikampung halaman. Yang sudah berkahwin, jangan lupa jasa ibu dirumahnya, tanpa mereka siapalah kita. Yang belum berkahwin pula, rajin-rajin tolong ibu jenguk-jenguk dia, jaga hati mereka, raikan hatinya, kerana merekalah ratu hati kita...
Walaupun seorang ibu itu pengemis, namun jasanya sangatlah besar. Kerana, dari merekalah lahirnya seorang Ulamak, Perdana Menteri, Sasterawan, Doktor dan orang-orang yang berilmu.
Ibuuu... Kaulah, ratu hatiku... ^ ^
Sekian.
Wassalam...
Isnin, 9 Mei 2011, 12.10 tgh malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
brado,
ReplyDeleteden nak tanyo camno dgn sejarah hari ibu yg den ado baco berkait dgn sambutan yg dimulakan oleh kristian utk meraikan mother mary (mak jesus aka maryam ibu nabi isa a.s).. niat kita mmg la bersih meraikan ibu yg terlalu banyak jasanya pd kito2 ni.. tp xpo ko asalnyo perayaan ni dari agama kristian.. sekian
Salam saudara Anon May 9 2011 2:21 PM,
ReplyDeleteTerima Kasih kerana bertanya. Satu soalan yang baik.
Pertama, perlu kita ketahui bahawa sambutan Hari Ibu adalah berlainan tarikh setiap tahun dan berbeza tarikh bg setiap negara. Misalnya kita di Malaysia menyambutnya pada 8 Mei 2011, tetapi di Indonesia mereka menyambutnya pada 22 September 2011.
Tentang artikel yg saudara sebutkan tsbt, sy ada terbaca juga. Beberapa orang rakan fb sy telah 'tag' sy artikel tsbt. Dan permasalahan ini telah dijawab oleh beberapa org Ust dan rakan sy yang lain.
Secara mudah, pada hari ibu ini ia adalah simbolik bagi memperingati jasa ibu kita. Tentang asal usul hari ibu pula, sambutan hari ibu telah bertukar dari zaman ke zaman. Jadi kita dizaman ini mengenang jasa ibu kita, bukannya meraikan perayaan agama lain.
Berbeda dgn sambutan Valentine, ia adalah memperingati Valentine tsbt disamping meraikan kekasih (kebanyakan yg menyambut valentine adlh yg blm berkahwin), bukannya memperingati jasa suami isteri yg berkasih secara sah.
Jadi, sesuatu sambutan itu bergantung kepada cara sambutannya, adakah sesuatu sambutan itu menyerupai mana-mana kaum atau mana-mana agama selain Islam? Dan sesuatu sambutan itu dibolehkan selagi mana tidak melanggar mana-mana hukum Syarak.
Berkebetulan pula, menyambut hari ibu ini sekurang-kurangnya akan membuatkan ibu kita sejuk hati. Berbahagia bg mereka yg meraikan ibunya pada setiap hari. Bg yg berjauhan drpd ibunya, pd hari ibu ini blhlah dijadikan sbgi hari istimewa utk ibunya. Bukankah menggembirakan hati org tua kita terutama seorang ibu adlh dianjurkan Islam? ^ ^
Terakhir, terpulang pada individu masing-masing sama ada hendak menyambut hari ibu atau tidak. Jika tidak mahu, maka ia telah mengambil jalan berhati-hati drpd terikut-ikut budaya lain. Jika ya, maka ia telah mengambil jalan utk menggembirakan hati ibunya. Apapun, setiap hari adalah hari ibu... :D
Semoga jwpn yg ringan drpd sy ini dpt memberi manfaat buat saudara dan para pembaca yang lain. AllahuA'lam.
Sekian.
Wassalam.
Oh ya, kebetulan pula Ust Nor Amin sudah menulis artikel tentang soalan spt yg saudara ajukan diatas.
ReplyDeleteIni linknya: http://www.ustaznoramin.com/2011/05/betul-ke-perayaan-hari-ibu-dari-agama.html
Jadi, terpulang pada individu itu sama ada hendak meraikan Hari Ibu atau tidak. Lihat kembali pada niatnya, cara sambutannya, adakah ia bertentangan dengan Syarak atau tidak? Jika tiada permasalahan, maka ia boleh dilaksanakan.
AllahuA'lam.
Sekian.
Wassalam...
salam brado..
ReplyDeletetq for the answer.. jawapan ringan brado memuaskan kehendak otak den :D
salam
Sejahtera buat semua...
ReplyDeleteKalau aku m*mp*s aku tak sambut.
Hujjah Ustaz tu tak study lengkap (pemalas) ilmu agama tentang trinity,trimurti,tritunggal,tri in one ada dalam banyak agama kuno dan pagan,turun temurun silih berganti...
Sambut hari ibu dalam kaedah agama kafir bukan saja sambut diri zahir Sis Mary herself...tapi Tuhan Keibuan yang ada dalam diri dia.Kalau anda biasa dengar Sun Day..sama juga dengan Mother Day itu tadi...Sun Day menyambut/masa penyembahan pada tuhan matahari sementara Mother Day tadi menyambut masa penyembahan pada Tuhan ibu.:p
Dari konsep ibu inilah lahirnya kepercayaan Triniti tu...dalam agama pagan,mesopotamia,hindu dlln....semua konsep akan sampai kepada nilai Tuhan Ibu itu tadi..dari Tuhan ibu lahirlah tuhan2 kecil dari kepercayaan itu tadi.Anda tahu cerita Herculis...hahaha...dia adalah anak kepada siapa agaknya...? sila kaji...Lagi satu dalam agama hindu LEMBU betina pun dianggap ibu....emmmbohhhh!!!!:P
Katakanlah anda buat tak kisah dan beranggapan ini cara sambut ikut kepercayaan aku kerana kasih pada ibu.Maka anda pun sambut kerana niat anda tak ikut cara pagan tadi.Tetapi bagaimana dengan anak2 anda,mungkin satu masa dia akan menerima TOTAL konsep pagan tadi,kerana memang itu asal usulnya sejak zaman kuno lagi.Sungguh tipu daya Dajjal sangat halus...
Persoalannya yang lain ADAKAH IBU ANDA TUHAN? astaga....
:) Salam...
Mother Day = Mon Day
ReplyDeleteSaturday--->Sunday----> Monday.
Saturn(anak)----->Bapa------>Ibu
salam pd anon yg melabel ustad xstudy lengkap tuh
ReplyDeleteamboi pumpang2 ckp(pdahal ayt mcm copy paste je )
skali last2 sebot astaga~
nabi mne ajr ko sbut astaga?
nabi muhammad ajar astafirullahalazim
bahasa ko ckup da melambangkan akidah ko
pd tuan rumah~~jwpan anda sgt ringkas n padat..terbaek
Assalamualaikum...
ReplyDeletePada Saudara lolo86 pun sama juga,kami ingin nasihatkan jangan suka menilai akidah orang.
Apakah saudara menuduh ano 12.20 Pm tu sebagai KAFIR hanya semata2 membaca komennya???.Bagi aku komennya sangat bernas.Kalau saudara kata itu c&p ,itu pun bagus,ia sangat berguna pada kami kerana ini pertama kali kami mendengarnya.Tak pernah ustaz menceritakan triniti itu pada kami.
Jangan sukar mengkafirkan orang.Kalau orang tu tak kafir tuduhan itu kembali semula ke awak.
Salam buat para pembaca,
ReplyDeleteBuat Anon May 10, 2011 12:02 PM dan Anon May 10, 2011 7:13 PM,
Maaf saudara, saya kurang jelas dengan apa yang suadara tuliskan. Panggilan Ustaz tu ditujukan kepada siapa? Kepada kamikah atau kepada Ust Nor Amin?
Dan tumpang tanya, adakah hal-hal yang saudara tuliskan juga adalah salah satu cabang daripada kajian Teori Konspirasi?
Buat Saudara Lolo86,
Mohon maaf saudara, sedikit teguran daripada saya. Jangan kita terlalu mudah bersangka-sangka. Kerana kebanyakan perpecahan yang berlaku dikalangan ummat akhir zaman ini adalah kerana sering 'bersangka-sangka' sesama kita.
Sama-sama kita perbaiki diri, andai saya ada tersilap dalam mana-mana bahagian, sudi-sudi untuk menegur saya pula. Moga-moga kita tergolong dikalangan ummat akhir zaman yang akan membawa kembali sinar Islam di dunia ini.
Buat Anti Ustaz Malas,
Bertenang saudara, Sdr lolo86 pun tiada menuduh mana-mana anon sebagai kafir. Jadi, jangan kita menjadi orang yang cepat marahnya dan cepat pula tuduhannya.
Jangan SUKA mengkafirkan orang.
Peace! :)
Sekian.
Wassalam.