Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar, Sayyidina Wa Nabiyyina Wa Zukhrina Wa Maulana Muhammad SAW, Penghulu sekalian para Nabi, Guru yang paling Mursyid, pembawa khabar gembira dan Rahmat bagi sekalian Alam. Al-Fatihah buat Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, semoga kita senantiasa dalam kasih dan kecintaan kepadanya dan beserta mendapat Syafaatnya di hari penghisaban kelak. Amiin...
Di kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga kerja bk.blogspot ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Illahi kerana telah menjadikan Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW sebagai Nabi kami. Alhamdulillah, beruntun rasa dihati kerana dapat menjadi ummatmu Ya Rasulullah. Engkaulah GURU YANG PALING MURSYID! Kerana denganmu lah kami dapat merasakan nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Kerana mu, Ya Rasulullah, kami dapat menikmati hidup secara bersyariat di alam ini.
Juga setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan Terima Kasih kepada ibu bapa kami yang telah melahirkan kami, mendidik kami mengenal Alif, Ba, Ta, mengajar kami membaca. Terima Kasih mak, Terima Kasih ayah! Kalianlah guru mursyid terulung dalam hidup kami!
(Selamat Hari Guru, 16 Mei 2011 daripada kami warga kerja bk.blogspot)
Sekalung penghargaan dan Jutaan Terima Kasih buat para mursyid kami, para guru kami, para cikgu-cikgu kami, serta seluruh insan yang pernah mengajar kami tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Setinggi-tinggi Terima Kasih buat kalian, kerana tanpa kalian siapalah kami? Semoga kalian terus tabah dan kuat dalam mendidik anak mu ini, demi Agama, bangsa dan Tanah Air. Ilmu, budi, bakti dan jasa kalian kan kami kenang hingga akhir hayat...
Bagaikan buih dilautan badai,
Ilmu ditabur akhlak dikalung,
Bagaikan sinaran mentari pagi,
Menabur bakti jasa dikenang...
Seorang guru yang sebenar bukanlah guru yang mengajar anak muridnya untuk lulus peperiksaan semata-mata, bukan mengajar untuk mengangkat anak muridnya supaya dapat 11A+ dalam SPM, bukan mengajar untuk mengangkat anak muridnya supaya mencapai Ph.D, bukan mengajar untuk gaji. Tetapi, tugas kalian yang sebenar adalah mengajar, mendidik serta membentuk anak bangsa ini menjadi Insan yang berguna, menjadi seorang yang berkualiti baik Rohani dan Jasmani serta akademiknya.
Carilah kemuliaan yang telah dijanjikan buat kalian. "Sebaik-baik orang yang memiliki ilmu adalah yang belajar kemudian mengajarkannya serta mengamalkannya." Terima Kasih para guru kami!
Daripada seorang guru, lahirnya seorang yang bermutu. Daripada seorang guru, lahirnya Mahaguru! SELAMAT HARI GURU!!
Buat para pembaca, mohon maaf kerana tiada kisah atau cerita khas sempena hari guru ini. Namun, ada beberapa bacaan yang menarik yang saya cadangkan untuk kalian baca: Kisah 1, Kisah 2, Kisah 3.
Kredit gambar diatas diberikan kepada blog Pusipuisi dan Azhan-artwork.
Sekian.
Wassalam.
10.53 malam, Ahad 15 Mei 2011.
No comments:
Post a Comment