Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, para Sahabatnya, para Ahli Baitnya, para Tabi', Tabi' Tabi'ien dan seluruh pewaris Baginda dari awal hingga akhir. Salam buat sekalian para Khulafa' Ar-Rasyidiin. Al-Fatihah...
Bertemu lagi kita di alam maya ini untuk membaca dan membicarakan mengenai seorang yang sangat masyhur namanya dipelusuk dunia ini. Dia seorang yang sangat adil dan tegas pendiriannya. Kehebatannya disebut-sebut diserata dunia. Dia yang pernah menawan hampir 1/3 dunia ini. Dibawah kerajaannya Islam telah tersebar ke serata dunia. Dia yang pertama membuka Kota Al-Quds, juga menewaskan Kerajaan Kaisar Rom, Parsi dan Byzantine. Dialah Khalifah ALLAH SWT, Amirul Mukmineen Sayyidina Umar Ibni Khattab Al-Faruuq RadiAllahu Anhu.
"Sesungguhnya Allah Menjadikan kebenaran ke atas lidah Umar dan Hatinya. Dia adalah Faruuq yang membezakan antara kebenaran dan kesesatan" Hadis Rasulullah SAW.
Teruskan membaca kisahnya dibawah sana. Selamat membaca buat para pembaca sekalian!
Sekian.
-bradokapak, Editor.
7.02 malam, Selasa 17 Mei 2011.
------------------------------------------------------
Khalifah Sayyidina Umar Ibni Khattab Al-Faruuq
Beliau adalah Umar Bin Nufail Bin Abdul Uzza Bin Rabbah Bin Abdullah Bin Qarti Bin Razah Bin Adi Bin Kaab. Gelaran terkenal beliau adalah Abu Hafsin. Ibu Beliau adalah Hantamah Binti Hasyim Bin Mughirah Bin Abdullah Bin Amar Bin Makhzum.
Abu Jahal adalah bapa saudara kepada Umar Al-khattab. semasa jahiliyyah mereka sama-sama memusuhi Rasulullah SAW. tetapi sesudah memeluk islam, Umar Al-Khattab Memusuhi Abu Jahal. Umar Al-khattab daripada keluarga bani Adi. sebelum islam beliau menjadi duta bagi kaum Quraisy. sekiranya berlaku peperangan, beliau di hantar sebagai duta ataupun perunding bagi pihak kaum Quraisy.
Beliau di gelar Al-Faruuq (pemisah) oleh Nabi Muhammad SAW. Di laporkan oleh Ibnu Saad daripada Ayub Bin Musa, Beliau Mendengar Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya Allah menjadikan kebenaran ke atas lidah umar dan hatinya. Dia adalah Faruuq yang membezakan antara kebenaran dan kesesatan"
Menurut laporan Hadis, beliau di lahirkan 4 tahun selepas peristiwa besar iaitu 30 tahun sebelum Kenabian. Menurut sumber lain, Beliau di lahirkan 13 tahun selepas tahun Gajah. Oleh itu, perbezaan usia antara beliau dengan rasulullah lebih kurang 10 sehingga 13 tahun.
(Di zaman Sayyidina Umar, beliau telah menawab hampir 1/3 dunia serta menewaskan Empayar Rom, Kaisar, Byzantine dan Parsi)
Sejarah Keislaman UmarSemasa Rasulullah SAW berkumpul bersama-sama dengan sahabat-sahabat Nabi di rumah Arqam Bin Abi Al-Arqam bagi mengajar AL-Qur'an kepada mereka, Umar bin Khattab mendengar berita-berita berkenaan hal itu. kemudian beliau datang kepada mereka dengan marah sambil menghunus pedang bagi melakukan kekacauan.
Ketika dalam perjalanan, beliau berjumpa dengan seorang Musyrik bernama Nuaim Bin Abdullah. Nuaim berkata, "Kamu hendak ke mana, wahai Umar?"
Beliau menjawab, "Saya ingin bertemu Muhammad. dia memecah-belahkan perpaduan orang Quraisy, menghilangkan mimpi mereka, menghina agama mereka dan memaki hamun tuhan-tuhan mereka. Saya ingin membunuhnya!"
Nuaim membalas, "Kamu tertipu, wahai umar. Apakah kamu yakin, Bani Abdul Manaf membiarkan kamu berjalan di atas muka bumi ini apabila kamu membunuh Muhammad? Sebaik-baiknya kamu pergi ke tempat ahli keluarga kamu dan perbaiki mereka dahulu".
Umar bertanya, "Ahli Keluarga saya yang mana?"
Nuaim menjawab, "Saudara perempuan kamu, Fatimah dan suaminya Said Bin Zaid."
Mereka berdua menganut islam tanpa di ketahui oleh Umar. Kemudian Umar segera pergi ke rumah saudara perempuannya dan suaminya. Pada masa itu, Khabbab Bin AL-Arth sedang mengajar AL-Qur'an kepada mereka. Apabila mendengar suara Umar, Khabbab bersembunyi di penjuru rumah manakala Fatimah meletakkan helaian ayat-ayat Al-Qur'an yang dibacanya di bawah pahanya.
Umar mendengar suara Khabbab dari luar. semasa masuk, beliau bertanya, "Suara apa yang aku dengar tadi?"
Mereka menjawab, "Kamu tidak mendengar apa-apa!"
Umar berkata, "Demi Tuhan! aku dapat maklumat kamu berdua mengikut agama Muhammad!"
Beliau terus menampar suami saudara perempuannya, Said. Fatimah cuba menahan Umar daripada terus memukul suaminya. Melihat Fatimah cuba menahannya, Umar memukul Fatimah pula. Selepas kedua-duanya di pukul, mereka akhirnya mengaku, "Benar, kami sudah menganut islam dan percaya kepada Allah dan RasulNYA. Lakukanlah apa yang kamu mahu".
Apabila Umar melihat darah pada muka saudara perempuannya, kemarahannya menurun. Beliau menyesal atas apa yang berlaku. Kemudian, beliau meminta helaian Al-Qur'an daripada Fatimah tadi kerana beliau ingin membacanya. Namun, Fatimah enggan dengan syarat beliau mandi (mandi hadas besar) terlebih dahulu. Umar pun mandi. Selepas mandi, Beliau membaca helaian ayat-ayat Allah itu. Beliau berkata, "Alangkah indah dan mulianya ayat-ayat ini".
Apabila Khabbab mendengar kata-katanya, beliau terus keluar dari tempat persembunyian lalu berkata, "Wahai Umar, demi Allah, saya berharap Allah memilih kamu atas doa NabiNYA. Semalam saya mendengar Rasulullah SAW menyebut, "Ya Allah, Kuatkanlah Islam antara dua Umar, sama ada Umar Bin Hisyam (Abu Jahal) ataupun Umar Bin Khattab".
Umar berkata, "Di mana aku boleh berjumpa Muhammad?"
Mereka pada mulanya enggan memberitahu kerana bimbang Umar mengapa-apakan Nabi Muhammad SAW. Selepas Umar memberitahu beliau mahu menganut Islam, Khabbab pun memberitahu lokasi Nabi Muhammad SAW berada.
Umar pun pergi mencari Nabi Muhammad SAW. Sesampainya di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam, beliau mengetuk pintu. Maka berdirilah seorang sahabat Rasulullah lalu mengintainya dari sebalik pintu. Beliau melihat Umar sedang menghunus pedangnya. Kemudian beliau kembali kepada Rasulullah dengan gementar dan berkata, "Wahai Rasulullah, Umar bin Khattab datang dengan menghunus pedangnya".
Hamzah, bapa saudara Rasulullah berkata, "Berilah izin kepadanya, sekiranya dia inginkan kebaikan, kita bantu dan sekiranya dia inginkan kejahatan, kita bunuh dengan pedangnya".
Maka Rasulullah SAW bersabda, "Berilah keizinan kepadanya." Maka sahabat itu memberinya izin masuk. Kemudian Rasulullah SAW berdiri dan menuju kepadanya sehingga beliau berjumpa dengannya dan memegang tempat tali seluarnya dan menariknya dengan kuat dan bersabda, "Apa yang menyebabkan kamu datang ke mari, wahai Ibnu Khattab? Demi Allah, saya melihat tidak akan selesai perkara ini sehingga Allah menghilangkan kejahatan daripada kamu."
Maka Umar menjawab, "Wahai Rasulullah, saya datang kepada kamu bagi menyakini Allah dan RasulNYA serta percaya pada apa yang kamu sampaikan daripada Allah". Maka Rasulullah SAW melaungkan "Allahu Akhbar!!" dan di ikuti oleh orang Islam.
Allah mengagungkan Islam melalui pengIslaman Umar Al-Faruuq. Imam Buhkhari melaporkan dengan pelapornya daripada Abdullah Bin Mas'ud, "Kita sentiasa Mulia semenjak Umar masuk Islam" (ketika beliau berusia 35 tahun beliau mendapat hidayah lalu terus memeluk islam).
Kisah Pembebasan Kota Al-Quds
Sayyidina Umar Al-Khattab telah berjaya membebaskan Baitul Maqdis atau Al-Quds dari kekuasaan Empayar Rom yang zalim. Penduduk Al-Quds ketika itu majoritinya beragama Kristian menyambut dengan gembira pemerintahan Islam kerana mereka merasakan bebas dari penindasan dan kezaliman pemerintah Rom sebelum itu. Setelah Al-Quds jatuh ke tangan tentera Islam, penduduk beragama Kristian ingin membuat perjanjian damai dengan Khalifah Umar Al-Khattab RA sendiri, mereka enggan membuat perjanjian dengan sesiapa pun di kalangan ketua-ketua Islam yang lain. Ini kerana mereka ingin melihat sendiri wajah Khalifah Umar Al-Khattab RA yang terkenal dengan sifat adil dan kasihnya kepada golongan mustad'affin, fakir dan miskin. Mereka sanggup menunggu kedatangan Umar Al-Khattab RA dari Kota Madinah ke Palestin.
Khalifah Umar Al-Khattab memahami hasrat rakyat Al-Quds, maka beliau pun berangkatlah ke sana dengan seorang pengiring dan seekor unta sebagai tunggangan dari Kota Madinah. Oleh kerana ada hanya seekor unta sebagai tunggangan, maka Khalifah dan pembantunya membuat persetujuan untuk menunggang unta secara bergilir-gilir dengan pembantunya, dimulai dengan khalifah selepas itu pembantunya sehinggalah tiba di kota Al-Quds. Apabila hampir tiba di ibu kota Al-Quds, tibalah giliran pembantunya menaiki unta dan khalifah berjalan kaki. Pengiringnya enggan menaiki unta kerana dilihatnya ramai penduduk sedang menyambut kedatangan khalifah Umar Al-Khattab, pada pendapatnya tentulah tidak wajar dia yang menunggang unta sedangkan Khalifah berjalan kaki. Lagi pun penduduk menunggu kedatangan Khalifah, sudah tentu Khalifah yang sepatutnya diberi penghormatan menunggang unta bukan pembantunya.
Khalifah Umar Al-Khattab marah dengan sikap pembantunya kerana menurut persetujuan sebelum berangkat mereka akan bergilr-gilir menunggang unta, kini adalah giliran pembantunya. Umar Al-Khattab dengan tegas tetap menyuruh pembantunya menunggang unta. Menurut Umar Al-Khattab RA, “Inilah ajaran Islam, keadilan adalah hampir kepada taqwa, aku tidak sedikit pun keberatan berjlan kaki sedangkan engkau menunggang unta. Dan aku sama sekali tidak berasa terhina berbuat demikian. Terpulanglah kepada penduduk Baitul Maqdis untuk membuat tafsiran masing-masing. Aku sanggup beri penjelasan jika mereka kehendaki. Nah sekarang, ikut perintahku, ikut perintah Khalifahmu, naiklah unta ini”.
Setelah memasuki kota Al-Quds, berduyun-duyunlah penduduk menyambut kedatangan khalifah Umar Al-Khattab RA, alangkah terkejutnya mereka melihat melihat peribadi agung Khalifah yang masuk berjalan kaki sedangkan pembantunya menaiki unta. Dengan perasaan hairan bercampur kagum mereka menyaksikan kejadian yang mengusik kalbu tersebut. Betapa besarnya perbezaan Khalifah Islam dengan Raja Rom yang memerintah mereka sebelum ini. Ini menambahkan lagi rasa hormat mereka pada Khalifah Islam yang rendah diri. Inilah salah satu dari keadilan Amirul Mukmineen Sayyidina Umar Al Khattab RA.
Untuk Kita
Seharusnya kita ummat akhir zaman ini perlu merasa rindu dengan pemerintahan para Khalifah terdahulu, terutama pemerintahan yang sangat adil seperti dizaman Khalifah Umar Al-Khattab ini. Di akhir zaman ini, berapa ramai lagi pemimpim dan raja-raja yang sanggup mencontohi peribadi mulia ini dizaman sekarang?
Kalau di Palestin, Hamas dan Fatah yang dahulunya berpecah, kini telah bergabung dan bersatu. Kita di Malaysia, PAS dan UMNO bila lagi hendak bersatu? Tidak rindukah kita kepada zaman Khilafah seperti ini?
WAllahuA'lam.
Nantikan episod seterusnya membicarakan tentang Khalifah ke-3, Sayyidina Usman Zun Nur 'Ain. InsyaAllah...
Jutaan Terima Kasih kepada:
1) Cikgu Azhar Ali yang telah menulis kisah diatas.
2) Blogger NoraPalestina yang telah menulis kisah pembukaan Al-Quds diatas.
3) Islamicarningmaterial yang menyumbangkan gambar tiang Masjid diatas.
4) TheRamadhanblog yang menyumbangkan gambar Amirul Mukmineen diatas.
5) Blog Sunnatullah yang menyumbangkan beberapa gambar diatas.
6) Serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Artikel diatas ditulis oleh Cikgu Azhar Ali dan diedit oleh 'bradokapak' dengan beberapa penambah baikkan.
Sekian.
Wassalam.
kalau nak PAS dan UMNO bergabung buang segala yang keji dan mungkar .... bebaskan anwar dari tuduhan yang keji itu , jatuh hukuman kepada perasuah , peminum arak , perogol , pembunuh dan pembuat sumpah palsu mengangkat mahkamah syariah lebih tinggi dari mahkamah SIVIL mengiktiraf agama ISLAM sebagai ADDEEN .... selepas itu barulah kita berbincang tentang bergabungnya PAS dan UMNO ada bran bro ?????
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesaya hanya ada sedikit persoalan, maaflah sekiranya soalan ini jahil....
"Apabila Umar melihat darah pada muka saudara perempuannya, kemarahannya menurun. Beliau menyesal atas apa yang berlaku. Kemudian, beliau meminta helaian Al-Qur'an daripada Fatimah tadi kerana beliau ingin membacanya. Namun, Fatimah enggan dengan syarat beliau mandi (MANDI HADAS BESAR) terlebih dahulu. Umar pun mandi. Selepas mandi, Beliau membaca helaian ayat-ayat Allah itu. Beliau berkata, "Alangkah indah dan mulianya ayat-ayat ini"."
bagaimana saidina Umar hendak mandi hadas besar sedangkan beliau ketika itu masih lagi kafir?
kepada amer, fanatik biar bertempat. Penggabungan adalah jalan terbaik supaya ape yang dikatakan UMNO hedonisme dan kufur dapat dibersihkan oleh PAS yang sure masuk syurga.
ReplyDeleteDengan demikian semua org boleh masuk syurga. Tu kan tanda kasih sayang.
Salam buat para pembaca,
ReplyDeleteKepada Sdr Haly dan Amir,
Bertenang saudara, saya tuliskan gabungan antara UMNO dan PAS pada artikel diatas hanyalah sebagai satu 'mind teaser' untuk kita.
Apapun, yakinlah suatu hari nanti ummat Islam-Melayu ini akan bersatu juga. Ketika itu tiada lagi PAS atau UMNO, yang ada hanya satu ummah dibawah pimpinan Khalifah Al-Mahdi bersama Panji Hitam.
InsyaAllah, semoga kita sempat untuk bersama dengan mereka kelak. Amiin...
Kepada Anon May 18, 2011 10:48 AM,
Oh ya, ketika Fatimah menyuruh Umar mandi hadas besar itu, ketika itu juga Fatimah telah mengajarkan Umar cara2 mandi hadas besar. Maaf, artikel diatas sebenarnya adalah ringkasan daripada artikel yang lebih panjang.
Jika dihimpunkan seluruh riwayat tentang kisah Sayyidina Umar ini, tersangatlah panjang akan kisahnya. Jadi kami telah ringkaskan utk tatapan para pembaca...
Utk Makluman, ketika Umar tiba dihadapan rumah Fatimah, dia terdengar Fatimah sedang membaca Surah Taha, menurut sebahagian riwayat ayat yang dibaca adalah ayat 3-6.
AllahuA'lam,
Sekian,
Wassalam.
cantik belog ni.thumbs up to the admin
ReplyDeletecantik je?
ReplyDelete