Pesta Demokrasi 9 Julai 2011






Bismillahirrahmanirrahim. Salam buat semua...

(Artikel ini dedikasi khas buat Dia yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 9 Julai 2011 ini. Selamat Ulang Tahun Kelahiranmu...! Dan selamat berbahagia dunia dan akhirat!)

Pendahuluan

Seperti yang kita sedia maklum, 9 Julai 2011 ini akan menyaksikan satu lagi perhimpunan secara besar-besaran akan berlaku di ibu kota Kuala Lumpur. Perhimpunan yang satu masa dahulu pernah menggegarkan wilayah politik dalam negara kita. Tidak lain tidak bukan,
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan kembali berhimpun buat kali ke-2 di ibu kota pada hari Sabtu ini.

Sehubungan dengan itu, timbul berbagai spekulasi, polemik, provokasi dan berbagai lagi agenda pihak-pihak berkepentingan baik dari pihak pro-
BERSIH dan pro-kerajaan mahupun pro-Patriot. Turut menghangatkan suasana apabila para sasterawan negara juga turut tampil mengambil bahagian untuk memihak kepada BERSIH 2.0, ia termasuklah SN Dato A Samad Said dan rakan-rakannya.

9 Julai ini bakal menyaksikan 'Pesta Demokrasi' terbesar bakal berlaku di ibu negara kita. Mungkin ini adalah 'Pesta Demokrasi' yang terakhir sebelum tibanya Pilihan Raya Umum (PRU) kali ke-13 nanti. 9 Julai ini juga akan menyaksikan pertembungan 3 perhimpunan yang besar diantara
BERSIH, Patriot dan perarakan para pasukan Polis.

Untuk itu, sebelum tibanya tarikh yang bakal mencipta sejarah baru di negara kita ini, marilah sama-sama kita membaca serba sedikit analisa yang telah saya kumpulkan daripada para pemerhati politik dan para pengkritik politik semasa.


(BERSIH 1.0 bertarikh 10 November 2007. Kelihatan limpahan manusia berbaju kuning memenuhi ibu kota tanpa sebarang masalah dan provokasi)

(Dato Sri Anwar Ibrahim ketika menyertai BERSIH 1.0 bertarikh 10 November 2007)

(LogoBERSIH 2.0)

Tuntutan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dengan 8 tuntutan daripada pihak BERSIH ini kan? Persoalan pertama kami ajukan, adakah terdapat unsur-unsur yang mengancam keamanan negara kita dalam mana-mana 8 permohonan tersebut?



Penggunaan Warna

Dipihak
BERSIH mereka menggunakan warna Kuning sebagai tema. Dan di pihak satu lagi (Patriot) menggunakan warna Merah sebagai tema mereka. Ada ura-ura mengatakan bahawa PERKASA dibawah Ibrahim Ali juga akan turun padang dan menggunakan warna Hitam sebagai tema mereka. Juga ada ura-ura mengatakan bahawa Pemuda UMNO dibawah pimpinan Khairy Jamaluddin akan turut berhimpun bersama-sama rakyat pada 9 Julai ini. Malangnya, Khairy Jamaluddin awal-awal lagi telah pergi meninggalkan Negara atas urusan mengikuti rombongan menghantar bantuan kepada warga Palestin, iaitu Freedom Flotilla 2. Oh, kebetulan, BERSIH 2 dan Freedom Flotilla 2...


Paranoid Warna

Sejak kebelakangan ini, telah berlaku banyak tangkapan yang dibuat kepada rakyat marhaen yang memakai pakaian berwarna kuning. Ada yang melaporkan kepada saya, sebanyak 110 tangkapan telah dibuat membabitkan pemakaian baju berwarna kuning. Nasib baik tak ada rakyat kita yang memakai seluar warna kuning. Nasib baik pekerja syarikat telekomunikasi
DIGI, syarikat penghantaran ekspress DHL perbankan negara Maybank dan para pemain bolasepak negara tidak ditangkap atas alasan memakai pakaian warna kuning.

(Mungkinkah ini akan berlaku?)

Kemungkinan penangkapan yang dibuat adalah untuk menjaga institusi Raja yang telah sekian lama menggunakan warna Kuning sebagai warna kedaulatan. Andai kata BERSIH 2 mencetuskan kekecohan di negara ini, sudah pasti imej Raja tercalar dek warna kuning yang digunakan para peserta perhimpunan tersebut kelak. Mungkin kerana inilah pihak berkuasa melakukan penangkapan kepada mereka yang berbaju kuning. Mungkin kerana itu jugalah pasukan bola Malaysia setakat ini hanya menggunakan jersey Biru dalam perlawanan kelayakan FIFA yang sedang berlangsung.

(Pakaian Diraja)

Yang dihairankan, paranoid terhadap warna kuning itu seakan-akan tiada sudahnya hinggalah penganjur
BERSIH, Ambiga Sreenevasan masuk menghadap DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin. Barulah senyap sedikit isu paranoid warna kuning ini. Nasib baik taukeh buah-buahan masih dapat menjual pisang seperti biasa tanpa rasa takut pisang yang dijualnya dirampas.

Kami harap paranoid terhadap warna kuning tersebut dapat berakhir agar kami dapat kembali memakai baju jersey negara kesayangan kita yang berwarna kuning. Semoga keamanan negara ini terjaga dan berkekalan.


(Mungkinkah selepas ini pihak Polis akan menukar warna tersebut kepada warna lain yang lebih relevan?)


BERSIH 2, Ke Mana Hala Tujunya?

Ok, setelah kita menelusuri serba sedikit asal usul
BERSIH 2 ini, sekarang marilah sama-sama kita perhatikan beberapa komentar yang diberikan oleh para pemerhati politik tanpa bias.

Pertamanya, mari kita teliti 'after effect'
BERSIH 2 ini, teliti komentar seorang pemerhati dibawah...

After effect Bersih 2.0:-

-diketuai oleh kafir yang terang2 mahukan kesamarataan agama yg sbnrnya tak samarata pun
-orang yang inginkan islam jadi penaraju malaysia akan turut serta tanda kuatnya khendak mereka
-orang yang lawan bersih di ketuai oleh KJ yg sbenarnya sama tujuan dengan Ambiga dan anwar
-media provoke rakyat benci bersih dan keluar macam2 teori tp hakikatnya mengampu gov dan melariskan jualan
-semua ahli silat dan melayu turun kerana tahu bersih dipelopori oleh kafir tp hakikatnya mereka membelasah sama bangsa n agama
-polis di kerah untuk menangkap orang pakai baju kuning walaupun sbnrnya itu baju team malaysia
-kerajaan provoke rakyat dgn macam2 teori dan paranoid dgn kuning
-2011 pula dikatakan akan berlaku sesuatu yang besar di MALAYSIA dan ramai yang kata, mungkin 13 mei kedua
- dikatakan bhw bersih mendapat dana dari luar negara tapi kenapa bank negara tak tau
-
bersih 2.0 di jadikan medan rakyat vs gov tp hakikatnya melayu vs melayu
- melayu yang mahu keadilan vs melayu yang syukur dengan nikmat yang ada
- di katakan juga bahawa, event ini sebenarnya persedian untuk PRU13

di tanya pada saya, apa itu
BERSIH 2.0, Saya jawab:

'ia adalah medan rakyat menegur kerajaan dengan cara ekstrem kerana ketidakadilan dan ketelusan orang dalam kerajaan, yang mana telah di tipudaya oleh orang berkepentingan dan musuh agama bangsa, supaya malaysia akan kacau bilau, dan ramalan tentang kebangkitan islam di tanah melayu, tidak akan terlaksana sama sekali... padahal, apa yang berlaku ni adalah 'on da way' pada kebangkitan islam yang telah di ramalkan tu. jadi saya, bersikap kecuali, malas nak join mana2 pihak kerana
BERSIH 2.0 adalah, pembersihan dua2 puak yang sedang bertelagah untuk menaikan SUCI 1.0 tak lama lagi'
(Mungkinkah Akta ini akan bermaharajalela pada 9 Julai nanti?)


Seorang sahabat ada berkata...

PRU-13 adalah PRU-ALLAH SWT. Ketika ini yang HAQ akan mendapat tempatnya setelah kejatuhan yang Bathil. Kerana nombor 13 adalah nombor ALLAH. Jadi janganlah takut dengan PRU-13, walaupun yang bathil akan menang, kelak setelah itu yang HAQ akan mengambil alih takhtanya. (Perkara ini pernah saya bahaskan dalam artikel 13 Mei)

Ok, setelah kita teliti komentar seorang pemerhati politik ini, sekarang kita lihat komentar beliau tentang provokasi dan spekulasi yang banyak dicanangkan oleh pihak anti-BERSIH sekarang ini...


BERSIH 2.0 hanya akan jadi perhimpunan biasa saja tp kini ia bertukar kepada riot kerana kerajaan trigger perhimpunan ke sbuah ketakutan.

Ia di balas dgn demotrasi jga yg di kenali sbg 'gelombang merah' sdgkan ia adalah sama saja 'gelombang kuning'

Polis menangkap rakyat tidak bersalah di bawah akta darurat sdgkan darurat hanya boleh Agung yg istiharkan

Pesan seorang tua kepada saya 2 tahun lepas:

- 2011 akan berlaku riot, dan jangan sertai kedua2nya kerana dua2 tak betul (kuning dan merah)
- najib akan gunakan kuasa polis dan jadikan Malaysia sbuah negara polis
- riot yg pertama (yg kemungkinan dr event bersih) akan membawa kepada 13 mei kedua yang mana telah di trigger dari ketakutan kerajaan, isu pkauman yg di mainkan dan kehendak kebangkitan islam dari golongan yg tak layak

Dan bukanlah saya menyokong pembangkang jika sy post sesuatu yg menentang kerajaan.

Saya hanya khabarkan tentang sesuatu yg org lain tak tahu.

Begitu banyak khianat org dalam kerajaan kepada rakyat dan tak mungkin saya berdiam diri jika saya tahu.

Saya tak tentang kerajaan, tp saya tentang orang dalam kerajaan yang khianat kepada negara. Dan ia lebih licik dan sembunyi dari kisah anwar, kj dan ambiga yang terang2 orang ramai tahu.

Dan riot dari
Bersih 2.0 hanyalah permainan dari pengkhianat negara, baik dari pembangkang dan dari dalam kerajaan.

Jadi, jangan turun~
(Inikah cerminan diri kita?)

Itu kata beliau. Kalau rakyat nak turun, tetap turun. Ye tak?
Apapun, ulasan dan kupasan yang diberikan sangat mantap tanpa ada bias kepada mana-mana pihak. Sekarang kita saksikan pula komentar yang saya petik daripada sebuah blog...


diGrill oleh HEROICzero

Dalam Salatus Salatin, ada satu cerita rakyat yang sangat terkenal. hikayat Hang Tuah. Tak perlu aku cerita tentang itu, kerana rata-rata kita tahu kurang lebih cerita paling asas, tentang bagaimana kisah Jebat ‘menuntut bela’ kematian Tuah.

Cuma nya, di dalam kisah itu sendiri, ada satu persoalan yang menarik. Ianya tentang satu kontrakdisi ‘dilema-melayu’ yang paling sinikal pernah ditulis.

Mengapa aku kata sinikal? Ada satu bagian mengisahkan tentang konflik Jebat, sama ada mahu setia kepada pemerintah, atau dengan gagah berani melawan ‘ke-tidak-adil-an’ dalam pemerintahan. Dan dilema melayu ini terusan mengambil tempat sepanjang generasi.

Setia, atau prinsip.


Nah, sekarang bagian kau.

Apa pendirian kau?

*senyum.*
Kami jawab, Pendirian kami di bk.blogspot.com tidak berpihak kepada mana-mana pihak baik BERSIH 2.0 atau Patriot atau mana-mana pihak yang turut menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai nanti. Kami menyokong penuh sesiapa sahaja yang akan turun BERSIH 2.0, Patriot, mana-mana perhimpunan yang berlangsung pada 9 Julai kelak, ataupun yang tidak turun langsung apa-apa perhimpunan baik BERSIH waima Patriot atas dasar pendirian yang jelas. Kami menyanggah mana-mana pihak yang turun perhimpunan atas dasar ikut kawan, hendak buat kecoh, hendak buat provokasi, suka-suka ataupun tidak turun langsung atas dasar penakut, pengecut takut kesenangan yang dia kecapi sekarang ini bertukar serta merta setelah berlakunya perhimpunan pada 9 Julai ini. Adapun, kami di bk.blogspot.com akan turut serta turun padang pada 9 Julai ini bagi sama-sama menyaksikan 'Pesta Demokrasi' terakhir ini.

Kami turun hanya sebagai pemerhati. Jauh sekali hendak menjadi tukang provok ataupun tukang kipas para pemimpin yang turut sama dalam mana-mana perhimpunan baik
BERSIH waima Patriot ataupun pihak berkuasa.



Keuntungan BERSIH

Tadi kita telah lihat pandangan beberapa pihak tentang perhimpunan mega atau boleh dikenali dengan nama 'Pesta Demokrasi' pada 9 Julai ini. Kenapa saya katakan 'Pesta Demokrasi'? Kerana inilah kali pertama negara kita menyaksikan suatu perhimpunan besar-besaran yang akan berlaku, dan ia melibatkan pertembungan beberapa pihak yang turut berhimpun. Termasuklah,
BERSIH 2.0, PERKASA, PESAKA, Patriot, Pekida, Gerakan Selempang Merah, Silat Lincah, Gayong dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan serta semua parti politik yang memainkan peranan utama menggerakkan kesemua perhimpunan.

Sekarang mari sama-sama kita saksikan komentar daripada seorang blogger tentang keuntungan
BERSIH ini nanti. Keuntungan dari sudut perniagaan para peniaga tempatan...



Kenapa orang kata
Bersih 2.0 akan merugikan perniagaan mereka?

Cuba masa
Bersih 2.0 buka kedai makan - makan banyak - banyak.

Jual bege, kueytiau goreng, mee goreng, pisang goreng dan daging yang dah diproses goreng.

Air mineral, air kaler - kaler yang tak payah masak,

Jual baju cetak, kaler
kuning, topeng muka. kain rentangan

Pada harga 2-5 kali ganda, kan untung?

air kaler
kuning kita jual satu cawan rm5, air kaler merah kita jual rm6 secawan, air special lah katakan...
Ye tak ya juga kan? Minda masyarakat asyik dicanangkan dengan pemikiran negatif aja. Takkan tak boleh kita tukarkan ia kepada sesuatu yang menguntungkan negara? Kalau di kaca TV kita boleh promosikan iklan peniaga yang kerugian dek perhimpunan BERSIH 2 yang diadakan di ibu kota (walhal perhimpunan belum berlaku), kenapa kita tak boleh promosikan BERSIH sebagai satu peluang untuk para peniaga mengaut keuntungan sekaligus melebarkan sayap bisnes mereka??

(Sekali pandang, macam logo revolusi yang dipimpin oleh Carlos. Saya tak ingat dimana dia memimpin revolusi itu)

*Keuntungan BERSIH ini juga adalah sama dipihak Patriot, warna Kuning itu tukarkan sahaja kepada Merah, maka kedua pihak ada keuntungan masing-masing dalam perniagaan.


Side Effect

Tidak dinafikan, sekiranya berlaku sesuatu perhimpunan, sudah pasti akan berlaku kekecohan jika pihak berkuasa tidak memainkan peranan dengan baik. Ditambah pula dengan provokasi dan spekulasi yang sangat banyak dicanangkan kepada minda masyarakat umum tentang bahaya perhimpunan pada 9 Julai ini, walhal kita masih ada 26 jam lagi menuju pukul 2 petang, 9 Julai 2011. Namun, yang peliknya spekulasi tersebut hanya dicanangkan kepada para peserta perhimpunan berbaju kuning sahaja. Dilihat seakan-akan peserta perhimpunan berbaju kuning ini kelak akan mencetuskan huru-hara yang amat sangat dahsyatnya. Tetapi, peserta yang berbaju merah tidak pula ada apa-apa spekulasi yang dicanangkan kepada mereka.

Hanya kata-kata ketuanan dan kata-kata pembela negara sahaja yang kedengaran daripada pihak berbaju merah. Seakan-akan kita berada di negara Thailand pula lagaknya.

Ok, berbicara side effect pula, mari sama-sama kita lihat komentar yang berikut...

Tidak dinafikan andai kata berlaku kekecohan pada 9 Julai nanti, mesti ada campurtangan kuasa luar akan masuk ke negara kita. Kuasa luar ni pandai ambil peluang...

Lihat shj di Libya, Mesir, Syiria dll negara Timur Tengah. Kita highlightkan Libya, apa yang berlaku disana? Rakyat meminta keadilan drpd pemerintah, tetapi pemerintah tidak mengendahkan permintaan rakyat. Sebaliknya Muammar Gadafi terus menerus menekan rakyatnya hingga ada dikalangan rakyat dan tentera berpaling tadah sekaligus melancarkan revolusi menumbangkan Gadafi.

Ketika kekecohan inilah kuasa luar masuk ke Libya utk campur tangan. Campur tangan yang tiada kesudahan, campurtangan yang membawa padah, yang membawa keburukan bencana perang. Ketika itu barulah pro-Gadafi dan anti-Gadafi tercungap-cungap mencari titik persefahaman semula bg mempertahankan negara mereka.

Puncanya apa? Rakyat yang diprovokasikan oleh pihak kerajaan dgn bantuan media dan badan bukan kerajaan. Adakah ini yang kita inginkan di Malaysia?
Sudah pasti bukan ini yang kita inginkan! Benar atau tidak? Mana ada manusia yang inginkan peperangan berlaku ditempatnya. Semua manusia fitrahnya inginkan keamanan sejagat. Andai kita berkeinginan berperang tanpa alasan, maka kita telah melanggar fitrah, melanggar fitrah kelak membawa penyakit gila...


(Perhimpunan Berangan 3.0. Klik gambar untuk gambar yang lebih jelas. Klik sini untuk penerangan lanjut tentang perhimpunan ini)

Konklusi

Habis membicarakan 'Pesta Demokrasi' secara ringkas, maka tibalah gilirang konklusi mengeluarkan solusinya.

Ok, ada orang bertanya kepada saya,
"Kau sokong yang mana satu nanti? BERSIH atau Patriot? Atau kau pengecut tak berani sokong mana-mana?"

Saya jawab,
"Aku tak sokong mana-mana, tp nanti 9 Julai aku dgn kengkawan akan turun juga ke ibu kota sebagai pemerhati... kami tak sokong mana-mana pihak bukan bererti kami pengecut!"

Kata kawan tu,
"Kenapa kau kata kau bukan pengecut? Sedangkan kau jugak cakap kat aku, org yg tak berpihak kepada mana-mana pihak adalah pengecut"

Kata saya,
"Pengecutlah orang yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak sekiranya dia tidak berpendirian teguh. Pengecutlah orang tersebut kerana dia takut dengan bayang-bayangnya sendiri, takut kesenangan yang dia kecapi puput begitu sahaja. Berbeza dengan kami, pendirian kami utk tidak menyokong mana-mana pihak adalah kerana kedua belah pihak adlh berpaksikan demokrasi. Selagi ia bukan diatas jalan keNabian, maka itu adlh mengikut telunjuk kafir. Jadi kami tak berpihak kepada mana-mana pihak sebab belum ada yang memperjuangkan jalan KeNabian, membawa kembali keKhilafahan. Sekarang ini semua berjuang atas dasar kepentingan masing-masing sahaja. Nanti kalau keKhalifahan telah kembali zahir, barulah kami memihak kepada pihak yang membawa bendera hitam dan memakai baju hitam. Bukan baju kuning atau merah... Bukan biru atau hijau..."


Jadi, itulah konklusi daripada kami... Mungkin anda ada konklusi sendiri, terserah kepada individu...


*Oh ya, sebelum terlupa, perhimpunan ini telah dijangkakan oleh para pemerhati politik, bahawa sekurang-kurangnya seramai 2 juta orang akan berkumpul diseluruh ibu kota Kuala Lumpur pada 9 Julai nanti. Sudah pasti ada provokasi yang bakal berlaku. Yang mahu turun, jaga diri, jaga akhlak, jaga adab, tak kira dipihak BERSIH atau Patriot atau pemerhati, waima wartawan dan pihak berkuasa. Ingat tu!

*Dan sudah pasti, berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan ketika perhimpunan itu nanti. Sudah jelas melanggar syariat. Saya pun naik pelik juga bila ada orang yang seakan-akan ulamak mengatakan perhimpunan seperti ini tidak Haram, bahkan Halal. Kalau kata makruh ok lg, ye tak?

*Dan, jangan lupa perhimpunkanlah diri anda dibelakang Imam di surau-surau, masjid-masjid dan dimana sahaja yang ada mendirikan solat jamaah 5 waktu sehari semalam, sebelum diri anda dihimpunkan di Padang Mahsyar kelak! Ingat tu!


Penutup

Kami di bk.blogspot sekali lagi menyatakan hak asasi kami sebagai seorang rakyat yang bebas, bahawa kami...

Dan bukanlah saya menyokong pembangkang jika sy post sesuatu yg menentang kerajaan.

Saya hanya khabarkan tentang sesuatu yg org lain tak tahu.

Begitu banyak khianat org dalam kerajaan kepada rakyat dan tak mungkin saya berdiam diri jika saya
tahu.

Saya tak tentang kerajaan, tp saya tentang orang dalam kerajaan yang khianat kepada negara. Dan ia lebih licik dan sembunyi dari kisah anwar, kj dan ambiga yang terang2 orang ramai tahu.

Dan riot dari Bersih 2.0 hanyalah permainan dari pengkhianat negara, baik dari pembangkang dan dari dalam kerajaan.
Nah, sekarang kalian ada 3 pilihan,

1) Turun ke ibu kota pada 9 Julai ini bagi menyaksikan 'Pesta Demokrasi' terakhir dan datang atas tiket memerhati.
2) Tidak turun ke mana-mana perhimpunan baik di ibu kota atau diceruk kampung atas dasar berlepas tangan daripada kerja-kerja kotor orang-orang demokrasi.
3) Ataupun tidak mahu turun kerana anda takut kesenangan yang anda kecapi ini hilang begitu sahaja. Dan takut kepentingan peribadi anda terhakis dek kesan perhimpunan yang berlaku, baik kepentingan di pihak kerajaan ataupun pembangkang.
Tidak mahu turun sebagai seorang PENGECUT!


Sebelum berundur, sama-sama kita saksikan suatu deklamasi puisi yang disampaikan oleh SN Dato A Samad Said. Sasterawan tersohor tanah air...





WAllahuA'lam Bissawab.

Yang baik datangnya daripada ALLAH SWT, buruk-buruk dan kotor-kotor itu datang daripada diri saya. Bersih-bersih itu pula adalah sebahagian daripada Iman, dan setiap ummat Islam harus sentiasa menjaga kebersihan dan berusaha ke arahnya.

Mungkin, kelihatan seakan-akan kami sedikit berat sebelah kepada pihak BERSIH, namun hakikatnya kami tetap tidak menyokong mana-mana pihak yang membawa perpecahan dalam masyarakat.
Andai ada mana-mana komentar diatas ataupun kata-kata saya mengguris hati mana-mana pihak, berlapang dadalah memaafkan kami atas kelemahan kami.

Sekalung penghargaan buat;
1) Si Dia yang menyambut ulangtahun kelahiran pada 9 Julai 2011...
2) http://bersih.org/
3) Pesaka - Patriot.
4) Hishamuddin Rais.
5) Aizza Adli, Nusa Naga.
6) SN Dato A Samad Said.
7) Google.com yang menyumbangkan gambar-gambar.
8) Puan Lily Hasyim.
9) Saudara Shimon Hatzaddik.
10) Bloggers Sarkasis.
11) Psikik Arm.
12) Seluruh warga FAB.
13) Seluruh warga Mampir.
14) Seluruh warga Centre of Dakwah.
15) Seluruh tenaga penggerak Perhimpunan Berangan 3.0.
16) Seluruh warga kerja bk.blogspot
17) Dan semua yang turut serta secara langsung atau tidak dalam menjayakan entri ini.
18) Seluruh demonstran yang akan turun padang pada 9 Julai nanti.

Dan sekalung penghargaan juga buat kalian semua, yang sudi membaca artikel ini.
Ya ALLAH, berkatilah kami dalam Rajab yang telah lalu, berkatilah kami dalam Syaaban ini dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan. Ya ALLAH, Turunkanlah RahmatMU beserta KeampunanMU kepada seluruh ummat Islam yang ada di Tanah Melayu ini. Sejahterakanlah bumi bertuah ini. Satukanlah hati-hati kami seluruh ummat Islam-Melayu daripada segala perpecahan yang ada baik perbezaan fahaman politik, fahaman keagamaan dan lain-lain. Jauhkanlah kami semua daripada fitnah akhir zaman. Amiin Ya Rabb...






Sekian.
Pemerhati politik kelas bawahan,
'bradokapak'
Jumaat 8 Julai 2011, 12.59 am (1 hari 12 jam sebelum 2 petang, 9 Julai 2011).

18 comments:

  1. sudah nya pilihan raya nanti banyak jugak rasuah.pengundi hantu pun mesti banyak.

    ReplyDelete
  2. Dan sesungguhnya telah Kami ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina. (QS. 2:65)

    Katakanlah: Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, diantara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi (dan orang yang) menyembah Taghut?. Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus. (QS. 5:60)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Kelihatan saudara memilih untuk berkecuali tetapi walau bagaimanapun dapat lihat saudara ada berat pada satu pihak sebenarnya.

    Bagi saya, selagi matlamat dan tujuan tidak menyalahi syarak, saya sokong walaupun dari BERSIH atau PATRIOT. TETAPI yang benar-benar ikhlas turun berjuang samada demi keadilan atau keamanan. Abaikan yang buat provokasi. Biar ALLAH saja yang beri azab. Cuma saya tak tahu apa fungsi 'turun sebagai pemerhati'. Mungkin sekadar menyatakan diri bukanlah pengecut. Mungkin.

    ReplyDelete
  4. Baik entri ini, kenalah tengok mana yang lurus mana yang bengkok. masa dah dekat malaysia dan indonesia jadi makanan lazat puak syaitan nie. pembangkang menang lepas bersih 1.0, jadi dia ulang lagi sekali mana tau dapat lebih. ingatlah anak beranak lim sedang tahan pukat.... semua nganga nyesal, apa boleh buat kerana ghairah nak kuasai kerajaan akhirnya ber PM china lah kita semua. nasib melayu yang semakin bongok kerana diketuai oleh orang yang gelojoh, juara demo sejak 1973.. juara lebai malang, menang sorak jual negara.

    ReplyDelete
  5. Salam buat sekalian para pembaca,

    Kepada Saudari Nadirah,

    Tak apa saudari, dalam hal ini kita berbaik sangka bagi semua pihak. Kerana yang diperlukan sekarang ini adlh penyatuan hati-hati seluruh ummat Islam yg ada di tanah air kita. WAllahuA'lam, kita nantikan sahaja PRU-13 kelak, katanya ketika itu orang luar akan campur tangan dan proksi kafir akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

    Namun, jauh di hati sy mengatakan bahawa kelak, Panji Hitam pasti akan tiba membela nasib ummat ini. Hanya masa yang menentukan cepat atau lambat...


    Kepada Saudara Ahmad,

    Terima kasih atas peringatan drpd saudara. Sesungguhnya benarlah apa yang dinyatakan dalam FirmanNYA. Jadilah kamu kera apabila melanggar perintah hari Sabtu...

    Kpd Anon July 8, 2011 3.20 AM,

    Sama-sama kasih saudara. Ya, kami memilih utk berkecuali. Dan sebenarnya, telah banyak pihak yang menasihati kami agar tidak turun pada 9 Julai ini. Dan kami juga sudah jelas akan kesan-kesannya kelak.

    Namun, jauh disudut hati kami, tetap kami ingin bersama-sama warga Melayu pada 9 Julai kelak. Kerana apa, kerana kami kasihan melihat rakyat marhaen yang terus menerus dipermain-mainkan jiwa mereka.

    Semua orang sudah maklum bukan, para pemimpin politik baik dikedua pihak semuanya berkepentingan sendiri. Mereka hanya mencari untung, atas tiket demokrasi maka mereka ada kuasa menggunakan tenaga rakyat yang kian lemah.

    Jadi turun kami pada 9 Jul ini, bukan bererti utk menyokong mana2 pihak. Jauh sekali drpd melakukan provokasi atau apa2 kerja tak baik. Hanya sama-sama kita memerhati apa yang bakal terjadi seterusnya. Kerana menurut firasat, katanya 13 Mei ke-2 bakal berulang setelah peristiwa "Pesta Demokrasi" pada 9 Jul nanti.

    WAllahuA'lam Bissawab...


    Kpd Saudara Aliffmy,

    WAllahuA'lam. Seperti yang kami banyak ulang, kedua pihak sebenarnya sama sahaja. Selagi mereka berada diatas paksi demokrasi, bererti mereka telah menggunakan tiket perjuangan orang kafir utk menjayakan muslihat mereka.

    Penggunaan 'Ketuanan Melayu' dan 'Islam' dalam perjuangan mereka hanyalah muslihat disebalik kerja-kerja sulit mereka.

    WAllahuA'lam. Sejarah pasti berulang kembali seandainya kita tidak mengambil pengajaran drpd kisah silam...


    Kpd Saudari Seigneur...

    ... :)


    Sekian buat masa ini,
    Nantikan kelak hasil pemerhatian kami setelah Peristiwa 'Pesta Demokrasi' 9 Jul 2011...
    WAssalam.

    ReplyDelete
  6. Tazkirah sebelum solat jumaat... seorang guru tua di Masjid bat 6 gombak memperbetulkan ungkapan yg selalu di ucapkan sebagaimana yg telah ditulis diatas... "Yang baik datangnya daripada ALLAH SWT, buruk-buruk dan kotor-kotor itu datang daripada diri saya"...

    Kedua-duanya, baik dan buruk adalah datang dari Allah... terletak pada kita untuk memilih ...tanpa kehendaknya sesuatu tidak boleh berlaku ... sy xpandai nak menerangkan lebih lanjut... asasnya begitulah

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  7. panji-panji dirajaJuly 8, 2011 at 9:07 PM

    "Nanti kalau keKhalifahan telah kembali zahir, barulah kami memihak kepada pihak yang membawa bendera hitam dan memakai baju hitam. Bukan baju kuning atau merah... Bukan biru atau hijau..."

    APAKAH ANDA-ANDA MENUNGGU IMAM MAHADI YANG TIDAK AKAN KUNJUNG TIBA..TIDAK AKAN KUNJUNG TIBA??SIAPA DAN APA YANG ANDA TUNGGU??..jangan marah saudara ini hanya satu persoalan..dan menurut hak asasi anda yang bebas[belum tentu merdeka]kemungkinan atau mungkin sudah..anda berhak untuk tidak menjawab persoalan itu..namun atas kredibiliti anda sebagai yang amanah dalam perjuangan[kata anda]maka harus anda menjawab persoalan tersebut..anda dan aku mungkin hanya saudara tapi belum tentu sa-udara.."yang tinggal kini hanyalah kuasa,yang akan menentukan bangsa":dipetik dari lagu ANAK KECIL MAIN API..dengar jangan tak dengar...hahahahahaha..terimakasih kerana anda membaca komen saa ini,dan saya bersyukur kepada allah kerana masih ada perkumpulan kecil seperti anda-anda yang menghimpun kekuatan bagi seseorang/perkumpulan bagi membantu panji-panji allah.."Dari sudut bahasa, Dajjal ertinya pendusta agama atau penipu agama yang kerjanya menyesatkan manusia diatas jalan akidah agama dengan berbagai watak menurut masyarakat semasa dan setempat" dipetik dari http://tokgarang.blogspot.com/...salmun alaikum bima sabartum..

    ReplyDelete
  8. Salam buat semua,

    Buat Anon July 8, 2011 7:32 PM,

    Tak apa saudara, mana-mana pun benar belaka. Yang baik itu sememangnya datang drpd ALLAH SWT, dan yang buruk itu pula adalah datang drpd diri saya, sbb lemahnya diri sy kerana memilih keburukan mengatasi kebaikan.


    Buat Panji-panji Diraja,

    WAllahuA'lam. Kedatangan Imam Mahdi adalah dengan keadaan tiba-tiba. Tidak ada seorang pun yang sedar dan menyangkanya, kecuali mereka yang dekat dengan ALLAH SWT, kecuali mereka para Ahlillah.

    Dan kami disini sememangnya sangat menantikan kehadiran Sohibuz Zaman Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazar Sayyidina Muhammad Bin Abdullah QaddasAllahu Sirrahu. Rasulullah SAW tidak sama sekali akan menipu ummatnya... yakinlah!


    Lagu anak kecil main api tu memang best saudara, kami sering juga dengar. Liriknya sangat menikam kalbu... jangan kita main sentimen api, kelak terbakar kampung orang lain yang bersorak....


    WAllahuA'lam.
    Semoga soalan drpd saudara telah terjawab dgn jwpn ringkas drpd sy. Sekian.
    Wassalam...

    ReplyDelete
  9. wow. terharu. walaupun post berkaitan 'dia' tu tak sampai satu perenggan, tapi tu dah cukup utk membuktikan awak tetap ingat 'dia' seperti mana 'dia' ingat kan awak.
    cuma tahun ni sambutan nya dah tak semeriah dulu, 'dia' taktahu keadaan awak apa nanti.

    semoga berjaya dgn perjuangan awak. saya sentiasa doakan awak dan rakan rakan. jaga diri.

    ReplyDelete
  10. Salam semua...ini kali pertama sy kesini tp sy senang dgn lunaknya bahasa penulis yg bersederhana dan cuba bersikap neutral...
    Sy agak keberatan utk berteori konspirasi krn kebelakangan ini saudara2 sy tidak lg lunak bahasanya terhadap diri sendiri...
    Mahu sahaja sy keji ttp sudah sy anggap saudara sendiri...
    Kita sudah hilang keyakinan diri apabila semua yg terjadi dianggap konspirasi...
    Kita bukan negara Godless sehingga secara tidak sedar mengangkat Iluminati sebagai tuhan,pd mulanya ia menjadi teori ttp kini agak keterlaluan ia dipromosi sehingga kita sukar mempercayai diri sendiri...
    Inilah kesan reverse psycologi dari mempromosi teori Konspirasi sehingga bertuhankan teori,Kalam Allah sedikit demi sedekit diketepi,bukan kah itu juga matlamat Illuminati???
    Freemason ker,bapak Mason ker,Apakah ianya entiti yg lbh gagah dari zat Allah yg menjadikan sesuatu dgn hanya menfirmankan Kun fayakun?
    Kalam Allah bukan utk ditakwil ikut sebelah sisi ttp dijunjung utk diri sendiri..
    Sesudah diamalkan barulah ia diserukan kpd manusia yg lain..
    Betapa ramai yg akan ditaqlidkan oleh Allah merepekkan akan ayat2nya krn menyatakan sesuatu yg belum dikerjakannya????
    Sy membaca Al-Quran sehingga Khatam ttp tetap berat mulut ini utk mempromosi akan ayat2nya krn perintah2nya ada yg masih sy blm kerjakan..
    Ramai yg tidak menjaga adab dgn Ayat2 Allah yg suci krn diguna utk melunakkan pendapat sendiri walhal Asbab turunnya ayat itu pun tidak didalami dan difahami..
    Sedangkan mahu mengenal yg Haq dan Batil pun masih berpusing-pusing lantaran tidak kenal akan kalam diri sendiri,bagaimana pula nk menghukum sesuatu yg bukan Haq sendiri???
    Pd yg belum dibuka hijab kebenaran oleh Allah s.w.t,lbh baik la kalian berlepas diri..
    Pd yg mengeji kekafiran manusia lain,tahukah kamu akhir kalam setiap manusia diwaktu manusia itu diangkat ruhnya oleh Malikul maut nanti?
    Mengapa kamu dgn mudah mengambil Haq Allah yg bukan milik kamu dgn mendahului Allah menghukum sesuatu yg kamu tiada pengetahuan yg meliputi tentangnya???Kamu mudah mengkafirkan hamba Allah yg lain sedangkan satu teladan atau Akhlak Rasulullah s.a.w dan sahabatnya pun kamu masih gagal utk tunjukkan pd mereka yg kamu kafirkan itu...Jangankan sepatah,sebaris ayat Allah pun kamu masih blm bacakan dihadapan mereka,lalu apa hak kamu utk mengkafirkan mereka,sesungguhnua kamulah yg telah dahulu kufur dgn nikmat Islam dan Iman yg Allah beri..Nikmat itu kamu sembunyikan disebalik Ahklak kamu yg jelek,maka makin jauhlah mereka2 itu dari kebenaran..
    Kamulah yg akan menjawab persoalan Allah nanti..
    Apakah Surah Al-Kahfi itu hanya sekadar cerita lalu kamu tidak mengambil pengajaran darinya???
    Tidakkah Kisah Zulqrnain itu adalah petunjuk Allah kepada manusia yg diberi kuasa oleh nya????
    Kuasa utk menghukum para penindas,membela yg tertindas dan menghormati kaum peribumi,lalu dgn kuasa apakah pula yg telah dilakukan oleh penguasa terhadap penduduk peribumi(penduduk asal)
    Kita sama spt bangsa penjajah,membuka negeri yg sudah ada penghuni,lalu kita mengangkat diri kita lbh suprime,lalu menindas bangsa peribumi,mengambil kekayaan buminya lalu kita pakaikan kpd para pembesar kita lalu kita sombong dgn kekayaan kita..
    Maka sbb itulah Allah mengutuskan bangsa yg lbh Zalim utk menjajah kita ratusan tahun lalu diperlakukannya kita sama dgn penduduk peribumi itu..
    Lalu selepas kita bebas,kita ambil kembali hak yg sebenarnya bukan milik kita itu dan kita biarkan penduduk peribumi miskin dipedalaman...
    Inilah penyelewengan yg terang lg nyata yg kita sendiri dukung sejak sekian lama,maka tiada bezanya kamu dgn penjajah,bercakap lunak tentang agama ttp pd masa yg sama penduduk asal tanah ini kamu pinggirkan sehingga mereka pula dilihat sabagai menumpang..Sbb itulah Allah jdkan bangsa kamu becakaran sesama sendiri hingga kini...
    Insaflah wahai org2 Melayu...

    ReplyDelete
  11. Berlakunya tragedi 13 mei kedua pada 9 Julai 2011. Hikhik. Tepat ramalan saudara. Orang Malaysia ni tak pernah nak bersatu. Asyik berpecah je. Tengok saja perhimpunan bersih tersebut. Hikhik. Tahniah tuan peramal.

    ReplyDelete
  12. panji-panji dirajaJuly 11, 2011 at 4:53 AM

    tiba-tiba terjadi tanpa sebab..aneh!! bukan mustahil untuk berlaku hanya dia yang lebih tahu akan jadinya sesuatau.apakah saudara sudah baca link yang saya beri pada saudara,baca pun takpa tak baca pun takpa[penulisan itu cuma nukilan dari seseorang tidak semestinya diterima oleh yang lain].apa pendapat saudara?[tentang nukilan dari link tersebut] bagi saudara apakah makna imam dan apakah makna mahdi dan apakah pula maknanya imam mahdi itu?nak jawab pun tak tak jawab pun tak pa.kita digalakan untuk menyampai walaupun sepotong ayat..

    betul kata saudara sentiment api tak perlu dimainkan tapi harus menjadi ingatan agar kelak tidak terhantuk baru terngadah..waraskan akal jauhkan emosi[nafsu] pasti api itu akan menjadi kawan dan berguna.namun jika api itu digunakan sebagai alat untuk membakar sebesar mana pung ia ia harus membakar kerana setiap yang ada didunia pasti sepasang bila ada baik pasti ada buruknya.untuk memotong kayu mata kapak harus lah kayu kerana hanya kayu yang boleh memotong kayu.

    Pada PENDAPAT saya imam mahdi itu telah lama ADA[pendapat saya,benar bagi saya belum tentu bagi saudara,benar bagi saudara belum tentu bagi saya] dari dulu 1400 tahun sehingalah sekarang ini cuma seperti kata saudara dia terang didalam yang terang,gelap didalam gelap..saudara tidak sama dengan sa-udara..apakah kita sa-udara? apakah dia amanah,sidiq tabliq fatonah..bila mendidik dia mursid dan amanah..

    "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"

    (Al-A'raaf 7:172)[diambil dari http://www.surah.my/]

    maaf jika ada yang tersalah,biar bertengkar dibibir namun jagan sampai bertengkar dihati

    SAHAJA BEGITULAH

    assalam mu alaikum

    ReplyDelete
  13. To Anon July 8, 2011 7:32 PM

    Keluar tajuk jap, hehehe..Betul la apa kata guru tua tu. Pernah sorang pakcik saya cakap "yg baik tu datang dari Allah, yg tak baik tu dari kita sendiri" kepada sorang sepupunya. Terus sepupunya ni kata, kita ni tak mampu nak datangkan apa2, walhal perkara buruk sekalipun. Semua datang dari Allah, semua dgn izinnya. Pikir balik kata2 sepupunya tu, betul juga. Dalam pada kita nak merendah diri dgn berkata begitu, secara tak sedar kita macam bongkak pulak pada Allah S.W.T. Sekadar pandangan saya lah....

    ReplyDelete
  14. Salam buat semua..
    Al-Mahdi ialah org yg diberi petunjuk...
    Lalu petunjuk itu utk sekelian manusia,jika yg mengaku beriman berpaling darinya maka Allah akan lahirkan bangsa baru yg mencintai Allah dan Allah mencintainya...
    Bukan Islam di Malaysia tiada ciri2 Musyrikin Makkah yg menahan kita dari bersolat,berpuasa ,berzakat,menunai Haji di Makkah..Malah mereka tidak ada kena mengena dgn kekejaman Zionis terhadap penduduk palestin..
    Mereka juga mengalami penganiayaan dan penafian hak yg kita sudah tidak mampu sembunyikan sama spt rakyat marhaen yg lain..
    Ciri2 yg ada pd mereka hanyalah mereka menyembah selain dari Allah krn definisi ketuhanannya berlainan dgn kita dan itu tidak boleh menjadikan kita memusuhi mereka,malahan dilindungi..
    Maka ianya akan memudahkan kita utk memberi pencerahan ttp spt biasa org2 Munafik akan menghalangi tujuan2 itu supaya kita menemui kegagalan krn selama mana keadaan itu berterusan selagi itulah agama akan menjadi perisai mereka..Akhlak yg kita tunjukkan adakalanya menjadi halangan kpd mereka dari mendapat pencerahan..Berapa ramai dikalangan kita yg ada mendoakan agar tetangga2nya mahupun sahabat handainya yg blm Islam menjadi saudara baru dlm dakapan persaudaraan Islam yg lbh sejagat...
    Berapa ramai yg boleh menunjukkan 10 makna yg berbeda pd sesuatu perkara yg disoalkan spt Keilmuan Saidina Ali r.a ttp malangnya kita kini hanya bercakap dan mendengar dgn hanya menggunakan sebelah sisi sedangkan Allah menjadikan telinga manusia itu sepasang??
    Islam itu pd awalnya dagang(asing)dan diakhir zaman dan ia akan kembali menjadi asing...
    Lalu ia akan kembali kpd jln asal perjuangannya,yakni perjuangannya akan mendapat tentangan dari sanak saudara dan keluarga sendiri spt mana yg berlaku pd era awal Islam diMakkah...
    Apakah signifikan dari kalam2 Rasul itu tidak dpt kita saksikan kini?
    Itu adalah fitrah yg sudah baginda Rasulullah s.a.w sampaikan dan jika ada yg mempersoalkannya maka sesungguhnya ia sudah tertipu dgn pandangan zahirnya...
    Apakah persamaannya dgn dunia hari ini di Malaysia?
    Yg lbh perit ianya kini bukan lg berlaku antara umat Islam dgn bukan Islam ttp sesama Islam..huhuhu..
    Ianya berlaku krn tahap kefahaman dan kanta yg digunakan sebagai penanda Aras keislaman itu berbeza menurut kefahaman masing2..
    Maka sudah tentu berlaku pecahan set pemikiran krn perbedaan pandangan itu dizahirkan dan diutarakan..
    Pilihlah antara Islam yg mengiktiraf Maksiat dgn Islam yg mahu membersihkan maksiat..
    Pilihlah utk bersama org Islam yg mahu meneguk arak atau berkawan dgn bukan Islam yg hanya mabuk dgn teh dan roti canai..
    Apa yg dilihat sebagai perpecahan adalah sebenarnya perbedaan utk membuat pilihan dan kecondongan hati..Apakah ianya akan menjadi ancaman kpd agama???
    Bg sy tidak krn ia akan meningkatkan lg kefahaman dlm beragama..
    Maka perkara ini akan berterusan sehingga pembawa petunjuk itu dizahirkan utk kembali menyatukan manusia..
    Kenapa dahulunya keadaan penguasa itu agak selesa dan kini ditekan segala segi?
    Krn dahulu kita diberi sumber yg kaya dan kini ia semakin berkurangan..
    Dahulu kita punya lebihan ttp kini kita berhutang..Lama kelamaan umum akan merasai kesannya dan hari ini,publik menyuarakan pandangannya tanpa ada sempadan bangsa dan anutan krn semua merasai kesannya..itulah Natijah yg sebenarnya berlaku dan ia tiada kena mengena dgn teori konspirasi atau perkara2 yg seerti dgnnya..
    Ia hanya dolak-dalih dan kini Agama pula diguna sebagai senjata..
    Itu yg memualkan sy krn masalahnya bukan dari luar ttp krn dari dahulu dasar tidak diubah lalu rakyat menyuarakan bantahannya..
    Kita sering menghakimi sesuatu tindakan berdasarkan agama ttp kita tidak pula mahu menilai dasar yg dibuat berdasarkan agama..
    Inilah kecuaian kita dimana kita katakan tidakan2 atau reaksi2 yg dilakukan oleh pihak yg berbada pandangan itu tidak Islamik ttp dasar yg tidak Islamik yg dijadikan instumen yg digunapakai utk mentadbir sehingga melahirkan keadaan yg spt ini jarang pula kita renungkan sedangkan itulah punca kpd masalah yg dihadapi oleh semua rakyat kini..

    ReplyDelete
  15. saya ingin sentuh sikit isu bercampur lelaki perempuan semasa demo, kat depan kaabah rumah allah semasa tawaf pon camtu gak sdr, campur laki pompuan , berbagai bangsa keturunan...adakah ini pun langgar syariat?

    ReplyDelete
  16. perjuangan khilafah iti telah lama wujud. lihat sahaja hizbut tahrir :-)

    ReplyDelete
  17. @anonymous july 12, jgn la samakan ibadat haji ciptaan Allah yg suci lg menyucikan dgn demo2 ciptaan manusia ni...pleassseeee...bwk2 istighfar..

    ReplyDelete