BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Segala Puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, para sahabatnya, para ahli kelaurganya dan seluruh pewarisnya. Buat Ruh Junjungan Baginda Rasulullah SAW, As-Siddiqeen Sayyidina Abu Bakar, sekalian para sahabat, para Ruh Ahli Kubur muslimin dan muslimat, para ibu bapa kita, para guru-guru kita, para ahli keluarga kita dan seluruh ummat Islam dari awal hingga akhir, Al-Fatihah...
Di kesempatan ini, kami warga kerja bk.blogspot menghulurkan 10 jari memohon 1001 kemaafan andai ada salah silap, ada terkasar bahasa, terguris perasaan atau terasa dihati atas segala tulisan dan komentar daripada kami. Semoga malam Israk Mikraj yang kunjung tiba ini, di akhir bulan Rajab ini, akan membawa suatu sinar besar buat diri kita semua.
Ketahuilah bahawa bulan Rajab adalah bulan ALLAH SWT, bulan Sya'ban adalah bulan Rasulullah SAW dan Ramadhan adalah bulan ummat ini. Dan ketahuilah juga bahaga bulan Rajab yang mulia ini, ALLAH SWT telah memuliakannya dengan kemuliaan Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin. Bulan Rajab juga adalah bulan Palestin. Pada bulan inilah berlakunya peristiwa Israk Mikraj yang telah mengangkan darjat Palestin sebagai sebuah bumi Anbiya' yang sangat berkah. Bulan ini juga telah lahirnya Imam As-Syafi'e yang merupakan keturunan Rasulullah SAW dan lahir di Palestin. Bulan Rajab ini jugalah telah berlakunya banyak peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah dunia.
Ketahuilah bahawa pada bulan Rajab ini jugalah segala rahsia alam ghaib telah tersingkap hanya pada satu malam. Ketahuilah juga bahawa bulan Rajab ini jugalah telah menunjukkan ketinggian Iman dan kepercayaan yang mampu dicapai oleh ummat manusia, terbukti pada keyakinan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq apabila membenarkan segala kata-kata Rasulullah SAW mengenai peristiwa Israk Mikraj tanpa sebarang bantahan. Salam buat Penghulu As-Siddiqeen Sayyidina Abu Bakar RadiAllahu Anhu...
Ketahuilah juga bahawa pada malam Israk Mikraj ini telah berlakunya peristiwa yang sangat besar dan diluar akal manusia. Ketahuilah bahawa malam 27 Rejab beberapa tahun sebelum Hijrah juga telah turunnya perintah Solat yang mana asalnya diturunkan sebanyak 50 waktu sehari semalam. Dan telah dikurangkan menjadi 5 waktu sahaja sehari semalam tanpa mengurangkan sedikit pun jumlah pahala solat tersebut bagi setiap waktu, bahkan ditambah menjadi 27 kali ganda pahala apabila kita bersolat jamaah.
Ketahuilah bahawa peristiwa Israk Mikraj ini juga telah mengubati kesedihan di hati Rasulullah SAW selepas kematian isteri kesayangannya dan pakciknya serta kesedihan Rasulullah SAW setelah di maki di cerca oleh penduduk Thaif.
Ketahuilah bahawa kita sebagai seorang ummat Islam seharusnya sentiasa mengingat peristiwa besar dalam kegemilangan Islam. Inilah peristiwa Israk Mikraj, peristiwa ghaib yang langsung tak masuk akal dek lemahnya akal fikiran kita sebagai seorang hamba ALLAH SWT. Ketahuilah bahawa beriman kepada perkara ghaib itu adalah wajib dan menjadi rukun kepada kita sebagai seorang ummat Islam. Berimanlah dengan sepenuh yakin akan segala peristiwa ghaib yang telah berlaku kepada Rasulullah SAW.
Ketahuilah bahawa turunnya perintah solat adalah berkiblatkan Masjid Aqsa. Dan ketahuilah bahawa setelah beberapa masa, kiblat ummat Islam telah ditukar ke Masjidil Haram dan ALLAH SWT telah memuliakan Ka'abah yang dibina oleh Nabi ALLAH Ibrahim Alaihis Salam sebagai kiblat ummat Islam hingga akhir zaman. Ketahuilah bahawa disebalik turunnya perintah solat dan peristiwa Israk Mikraj itu, terkandung 1001 rahsia alam dan rahsia Ilmu ALLAH SWT.
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
SALAM ISRAK MIKRAJ 1432H daripada kami seluruh warga kerja bk.blogspot kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat diluar sana. Berpuasalah pada esok hari atas niat puasa bulan Rajab, semoga kita tergolong dikalangan ummat Nabi Muhammad yang sangat memuliakan bulan turunnya perintah Solat 5 waktu, bulan berlakunya peristiwa Israk Mikraj, bulan Palestin dan bulan ALLAH SWT dan sebagai tanda kesyukuran kita kepada perintah Solat yang diturunkan kepada kita.
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah- perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (QS Hud: 14)
Kalau dulu, orang tak percaya manusia boleh sampai ke langit. Sekarang orang dah percaya, sebab ada spaceshuttle, ada kapal angkasa, ada satelit di luar angkasa. Kalau dulu orang tak percaya manusia boleh terbang. Sekarang siapa yang tak percaya? Air Asia kan ada, MAS kan ada. Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW adalah orang pertama keluar dari langit bumi ini, dan naik hingga melepasi langit ke-7. Maha Suci ALLAH SWT yang Maha Menghendaki.
Kalau dulu orang tak percaya adanya Tuhan, orang tak percaya adanya Malaikat, orang tak percaya adanya langit luas diluar bumi, tak percaya ada alam ghaib, bahkan tak percaya bahawa bumi ini adalah bulat sfera. Tetapi sekarang orang telah percaya semua itu, berkat dakwah Rasulullah SAW, Rahmat bagi sekalian alam. Rahmat itu mengenai seluruh penghuni alam ini tak kira Islam atau tidak.
Ketahuilah bahawa pada bulan Rajab ini jugalah telah bermulanya disyariatkan syariat Islam di bumi bertuah, Nusantara ini. Perisytiharan itu telah berlaku pada Jumaat pertama bulan Rajab.
WAllahuA'lam.
Sekian.
Wassalam.
27 Rajab 1432H, 7.56 malam.
Kalau dulu orang tak percaya adanya Tuhan, orang tak percaya adanya Malaikat, orang tak percaya adanya langit luas diluar bumi, tak percaya ada alam ghaib, bahkan tak percaya bahawa bumi ini adalah bulat sfera. Tetapi sekarang orang telah percaya semua itu, berkat dakwah Rasulullah SAW, Rahmat bagi sekalian alam. Rahmat itu mengenai seluruh penghuni alam ini tak kira Islam atau tidak.
Ketahuilah bahawa pada bulan Rajab ini jugalah telah bermulanya disyariatkan syariat Islam di bumi bertuah, Nusantara ini. Perisytiharan itu telah berlaku pada Jumaat pertama bulan Rajab.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus dua.
WAllahuA'lam.
Sekian.
Wassalam.
27 Rajab 1432H, 7.56 malam.
slm ustz. nk tnya ni..
ReplyDeletesiapa yg dijumpai rasul saw. sms isra' mikraj, di selepas langit ketujuh, sblum jumpa Allah, seorg pemuda yg ghaib dlm suatu bekas..yg rajin, selalu basah bibirnya krn zikir..?
Wa'alaikumussalam wbt sdr...
ReplyDeleteWAllahuA'lam Bissawab. Saya pun tak tahu siapa pemuda tersebut.
InsyaAllah, kalau saya dapat jawapannya, nanti sy khabarkan disini.
Terima kasih kerana sudi bertanya. :) Salam Israk Mikraj, semoga bertambah-tambah amal kita dalam Ramadhan akan datang dan diberkati segala amal kita pada bulan2 yg lalu. Amiin...
Wassalam.
Salam incik
ReplyDelete'Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua' maksudnya apa. Minta terang sikit.
Salam tuan anon 2 July,
ReplyDeleteUtk memberi pencerahan kpd pertanyaan saudara, saya salinkan semula frasa berikut...
"Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus dua."
Huraian Ringkas:
"Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua"
-Di kala selepas itu Nabi Isa putra Maryam telah wafat tujuh ratus dua purnama.
WAllahuA'lam.
Frasa tersebut sebenarnya saya petik daripada bacaan muka pertama Batu Bersurat Terengganu. Dan tafsiran spt yg sy tuliskan disini adlh berdasarkan tafsiran seorang rakan sy, pengkaji sejarah Melayu.
Seajuh mana ketepatannya, tiada yg tahu. WAllahuA'lam Bissawab...
Sekian.
Terima kasih.
Wassalam...