Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H


Kembang melati sungguhlah indah,
Di tengah taman jadi hiasan;
Harum Ramadhan tercium sudah,
Salah dan Khilaf mohon maafkan;

Bunga terangkai terikat tali,
Lama di pandang Indah sekali;
Biarpun Ramadhan beberapa hari lagi,
Saya mengucapkan maaf dengan setulus hati...


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah 'ala Kulli Haal Wa Nikmah. ALLAHU AKBAR!
Ya ALLAH, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.

(Bacalah doa ini, agar kita masuk dalam bulan Ramadhan dalam keadaan diberkati ALLAH hendaknya, insyaALLAH)



(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka HENDAKLAH IA BERPUASA PADA BULAN ITU dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA dapat lagi kita bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini. Segala Puja dan Puji kami panjatkan ke Hadrat Ilahi kerana dengan RahmatNYA dapat lagi kita bertemu dengan bulan yang mulia ini pada tahun ini. Alhamdulillah Ya ALLAH...

Kami warga kerja bk.blogspot menghulurkan 10 jari memohon 1001 kemaafan andai kata ada tersalah silap sepanjang kami menulis disini. Sudilah kiranya para pembaca memaafkan segala salah silap kami. Kami disini dengan berbesar hati mengucapkan, SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BERAMAL IBADAH dalam bulan Ramadhan yang Mulia ini kepada seluruh pembaca setia blog ini dan kepada seluruh ummat Islam di serata dunia.

(Credit to Noble)

Semoga Ramadhan tahun ini bertambah makmur dalam diri kita dan di angkat amal kita ke Hadrat Ilahi tanpa ada hijab... kurangkan 'dakwah' dalam bulan ini, tingkatkan amal ibadah IKHLAS semata-mata kerana ALLAH SWT... :D

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H buat semua....!!


drpd kami, warga kerja bk.blogspot.com.

8.21 malam, 1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011M.


2 comments:

  1. Alhamdulillah...perkongsian yg sgt baik, teruskan dgn brkongsi kebaikan ini sesama kita...smuga sama-sama mndpt ganjaran dr Allah swt. Amin

    ReplyDelete
  2. Gambar tu pemegang mohor besar raja-raja yg dan pencen.

    skg ada yg baru.

    harap maklum.

    ReplyDelete