Ceritera Ponteng Puasaku




Bismillahirrahmanirahim.

Ramadhan datang lagi. Macam biasa, kalau dibulan Ramadhan ni pasti ramai ulat-ulat yang tak tahan berpuasa akan mencari helah untuk makan di siang hari. Bercerita pasal ponteng puasa ni, teringat pula aku satu kisah di zaman muda-muda dahulu. Ye lah kan, dulu-dulu memang malas sikit nak puasa. (Tapi aku jarang ponteng puasa masa kecil dulu...)

Lapar lah, gastrik lah, sakit perut lah, lemah badan lah. Macam-macam lagi alasan yang akan muncul setibanya Ramadhan. Sebelum Ramadhan, tak ada pula alasan-alasan ni. Pelik juga ya...

Dulu masa aku muda-muda, ada kawan aku 2 orang ni. Entah lah apa masalahnya, asal puasa ada je taktiknya nak monteng puasa.

Diceritakan, pada suatu hari di bulan Ramadhan tu (tak ingat tahun bila),

"Eh, line clear ke kat sini?"

"Aku rasa clear kot. Takpe, kita masuk dalam sikit."

"Okey..."

Kawan aku, si Ajim dan Yayad (keduanya bukan nama sebenar) punya hal lah ni. Masuk hutan melangkah dengan penuh berhati-hati. Masing-masing membawa dua bungkus beg plastik yang mengandungi makanan dan minuman. Sah! Projek nak ponteng puasa lah tu. Dorang terus melangkah masuk ke kawasan semak yang lebih tebal kat tepi hutan kampung.

"Haa... Sini, sini. Aku rasa sini okey kot." Ajim memberi cadangan.

"Cantik la... apa lagi, kau bentang surat khabar tu Jim. Aku nak cari kayu dengan dedaun ni, nak buat unggun api kecik, halau nyamuk. Banyak benar nyamuk siang-siang ni..." Balas Yayad.

"Weh, tak payah la bakar unggun api. Kang kantoi orang nampak asap dia. Tahan je lah sikit, kejap lagi nyamuk dah kenyang dorang blah lah. Nyamuk pun nak makan jugak..."

Mereka berdua terus membentangkan surat khabar. Fuh! Macam picnic pula aku tengok. Kawasan kat situ memang clear habis. Memey sesuai pun untuk budak-budak ni buat projek.

"Hari ni kita makan puas-puas. hehehe..." Kata Ajim sambil mengeluarkan mi goreng, ayam goreng dan sambal sotong. Fresh orange pun ada... pergh!! Tergugat iman aku dibuatnya tengah-tengah hari ni.

"Haa... betul tu, betul tu. Kita enjoy habis-habis hari ni. Aku pun tak sabar nak makan ni. Lapar sangat dah. Hahaha..." Yayad pula mengeluarkan air cincau, ayam masak merah dan nasi tomato yang dibungkusnya malam tadi. Buah tembikai pun ada sekali. Hebat betul diorang ni, dah macam kenduri kendara pulak kat tengah-tengah hutan tu.

Perut masing-masing dah lapar gila. Gila punya lapar. Orang gila pun tak lapar macam diorang berdua ni. Gila betul lapar tu! Semua makanan dah terhidang, tinggal nak ngap je.

"Eh, Yad, kau ada dengar tak suara pelik tu?" Tiba-tiba Ajim bertanya dengan muka serius.

"Dengar apa? Aku tak dengar apa-apa pun. Hish, kacau je, aku baru nak ngap ayam kau kacau." Tanya Yayad perlahan sambil meletakkan kembali ayam masak merahnya.

"Syytt...." Ajim memberi isyarat untuk diam dan masing-masing memasang telinga. Terdengar seperti ada benda bergerak di dalam semak. Yayad memandang Ajim. Ajim memandang Yayad. Yayad dan Ajim saling berpandang-pandangan. Masing-masing cuba meneka, benda apakah yang bergerak dalam semak dan akhirnya mata mereka terbeliak besar bila terdengar bunyi...

"Khrook! Khroookkk...! Khrookk..."

"Aaa... Babiii!!" Ajim menjerit sambil lari lintang pukang.

"Lari weh, lari cepat..." Yayad tercungap-cungap melarikan diri.

Dorang pun ape lagi, lari lintang pukang lah bila terdengar suara babi tu. Eh, pelik juga aku tengok dorang berdua ni. Babi yang haram tu tau pula takut, siap dorang lari lagi. Tapi ponteng puasa yang haram tu dorang tak takut pula...

"Kahkahkah... Bodoh punya budak. Hahahahaha... kan tak pasal-pasal aku yang kenyang. Kihkihkih..." Tok Penghulu melangkah keluar dari semak berdekatan sambil berjalan menuju ke arah makanan yang ditinggalkan oleh Yayad dan Ajim. Ceh! Rupa-rupanya tadi tu suara Penghulu Lamid (bukan nama sebenar), Tok Ketua kampung aku. Dia punya kerja lah yang buat bunyi suara babi menakutkan kawan aku yang dua orang tadi. Tak guna jugak tok ketua ni. Hish!

"Hihihi... sedap jugak makanan ni. Dekat mana lah diorang tu beli makanan sedap ni. Hahahaha... Kenyang aku makan pree hari ni." Tok Penghulu yang tak puasa tu terus makan dengan hati gembira. Macam ni punya penghulu pun ada ka? Cis!

"Khrook! Khrookkk! Khrookk...." Tiba-tiba ada bunyi babi lagi dari semak berdekatan.

"Hek eleh... Kalau kau nak makan sekali mari lah. Tak payah nak takutkan aku. Kita enjoy sama-sama." Tok Penghulu berkata sedemikian bila terdengar bunyi macam yang dia buat tadi, dan...


...Keesokannya gempar satu kampung Tok Penghulu diserang babi hutan ketika makan dalam semak. Sekali babi betul daa... Satu kampung tergelak besar bila dengar berita tu. Macam-macam gosip tersebar. Habis jatuh maruah Tok Penghulu kampung tu.




Dalam hati aku terdetik, "Alhamdulillah, walaupun kawan aku tu muda lagi. Namun disebabkan diorang masih ada kesedaran yang kecil terhadap benda yang haram, maka ALLAH SWT telah pelihara mereka daripada melakukan perkara haram. Belum sempat diorang makan nasi tomato tu, tiba-tiba dengar bunyi babi yang haram, diorang pun cabut lari. Selamat puasa kawan aku dua orang tu..."

"Tok Penghulu pula, dah tua-tua pun ada hati lagi ke nak ponteng puasa? Bawak bertaubat lah tok. Malam tujuh likur nanti jangan lupa doa banyak-banyak ya tok. Minta keampunan..."

Betullah kata Nabi kita, kalau kita niat nak buat dosa, tapi kita belum buat lagi dosa tu, Malaikat tak akan catat niat kita itu sebagai dosa. Dan kita masih ada peluang untuk sedar dari melakukan dosa itu walaupun hidangan dah terhidang didepan mata kita untuk ponteng puasa. Alhamdulillah, kawan aku yang dua orang tu terselamat.

Betullah kata Ulamak, orang yang nak buat dosa ni ALLAH akan beri dia dua pilihan. Sama ada nak teruskan buat dosa atau berhenti melakukannya. Kalau orang tu pilih untuk teruskan buat dosa tu, maknanya dia telah memilih untuk menjerumuskan dirinya ke lembah yang bahaya.

Betullah kata Ustaz aku masa sekolah rendah dulu, kalau orang ponteng puasa ni memang dia takkan selamat. Kalau dia selamat daripada kantoi sekalipun, hati dia pasti tak selamat. Nanti time Hari Raya, orang lain yang berpuasa akan beraya dengan penuh gembira. Tapi, orang yang suka ponteng puasa ni, time Hari Raya diorang akan terasa macam ada satu kekurangan dalam diri diorang. Sebab tu kita dituntut untuk berpuasa penuh...

Pengajaran dari cerita yang aku sampaikan diatas, janganlah kita terdetik untuk ponteng puasa. Kalau terdetik sekalipun, cepat-cepat kita hentikan daripada melakukannya. Jangan jadi macam Tok Ketua tu, dah kena sondol dengan babi hutan baru nak menyesal.

Tanamkanlah kesedaran dalam diri kita walau hanya sebesar sebutir pasir kerana dengan kesedaran yang kecil itulah kita akan berhenti dari melakukan dosa tersebut. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai bulan untuk mendidik diri kita, nafs kita, nafsu kita, jiwa kita dan hati kita dengan baik.

Setakat itu je lah dulu ye, cerita dari aku. Nanti ada masa kita sambung bercerita lagi. Maaflah kalau aku jarang buat posting dalam blog ni disepanjang Ramadhan. Maklumlah, bulan 1001 Keberkatan, aku pun hendak mengejar keberkatannya.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam.


p/s: Cerita diatas disampaikan kepada aku secara lisan oleh Pak Cik Din. Terima kasih banyak-banyak ya pak cik. Kelakar juga cerita ni bila aku mengenangkannya. Kepada yang lain, ambillah pengajaran daripadanya.

*Gambar diatas dikreditkan kepada Google.

*Tulisan yang ditebalkan dan dicondongkan tidak sesuai digunakan dalam penulisan rasmi.




'bradokapak'
3.31 petang, 6 Ramadhan 1432H.

3 comments:

  1. takde plak orang komen. nah aku donate komen :P

    ReplyDelete
  2. terpakse ponteng puasa 2 hari..keracunan..ye la..b4 start puasa sumbat makanan macam2..mane tau keracunan..hehehe..sekali hari 1st da sakit..lol

    ReplyDelete
  3. unutng org yg ALLAH SWT kasi 'warning' dlu sblm die wt maksiat.... selamat la dia dr dosa.....

    ReplyDelete