Amalam Pada Lailatul Qadr





Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji-puji hanya untuk ALLAH, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, sekalian para Ahlul Bait, sekalian para Sahabat dan seluruh pewaris Baginda Rasulullah SAW. Al-Fatihah...

(Surah Al-Qadr, Juz 30)

Setelah 20 hari pertama dalam bulan Ramadhan berlalu, kini tiba giliran fasa ke-3 bertemu dengan kita. Iaitu fasa Pembebasan Daripada Api Neraka. Fasa yang di dalamnya terdapat suatu Malam yang Berkah, malam 1001 malam, malam ibadah 83 tahun, malam Lailatul Qadr.

Dalam artikel kali ini, bukanlah niat saya hendak bercerita panjang lebar tentang definisi Lailatul Qadr atau menghuraikan kaedah hendak menemuinya kerana perkara ini telahpun dibahaskan pada tahun yang lalu. Untuk membaca perbahsan tersebut, boleh klik sini.

(Gambar ini saya rakam malam tadi, langit berwarna oren kemerah-merahan)


Tanpa membuang masa, ayuh sama-sama kita perhatikan sedikit sebanyak barang yang baik diamalkan pada malam Lailatul Qadr ini.


1) Lailatul Qadr adalah kurniaan ALLAH SWT kepada hambaNYA yang telah beramal dengan gigih sejak awal Ramadhan hingga akhir Ramadhan. Ia dikira seperti bonus tahunan.

2) Ketika saat Lailatul Qadr, seluruh penghuni langit (yakni Malaikat) akan berduyun-duyun turun ke bumi untuk mencari hamba ALLAH yang sedang beribadah kemudian mengangkat amalan mereka itu untuk dipersembahkan ke Hadrat Ilahi.

3) Alamat (tanda) orang tersebut dapat Lailatul Qadr adalah, ketika dia sedang beribadah, badannya akan terasa menggigil sebentar. Sebentar sahaja, bukan lama.

4) Kata Almarhum Tuan Guru kami, Tuan Guru Ust Ghazali Hasbullah Darul Atiq, "Tanda orang tu dapat Lailatul Qadr badan dia akan menggigil, menggeletar secara tiba-tiba, sebentar sahaja. Kalau dia menggigil lama, tu bukan dapat Lailatul Qadr, tu kena demam kura (sejenis demam menggigil)."

5) Pada malam Lailatul Qadr, ALLAH SWT memakbulkan segala permohonan dan hajat hambaNYA yang benar-benar ikhlas beramal.

6) Kata Almarhum Tuan Guru kami lagi, "Mintalah keampunan ALLAH pada malam itu kemudian mintalah kita agar dikurniakan dengan ilmu..."

Untuk itu, disini saya kongsikan satu amalan, yang amat baik diamalkan pada malam Lailatul Qadr. Amalam ini saya terima dari Almarhum Tuan Guru, dan helaian dibawah ini telah ditulis sendiri oleh Almarhum Tuan Guru.

(Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)


Amalkanlah, moga-moga beroleh manfaat.

Setakat ini sahaja dahulu perkongsian daripada saya, mohon maaf lama tidak menulis disini. InsyaALLAH setelah habis musim perayaan, artikel penutup Huraian Ajaran Sesat dan sambungan artikel Rindu Zaman Kekhilafahan akan menyusul tiba.

Selamat beramal dan menghidupkan 10 malam yang terakhir dalam Ramadhan kali ini. Mungkin ini Ramadhan terakhir bagi kita, oleh itu kejarlah ia agar ia tidak terlepas begitu sahaja tanpa ada natijah yang berguna.

Selamat membebaskan diri dari api neraka!!


Sekian.
Wassalam.




اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني




Catatan Orang Gombak,
6.19 petang, 20 Ramadhan 1432H bersamaan 20 Ogos 2011M.

No comments:

Post a Comment