Bismillahirrahmanirrahim.
*Artikel ini agak panjang dan mungkin di luar minda, sila baca dengan hati yang terbuka!
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera buat para pembaca setia di blog ini. Bertemu kembali kita dalam teratak maya ini bagi membicarakan satu daripada ribuan isu-isu semasa yang agak hangat diperkatakan di serata dunia.
Seperti yang saya janjikan dalam artikel sebelum ini, disini saya ingin membicarakan beberapa tajuk, antaranya tentang Bacaan Ilmu Falak tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku dalam tahun ini, yakni tahun 2012 Masihi, 1433 Hijri dan Imlek Naga Air (Tahun Baru Cina yang sedang disambut sekarang). Perkara lain yang akan saya bawakan juga termasuk kisah mengenai suara-suara aneh atau juga dikenali sebagai Strange Sounds - bahasa saintifiknya Unidentified Audible Object (UAO) - yang kedengaran sangat kuat di serata dunia kebelakangan ini. Selain itu, saya juga akan membicarakan sedikit hal tentang kaitan UAO ini dengan HAARP dan hadis-hadis sabdaan Baginda Rasulullah SAW.
Tanpa membuang masa, saya terus ke topik pertama untuk dibicarakan, iaitu mengenai perkiraan ilmu falak...
Bacaan Ilmu Falak Untuk Tahun Ini
Dalam Islam, terdapat banyak cabang ilmu. Salah satu cabang ilmu yang tinggi tahapnya adalah ilmu Falakiah. Ilmu Falak ini mula diasaskan oleh Nabi ALLAH Idris Alaihis Salam. Ilmu Falak yang ada sekarang ini, baik yang dipelajari oleh Muslimin mahupun orang-orang kafir, semuanya warisan dari Nabi ALLAH Idris Alaihis Salam. Ilmu ini membicarakan tentang perkiraan langit, termasuk perkiraan bulan, bintang, buruj dan putaran alam atau kitaran alam. Termasuk juga di dalamnya kajian tentang hal-hal yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan pemerhatian ke atas alam ini dan kiraan tarikh-tarikh semasa, huruf-huruf nama dan sebagainya.
Tingginya taraf ilmu Falak ini, sehingga ada kata-kata yang menyebut, mafhumnya, "Seseorang Ulamak itu mencapai taraf tertinggi sekiranya dia telah menguasai semua cabang Falakiah". Sejauh mana kebenarannya, WALLAHuA'lam.
Apapun, apa yang ingin saya sampaikan disini bukanlah definisi tentang ilmu Falak semata-mata, tetapi yang lebih utama adalah perkiraan Falakiah terhadap peristiwa-peristiwa yang bakal mendatang dalam tahun 2012 yang sedang kita lalui ini.
Satu fakta yang mungkin tidak ramai orang sedari ialah, 1 Muharram 1433H dan 1 Januari 2012 jatuh pada satu hari yang sama, iaitu hari Ahad. Namun, Tahun Baru Imlek Naga Air (Tahun Baru Cina Ren Chen) yang dikira berdasarkan putaran Bulan dan Matahari, hanya jatuh lewat satu hari iaitu pada hari Isnin.
Menurut seorang Ulamak Islam yang masyhur dalam ilmu Falak moden, Syeikh Abu Ma'syar Al-Falaki, katanya...
Maka jika awal tahun Hijriah teradi tanggal 1 Muharram pada hari Ahad, maka bintangnya jatuh pada bintang Syams (Matahari). Maka jika tanggal 1 Muharram jatuh pada hari ini, menandakan pada tahun itu akan mendapat kemenangan raja yang berperang dariada musuhnya yang berbuat zalim. Dan terjadi banyak perhubungan antara negara-negara tetangganya.Nama-nama bulan seperti Barmudah, Tut dan Tubah adalah istilah yang diberi bagi menggantikan nama-nama bulan seperti yang kita semua sedia maklum seperti Januari, Februari dan sebagainya. Mohon maaf, sampai hari ini saya tidak tahu apakah nama-nama bulan Tut, Tubah, Barmudah dalam kiraan kalendar Masihi kerana saya hanya menyalin semula perkiraan Syeikh Abu Ma'syar Al-Falaki disini dari kitab Madiinatul Asrar. Penulis setakat ini masih lagi belum mendalami ilmu Falak, cuma ada membaca kitab-kitab tentang ilmu ini.
Air sungai melimpah, tidak kekeringan dan tidak pula kebanjiran. Tanam-tanaman subur, gandum, buah-buahan, sawah padi subur, hasil tanaman memuaskan. Maka diawal bulan Tut, terjadi mahal barang perahan seperti susu dan madu. Dibulan Tubah terjadi mahal penjualan binatang ternak, seperti sapi, kerbau, kuda, kambing, lembu dan sebagainya.
Dibulan Barmudah banyak penduduk berpindah tempat tinggal. Pindah dari satu kampung ke kampung yang lain. Namun mereka menderita. Timbul penyakit panas, terjadi bencana alam di lembah-lembah, namun ada baiknya, karena pada saat itu buah-buahan, kurma dan tanaman-tanaman subur.
Raja-raja di dunia saling bantu membantu, kerja sama untuk kemakmuran negeri masing-masing. WAllahuA'lam.
Abaikan perihal tentang bulan-bulan tersebut, bacalah apa yang ditulis oleh Syeikh Abu Ma'syar sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya. Ketahuilah, bahawa apa yang ditulis oleh Syeikh setakat ini sudah terbukti kebenarannya. "Dan terjadi banyak perhubungan antara negara-negara tetangganya" telah terbukti tatkala seawal minggu lepas, Dunia telah menganjurkan "Gerakan Kesederhanaan" yang dianggotai banyak negara-negara dari seluruh dunia yang mana ia telah membawa satu kesepakatan dalam satu hal yang dibincangkan dunia semasa.
"Air sungai melimpah" pula boleh kita tafsirkan sebagai perubahan cuaca di awal tahun ini, yang mana cuaca awal tahun ini boleh dikira sebagai 'sejuk'. Berbeza dengan cuaca di awal tahun lepas (2011) yang mana sangat panas dan mengeringkan tekak. Mungkin kita tidak perasan, tapi bagi yang perasan tentang perubahan cuaca ini, Alhamdulillah... :)
Ok, sekarang kita tinggalkan bicara tentang 1 Muharram dan 1 Masihi yang jatuh pada hari Ahad. Sekarang kita pergi ke Tahun Imlek yang jatuh pada hari ini, Isnin 23 Januari 2012M. Menurut pakar Feng Shui, kata mereka tahun Naga Air ini akan membawa banyak berlakunya peristiwa-peristiwa membabitkan air. Seperti banjir besar, tsunami (mungkin: dalam masa terdekat??) hujan yang banyak di merata tempat dan sebagainya.
Tahun ini merupakan 60 tahun selepas kali terakhir kalendar Imlek melalui fasa tahun Naga Air iaitu pada tahun 1952. Menurut Feng Shui Cina lagi, katanya; "banyak kes-kes baru yang akan terdedah, tapi tidak seperti 2011 yang terdedah terus jadi heboh. Jadi tak heboh seperti 2011. Unsur air akan mendamaikan, meredakan. Tahun depan itu melambangkan kemunculan penguasa yang menghanyutkan. Berkuasa tapi bisa redam sesuatu." Bererti, tahun ini, walaupun banyak kekecohan dalam sesuatu negara, atau mungkin banyak kes-kes seperti kes sosial, rasuah, perebutan kuasa, peperangan dan lain-lain, mungkin semua kes-kes itu akan terdedah tetapi tidak berapa hangat diperkatakan. Tidak keterlaluan jika saya katakan, "Dunia sedang menuju ke neraka, namun ramai yang melihatnya sebagai sebuah syurga..."
Apapun kata pakar Feng Shui Cina, sekarang mari kita lihat pula dari perspektif Islam. Kita baca apa yang dicatat oleh Syeikh Abu Ma'syar Al-Falaki tentang tahun baru yang jatuh pada hari Isnin...
Jika ttahun baru jatuh pada hari Isnin, ini menunjukkan keadaan pemerintahan dalam tiap-tiap negeri adalah baik. Bintangnya bintang Qomar (Bulan). Pada tahun ini turun hujan menjadi rahmat dan membawa kebajikan. Air sungai dan Sungai Nil (di Mesir) mengalir dengan membawa kesuburan dan keberkatan bagi tanam-tanaman; padi, sayur-sayuran, gandum dan lain sebagainya.WALLAHUA'lam. Sedikit sebanyak apa yang diperkatakan oleh Syeikh telah pun berlaku. "Turun hujan menjadi rahmat", setakat semalam (22-01-2012) hujan telah turun diserata tempat dalam Malaysia pada petang harinya. "Menjadi mahal bahan minyak" setakat ini harga minyak dunia memang pun sudah mahal, tetapi berikutan kes sekatan eksport minyak yang dilakukan Amerika Syarikat ke atas Iran dilihat akan memungkinkan berlakunya kenaikan harga minyak di masa-masa akan datang.
Anak-anak yang dilahirkan pada tahun ini, baik-baik bagus perangai dan budi pekertinya. Namun jika pada bulan Kaihak sampai bulan Barmudah akan menjadi mahal barang bahan makanan dan juga menjadi mahal bahan minyak. Pada akhir tahun itu, akan timbul perselisihan dan perpecahan di kalangan pejabat pemerintahan. Dan akan timbul berjangkit suatu penyakit diakhir tahun itu. WAllahuA'lam.
Bahkan, "akan timbul perselisihan dan perpecahan" pada akhir tahun itu juga dijangka benar-benar akan berlaku. Melihatkan kedinginan rantau Timur Tengah dengan kuasa Barat, terutama kes Nuklear, pembunuhan saintis Iran, naik turun kuasa Komunis di Korea Utara dan ancamannya terhadap Korea Selatan, Arab Springs dan banyak lagi. Hal-hal ini semuanya tidak mustahil untuk berlaku...
Kepada para pembaca, tidak perlu khawatir dan panik. Bertenanglah. Ini baru permulaan tahun baru. Bulan Januari belum pun tamat. Kita masih ada banyak masa lagi untuk menempuhi bulan-bulan mendatang. Apapun, sejauh mana kebenaran perkiraan ilmu Falak tersebut, tidaklah dapat saya pastikan. Namun, ia bukanlah ramalan yang hanya dibuat berdasarkan pemerhatian, kajian mahupun pemikiran logik akal. Jauh daripada itu, ilmu Falak merupakan satu ilmu kira-kira yang memerlukan kecerdasan akal yang sangat tinggi, kerana perkiraannya berada di luar batas akal fikir manusia biasa seperti saya.
Yang pasti, Syeikh Abu Ma'syar tidak menulis bacaan ilmu Falak tersebut sewenang-wenangnya! Syeikh mempunyai asas dalam tulisannya...!
UAO, HAARP dan Suara Aneh
Sekarang kita tinggalkan dahulu kisah tentang perkiraan ilmu falak tersebut. Mungkin tulisan saya tentang ilmu falak sedikit caca marba, mohon maaf saya pinta andai ramai pihak yang tidak dapat memahami dengan baik apa yang ingin saya sampaikan. Namun, cerna lah ia sebagai satu bahan bacaan yang boleh membuka minda kita terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa ini.
Sebelum pergi jauh, kita baca dahulu laporan akhbar tabloid tempata, Sinar Harian bertarikh 21 Januari 2012...
Kejadian bunyi dengkuran kuat diselang-seli bunyi nyaring frekuensi radio yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak pada malam 11 dan 12 Januari yang lalu menggegarkan banyak kampung sekitar dan terus menjadi misteri hingga kini.Poin utama yang saya nampak disitu adalah, orang ramai mengaitkan peristiwa suara aneh ini dengan teknologi HAARP. Tidak dinafikan, kerana mungkin HAARP ada kaitannya dengan peristiwa aneh ini.
Salah seorang saksi, guru, Mohammad Ferdauz Jumain, 28, berasal dari Kampung Meranek menceritakan semula detik tersebut berkata, dia terjaga pada jam tiga pagi kerana gangguan bunyi misteri tersebut yang terlalu kuat. Dia berkata, bunyi itu seolah-olah bunyi dengkuran dari kaki langit namun tidak mengetahui dari mana puncanya.
"Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa pun, tetapi semakin lama bunyi tersebut semakin kuat. Saya mengejutkan ibu dan ayah, kami terus tertanya-tanya bunyi apa itu. Saya juga sempat menghubungi dan menghantar SMS kepada beberapa kawan terdekat, mereka juga terdengar bunyi yang sama.
"Semakin pelik dengan bunyi itu, saya dan ayah mengambil keputusan memeriksa di luar rumah tetapi kami terkejut kerana bunyi itu dari tempat yang jauh, jiran-jiran saya yang lain pun terjaga," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ayahnya, Jumain Abang, 69, penduduk asal Kota Samarahan menjelaskan, sepanjang hayatnya itulah kali pertama dia terdengar bunyi dengkuran yang amat kuat dari langit. Ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bunyi tersebut berpunca dari kilang kelapa sawit berdekatan, Ferdauz menafikan dakwaan itu kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin di dengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.
Katanya lagi, pada malam pertama (11 Januari) kejadian, jiran sekeliling keluar beramai-ramai dari rumah kerana berasa amat pelik di samping perasaan takut dan panik. Kemudiannya mereka semua sepakat untuk bersedia pada malam kedua (12 Januari) untuk merakamkan suara aneh tersebut. Katanya lagi, Syukur kerana pada malam 12 Januari itu kami dapat merakamkan suara aneh tersebut.
Mengulas mengenai dakwaan dan teori banyak pihak di laman-laman web yang mengatakan bunyi itu berpunca daripada program High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP), Ferdauz tidak menolak kemungkinan itu kerana pada malam kejadian dia sempat melihat awan di langit dalam keadaan 'bergaris-garis'. Bentuk awan pada malam itu seolah-olah seperti kesan asap kapal terbang lurus dalam pertunjukan udara tetapi banyak, tidak dinafikan kemungkinan HAARP menjadi punca itu ada.
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuhnya oleh US Air FOrce, US Navy, University of Alaska, Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) dan agensi-agensi bersekutu dengan Federal Inteligence. DARPA pula adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca. Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7 MegaHertz (MHz) sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Apapun, sehingga kini belum ada jawapan jelas mengenai apa yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa kawasan di dunia sejak tahun lalu. Daripada maklumat, sehari sebelum kejadian ini berlaku, perkara yang sama turut berlaku di Aaborg, Denmark bahkan bunyi aneh yang menakutkan ini pernah di dengari dan di rekodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu.
Berita tentang bunyi misteri atau juga dikenali sebagai Strange Sounds ini telah menimbulkan histeria di laman-laman sesawang seluruh dunia apabila ratusan ribu penduduk dunia mendakwa mendengar bunyi tersebut. Rabu lalu, penduduk di Nottingham, UK turut melaporkan kejadian sama. Selain itu, kejadian serupa turut berlaku di beberapa kawasan dunia sebelum ini seperti di Tennesse, Amerika Syarikat pada 12 Mei dan Kiev, Ukraine pada 11 Ogos dan di Viborg, Denmark pada 16 September tahun lalu.
Tempat-tempat lain yang turut dilaporkan berlaku kejadian sama adalah di Budapest, Hungary dan Conklin, Canada.
Untuk pengetahuan para pembaca, suara pelik ini juga dikenali sebagai "Unidentified Audible Object" (UAO). Itulah nama rasmi yang diberi para saintis untuk mengekspresikan nama bagi bunyi pelik tersebut. Selain itu, ada juga yang mengenalnya sebagai "Groaning Sounds", "Strange Sounds", dan "Humming Sounds".
Rakaman video diatas dirakam pada 12 Januari 2012, iaitu hari ke-2 terdengarnya bunyi aneh di Kota Samarahan, Sarawak. Sebelum itu, pada 11 Januari 2012, suara aneh yang sama seperti yang terdengar di Kota Samarahan, turut didengari di Budapest, Hungary. Lihat video berikut...
Kemungkinan besar, suara ini turut kedengaran di tempat-tempat lain di serata dunia pada tarikh yang sama dan waktu yang sama. Namun, tidak dilaporkan atau mungkin orang yang mendengarnya menganggap ia satu perkara biasa sahaja.
Sejauh mana kebenaran yang mengatakan bunyi tersebut adalah bunyi HAARP? Setakat ini belum lagi kita ketahui. Setakat semalam, satu kumpulan telah diwujudkan untuk mengkaji peristiwa ini. Kumpulan tersebut diwujudkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (Angkasa) bagi mengkaji lebih lanjut berkaitan suara aneh tersebut. Setakat ini juga saya masih menanti laporan lanjut dari pihak Angkasa.
Dalam sedar tidak sedar, UAO ini sebenarnya telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia. Bahkan, kes di Kota Samarahan tempoh hari juga turut mendapat liputan agensi berita CNN, HuffingTon Post dan ANT setelah berita pertama dilaporkan oleh BorneoPost.
Di sebalik andaian HAARP, ada juga yang mengandaikan bunyi aneh tersebut datangnya dari bunyi naga. Katanya, naga yang tidur sudah mula bangkit. Agak lucu bila kedengaran, mungkin ada yang berkata sebegitu hanya untuk jenaka, tapi tidak mustahil jika ada yang mempercayainya sebagai satu perkara yang benar. Dan saya pun tidak menolak dakwaan ini, semuanya dalam satu kemungkinan selagi kebenaran belum di buktikan!
Jom kita lihat komen rakan-rakan facebook...
Ahmad Petra kota samarahan smggu sblm skolah bermula, tmpt yg xpernah kena bnjir pastu di lnda bnjir... Pastu keluar bnyi aneh plak.. Semua peristiwa kekerapan alam akan jd, mcm haloo thn lepas..
Nzrul Safi benda-benda pelik ni tak tahu lah,dari 2009 saya duduk situ tak pernah lagi dengar bunyi,kalau ada pun mungkin saya yang tak perasan kot(selalu macam ni,dah jadi baru sedar),tapi kalau dah lama takkan baru sekarang diorang hebohkan kat news?kalau benda-benda pelik merujuk alam lain memang banyak la,situ duluOk, itu antara komen-komen mereka pada 16 Januari. Sekarang baca pula komen rakan saya yang ibu-bapanya berada di Kota Samarahan...
memang hutan jer yang ada hehe,
Sapwan new info dari mak aku. Sejak mak duduk dgn bapak aku kat samarahan (tahun 2008), mmg kat samarahan ni byk benda2 pelik berlaku. Sbb tu le mak aku dh xnak pegi sana lagi. cian bapak aku kat sana sorg2..
Sapwan
UPDATE NEWS tentang bunyi pelik di Kota Samarahan :
Semalam saya ada tanya ayah saya ttg hal ini. (kebetulan dia berada di sana masa kejadian).
Aiz tp jgn terkejut. Tnya pembalak yg dah lama2, ada yg penah tgk kesan kt tanah cam balak kena seret menuju ke sg. Ada pakcik kt sni, driver balak, tokey dia pnh tnjukkn 1 kesan seret besar gile. Bukan kesan balak. Tokey dia kata, ni 'ular besar' punya laluan.
Ada skali, dr jauh, kt satu sungai, dia dgn member nmpk cam kepala biawak x biawak, ular x ular, dok berenang kt sg. Kepala statik je, tp ekor dia dok libas2 bgerak. Ada kata tu 'naga' muda coz naga akan spend masa byk dlm air.
Ni cite pakcik tu ler
Aiz "Pada tahun 245 Hijrah, terjadi goncangan besar di seluruh belahan bumi sehingga banyak menghancurkan berbagai kota dan kubu-kubu serta jambatan-jambatan. Di Antiochia ada sebuah gunung yang longsor ke lautan. Penduduk bumi banyak mendengar SUARA-SUARA GELEGAR DARI LANGIT.
Di Mesir terjadi bencana besar, sedangkan para penduduk Bilbis, sebuah wilayah pinggiran Mesir MENDENGAR SUARA YANG SANGAT KERAS.Akibatnya banyak penduduk Bilbis yang meninggal.Mata air di Kota Makkah kering.Melihat kenyataan ini al-Mutawakkil segera mengirim wang sebanyak seratus ribu dinar sebagai biaya untuk pengaliran air dari Arafah ke Makkah."
( Imam as-Sayuti,Kitab Tarikh Khulafa,m/s 419)
Rasanya komen-komen yang saya petik dari facebook rakan-rakan saya sudah cukup untuk menggambarkan apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan. Kebenaran tentang suara naga, kaitan HAARP dan sebagainya, setakat ini tak dapat saya pastikan. Jika ada suatu kepastian, insyaALLAH saya akan catatkan di dalam blog ini secepat mungkin.
Kaitan UAO Dengan Hadis
Apapun yang berlaku, sudah pasti ada kaitannya dalam kehidupan kita. Namun, dalam hal ini sebenarnya saya terpanggil untuk menulis tentang kaitan UAO dengan Hadis sabdaan Baginda Rasulullah SAW. Agak memelikkan, kerana UAO ini mula kedengaran sekitar bulan November tahun lepas. Yakni dalam lingkungan tahun baru Hijrah. Bererti UAO ini hanya mula kedengaran pada peralihan tahun baru dan terus kedengaran dalam tahun ini, 2012M atau 1433H.
Hadis mursal, sabda Nabi SAW,
“Pada bulan Ramadan akan terdengar suatu suara (di langit), pada bulan Syawal akan terdengar (pula) suara dodoian, pada bulan Zulkaedah akan berlaku huru-hara, pada bulan Zulhijjah para jemaah haji akan dirompak, dan pada bulan Muharam suatu suara dari langit akan kedengaran, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya pemimpin yang dipilih oleh Maha Pencipta adalah si folan si folan (Al-Mahdi), maka ikutlah dan taatlah (kepada mereka).”
Jika diperhatikan dalam kronologi hadis-hadis akhir zaman, sebenarnya KEMUNGKINAN suara aneh atau UAO ini ada kaitannya dengan 'pembaiahan Imam Mahdi' dan 'kedatangan Dajjal'!! Berdasarakn pemerhatian pendek saya, kronologi dalam Hadis mencatatkan bahawa kedatangan Imam Mahdi itu sebelumnya akan berlaku kekecohan dalam musim Haji Akbar. Kemudian diikuti pembaiahannya dalam awal Muharram. Sama ada baiah di alam nyata atau di alam ghaib tak lah dapat saya pastikan.
Kemudian, antara tanda-tanda Al-Mahdi itu sudah di baiah adalah terdengarnya suara dari langit. Suara itu akan kedengaran di serata tempat dalam bumi ini!
Jika kita lihat, kebelakangan ini memang ramai orang menceritakan tentang Al-Mahdi. Tidak mustahil UAO ini - jika ia bukan bunyi dari HAARP - ada kaitan dengan kedatangan Imam Mahdi atau mungkin Dajjal!Kata Sayidina Ali bin Abi Talib KMW,
“Apabila ada seruan dari langit, “Sesungguhnya kebenaran itu berada di pangkuan keluarga Nabi Muhammad SAW,” maka ketika itu (nama) al-Mahdi mulai sibuk diperkatakan orang. Lalu umat manusia beransur-ansur mencintai al-Mahdi. Seterusnya tidak ada orang lain yang disebut-sebut lagi melainkan al-Mahdi.”
Melihatkan kronologi-kronologi berikut di atas, ada kemungkinannya. Namun, jika diteliti, bunyi UAO ini tidaklah menyebut nama Al-Mahdi atau seumpamanya. Ia tidak lebih dari bunyi frekuensi radio berkuasa tinggi atau juga kedengaran seperti bunyi suara dengkuran orang yang sedang tidur, atau bunyi naga seperti dalam permainan video.Kata tabiin RH,
“Di dunia ini akan berlaku bencana (yang hebat-hebat) yang mana bencana ini tidak ada kesudahannya sehinggalah datang suara seruan dari langit, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya yang akan menjadi pemimpin di bumi ini ialah si fulan. Dialah pemimpin yang sebenar.” Yang diulang sebut sebanyak tiga kali.”
Kata tabiin RH,
“Ada suara dari langit yang memanggil-manggil nama al-Mahdi. Suara ini dapat didengar oleh setiap orang sama ada yang berada di Timur mahupun di Barat, sehingga tidak ada orang sedang tidur, melainkan pasti terjaga (kerana) mendengarnya.”
Jadi, disini saya meletakkan satu situasi bahawa suara-suara yang kita dengar tersebut sebenarnya adalah satu peringatan kepada kita. Peringatan kepada jiwa-jiwa kita yang sedang leka dan lalai, bahawa bumi ini, dunia ini sedang menuju kemuncak kepanasannya, bererti kita sedang di ambang zaman kedatangannya Dajjal. Mungkin bukan dalam masa terdekat ini, tetapi UAO inilah sebenarnya peringatan bagi orang yang berfikir...
Seandainya bunyi ini terdengar di semua tempat dalam dunia ini melalui 7 penjuru dunia, bererti kita, seluruh dunia, sedang di ambang peperangan berskala besar. Hanya menantikan picu ditekan, punat ditendang....
High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)Kata Ammar bin Yasir RA,
“Apabila Nafsuz Zakiyah telah terbunuh, satu suara dari arah langit akan berkata, “Pemimpin kamu semua adalah si folan si folan” (iaitu Al-Mahdi). Berikutan itu, Al-Mahdi akan muncul dan akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan.” (Ibnu Tawus)
Selesai berbicara tentang UAO, ada satu perkara lagi yang ingin saya bicarakan secara ringkas. HAARP, ya HAARP suatu teknologi canggih rekaan orang kafir barat.
Sedikit definisi tentang HAARP dan cara ia berfungsi...
Aizhaarp fungsi pd 'angin/gelombang'
Bluebeam pd 'cahaya'
Tinggal skrg, fungsi pd 'rasa/feel/touch' dan ni yg completekn misi gongga.
Bluebeam msh x di plihatkn lg. Haarp rmai da tau, siap ada dokumentari lg. One other of controlling weapon masih dlm simpanan.
Sbb ia melengkapkan hadis nabi tntg 'jin meyerupai org yg telah mati tp itu tipuan blaka'
Haarp for hear/control mind
Bluebeam for see
? For touch/create sumthing out of nothing
Ok, HAARP ini pada asalnya adalah satu teknologi canggih rekaan Amerika Syarikat yang dibina untuk mengawal cuaca dan mencari minyak di lautan dalam. Macam carigali juga sedikit sebanyak. Namun, setelah evolusi teknologi 'Blue Beam' semakin canggih, maka HAARP dicipta pula untuk mengubah cuaca. Dan ada saintis yang telah membuktikan bahawa HAARP mampu mengubah cuaca, mengawal hujan, mengawal panas sejuk, dan paling hebat mampu membina satu tsunami atau gempa bumi berskala besar!!
HAARP ini juga sebenarnya adalah salah satu projek Amerika Syarikat untuk mengurangkan populasi penduduk bumi di bawah orde baru iaitu "New World Order" (NWO). Mungkin, para pemiant teori konspirasi sudah tahu tentang perkara ini, jadi tak perlulah saya jelaskan dengan panjang lebar. Bagi yang belum tahu, boleh cari dalam carian Google. Jadi, sedikit sebanyak kebenaran dakwaan teori konspirasi terhadap projek Blue Beam dan HAARP ini sudah ada kebenarannya!
Setakat yang saya dengar-dengar, ada yang melaporkan bahawa tsunami-Jepun yang berlaku tahun lalu sebenarnya adalah berpunca dari teknologi HAARP ini!! Sejauh mana kebenarannya tak dapat saya pastikan. Namun, kemungkinan tidak dapat kita tolak.
Beberapa minggu lalu, ada satu cerita menarik tentang HAARP ini. Sedar tak sedar, sebenarnya 9 hari selepas berlakunya tsunami di Jepun, Libya telah diserang oleh tentera NATO yang dianggotai bersama pihak BERSEKUTU. Ada semacam bau rancangan licik disitu.
Cerita menariknya, para pembaca semua boleh amati gambar berikut...
Quote from owner;
"'They terminated him because the Cali tsunami is very soon.
The HAARP disasters always co-incide with an invasion of a country
e.g. Lybia 9 days after Jap tsunami
Iran will be invaded 9 days before Cali tsunami ' "
Gambar ini sebenarnya di 'print-screen' dari satu grup dalam facebook. Grup yang baru dibina, dan hanya kerana sebuah gambar ini sahaja page tersebut telah ditutup!! Akaun facebook Mitchell pula telah ditutup oleh Admin Facebook kerana beliau telah mendedahkan satu teori baru!
"Tsunami-Cali, 9 days before or after, Iran will be invade!"
Teori ini, mungkin belum tersebar ramai kerana belum pun kisahnya sempat disebarkan di facebook, akaun Mitchell dan group tersebut sudah pun ditutup. Jadi, kemungkinan besar atas sebab-sebab tertentu, ada kebenaran disebalik teori ini. Namun, di mana tsunami itu akan berlaku, dan bila tarikhnya tidak pula sempat kami ketahui. Mungkin Mitchell benar-benar tahu dan tidak sempat memberitakannya kepada orang ramai, dia sudahpun di 'invade' terlebih dahulu. Saya harap agar Mitchell masih selamat dan boleh membuat pendedahan seterusnya...
Oh ya, seperkara lagi, teknologi HAARP seperti yang dilihat dalam gambar diatas sebenarnya sudah dirangka lama dahulu lagi. Mana tidaknya, dalam permainan video 'Red-Allerts' pun sudah ada grafiknya. Lihat gambar berikut...
Ini membuktikan bahawa rancangan pihak barat sudah lama mereka susun dengan teliti. Cuma akhir-akhir ini, sudah banyak agenda mereka yang terbongkar, satu persatu. Kita sama-sama mohon ke hadrat Ilahi agar segala rancangan mereka tidak akan berjaya, bahkan tak membuahkan hasil yang baik untuk mereka! Mereka merancang, ALLAH pun merancang, maka sebaik-baik perancang adalah ALLAH SWT.
Kesimpulan
Sudahpun ke penghujung artikel. Disini saya ingin menyimpulkan beberapa perkata tentang semua isi kandungan artikel ini. Pertamanya, semua yang dipaparkan disini adalah atas dasar pemerhatian, kajian pendek, pandangan dan penulisan saya sendiri. Tidak mewakili mana-mana pihak, bahkan tidak mewakili mana-mana individu.
Keduanya, ramalan-ramalan Feng Shui tidak boleh kita percayai kerana ia boleh membawa kepada syirik. Kepercayaan kepada ilmu Falak bukan cabang dari kesyirikan, namun cabang dari ilmuan Islam. Namun, kiraan dalam Falakiah bukanlah suatu yang pasti, semuanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
Ketiganya, cerita tentang naga bukanlah suatu yang mitos. Mungkin dilihat sedikit lucu kerana kewujudannya tidak pernah terakam dalam bentuk video atau digital, namun kewujudannya melalui cerita-cerita lama, hikayat, lukisan kuno mahupun sejarah-sejarah lama tetap ada. Jadi, kita tidak boleh menolak kewujudannya secara membuta tuli. Mungkin, naga itu sebenarnya adalah satu signifikan kepada sesuatu yang setakat ini kita sendiri tidak pasti, bukanlah naga itu seperti apa yang kita gambarkan dalam gambar-gambar...
Keempatnya, suara aneh atau UAO itu bukanlah sesuatu yang berlaku secara biasa-biasa. Terjadinya ia adalah petanda untuk kita, ummat Islam agar lebih dekat ke Hadrat Ilahi. Agar mempersiapkan diri bagi menghadapi rencah-rencah kehidupan yang semakin sukar. Andai ia berpunca dari HAARP, ketahuilah bahawa HAARP juga tertakluk dibawah kuasa ALLAH SWT, jika Tuhan tidak menghendakinya berfungsi maka tidak akan berfungsi ia. Jaga Aqidah kita sambil-sambil berbicara tentang hal-hal yang berada agak diluar akal normal.
Kelimanya, teori 'tsunami-Cali' bukan datang dari saya, tetapi dari akaun facebook Mitchell yang telah dipadamkan oleh Admin Facebook. Maka, saya hanya menyampaikan berita sahaja, tidak pula mereka-reka berita tersebut. Sejauh mana kebenarannya, kita kena tunggu Cali di landa tsunami dahulu.
Terakhir, nama-nama facebook yang ada di atas bukan nama sebenar. Saya tukarkan atas dasar menjaga keselamatan mereka.
Setakat ini sahaja dahulu sedikit penulisan daripada saya. Dengan harapan, agar ramai yang membuka minda terhadap apa yang berlaku sejak kebelakangan ini. Sejak tahun lepas lagi, peristiwa langit yang tak henti-henti berlaku, ditambah dengan suara aneh atau UAO yang hangat diperkatakan secara maya dalam tahun baru ini, semoga kita semua semakin sedar bahawa diri kita sebenarnya sedang berada hampir ke lembah kesengsaraan. Apa yang berlaku semua ini bukan secara kebetulan, namun masing-masing ada peranan sendiri dan secara tak langsung, ia berkait antara satu sama lain.
Ketahuilah, bahawa Al-Mahdi itu akan datang kepada kita dalam keadaan secara tiba-tiba. Ketahuilah, bahawa kesenangan dan kemewahan yang kita dambakan sekarang ini sebenarnya adalah neraka bagi kita. Sedar atau tidak, ramai antara kita sekarang berlumba-lumba mengejar dunia, kesenangan hidup, telefon mudah alih, gadjet, laptop, kenderaan mahal dan sebagainya. Walaupun pada penglihatan kita, terlihat bahawa semua itu satu kesenangan. Namun, secara bawah sedar, kita lupa tentang kepayahan kita untuk mendapatkan semua benda itu. Maka bererti semua itu adalah syurga, namun disebaliknya ia adalah neraka.
Ingatlah, pesan Nabi kita, sekiranya datang Dajjal kepada kamu untuk menawarkan syurga, maka pilihlah neraka kerana neraka itulah sebenarnya syurga bagi orang-orang mukmin!!
Dalam kesempatan ini, saya mewakili warga kerja bk.blogspot mengucapkan Selamat Tahun Baru Imlek Naga Air, Selamat Tahun Baru Cina terutama kepada kaum Tiong-Hua, Cina dan semua yang meraikannya. Sekian sahaja dahulu, Wassalam.
*Video-video dikreditkan sepenuhnya kepada Youtube. Gambar-gambar sebahagiannya adalah dari koleksi saya, sebahagian lain di ambil dari facebook dan Google. Kredit berita juga diberi kepada akhbar Sinar Harian.
'bradokapak'
2:20 pagi, Tahun Baru Cina, Naga Air bersamaan 23 Januari 2012.
saya terjumpa ini didalam youtube... kajian seumpama kajian anda...
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=TOPpvMtCptM&feature=share
Wallahualam... subhanallah... semoga kita semua sedar dan berbalik kepada ajaran yang sebenarnya... tetapi dalam dunia sekarang, ramai yang akan kurang mempercayai... walau dikalangan orang Muslim sendiri... Wallahualam... marilah kita meminta perlindungan dari Allah yang maha Esa.
Tulisan yang bagus kawan ,.,. boleh aku copas ( copy paste)enggak ? ,.buat aku posting di salah satu forum di Indonesia? (saya orang indo)
ReplyDeleteSalam. Tertarik dengan hadis dari Ammar Bin Yasir RA. Yang dimaksudkan dengan Nafsuz Zakiyyah itu adakah dimaksudkan dengan Muhammad An-Nafs Zakiyyah Abdullah Al-Kamil Al-Mahdi Al-Baghdadi?
ReplyDeletesyukran utuk post yg mmberi peringatan sesama kita... mudahan kita akan terus bersama2 dgn saudra seislam kita semua dn mengakhiri hdup ini dgn perjalanan menuju ALLAH!!
ReplyDeleteassalamualaikum....hadis yang ada mengenai gadis terbangun dari pingitan(maaf,xdapt copy paste) adalah hadis palsu....wallahualam
ReplyDeletefisabilillah...
ReplyDeleteTerima kasih admin...apa yang saudara poskan sama pendapat dengan saya akan teknologi HAARP dan konspirasi memulakan Perang Dunia ketiga..Jangan pelik selepas ni kalau nampak pulak imej-imej di langit..geng Dajjal iblis ni ingin mengeluarkan Imam Mahdi Palsu..Dajal Al-Masih..Keppercayaan kita pada benda di langit boleh jatuh kepada syirik..bersedia lah umat islam..akan terjadi fitnah besar selepas atau semasa sukan Olimpik 2012 kepada umat islam..Sukan Olimpik 2012 adalah ritual kepada penyembah iblis (Kaabalah).Persediaan umat islam..
ReplyDelete1. Tanamkan akidah hanya kerana Allah dan Nabi Muhammad
2. Belajar ilmu survival.
3. Kukuhkan perpaduan sesama muslim.
4.belajar ilmu persilatan atau ketenteraan
tak perlu simpan makanan atau simpan emas berlongok dan duit dalam bank..
semuanya akan lenyap..
SEMOGA ALLAH MELINDUNGI NEGARA KETURUNAN AHLUL BAIT
WALLAHUALAM...
Tak perlu simpan makana
Admin.. apakah perkaitan perkara ini :
ReplyDelete1. Solar Storm (Ribut Solar yg dijangka akan terjadi pada 2012-2013)
2. HAARP (Alat ciptaan Zionis untuk menghasilkan gempa)
**Secara peribadi saya menyatakan Zionis merancang gempa untuk membunuh manusia tetapi Allah menghasilkan ribut solar yg berfungsi mematikan atau merosakkan alat tersebut yang dikatakan berfungsi untuk tujuan komunikasi.
Akhbar beritahu solar storm merosakkan sistem komunikasi..Satelit..Gps. Tapi saya yakin kerosakan yg dahsyat akan berlaku.
**Saya mohon sangat ulasan Admin untuk perkara ini. Terima kasih.
Salam kepada semua pembaca,
ReplyDeleteKpd Sdr Suhaimi Saad,
Terima kasih atas komen dan link yg diberi. Kami hargainya! :) Moga2 kita tergolong dalam kalangan org2 yg selamat.
Kpd Sdr GoodBoy,
Silakan saudara, copas aja kok kalau mau. Silahkan. :) Moga bermanfaat.
Kpd V for Vendetta,
Mohon maaf saudara, kalam tersebut bukan Hadis tetapi Atsar para Sahabat. Siapa An Nafs Az Zakkiah yg dimaksudkan, tak pula dapat sy pastikan. Mohon maaf sekali lg... Terima kasih sudi beri pendapat. :)
Kpd Anon 9:01PM,
Terima kasih atas pendapat yg diberi. Utk pengetahuan saudara, hadis tersebut ada yg berpendapat dhaif dan ada juga yg berpendapat sbgi hadis palsu spt yg saudara fahami. Dahulu, saya juga menerima hujjah Dr Zaharuddin dan Jabatan Mufti Negeri ttg status hadis tersebut.
Namun, setelah akhir2 ini, banyak peristiwa-peristiwa yg seakan-akan menyamai dalam matan hadis tersebut, maka sy berdalih hati utk menerima pendapat yg mengatakan Hadis tsbt adalah bertaraf Dhaif. Dhaif atau bathil, WAllahuA'lam, kita semua tak dapat pastikan dgn tepat. Namun, pengajarannya yg penting utk kita ambil!
Fyi, suara aneh atau UAO sudah didengari sejak Ramadhan tahun lepas!
Kpd Sdr SOLEH,
Terima kasih atas pendapat yg diberikan. :) Perancangan saudara agak menarik. Namun, "tak perlu simpan makanan" tu yg sy agak pelik. Hidup survival perlu menyediakan apa sahaja yg kita perlu terutama perkara asas. Dan makanan adalah perkara asas!
Moga-moga perjuangan Ahlul Bait akan terus berjaya tanpa dikalahkan!
Kpd Sdr Bani Tamim,
Jwpn ringkas saya,
1, Apa sahaja yg berlaku semuanya atas kuasa ALLAH SWT. Utk pengetahuan saudara, hari ini, sehari slps tarikh berita Solar Storm kecoh, sudah ada satu peristiwa langit yg berlaku iaitu Solar Halo. :) Siapa sangka, Solar Storm benar2 terjadi spt yg saudara sangkakan? ALLAH Maha Perancang.
2, HAARP pun tertakluk dibawah kekuasaan ALLAH SWT. Ulasannya, sudah ada ditulis di atas dlm artikel ini.
Kepada pembaca yg lain, terima kasih kerana sudi meluangkan masa disini. Kami hargai! Moga apa yg kami paparkan bermanfaat buat semua. Bacalah dengan hati yg terbuka, bukan terkatup terkunci mati. Jangan kerana kami mencatatkan sekali hadis yg dikatakan palsu, ramai yg menolak apa yg kami tulis. Jangan! Ambil pengajarannya... :)
Sekian dahulu,
Wassalam.
salam brother, bleh enable copy text? saya nak kongsi atikel brother ini dalam blog saya, jangan bimbang saya akan letak link saudara sekali, tapi tolong enable text. TQ
ReplyDeleteSUBHANALLAH ! ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.APA PUN KITA SELAKU HAMBANYA HENDAKLAH SELALU HAMPIR DAN INGAT AKAN ALLAH. SEMOGA KITA DIBAWAH PELIHARANYA SELALU.
ReplyDeleteburung kaler purple tu asyik terbang jer...
ReplyDeletemengganggu pemandangan dan pembacaan, dan susah nak fokus kpd artikel nie... harap sdr bradokapak blh alih kan burung tu ke tempat lain ek... mekasih yer
Sekadar pendapat..dengan izin Allah melalui teknologi Haarp tersebut akan berlaku gempa kuat yang mengakibatkan tsunami besar di barat..di akhir zaman akan berlaku gempa kuat di timur, barat dan di tengah-tengah bumi iaitu berdekatan kota Makkah..di timur telah berlaku iaitu Acheh dan Jepun..sekarang barat,kawsan mana? wallualam..maybe area laut pacifik atau Yellowstone..Geng Dajjal ni sanggup matikan rakyat sendiri demi ritual darah kepada Iblis..Bencana alam ini akan melumpuhkan pasaran wallstreet secara total..impaknye kepada zon euro sterusnya akan berlaku The Great, Great Depression lebih teruk dari 1929..ditambah kenaikan harga minyak akibat sekatan eksport minyak iran oleh PBB..Kecelaruan ini makin menghimpit eropah dan menjadi desakan untuk campur tangan eropah bersetuju menyerang Iran..Serangan pada Iran adalah Suis perang Dunia ketiga..kerana campurtangan Russia,China dan Korea UTara..Masing-masing kerana masalah ekonomi dan emas hitam..Pada saya makanan yang ada sekarang tidak dapat dinakmati semua..hanya saki baki sahaja..Cuba bayangkan berlaku mogok makanan di bandar-bandar besar seperti KL..Nauzibilliah..Hanya teknologi zikir kepada Allah sahaja yang dapat mereda kan keadaan..Di ambang penzahiran Dajjal adalah amat perit..Ujian yang cukup getir..Wahai umat islam bangkitlah seru kepada Allah dan nabi Muhammad..Wallaualam
ReplyDelete1: Feng Shui. saya perlu explain ka pasal ni? kita islam kan. tak perlu kot.
ReplyDelete2: Abu Ma'shar (a-Falaki). sama, ilmu kaji bintang dengan tujuan untuk meramal masa depan.
http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/905-analisa-tarikh-lahir-tahu-masadepan.html
sama ja konsep nama sama. tapi selain dari tu al-Falaki jugak pakar matematik dan astronomi. dia antara yang terawal keluar teori sistem solar ni (heliosentrik: matahari kat tengah, planet semua mengelilingi matahari). yang ilmu lain tu boleh. astrologi memang dah totally out, semua ulama tak kisah PAS ka UMNO ka mana ka, semua tolak dengan alasan syirik.
3: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=NsrFXM2RT-Q
video ni video palsu. tengok dalam channels dia, dia belajar buat VFX, dan ada komen tanya dia pakai After Effects ke n dia jawab thx.
video atas dia tu boleh pakai.
4: hadis palsu pasal huru-hara ramadhan tu. sama jugak, semua ulama dah sepakat kata takleh pakai.
5: HAARP. yang tu bukan domain saya, boleh pikir sendiri betul ka dak.
6: budak yang page dia kena delete n fb group tu pun kena delete. kalau betul hilang sebab Facebook/Illuminati yang delete, page ni patut dah kena nuke sejak baru bukak lagi.
Salam kepada semua,
ReplyDeleteKepada Pengikut Nabi Muhammad,
Kalau saudara hendak copy paste artikel di blog kami, boleh baca cara-cara untuk 'enable text selection' di bahagian kanan side bar blog ini pada bahagian Hak Cipta. Terima kasih atas perhatian dari anda... :)
Kpd Anon 1:22 PM,
InsyaALLAH saya akan alihkannya. Terima kasih atas komen anda. Kami hargai sebagai satu inisiatif penambah baikan bg blog ini.
Kpd Saudara Soleh,
Terima kasih sekali lagi atas buah fikir dari saudara. Sememangnya kalau hendak difikir-fikirkan, boleh naik gila dibuatnya. Mungkin ada benar apa yg saudara katakan. Apapun, setakat semalam ada puting beliung berskala besar telah melanggar Alabama di Amerika. Dan amaran Gempa besar telah dikeluarkan kpd penduduk Amerika Selatan dan negara2 berdekatan Laut Pasifik. Dalam amaran terkandung amaran terhadap Tsunami skalab besar.
Melihatkan konotasi AS ke atas negara blok Timur Tengah, tak mustahil kuasa Nuklear Asia boleh bersatu hati utk melawan AS dan sekutunya... WAllahuA'lam. Perancangan ALLAH SWT adalah yg terbaik!
Kpd Saudara Ammar Mariti,
Terima kasih atas komen dan nasihat yang diberi.
1. Feng Shui sudah saya jelaskan dalam artikel apa dan kenapa saya tuliskan dalam artikel ini.
2. Syeikh Abu Ma'syar Al-Falaki adalah ulamak silam yang mahir dalam ilmu Falak. Ilmu Falak bukan seperti ilmu meramal yang saudara bayang-bayangkan. Semua ulamak spt yg saudara tuliskan, boleh saudara nyatakan antara ulamak yang menolak ilmu Falak?
3. Komen yang tertera pada laman youtube tersebut tidak boleh dijadikan asas untuk menolak laporan tentang UAO yg dilaporkan telah kedengaran di Budapest.
4. Saya sudah jawab tentang hadis palsu dan dhaif ini dalam komen terdahulu saya dan dalam artikel.
5. Terima kasih.
6. Saya sudah nyatakan dengan jelas tentang perakara ini dalam artikel. Sejauh mana kebenaran teori dia, tidak diketahui. Namun, kalau tsunami-Cali itu benar-benar berlaku, maka bolehlah kita katakan bahawa teori Mitchell itu ada kebenarannya.
Sekali lg terima kasih atas komen-komen bernas dari semua pembaca disini. Saya mohon maaf sekali lg berkaitan hadis dhaif atau hadis palsu yg dinyatakan yg terdapat dlm artikel ini. Bukan hendak menyebarkan hadis palsu atau menjadikannya sebagai satu hujjah. Tetapi perhatikan kebenaran yang sedikit sebanyak ada signifikannya berdasarkan keadaan semasa dunia hari ini.
WAllahuA'lam.
Sekian.
Salam semua,
ReplyDeleteAtas permintaan ramai dan teguran dari sahabat serta para pembaca semua, saya telah memadamkan matan Hadis yang dikatakan sebagai palsu tersebut. Diharap tidak ada lagi apa-apa ketidakpuashatian terhadap penulisan kami. Diharap para pembaca dapat mengambil pengajaran dari apa yang kami sampaikan, bukan semata-mata mencari salah yg nampak di mata.
Mohon maaf sekali lagi buat semua pembaca. Saya ulangi sekali lagi, matan hadis itu sengaja saya masukkan ke dalam artikel ini untuk membawa kita berfikir tentang peringatan yang dibawa. Kebenaran hadis di akhir zaman ini, sudah sangat sukar untuk di pastikan. Apapun, kami tetap hormati pandangan Dr Zaharuddin dan Jabatan Mufti Negeri.
Sekian.
Salam Hormat untuk semua... :)
semua yang lain tu maybe dah terjawab lah, kecuali pasal al-Falaki.
ReplyDeleteperihal ilmu kaji bintang yang dilampirkan tu, itu bukan ilmu Falak, tapi ilmu Tanjim. tak ada ulama yang bijak pandai menolak ilmu Falak.
antara kedua ilmu ini, ada perbezaan dari segi aplikasi dan pengkajian dia.
dan ilmu Tanjim ni memang haram dan syirik. Sheikh al-‘Utsaimin rahimahullah ada membincangkan pasal hal ni, rujuk pada al-Qaulul Mufid ‘Ala Kitab at-Tauhid hasil penulisan Sheikh al-‘Utsaimin.
buku al-Falaki juga ada yang diterjemah kepada bahasa melayu tapi dicelup dengan ilmu perkiraan mazhab Pythagorean dengan nama Bintang Dua Belas.
buku ni diharamkan dalam malaysia.
memang diperakui, semua ulama menolak ilmu tanjim. ilmu falak boleh, itu sains untuk mengetahui pergerakan dan perihal jasad di angkasa.
harap ambil perhatian.
assalamualaikumm...saya tertarik dgn membaca semua pendapat pendapat saudara dan penulisan yg diketengahkan di ruanagan ini...taniah dan teruskan lagi usaha ini. dan pendapat saya ttg soal ni ia merupakan suatu yg telah di bentuk sejak ribuan tahun lagi yg berupa bermata rangkaian oleh si peyembah peyembah,dajjal dan pengikut nya sejak seawal torah kuno dan sehingga saat ini.bagi saya mereka mereka ini telah dapat meresapi dan menyelinap masuk melalui semua sudut untuk menyesatkan kita sebagai umat muhammad saw dan sebagai insan yg memegang al quran dan hadis sebagai pegangan hakiki,kerna bagi saya mudah sahaja setiap kita yg mengakui sebagai umat islam dan mengakui di bentuk oleh rukun islam dan iman..pasti akan mengakuinya dan akan mengtauhidkan diri nya sebagai insan seratus peratus menerimanya dan megimaninya dengan ikhlas sebagai rukun pada setiap diri kita yg bernama insan. alhamdullilah..sekiranya diri kita berada dlm arah dan diselaputi rahmatnya rukun islam dan iman itu.akan tetapi adakah kita tersedar bahawasanya rukun islam dan iman itu benar benar tak tercemar oleh si tangan tangan yg tak kelihatan ,ataupun suatu sistem yg dibentuk sejak ribuan tahun lagi agar umat umat yg di janjikan..itu telah di lacurkan keturunan,pegangan,dan fahamanya didalab beragama..dan di tawarkan pengetahuanya dan di cairkan spiritualnya agar begitu mentahnya iman didalam permahaman hakiki didalam rukun islam dan iman tadi..dan malah musuh musuh allah swt itu amat nyata dan mereka juga belajar semua ttg seninya al quran mahupun hadisnya..agar mudah di jajah pengetahuannya haq dan hakiki,didalam syariat,maupun hakikit sebagai insan dialam ini malah..lebih menakutkan mereka mereka jualah yg mecipta ketentuan palsu itu agar seiras dan serupa dengan yg asli..maka lahirlah ahli ahli..kitab kitab yg telah di benihkanya..melalui sistem dan sejarah bagi mengubah segalanya...dimana ketentuan dan ketetapan al quran dapat ditimbulkan didalam kepalsuan...bagaikan mencipta surga dan neraka...di sukat dan ditapis keilmuanya dari hakiki...dan di jajah spiritualnya...sehingga seseorang insan yg beragama itu telah tidak dapat menilai dimanakah agama maupun ugama,dan islam maupun muslim.kerna nanti takut kita tertipu.dgn .apa yg sedang terjadi hanyalah ilusi ciptaan mereka tetapi kita sekarang dan saat ini telah menggapnya sebagai..ketentuan dan ketepatan..dari allah swt,yg bersifat al rahman dan al rahim(pengasih dan penyayang)maha pengampun dan maha pengasihani..namun tidak u ntuk mereka mereka yg mensyirikkan kepadanya secara nyata atau tidak nyata..waspada bukankah sekarang ini musuh musuh allah swt itu sedang mencabar rukun islam dan iman itu untuk di nyatakan secara nyata bagi mereka mereka yg..lemah??allahualamm..!!
ReplyDeletealhamdulilah...perkongsian yg amat bermakna..thnks for all da infrmtion..;)
ReplyDeletemay Allah bless u alwys..insyaAllah
Salam kepada semua pembaca,
ReplyDeleteKpd Sdr Ammar Mariti,
Sy tak tahu siapa yg saudara rujuk sebagai "Al-Falaki" dan buku apa yg saudara katakan sebagai diharamkan tersebut.
Mohon maaf andai kami tidak sehaluan dgn pendapat Syeikh Soleh Utsaimin. Kami tetap berpendapat bahawa ilmu falak spt yg dikarang oleh Syeikh Abu Ma'syar seperti dalam kitabnya "Madinatul Asrar" bukanlah seperti ilmu tilik menilik, ilmu syirik mcm yg saudara katakan. Mohon maaf sekali lagi sy tak mahu perpanjang isu ini, kerana pembahasannya memerlukan masa yg panjang. Terima kasih atas keperihatinan anda.
Kpd Anon 2:08 AM,
Terima kasih atas komen dan pandangan yang diberikan. Memang benar, sejak runtuhnya empayar kekhalifahan Islam, bahkan lebih awal daripada itu, sejak terbunuhnya para Ahlul Bait sekitar zaman kegemilangan empayar Umaiyah, telah lama ada usaha utk melemahkan Islam, serta membunuh spiritualnya. Hinggakan hari ni, ramai dari kalangan ummat Islam, tidak mengenali lagi ilmu2 hebat zaman dahulu spt ilmu Falak, ilmu Picit, ilmu Perang Hikmat dll lg...
ALLAHuA'lam.
Kpd saudari Fidah,
Alhamdulillah, kembalikan kepadaNYA. Terima kasih juga sudi membaca disini... :)
Salam hormat buat semua pembaca.
Sekian.
al-Falaki merujuk kepada Abu Ma'syar,
ReplyDeletedan kalau enggan bersependapat dengan Syeikh al-'Utsaimin then saya tak boleh nak tolong apa dah beyond this point, sebab Syeikh mengulas pasal ilmu Tanjim, bukan ilmu Falak.
apa2 pun syukur.... dan bersedialah untuk ketibaannya..... banyakkan zikirullah.... semoga kita diberi petunjuk yg benar.
ReplyDeletesalam, ini tulis yang sangat baik, dunia pada hari ini seperti makcik tua yg sakit, dan sudah batuk berdarah, hanya tunggu masa saja,
ReplyDeleteAssalamu'alaikum...
ReplyDeletePada pendapt hamba, bulan tut = Rejab, Tubah = Sya'aban, Kaihak = Ramadhan dan Barmudah = Syawal.
Wallahu'alam.
Assalamualaikum Wrt..
ReplyDeletePenah tak saudara bermimpi apa2 berkaitan berkumpul semula dengan semua keturunan2 asal..Setahu sy,pada mereka2 yang dipilih oleh Allah pada akhir zaman ini,akan dikumpulkan semula bagi tujuan sesuatu.Ianya bukanlah seperti pertubuhan2 seperti sediaada sekarang,dibuat secara lahiriah,tapi berkumpul apabila setiap seorang mendapat alamat masing2 dari Allah..Bukan diajak untuk berkumpul..saudara faham tak maksud sy?kalau saudara ada nak kongsikan sesuatu secara private bleh email sy di dragonflymohd114@gmail.com
Artikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.
ReplyDeleteCara Menghilangkan Jerawat
.
Entri yang bermanfaat...
ReplyDelete