Kelibat Naga Di Langit




Bismillahirrahmanirrahim.
*Entri ringkas.

Setelah hampir 3 bulan tidak memancing, Tahun Baru Cina menyaksikan sekali lagi saya beraksi di kolam Sri Bayu Tekala. Selepas mendapat ajakan dari ayah saya, tanpa berdalih saya terus menerima ajakannya. Berbekalkan makanan dan pakaian 2 hari 1 malam, saya sekeluarga ke Tekala, Hulu Langat untuk memburu spesies Rohu dan Patin. Alhamdulillah, rezeki daripada Tuhan, saya dapat Patin seekor dan ayah saya merasa sentapan Rohu seekor.

Namun, apa yg menariknya, ada satu fenomena alam yang tak disangka-sangka telah berlaku, benar-benar di atas kepala saya sendiri. Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri. Solar Halo! Ya! Solar Halo, kali terakhir dilaporkan berlaku sekitar bulan Oktober tahun lalu. Mungkin, ini Solar Halo pertama untuk 2012, mungkin juga saya antara orang terawal melihatnya.

Yang menariknya, masa sedap duduk memancing, saya saja-saja tengok ke langit. Mana tau ada benda
best. Allah Hu Akbar! Tak terkata bila tak semena-mena saya terlihat satu proses kejadian Solar Halo dari awal pembentukannya hinggalah proses peleraiannya. Lebih menarik bila Solar Halo kali ini terbentuk hasil gabungan warna pelangi dan pecahan awan yang mengelilingi matahari. Dan, ada kepulan awan yang sangat besar disekitar kawasan Solar Halo tersebut, hingga kelihatan seakan-akan seekor Naga!!

Kebetulan pula sehari sebelum kejadian adala hari Tahun Baru Naga Air berdasarkan perkiraan Kalendar Imlek. Sehari selepas Tahun Baru, sudah ada kelibat naga di langit mengejar matahari yang sedang mengalami fenomena Solar Halo. Adakah ini kebetulan? WAllahuA'lam.

Fenomena Solar Halo dan Lunar Halo sangat kerap berlaku pada tahun lepas. Fenomena ini telah berlaku seawal bulan Jun tahun 2011 dengan digelar sebagai Peristiwa Langit. Tahun ini, 24 Januari 2012 bersamaan hari ke-2 dalam Tahun Naga Air telah menyaksikan sekali lagi peristiwa langit ini berlaku. Mungkinkah fenomena ini akan berulang lagi dengan kerap seperti halnya pada tahun yang lalu?

Yang pasti, setiap fenomena langit itu adalah petanda bagi orang yang mahu berfikir. Maha Suci ALLAH SWT yang menzahirkan 'Mahdi' di langit kekuasaannya! Segala puja dan puju bagi MU Ya ALLAH, kerana dengan limpah kurniaMU telah memilih aku sebagai antara orang terawal yang menyaksikan fenomena ini, secara langsung menggunakan mata kasar ku dari awal hingga akhir! Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal Wa Nikmah, ALLAH Hu Akbar!


Sebagai penutup, saya kongsikan video rakaman Solar Halo tersebut buat tatapan para pembaca. Mungkin gambar agak kabur dan tak berapa jelas. Maaflah sebab hanya smpt rakam guna kamera
handphone, dan kualiti sangat lemah. Apapun, bagi yang dapat melihatnya, bersyukurlah kerana ada Kalimah yang terpampang pada badan 'naga' tersebut!!


Fasa Awal Solar Halo 24-01-2012




*Video ini memperlihatkan visual peringkat awal pembentukan Solar Halo, yang dikelilingi kepulan awan membentuk seekor naga yang mengejar Solar Halo tersebut. Ekor naga tersebut kelihatan melingkar ke bahagian bawah. Proses ini berlaku sekitar 1 jam dari 12.00 tgh hr hingga 1 tgh hr, hari ini, 24-01-2012. Lihatlah dengan mata dan hati yang terbuka, semoga jelas Kalimah Suci itu terpampang di matamu!

(Bila melihat video pertama ini, kelihatan kepulan awan yang seakan-akan 'naga' itu sama seperti naga dalam 2 lukisan ini. Naga mengejar Matahari yang terkenal dalam mitos dan lagenda dunia kepahlawanan silam!)



Fasa Pertengahan Solar Halo 24-01-2012





Fasa Akhir Solar Halo 24-01-2012





Paparan gambar-gambar sekitar fenomena Solar Halo tersebut:


(Kelihatan badan 'naga' yang melingkar)


(Kelihatan jelas lingkaran cincin Solar Halo yang terhasil dari gabungan pelangi dan kepulan awan. Ini sangat jarang berlaku!)

(Bahagian bawah dan atas 'naga')

(Pemandangan di Sri Bayu Tekala ketika petang. Pemandangan yang indah dan syahdu)

(Dua gambar terakhir ini di rakam oleh sahabat saya di lokasi berlainan pada waktu yang sama. Kelihatan ada satu titik kecil berwarna merah yang berubah kedudkannya dalam masa yang dekat. Setakat ini belum ada penjelasan mengenainya, mungkin ia adalah pantulan cahaya hasil rakaman kamera. Klik gambar untuk paparan lebih jelas)





*Kredit gambar pertama paling atas sekali diberi kepada Saudara Ahmad Putra yang merakamkan fenomena ini pada waktu yang sama di Putrajaya. Kredit juga buat Saudara Shimon Hatzaddik yang merakamkan 2 gambar terakhir dalam artikel ini.
*Semua video dan gambar dalam artikel ini hasil rakaman saya melalui kamera telefon peribadi.





Sekian,
Wassalam.
'bradokapak'
3 hari setelah Tahun Baru Naga, 25-01-2012, 1:23 pagi.

1 comment:

  1. brado.

    Aslkm,

    apa cerita suara langit di Kota samarahan? dah ada clue?

    bunyi yang sama dengan di Canada, London dan denmark...

    syok mancing eh... :)

    -abuhakeem-

    ReplyDelete