Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, para Ahli Baitnya, para Sahabatnya serta seluruh pewarisnya. Salam buat sekalian para penegak Agama ALLAH di muka bumi ini.
Bertemu lagi kita dalam ruangan yang kecil ini untuk membicarakan beberapa isu terkini dalam negara kita. Dalam kesempatan yang singkat ini, saya hendak mengemukakan beberapa isu semasa beserta kaitan-kaitannya yang mungkin kebanyakan dari kita tidak menyedari akan hal-hal tersebut. Tanpa perlu saya berbasa-basi, insyaALLAH akan saya bawakan para pembaca dengan beberapa isu terdekat yang berlaku hanya dalam satu hari, iaitu pada 29 Mac 2012.
Pertamanya, saya ingin berbicara mengenai kes Imam Hoslan. Masih ingat lagi akan Imam Hoslan yang di hukum penjara selama setahun oleh mahkamah Sivil negara atas kesalahan melempar kasut ke muka Hakim pada 8 Mac lepas? Masih ingat lagi akan hujan lebat yang menimpa ibu kota Kuala Lumpur pada tarikh yang sama? Masih ingat lagi banjir besar yang melanda Kuala Lumpur pada hari yang sama? Perasan tak ada kaitannya disitu??
Tak ingat?
Ok, mari bersama saya kita sama-sama ingatkan mana yang lupa...
PUTRAJAYA - Tindakan biadap seorang imam membaling selipar ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan di sini bulan lalu, menerima padah apabila dia dihukum penjara setahun hari ini.Sudah baca semuanya? Sudah ingat akan kes tersebut? Apa komen anda tentang pelaksanaan hukuman tersebut ke atas Imam Hoslan? Wajar atau tidak wajar? Adakah pelaksanaan hukuman itu benar-benar atas landasan undang-undang Malaysia atau hakim yang menjatuhkan hukuman itu sebenarnya sedang menjatuhkan hukuman berdasarkan nafsu ammarahnya?
Hoslan Hussain, 46, dikenakan hukuman penjara selepas Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah.
Hakim Zulkefli berkata, hukuman berkenaan adalah setimpal dengan tindakan Hoslan Hussin, 46, yang menjatuhkan maruah institusi kehakiman.
Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan Hoslan adalah serius, tidak boleh dibiarkan serta perlu dibendung.
"Kamu sebagai pesalah, jika tidak dikenakan tindakan akan boleh menggugat kuasa mahkamah dan boleh menjatuhkan maruah mahkamah. Apa-apa kritikan yang hendak dibuat terhadap hakim hendaklah dibuat dengan munasabah dan baik, bukan dengan cara mengugut dan maki hamun.
Sila baca lanjut sila klik di sini. Sumber, Sinar Harian Online.
Jika anda semua sudah baca sampai habis laporan berita itu, saya kira anda semua sudah mempunyai jawapan tersendiri... :)
Ok, sekarang mari kita masuk pula mengenai kes banjir di Ibu Kota negara kita pada tarikh yang sama, iaitu 8 Mac 2012. Untuk yang tak tahu, sila baca di sini: Kuala Lumpur Bermandi Lumpur
Sudah baca? Sekarang sudah nampak apa kaitan antara dua kes ini?
Belum?
Kalau belum, mari saya berikan sedikit pencerahan. Pada 8 Mac 2012, hakim mahkamah sivil telah menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Imam Hoslan atas kesalahan melempar kasut ke muka hakim kerana kesnya ditolak. Imam Hoslan telah memfailkan kes penyalah gunaan wang tabung masjid - Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan - seawal tahun 90-an lagi. Namun pada tahun 2012 kesnya ditolak, berang dengan penolakan kesnya, Imam Hoslan melempar kasutnya ke muka hakim tersebut ketika itu. (Sumber: Al-Hikmah)
Ya, tidak dinafikan mungkin tindakan Imam Hoslan adalah kerana nafsu amarahnya ketika itu. Namun, Imam Hoslan telah mengemukakan permohonan maafnya pada 7 Mac dan 8 Mac, namun hakim ketika itu tetap menolak permohonan maafnya dan menjatuhkan hukuman yang agak keterlaluan terhadap Imam Hoslan. Ketika itu Imam Hoslan hanya mampu merebahkan dirinya dan memohon ke Hadrat Ilahi agar dirinya diselamatkan dunia dan akhirat.
Nah, pada 8 Mac wajah seorang Imam Masjid telah di malukan dan ramai pihak yang memburukkannya. Namun, keikhlasan Imam Hoslan dengan rela hati menurut perintah mahkamah untuk menjalani hukuman penjara tersebut. Akibatnya, pada hari yang sama bala ALLAH SWT telah turun ke bumi Malaysia ini, khususnya di ibu kota Kuala Lumpur telah di landa hujan lebat dan banjir besar. ALLAH SWT bayar cash bala kepada orang Melayu kerana memperlekehkan agamaNYA.
Sudah nampak akan kaitannya? :) Maaflah kalau bahasa yang saya gunakan agak kurang sesuai.
Itu semua kes pada 8 Mac 2012. Sekarang kita ada kes yang lebih baru dan terkini yang berlaku pada 29 Mac. Pagi Semalam (29 Mac 2012) 3 orang wanita berketurunan Melayu dan beragama ISLAM telah didapati bersalah atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan menari di tiang dalam sebuah kelab malam. Berita lanjut sila baca disini: Tiga Penari Tiang Didenda RM25
(Paparan muka depan akhbar Kosmo! bertarikh 30 Mac 2012 yang memaparkan berita mengenai kekesalan beberapa pihak terhadap undang-undang jenayah kecil yang sudah tidak relevan pada masa ini)
Terperanjat saya mendengar berita ini. Walaupun hukuman yang dijatuhkan bukanlah hukuman Syariah, namun adalah tidak rasional kalau kesalahan besar seperti itu hanya dijatuhkan denda RM 25. Sudahlah mendedahkan aurat, berkelakuan lucah, memalukan agama dan bangsa pula! Sedangkan kesalahan 'melampau' yang dilakukan oleh Imam Hoslan pula dijatuhkan hukuman penjara setahun! Jauh tanah dari langit. Hukuman yang sepatutnya dijatuhkan berdasarkan hukuman Syariah tidak pula dilaksanakan. Kes Syariah (kes penyelewengan tabung masjid) yang sepatutnya dibicarakan tidak pula dibicarakan sebaliknya kes sivil (kes baling kasut) yang diperbesarkan. Apa sudah jadi?? Undang-undang yang diguna pakai terhadap 3 orang penari wanita tersebut sudah tidak relevan lagi!
Sudah terang lagi bersuluh, agama Islam dengan mudah telah dipermainkan. Tapi, berapa kerat yang perasan akan hal ini??
Seperkara lagi berkenaan Imam Hoslan, pada pagi yang sama - 29 Mac 2012 - Imam Hoslan telah dilaporkan berjaya mengIslamkan 2 orang banduan semasa beliau sedang menjalani hukuman penjara tersebut, di Penjara Kajang.
IMAM HOSLAN ISLAMKAN 2 BANDUAN DI PENJARA
29 Mac 2012: Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.
Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.
"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.
Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.
Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah. Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.
Sumber: Apocalypse Community
Alhamdulillah, berkat keikhlasan Imam Hoslan yang akur dengan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, usaha dakwahnya tidak pernah padam bahkan terus bersinar. Moga-moga inilah petanda bahawa Imam Hoslan berada di pihak yang HAQ.
cerita kartoon
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteada satu lagi kemangkatan putera sultan perak iaitu raja ashman..
KENYATAAN AKHBAR JABATAN PENJARA MALAYSIA
ReplyDeleteBERHUBUNG LAPORAN MEDIA
’ ISLAMKAN 2 BANDUAN DALAM PENJARA’
1. Laporan oleh beberapa media online berhubung Hoslan bin Husin dikatakan telah menjadi imam di dalam penjara serta telah mengislamkan 2 orang banduan adalah dirujuk. Adalah disahkan Hoslan bin Husin mula menjalani hukuman di penjara pada 8 Mac 2012.
2. Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan oleh media berkenaan kerana mendapati ianya bertentangan dengan tatacara dan prosedur Jabatan Penjara. Hasil siasatan mendapati laporan di atas di atas tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.
boleh refer di sini... http://tunfaisal.blogspot.com/2012/03/imam-hoslan-ustaz-pembangkang-kuat.html
ReplyDeletesalam, walau apa pun pandangan anda, ketua hakim di malaysia hari ini tak boleh pakai,
ReplyDelete2 dini,
ReplyDeleteaku rekomen ko..cuba laa suruh bini ke..adik2 pompuan ko,pi tari bogel kat tiang pub..
aku jamin hal ini tak akan mengelirukan orang ramai....
**alert..tapi dosa ko laa tanggong.
aku suka baca isi keseluruhan dalam blog nie cuma kadang2 apabila kita kaitkan dgn apa yang terjadi disekeliling kita aku anggap itu satu kebetulan.. kisah imam itu menarik untuk di perhalusi..perbuatan maaf dia tidak sepadan dengan apa yang dia telah lakukan .. kelak akan menjadi ikutan..kelak menjadi PRECEDENT bagi kes2 selepasnya.. kecuali kalau lah beliau melemparkan selipar tu di hadapan org kenamaan yang biasa.
ReplyDeletesekadar pandangan.
Banjir di KL, bagi aku iyanya berpunca kepada kegagalan kita umat islam menerapkan amalan kebersihan..dan jugak kelemahan sistem kita yang banyak berpaksi kepada keuntungan semata..
iya jugak bencana bagaimana sekiranya kita hanya berjuang dan bersengketa disebabkan politik semata tanpa pernah merasa kesal dengan kelakukan kita yang lebih condong kepada fahaman Liberisma.. rasanya tiada lagi yang boleh diharapkan dalam memartabatkan kembali syiar islam. benaralah bahawa Islam akan kembali TERASING.. hatta di bumi Malaysia kini.
Banyak lagi peristiwa berlaku di dunia ini pada hari yang sama, adakah ini disebabkan Imam Hoslan......
ReplyDeleteMcm gasing kata cerita kartun
Mmg kartun
Saya ingat luarbiasa
Salam hormat kepada semua,
ReplyDeletePoint utama artikel ini sebenarnya adalah pada point yang di'bold'kan dalam artikel. Disitulah letak point utamanya, bukan pada kisah kaitan antara kes-kes yang berlaku. Tak dinafikan memang banyak lagi kes yang berlaku pada hari tersebut. Saya hanya mengaitkan 4 sahaja kerana dilihat ia saling berkait dalam kronologi masa yang selari.
Sekian,
Wassalam.
Yang baik datang dari Tuhan, yang tidak baik datang dari kita. Islam tidak akan terasing dari orang melayu dari dulu dan selamanya. Banjir lumpur di KL adalah ujian dari Tuhan. Yang penting aktiviti LBGT mesti dihapuskan agar kita tak kena bala dari Tuhan.
ReplyDeleteyg baik dan buruk datangnya dari Allah tp SEMUAnya adalah BAIK kerana datangnya dari ALLAH.. kes imam hoslan salah satu bukti..
ReplyDeleteIslam akan menjadi asing pd ahir zaman - ini sabda nabi.. xkire la melayu ke ape.. yg menghina islam dalama artikel ini semuanya Melayu..
kepada yg menganggap segala bencana adalah perkara biasa dan bukan perkara yg patut direnungkan, semoga anda ada cara sendiri utk mengingati tuhan setiap SAAT
terima kasih sbb saling mengingatkan... akhirnya ada blog yg tidak terlibat dgn politik... terima kasih banyak2..
ReplyDeletesetiap perkara yg berlaku bukan terjadi secara kebetulan semuanya dlm pengetahuan & perancangan Allahswt. Teruskanlah saudara menulis dgn gaya saudara insyaAllah saya akan tetap mengikutinya
ReplyDeleteYa Allah! Ya tuhan! Ya Allah! Ya Tuhan!
ReplyDeleteAkhirnya yg tinggal ya tuhan! hilang Allah
Allah adalah Allah dan tuhan bukan Allah..
Zaman jahiliah Allah terima tuhan itu menuju Allah
Sekarang tidak lagi, manusia sudah cerdik
Allah adalah Allah, ar-Rahman, ar-Rahim..
Bila mufti, kadi, pendakwah, penceramah,
dan ibubapa yang garang terhadap agama
tanpa menyedari diri sudah syirik…dan
KELIRU, mencampurkan Allah dengan tuhan
Yang Maha Kuasa dengan yang lemah..
Lihatlah kesannya …khunsa, bapok atau pondan
Semak diri kalaian …
adakah zuriat kalian terdiri dari khunsa, bapok,
pondan, gay, lesbian atat LGBT?
Di akhirat nanti tuhan dan tuhan-tuhan
manusia anda akan dihumbankan ke dalam
neraka…
Maha Suci Allah..
Pd tarikh 8 mac 2014 ....khilangan mh370 hurmmmmm
ReplyDelete