Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam teratak maya yang tak seberapa ini. Dalam kesempatan ini, ingin saya bawakan para pembaca sedikit sebanyak mengenai pertabalan YDP Agong yang ke-14 yang akan ditabalkan pada esok hari (11 April 2012) buat julung kalinya di Istana Negara yang baru di Jalan Duta.
Sultan Kedah, Sultan Abdul
Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang
di-Pertuan Agong yang ke-14 berkuatkuasa pada 13 Disember 2011 yang lalu
menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud
Al-Muktafi Billah Shah yang telah tamat pemerintahan selama 5 tahun.
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah yang diputerakan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-5 dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-27.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958.
Begitulah serba sedikit secara ringkas mengenai biodata Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang bakal ditabalkan di Istana Negara, Jalan Duta esok hari.
"Solek Dendam Tak Sudah"
Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran
Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah
memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai
bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu. Bentuk ikatan ini disebut
juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan
warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini adalah
pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG MENYUSUR ANGIN, GARAM
SEBUKU (GETAM PEKASAM), PUCUK PISANG PATAH, AYAM PATAH KEPAK DAN DENDAM
TAK SUDAH.
Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dengan bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.
Tengkolok DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121).
Pada hari Rabu 11 April 2012 bersamaan
dengan 19 Jamadil Akhir 1433H, Malaysia sekali lagi akan mencatatkan
sejarahnya yang tersendiri apabila akan mengadakan upacara istiadat
pertabalan Yang Dipertuan Agong yang ke 14 yang julungkalinya akan di
adakan di Istana Negara yang baru di Jalan Duta. Semoga dengan penabalan
ini mengekalkan lagi kedaulatan institusi Kesultanan Melayu di persada
dunia. Semoga Yang Dipertuan Agong terus memayungi rakyat dengan penuh
kasih sayang dan rasa tanggungjawab. Semoga Allah sentiasa melimpahkan
rahmat ke atas tuanku.
Tahniah
Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan buat Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang akan ditabalkan pada esok hari sebagai YDP Agong bagi negara Malaysia ini. Semoga jawatan yang dipegang tuanku sebagai ketua rakyat dan ketua agama dalam negara akan dilaksanakan dengan sebaiknya agar Islam dan bangsa Melayu menjadi kukuh serta kuat semula seperti kuatnya sebuah empayar Melaka suatu masa dahulu. Islam - Melayu - Raja-rajanya, saling berkait rapat dan tidak dapat dipisahkan.
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki." Surah Ali Imran ayat 26.
Buat para pembaca sekalian, selamat bercuti kami ucapkan kepada anda semua!
Sekian dahulu,
Wassalam.
*Info di atas di kreditkan kepada Tn Ahmad Putra.
Catatan 'bradokapak'
3.05 petang, Selasa 10 April 2012.
daulat tuanku
ReplyDeleteHari pertabalan YDP hari ini dan pemilihan gabenor di aceh disambut oleh ALLAH swt dengan gempa 8.9rither..subhanallah
ReplyDeletepatut kerajaan kita nie terus mengekal kan
ReplyDeletehebahan maklumat dalam tv, radio, internet, media2 cetak,, akan fungsi, peranan dan kuasa2 YDP Agong dan Raja-Raja Melayu....
sampai bila2 pun...
supaya rakyat melayu dan bukan melayu sentiasa faham dan terus menghormati akan kedaulatan institusi beraja melayu kita nie...
sekadar cadangan, terima kasih..
Salam...
ReplyDeleteperbezaan ... "melayu memartabatkan islam" dengan "islam memartabatkan melayu"...
boleh terangkan apa yang tuan dapat lihat maksud ayat itu?
mohon tunjuk ajar...
-belantara hutan
melayu memartabatkan islam? xmungkin tu..bahkan allah lah yg memartabatkan islam..dan islam itu memartabatkan melayu..mana mungkin kuasa melayu atau sapa pon melebihi kuasa allah dan peraturan islam
ReplyDeleteSalam kepada semua,
ReplyDeleteKpd Anon APRIL 17, 9:54 AM
Jawapan saya ada pada jawapan Anon di bawah anda. Benar dah tu... :)
Sekian.