Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Apa khabar semua pembaca? Harapnya anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Amiin... Beberapa hari yang lalu, setelah pertabalan YDP Agong yang baru di negara kita, sudah banyak bencana yang berlaku. Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah kaitan antara pertabalan tersebut dan gempa bumi disebelah petangnya dan banjir di Perak pada pagi hari ini (13 April 2012).
Namun, bukan itu yang hendak saya bicarakan dalam artikel kali ini. Biarlah mereka yang tahu sahaja bercerita kaitan antara gempa dan pertabalan diraja pada beberapa hari yang lalu. Untuk artikel kali ini, sebenarnya saya ingin berkongsi kepada para pembaca, sebuah album zikir dan qasidah yang sangat menarik. Album ini saya terima secara percuma di sebuah masjid di Bandar Baru Sentul. Ketika itu saya sedang menghadiri Majlis Sentul Berselawat bersama tetamu khas, Al-Habib Mahdi dan Ustaz Azhar Hasyim Al-Hadrami.
Kebetulan pula album qasidah ini diberikan secara PERCUMA sahaja. Jadi, saya tertarik untuk berkongsi album ini buat para pembaca sekalian agar sama-sama kita dapat mendengarkan alunan zikir dan qasidah yang sangat sesuai untuk menenangkan jiwa. Di samping itu, bacaan qasidah-qasidah ini jika dihayati juga akan dapat menambahkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW.
Album ini dipenuhi dengan alunan-alunan indah
bacaan Qasidah memuji-muji Rasulullah SAW yang dibacakan dari kitab
Maulid Ad-Diba'ie karangan Al-Muhaddist Al-Imam Abdur Rahman Ad-Diba'ie. Bacaan qasidah ini dibacakan oleh jemaah Majlis Selawat dan Majlis Mahabbah Rasulullah SAW.
Sama-sama kita sebarkan album ini agar semakin ramai yang dapat
mendengarnya dan menghayati iramanya. Sekaligus akan menambahkan rasa
cinta kita terhadap Rasulullah SAW.
Antara alunan ziki dan Qasidah yang terdapat didalamnya:
1. Allahu AnAllah
2. Assalamu'alaik
3. Tholama Asyku
4. Ya Imamar Rusli
5. Ya Arhamar Rohimin
6. Ya Dzakirin
7. Ya Rabbana
8. Qul Ya Azim
9. Bacaan Mahallah Qiyam
Ketahuilah wahai para pembaca sekalian, terhijabnya kita daripada sekalian bencana adalah kerana masih terdapatnya para solehin, orang-orang yang selalu membaca Al-Qur'an, orang-orang yang sering bersedekah dengan ikhlas, orang-orang yang sering berzikir dan berdoa kepada Hadrat Ilahi serta orang yang lidahnya sering dibasahi dengan selawat memuji Rasulullah SAW. Dengan adanya mereka semua ini, kerana itu tempat yang kita duduki sekarang masih lagi selamat dari bala bencana.
Sekiranya sudah terlalu banyak kemaksiatan yang berlaku dikawasan kita sehingga tidak dapat dibendung lagi, maka semakin dekatlah kawasan kita itu dengan bencana. Jika jumlah para pemaksiat sudah melebihi orang-orang soleh dan orang-orang yang selalu berzikir, berselawat serta bersedekah, ditakuti bencana akan turun dan kesemua orang soleh ini juga akan terkena tempias bencana tersebut.
Hanya dengan selalu ke Masjid, mengingati ALLAH SWT, berzikir dan berselawat serta bersedekahlah yang dapat menjadi pendinding kita daripada terkena tempias bencana itu. Maka, banyakkanlah berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi kita, Sayyidina Muhammad SAW pada setiap hari. Moga-moga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang diberi nikmat, bukan orang yang dibinasakan.
ALLAHumma Solli 'ala Sayyidina Muhammadin Wa 'ala Aalihi wa Sahbihi Wa Baarik Wa Sallim.
Dengarkanlah album ini, anda boleh dengarkannya ketika berada dalam kenderaan, di rumah, dalam pejabat atau dimana sahaja anda berada.
Download sekarang secara PERCUMA di sini:
http://umediafire.com/?p=14i atau http://tinypaste.com/f4059c85
Cantumkan (combine) kesemua file tersebut dengan software ini: http://www.hjsplit.org/
Jika anda menghadapi masalah dengan iklan internet yang terlalu banyak, sila dapatkan Advertisement Block di sini. Sebarang masalah boleh hubungi pihak kami melalui emel atau komen
sahaja dibawah ini. Semoga bertambah rasa kasih kita kepada Rasulullah
SAW.
Peringatan: ALBUM ini diedarkan secara PERCUMA. Tidak dibenarkan untuk dijual beli.
Setakat ini sahaja dahulu perkongsian daripada saya, Sekian Terima Kasih.
Wassalam.
*Album ini dikreditkan kepada Majlis Selawat dan Majlis Mahabbah Rasulullah SAW.
*Kredit juga buat Apocalypse Community yang sudi menguploadkannya.
Catatan 'bradokapak'
Setakat ini sahaja dahulu perkongsian daripada saya, Sekian Terima Kasih.
Wassalam.
*Album ini dikreditkan kepada Majlis Selawat dan Majlis Mahabbah Rasulullah SAW.
*Kredit juga buat Apocalypse Community yang sudi menguploadkannya.
Catatan 'bradokapak'
Jumaat 5.14 petang, 13 April 2012.
Salam..apa komen tuan ttg ahli parlimen yang mempersendakan raja2 melayu ketika pertabalan agung?
ReplyDeleteTQ
Salam semua,
ReplyDeleteKpd Anon di atas saya ini,
Komen saya, mereka tidak tahu hormat raja-raja Melayu kita. Kebanyakannya telah mabuk candu demokrasi hingga lupa bahawa sebenarnya Tanah Melayu ini masih mempunyai Raja dan Sultannya.
Abaikan mereka itu, kerana pertabalan Agong kali ini pun, sudah seperti satu petanda bencana buruk akan menimpa negara kita tidak lama lagi. WAllahuA'lam.
Sekian,
Wassalam.
TQ tuan atas reply membalas pertanyaan saya...
ReplyDeleteApa perkara buruk yang bakal menimpa negara kita?
Perlu ke kita sebgai melayu islam ini mempertahankan sistem beraja di negara ini?
TQ
Sama-sama... :)
ReplyDeletePerkara buruk? Lihat sahajalah nanti. Sekarang pun sudah banyak perkara buruk yg berlaku. Apatah lagi PRU-13 sudah dekat sangat dgn kita. Tinggal lbh kurang dua bulan sahaja lagi...
Faham-faham aje lah yer... Dan, kita sememangnya perlu mempertahankan sistem beraja ini. Namun, perlu juga kita ingat, "Raja adil raja disembah, raja ZALIM raja disanggah."
Jika kita faham frasa ini, maka kita faham hak sistem beraja. Dan InsyaALLAH, pepatah Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" itu benar-benar nyata nanti. :)
Wassalam.
Saya sebenarnya kurang faham kenapa saudara "bradokapak" cukup suka dengan pepatah Hang Tuah itu...
ReplyDeleteAdakah sememangnya melayu akan bertahan? ataupun sekadar sindiran sahaja yang bermakna melayu sememangnya akan hilang?
Saya agak risau dgn kedudukan melayu islam di malaysia ini...bolehkan kita bertahan di tanah melayu ini? ataupun kita akan lenyap segalanya...
Saya pasti saudara ada jawapannya...tolong yakinkan saya melayu islam akan selamat selepas pru-13?
Pepatah keramat Hang Tuah itu sebenarnya adalah benar. Orang dulu-dulu suka bersumpah. Sebab mulut mereka masin. Hang Tuah sumpahkan bangsa Melayu ini tidak akan hilang. Memang benar, Melayu tidak akan hilang dari dunia, cuma segalanya bukanlah semata-mata kerana sumpahan tersebut, tapi dgn izinNYA jua.
ReplyDeleteMelayu memang akan bertahan, itu bukan sindiran. Tapi pepatah ini akan menjadi sindiran bagi bangasa Melayu yang layu. Bangsa Melayu yg leka dgn k-pop, j-pop, budaya barat, budaya biru, kuning, gejala songsang dan sebagainya.
Tapi pernahkah kita terfikir, disebalik kesemua 'Melayu' yg layu hari ini, takkan tidak ada langsung Melayu yg benar-benar kuat jati dirinya? Yg benar-benar hebat sejarahnya? Yg bertaqwa orangnya dan kuat imannya? Yang semacam inilah sebenarnya baru bergelar Melayu. Kerana, kata Syeikh Abdullah Al-Qumairi (murid Sidi Syeikh Abdul Qadir Jilani), "Melayu itu Islam, Islam itu Melayu".
Tapi, hari ini orang hanya definisikan Melayu itu sebagai nama kaum dan bangsa sementara mengetepikan Agamanya iaitu Islam. Berapa ramai orang yg mengaku Melayu tapi sudah murtad? Yg membawa gejala seks songsang dan sebagainya? Itu semua bukan Melayu!! Itu Me-LAYU....
Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda, mafhumnya; "Islam bermula dengan asing, dan akan kembali sebagaimana mulanya. Maka berbahagialah orang-orang yg asing."
Kalau kita faham sabdaan Baginda SAW ini, maka fahamlah kita bagaimana kedudukan Melayu di akhir zaman ini. Begitu juga kedudukan orang Arab dan lain-lain kaum dan bangsa. Apabila mereka mengetepikan agama mereka, maka mereka akan hilang jati diri sekali gus sudah tidak layak bergelar seorang Melayu. Tapi kalau kita kata begini, orang sekarang marah!
Hakikatnya, Raja-raja Melayu seharusnya kembali kepada jalan yg lurus lagi benar sebagaimana Raja-raja Melayu pernah memartabatkan Islam pada zaman silam dan dalam masa yg sama Melayu menjadi bangsa yg Gah satu masa dulu! Sekarang? Raja dan rakyat? Jurangnya antara langit dan bumi....
Melayu memang akan bertahan di tanah ini, kerana inilah tanah kita. "Pantang Melayu dicabar!" Ingat pepatah ini juga... :)
Yakinkan saudara bahawa Melayu-Islam akan selamat selepas PRU-13? Oh tidak... Sy tak dapat meyakinkan saudara. Cuma yg pasti, sebelum dan selepas PRU-13 adalah survival hidup dan mati bagi orang Melayu-Islam.
Sekarang ini, tanah Melayu ini sudah menjadi tumpuan org dari seluruh dunia. Pelbagai bangsa ada disini. Masing-masing ada misi sendiri, dan mereka semua menumpang Rahmat yg tercurah-curah ke bumi Malaysia ini. Kerana apa? Kerana, di tanah Melayu inilah masih ramai lagi keturunan pewaris Rasulullah SAW yg HAQ, masih ramai lagi Ulamak yg HAQ dan masih banyak lagi orang-orang soleh disini. Kita seharusnya memanfaatkan masa yang ada utk mencari manusia-manusia pilihan Tuhan ini dan dampingi mereka. Sementara kita masih diberikan kesejahteraan utk hidup di Tanah ini....
WAllahuA'lam.
TQ saudara...saya yakin dengan kuasa Allah...
ReplyDeleteIslam akan terus berdaulah di Malaysia tercinta...
Saya akan sama2 berjuang untuk mempertahankan islam, melayu dan raja melayu.
TQ byk2..dan harap saya juga dapat berguru dengan org2 bijak pandai seperti tuan. insyallah..
Segala-galanya saya letakkan pada Allah.