Wasiat Hang Jebat Untuk Sekalian Orang Yang Berani


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Segala Puji Bagi ALLAH SWT Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, para Ahli Bait keturunannya, para Sahabatnya dan seluruh pewarisnya. Salam buat sekalian Ulamak dan Pahlawan-pahlawan silam yang telah banyak berjasa ke atas agama ini. Semoga keberkatan mereka bersama kita hendaknya. Amiin....

Dalam kesempatan ini, saya ingin memaparkan sebuah wasiat dari Panglima Hang Jebat yang sangat terkenal dalam Sejarah Melayu. Hang Jebat seorang yang kepahlawanannya tidak perlu diperkatakan lagi. Sudah maklum di serata dunia hari ini. Siapa diantara kita yang tidak kenal Jebat? Boleh dikatakan bukan Melayu orang itu jika tidak kenal mereka 5 bersaudara...


Tanpa membuang masa, saya paparkan terus Wasiat Hang Jebat ini, setelah kita pernah mengikuti wasiat dari Atok kita dalam artikel yang lalu (baca wasiat tersebut disini), maka kali ini sama-samalah kita mengambil ibrah pengajaran dari wasiat ini. Sesungguhnya wasiat tetua kita dahulu kala sarat dengan panduan dan pedoman untuk kita hidup di akhir zaman ini. Tak rugi membacanya, tak sia-sia mengamalkannya, tak luak mengeluarkannya.... Ayuh membacanya...



Wasiat Hang Jebat

“Wahai orang-orang Melaka, apabila kamu merasa tidak puas hati atau tidak berkenan akan sesuatu maka hendaklah kamu memberitahu kepada anak isteri kamu, kaum keluarga kamu, sahabat taulan kamu, jiran tetanga kamu, orang-orang kampung kamu. Janganlah hendaknya tidak ada orang yang tidak kamu beritahu akan rasa geram hati kamu dan amarah kamu itu.


Maka hendaklah kamu kumpulkan anak bini kamu, sanak-saudara kamu, sahabat taulan kamu, jiran tetangga kamu, orang kampung kamu, kumpulkan semua orang-orang Melaka dan bawalah berita itu hendaknya ke Lubuk China hingga ke Tanjung Tuan hingga ke Linggi hingga hendaknya sampai ke Rembau Labu dan Lukut dan hendaknya sampailah berita ini hingga ke Seri Menanti.


Bawalah berita ini kepada Jakun dan Biduanda, Semelai dan Sakai agar hendaknya mereka sama mendengar kematian Tun Hukum dibunuh Raja Melaka difitnah Sang Kitul Kerala difitnah Sang Linggam anak cucu Nina Manikam. Hendak-hendaknya mereka akan bersama kita menyumpit yang jahat membuluh yang zalim.


Wahai orang-orang Melaka pada malam ini di atas Bukit China maka berjanjilah kita semua dan ingat mengingatilah kita semua bahawasanya kematian Tun Hukum itu akan membawa bencana ke atas negeri Melaka.


Wahai-orang Melaka apabila kamu merasa tidak puas hati maka kamu beraraklah dan berjamonglah beramai-ramai menuju ke istana. Maka hendaklah kamu mengepung istana dan jika sekiranya di jalan kamu bertemu sesiapa sahaja maka ajaklah mereka datang bersama-sama untuk pergi mengepung istana. Jika sekiranya kamu bertemu Juak dan Sida istana maka hendaklah kamu duduk bicara menerangkan angkara yang amarah kamu yang amat sangat terhadap raja.


Hendaklah kamu membawa gendang dan palu agar raja yang sentiasa beradu akan bangun dan bertanya apakah angkara orang Melaka dimalam hari hingar dan bising. Apakah angkara hingar dan bising mengganggu beta yang sedang nyenyak beradu.


Wahai orang-orang Melaka berkumpul dan beraraklah kita pada malam ini ke istana. Amarah kamu itu adalah amarah aku juga. Amarah aku itu adalah amarah seluruh roh di Bukit China. Amarah kamu itu adalah amarah cucu-cicit Penghulu Tanjung Keling. Amarah kamu ini adalah amarah cucu-cicit Wan Empok Wan Melini anak cucu-cicit dari Bukit Seguntang Mahameru.


Wahai orang-orang Melaka pada malam ini panglima kita telah segak siaga anak cucu-cicit Penghulu Sidata Tanjung Keling, anak cucu-cicit Hang Li Po dan Panglima Besar Tun Bersih. Bersama-sama sebahulah kamu wahai orang-orang Melaka.

Inilah janji aku kepada kamu wahai orang-orang Melaka, bukan janji aku untuk menjadi raja bukan janji aku untuk menjadi tuan. Di atas Bukit China ini seperti Musa di atas Bukit Sinai seperti Isa di atas Bukit Zaiton inilah aku Jebat anak cucu-cicit Wan Empok Wan Melini dari Bukit Seguntang Mahameru asal
usul keturunan aku Raja Suran yang turun ke laut anak cucu kepada Iskandar Zulkarnian maka marilah kita bersama-sama mengepung istana raja Melaka.


Akulah Jebat yang akan diingat hendak-hendaknya oleh seru sekelian alam dengan kata-kata Raja Adil Raja Di Sembah Raja Zalim Raja di Sanggah. Marilah kita bersama-sama berarak pada malam ini dan ketika ini dengan obor jamong dan pelita mengepung Istana Raja.”

”INGATLAH WAHAI ORANG ORANG MELAKA DUNIA INI HANYA UNTUK MEREKA YANG BERANI!!!”

Begitulah adanya akan wasiat Hang Jebat keturunan Wan Empuk Malini itu. Adapun kata seorang sahabat....

Wan Empuk Wan Malini...
Dikatakan leluhurmu hilang entah ke mana..
Patutlah si penjajah itu mencuri rahsia-rahsia ini dan menyembunyikannya..
Patutlah dirancang komplot untuk membunuh Laksamana Hang Jebat...
Patutlah nama Hang Jebat dipetualangkan dalam sejarah...
Patutlah Hang Jeba difitnah sebagai penderhaka...
Laksamana Hang Jebat...
Sesungguhnya kini ku sedari kenapa semua itu terjadi..
Kerna sesungguhnya engkaulah keturunan Wan Empuk Wan Malini..
Keturunan yang dicari-cari si penjajah Feringgi...
Keturunan Naga Besar Zulqarnain Qurani..
Seandainya Tok Jebat masih hidup..
Kepingin benar ku bertanya..
'Keturunan mu kini hilang ke mana..?'
Pasti mereka terus dicari di dalam gelita..
Musuh pastikan tidak tidur lena..
Kerna Tok Jebat ada pewaris darahnya..
Kerna itu juga Hang Jebat berani menongkah daulat Sultan Mahmud Melaka..
Kerna 'daulat' Hang Jebat bukan calang walang kecilnya..
Daulat Iskandar Zulkarnain dan Paduka Raja Suran..
Daulat Wan Empuk Wan Malini punya keturunan..

~Taatnya Tuah Taatkan Raja, Taatnya Jebat Taatkan Saudaranya~

Seandainya ada di sini yang mengenali siapakah gerangannya keturunan asal Hang Jebat, maka hendaklah kamu menjaga keturunan itu hatta dengan darah dan nyawa sekalipun. Kerna keturunan itulah yang dicari sejak zaman berzaman. BiIznillah... Dengan Qudrat dan IradatNYA, sembunyikanlah keturunan itu sehingga sampai akan masanya TERPANGGIL UNTUK MEMBUKA WADAH NAN SEGALA! :)

Alhamdulillah, itu sahaja dahulu setakat ini. Jika ada apa-apa perkhabaran lagi, InsyaALLAH nanti akan saya catatkan disini. Sementara ada masa lapang, jemputlah hadir ke Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC Kuala Lumpur. Bermula 27 April hingga 6 Mei 2012. Info lanjut klik sini: Pesta Buku 2012






*Wasiat Hang Jebat itu saya terima dari Tuan Ahmad Putra. Kredit sepenuhnya untuk beliau.


WAllahuA'lam.
Sekian.
Bradokapak,
Jumaat 27 April 2012, 3:23 pagi.

42 comments:

  1. Salam kepada semua pembaca,

    Terima kasih kepada yang sudi membaca artikel ini.

    Ketahuilah bahawa wasiat ini sangat hampir dengan kita, terutama semalam (27 April 2012). Sangat tajam menusuk terhadap diri kita, sempena kehadiran BERSIH 3.0. Bagi yang memahami, fahamlah ia....


    Wassalam.
    :)

    ReplyDelete
  2. kpd anonymous yg kata "melayu" mamak senang lenang adalah satu penipuan. "melayu" mamak hidup dlm kesusahan tanpa sebarang bantuan dr kerajaan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    tolong jelaskan perkaitan bersih dgn wasiat jebat.. terasa sedih bila sejarah di padam oleh penjajah.

    ReplyDelete
  4. still confuse... bunyi kelihatannya begitu...

    ReplyDelete
  5. nampak seperti menyokong bersih 3.0 dengan menggunakan wasiat hang jebat sbg alasan...

    ReplyDelete
  6. khalifah bani jawiMay 2, 2012 at 5:09 PM

    ini bukan wasiat Hang Jebat.. ini wasiat Syaitan dana Dajjal..

    ReplyDelete
  7. ada logik jugak apa kata blog ni.. kenapa Jebat tak kena tulah masa derhaka pada sultan.. sabar rakan2 semua...

    ReplyDelete
  8. Salam semua...

    Untuk pengetahuan pembaca, wasiat di atas ini adalah salinan semula dari wasiat asli yg ditulis sekitar 500 tahun yang lalu.

    Siapa yang tidak dapat terima, jangan pula anda fitnah yang bukan-bukan ya. Dan tolong, jangan gunakan 'nickname' seperti menunjukkan diri anda sedang berada dalam kebenaran.


    Sekian.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  9. Bagaimana pula salahsilah semua Sultan di Malaysia? Mereka juga dari salahsilah yg mulia. Kenapa Hang Tuah mempertahankan titah Sultan? Kenapa Hang Tuah mengatakan Takkan Melayu Hilang Di Dunia? Bolehkah sekongkol dgn orang yang menyokong LGBT? Jgn gunakan alasan wasiat di atas saja.

    ReplyDelete
  10. byk yg tersirat, fahami lah yee

    ReplyDelete
  11. Salam semua pembaca...


    Kepada Anon May 4, 2012 8:50 AM;

    Sila fahami maksud wasiat di atas dengan baik ya! Keluarkan diri anda dari kepompong minda yang saban hari mengunci diri anda!


    Kepada Saudara Kamal,

    Ya benar! Wasiat ini banyak tersiratnya. Beruntung bagi yang memahaminya....


    Sekian dahulu,
    Wassalam.

    :)

    ReplyDelete
  12. Hang Tuah tidak mempertahankan Raja atas kezaliman baginda,

    Hang Jebat tidak pula menderhaka sultan (apatah lagi darah Jebat dan Raja itu setara hendaknya)

    Dan apa yang saya diberitakan, Tidak lah jebat mati atas tangan Tuah bahkan tidak pula Tuah membunuhnya. Atas nasihat Tun Demang Lebar, Tuah hanya berpura-pura membunuh Jebat... Makahendaknya, dua bersahabat itu kembali menjadi saudara dan merahsiakan identiti jebat.

    Itu yang yg diceritakan kpd saya.

    ReplyDelete
  13. Salam pada Neutronboy;

    :) Hang Tuah memang tidak membunuh Jebat. Dan Jebat bersama Tuah memang pandai bermuslihat.

    Kisah sebenar yg tidak terkuak, menanti pecah belanganya...


    Wassalam.

    ReplyDelete
  14. salam,
    Ya benar, mereka pura2 bertarung untuk mencari akal nak buat macm mana dengan sultan yang zalim tu....jebat cederakan jari dan kenakan darah pada langsir dan diikat di perut..
    Tu yang dia boleh mengamuk berhari2..hahaha..

    ReplyDelete
  15. khalifah bani jawiMay 23, 2012 at 9:33 PM

    sdr2/sdri2 yang dihormati...

    sesungguhnya wasiat yang paling benar adalah wasiat (hadis2) Rusulullah SAW serta Al-Quran... jadi mana2 wasiat yang bertentangan dengan wasiat beliau adalah dari Iblis dan Dajjal...

    Tiada satupun ayat didalam al-Quran atau hadis menyuruh kita melawan ulil-amri(sultan/khalifah)..

    sedangkan Kitab2 Allah selain al-Quran boleh diseleweng oleh Dajjal dan Iblis .. apalah sangat nilai wasiat yang berusia 500 tahun .... bagaimana untuk membuktikan wasiat tersebut memang ditulis Jebat bukannya tulisan Dajjal???

    Ingat kebenaran yang sebenar hanya bersumber dari al-Quran dan Hadis.... apa2 ilmu...maklumat... wasiat...atau apa saja yang tidak selari dengan keduanya adalah batil dan sesat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah, carilah di hukum fiqh imam Shafie, insyaAllah dsna ada jwbn nya

      Delete
  16. Assalamu'alaikum...wrt,

    Tak perlu kita bergaduh antara satu sama lain walau pun kita berbeza pendapat, perbezaan pendapat begini akan jd kebaikan untuk kita semua jika kita inginkan kebaikan, insyaAllah.

    Ya hamba setuju dgn apa yg di tulis oleh BK, wasiat Hang Jebat benar. Hang Tuah 5 bersaudara pun benar adanya, tetapi kisah mereka telah diubah oleh musuh2 Islam dan musuh2 Melayu. Kaitan nombor 5 dgn Islam dan Melayu amat erat, kita lihat Rukun Islam, Rukun Negara, Solat Fardhu, Panca Delima, Jari2 di setiap tangan dan kaki normal, Khalifah ar-Rasyidin yg diiktiraf, Rasul ulul Azmi, Hang Tuah bersaudara, hero lima dan mgkin byk lagi semuanya 5. Rukun Nikah pun 5 perkara....

    Jd banyak rahsia yg tersirat yg hanya Allah yg Maha Mengetahui segalanya. Maka bersamalah kita tawajjuh dan syuhudd kepada Alla azzawajalla.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  17. timekasih Tok Jebat atas tinggalan wasiat penaik semangat yg tiada tolok bandingnye ini...dan Tok, alangkah baiknya juger kalau2 ader tinggalan tanah sekadar sekangkang kera buat cucu beristana atau emas semanik dua untuk cucu menglibur lara kerana cucu dan keluarga serta semenda-semenda yg lain sedang menyetinggan di sekitar Melaka dan tempat2 yg sewaktu denganye.

    Sekian salam peluk cium cindu dari cucu cicit Tok

    ReplyDelete
  18. Siapa Tun Hukum? Tun Tuah (Hukum- memegang kuasa polis/hakim?).
    Sejarah telah membukti Hang Jebat tersalah (sebab tidak cukup maklumat-Tuah tidak di bunuh)walaupun dia mungkin ikhlas. Sebab Tun Tuah tidak di bunuh sebab bendahara pajang akal,Dia tahu mainan politik musuh Tun Tuah. Hang Jebat tak tau tektik Bendahara (menyembunyikan Tun Tuah).
    Apabila Hang Jebat memimpin Revolusi (belum lagi 1500) rakyat belum lagi bersedia,rakyat masih setia. Mereka hanya mahu keamanan bukan kekayaan. Alam Melayu banyak sumber asli (makan minum pakai mencukupi).Percaturan politik hanya dikalangan elit pemerintah dan peniaga.
    Revolusi yg agak berjaya adalah Revolusi Perancis>Revolusi Napoleon 1700++ tetapi dia pun akhir nya gagal di Tangan Duke of Wellington.
    Evolusi lebih baik dari Revolusi: perubahan secara teratur,terancang. Membina win win situation that is Economics.
    Bila Tun Tuah muncul semula dia terpaksa membunuh Hang Jebat untuk menjaga sistem pemerintahan masa itu.
    JAYA NEGARA akhirnya terkorban kerana memilih Revolusi (tektik Hang Jebat) dengan hanya 3 pengikut ideanya/kepercayaan mistik tetang dirinya(yg terbukti meleset). Kuasa kun faya kun yg di yakini juga tidak dapat melindungi diri nya dari Teknologi moden (tembakan).Hakikat mengatasi imiginasi.
    Lihat kembali Sosial Engineering Pemimpin Melayu
    Tun Razak- Pembangunan Industri Pertanian
    MADA,KADA,BESUT,Seberang Perak,Kerian 7 Sungai Mana- tanaman padi 2 kali setahun+mekanisasi
    FELDA- Industri Getah & Sawi Peribumi
    RISDA-
    FECRA
    TKPM
    Ladang Satelit
    TUN HUSSAIN ONN
    Sosila Engineering Financial-ASB,Tabung Haji
    kemudian berkembang ASN,FELDA GLOBAL
    TUN MAHATHIR
    PERKILANGAN- Perindusterian Eletronik
    Penindusrian Berat- Proton kemudian DRBA High Com,NAZA
    Perindustri Binaan-Daya Bumi,Jembatan Pulau Pinang,Lebuh Raya PLUS dlln,Mono rail,Air Port dan Putrjaya
    Penindusterian Makanan asas tani- Masih dalam proses
    INDUSTRI PELANCUNGAN
    SEPERTI tanaman memerlukan masa untuk matang dan berhasil sepenuh nya. EVOLUSI

    ReplyDelete
  19. BERANI,BIJAK: culculatated risk. Kalau kail pajang sejengkal lautan dalam jangan di duga
    TENTUKAN SASARAN: Saiz dan jenis ikan & Nilai komesil
    TENTUKAN KAIL : Saiz,jenis ,panjang dlln (teknologi)
    TENTUKAN RISK: Perahu yg di gunakan
    TENTUKAN MAN POWER: Berapa orang yg sanggup pergi belayar
    THAT IS EXAMPE OF CULCULATED RISK

    Ada kata Hang Jebat tidak di bunuh tetapi wataknya di matikan: Oleh itu dia tidak dapat menyumbang apa selepas itu...Wasiatnya lebih kepada ucapan bertulis untuk Rakyat Melaka semasa Hang Tuah Bersembunyi. Bukan untuk tahun 2000++ sebab Hang Jebat masih tidak cukup maklumat.Semasa zaman nya pun dia tersasar sebab dia merancang dengan tidak cukup maklumat dia patut tanya orang Tua dulu, Bendahara supaya di boleh pileh dan menilai tectical.

    ReplyDelete
  20. guru jebat adalah adi buana.......

    ReplyDelete
  21. mengarut. ini bukan wasiat Hang Jebat. Masa tu Hang Jebat bukan ada secretary nak tulis masa dia mengamuk. sape punya kerja tulis ini......

    ReplyDelete
  22. teruskan mengungkap agar banyak yang tersingkap..

    terima kasih bradokapak..

    ReplyDelete
  23. salam saudara...

    bagaimana kami mahu mensuci hati...
    kotor bertambah di hari-hari..
    tak sanggup rasanya terus begini..
    malu rasanya mengadap Ilahi..


    warisayah@yahoo.com

    ReplyDelete
  24. @khalifah bani jawi sultan samakh dgn khalifah?
    Adakah hukum Allah mengecualikan sultan daripadanya ? Khalifah dipilih melalui sistem syura
    Sultan? Sultan hanya diwarisi.


    Sudah!
    Jadikan media ini sebagai suatu infomasi,bukan tempat untuk saling menghakimi , kita berdebat hanya berasaskan ilmu yg kita miliki , yg MAHA MENGETAHUI hanya ALLAH SWT.
    kembali kpd AL-QURAN and AS-AUNNAH ,.kita hanya berusaha segala hasilnya sudah ditentukan Ilahi

    Promoted ;p
    TakkaN hilang Islam di dunia,
    Takkan pupus Melayu didunia (KLU SUDAH DITAKDIR)

    ReplyDelete
  25. Salam, mmg benar tun tuah membunuh hang jebat utk menjaga sistem pemerintahan masa itu..., melayu dipandang hebat psl ada raja/sultan walaupon kurang function dlm pemerintahan negara...sapa lg nak back up org melayu kalo tidak dari org melayu itu sendiri....,

    ReplyDelete
  26. mintak maaf tetiba sy mencelah, sy mmg tak minat langsung dgn sejarah, siap drop subjek sejarah masa SPM, akan tetapi disebabkan 'another world' punya cerita(pd yg paham), terpaksa sy study sejarah balik....mmg unsangkarable, terkedu jap...

    btw jumaat lps sy ke pulau besar overnite kat sana atas urusan....tuut....n singgah gunung ledang atas urusan ....tuut...., seblm seberang ke Pulau besar, wajib kena singgah/report duty di Mesjid Kg Hulu(HQ) utk urusan.....tuut....

    eeiiii sy dah rasa bengkak mulut psl ckp perkara yg tak patut dickp, lembik 1 bdn psl menghina org 'lama', bisa kaki psl pegi tmpt yg tak patut pegi...

    izza aka ....tuut....
    email izza1224@yahoo.com (acc yg link ke hp)

    ReplyDelete
  27. raja bukan keturunan mulia. tetapi manusia lah berketuruna mulia... sapa anggap raja 2 lebih mulia dari para rasul maka faham2 lah..

    ReplyDelete
  28. klau raja - raja tidak bersifat angkoh dan sombong.. aku pon x respek.. boleh hormay sebagai orang tua ja... tapi klau para khalifah yang memerintah aku sanjung...

    ReplyDelete
  29. MARHAEN DARAH KUNINGMarch 2, 2013 at 1:35 AM

    sedih bila melihat anak bangsa sendiri mendabik dada kononnya mengetahui segala lalu memperlekeh 'si tua...

    sedih bila melihat sesetengah anak bangsa yang buta dan mendabik dada dan mendakwa 'si tua' membelakangi agama

    sedih bila melihat anak bangsa yang lupa terhadap perjalanan 'si tua' memperjuangkan maruah bangsa demi memartabatkan agama

    hai anak bangsa yang ingin digelar dirinya tak punya bangsa,jangan sangka ilmu dalam dadamu mampu menafikan segala yang diwariskan 'si tua'.

    'SI TUA' LEBIH TAHU PERJUANGANNYA...kita mewarisi nikmat beragama ISLAM melalui asbab titisan keringat,darah,keturunan merekalah

    kerana itu adab warisan kita 'kalau tidak tahu bertanya','malu bertanya sesat jalan'

    janganlah kamu menjatuhkan hukum terhadap 'si tua'dengan hujah-hujah agama kerana sebenarnya kamu masih tidak belum mengerti apa-apa...

    dan wasiat ini ada muslihatnya,ada rahsianya,ada pokoknya,ada pasunya,untuk mengelirukan orang yang suka berfikir selapis tanpa mengerti apa-apa,orang yang seperti kamu yang mungkin memusnahkan bangsa sendiri melalui akalnya yang bodoh durjana...JANGAN PERALAT AGAMA UNTUK MENUNJUKKAN KAMU TAHU SEGALA...KERANA ITU PANTANG LARANG 'SI TUA'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun sokong n setuju dgn kata2 tuan Marhaen ini...terima kasih tuan? :)

      Delete
  30. as-salam..
    tua sebenar bkn pada usia..
    tua yg haq pada ILMUNYA..
    tak perlu mendabik dada pada ketuaanmu..
    khalifah Umar selaku amirul-mukmini bersedia berteleku di hadapan budak kerana ILMU..
    heh heh heh...AZAZIL tersungkur jua kerana merasa TUA dgn kebenaran..
    semoga ALLAH membelai kita semua dgn kasih sayangNYA..
    w/a..

    ReplyDelete
  31. Salam,

    Melalui hujah saudara, adakah saudara mengatakan kita kena ikut cara Hang Jebat, dan oleh itu bangun menentang kerajaan. Bagaimana pula dengan Hang Tuah? Siapa antara kita yang patut ikut Hang Tuah, yang menurut perintah raja? Jadi adakah Hang Jebat itu lebih betul dari Hang Tuah kerana ianya juga berdarah raja?

    Saya kenal keturunan Hang Jebat. Memang betul dijaga rapi. Tetapi, beliau tidak akan memberontak menentang kerajaan maupun Raja. Kerana, bila sampai waktu, hanya Allah swt yang boleh menentukan siapa yang berhak menjadi Raja. Masanya akan sampai sikit masa lagi, InsyAllah.

    ReplyDelete
  32. Taat Tuah tidak bertempat,,
    Derhaka Jebat kerana Taat..

    - HK -

    ReplyDelete
  33. takkan melayu hilang di dunia. jangan lah kamu berpecah belah antara satu sama lain. raja adil raja di sembah raja zalim raja disanggah. ikut lah pemerintahan yang baik dan jangan ikut pemerintahan yang zalim.

    ReplyDelete
  34. Raja yang adil disembah raja yang zalim disanggah........ibarat mcm ibu bapa yg mendidik kita.....kita perlu taat pada ibu bapa walaupun mereka seorang penjenayah,pembunuh, perompak ..........kita perlu taat pada mereka kecuali mereka menyuruh kita melakukan sesuatu yg diharamkan syarak......ini bukanlah saya nak mengajar org yg lebih tua atau menunjuk pandai tetapi sekadar pendapat yg ingin dikongsi ......setiap org berhak mengeluarkan pendapat tp tiada hak untuk memaksa pendapat mereka diterima

    ReplyDelete
  35. Hang tuah makan nasik kandaq dak?

    ReplyDelete
  36. Hang tuah makan nasik kandaq dak?

    ReplyDelete
  37. Aku ne muka x berapa nak melayu cam ne asik kena buli je...

    ReplyDelete