Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.
Apa khabar semua para pembaca? Moga-moga sihat selalu hendaknya. Pertama-tamanya mohon maaf kerana tiada posting baru dalam jangka masa seminggu ini. Kerana, untuk pengetahuan para pembaca saya sedang sibuk dengan kerja-kerja di Pesta Buku Antarabangsa 2012. Jadi, tiada waktu senggang untuk saya mencatatkan beberapa catitan dalam blog ini.
Namun, saya tetap juga mencuri peluang ini bagi mencatatkan beberapa catitan buat tatapan para pembaca setia semua. Di harap catatan ini dapat mengubat rindu para pembaca terhadap tulisan-tulisan saya. Oh ya, beberapa hari yang lalu, negara kita dihangatkan dengan isu BERSIH 3.0. Pasti ramai dari kalangan para pembaca yang tertanya-tanya, kenapa saya tiada buat artikel mengenai BERSIH ini? Apa pendirian saya tentangnya? Dan sudah tentu banyak lagi persoalan yang bermain difikiran kita. Benar bukan? :)
Jadi, dalam kesempatan yang ada ini, saya hanya ingin meletakkan beberapa keping gambar yang agak relevan, dan sedikit catatan yang saya ambil dari catatan dalam wall photos di facebook saya. Bacalah dengan hati yang lapang serta minda yang terbuka! Jika tidak faham apa yang ingin saya sampaikan, sila gunakan common sense anda!
Sekitar BERSIH 3.0
Bagi yang belum membaca artikel Wasiat Hang Jebat (tekan sini untuk baca), sila baca artikel tersebut dahulu kemudian fahamkan akan isinya dan fikirkan tentangnya. Kemudian, fikirkan mengenai BERSIH 3.0 serta perkara cerita lucah yang tersebar setelah BERSIH 3.0 yang lalu. Carilah kebenaran dalam kebenaran!!
Keterangan gambar:
Aku masih terkenang saat ini (saat seperti dalam gambar) berlaku. Belum pun cukup 4 bulan berlalu, BERSIH 3.0 sudah bertalu. Perginya Almarhum Pak Teh Mat Isa Ansarullah membuatkan aku banyak berfikir mengenai siri demo yang aku ikuti. Hingga terdetik di hati, "Siapa yang hendak menyambung haflah zikirnya (Haflah zikir Pak Teh) dalam setiap demo selepas ketiadaannya?"
Kebenaran pun telah tersingkap, ketiadaan Pak Teh tidak disambung usahanya. Para demonstran sudah dirasuk hantu, termasuk para penghalang demonstran yang terdiri dari seragam biru tua. Alangkah ruginya kita kehilangannya, tanpanya tiada lagi Ahli Zikir dalam demo yang ratusan ribu rakyat hadir mengikutinya. Ketahuilah bahawa jika sudah tiada seorang pun yang mengingat ALLAH SWT di sesuatu kawasan itu, maka bala akan menimpa ummat itu. Moga-moga yang ikut demo sentiasa ingat Tuhan!
Al-Fatihah buat Pak Teh Mat Isa Ansarullah...
Keterangan gambar:
Dalam pada ramai antara kita yang bercerita mengenai kekejaman Polis dan provokasi dari pihak Bersih 3.0, aku terpana melihat beberapa keping gambar kiriman sahabat-sahabat. Pertama kali dalam sejarah ummat Melayu berdemonstrasi, baru ini ada yang berani menjahannamkan kenderaan Polis sehingga menyebabkan tertumpahnya darah. Berpuluh2 gambar dan video sudah aku lihat. Ada 2 atau 3 keping yang benar-benar terkesan di hati.
Antara gambarnya adalah yang ini. Tersentap hatiku, fikiran terus ligat berfikir... Apakah tidak takut kalian ini bermain demokrasi di Rumah ALLAH? Apakah sudah hilang rasa hormat kalian kepada Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW? Mengangkat sepanduk keduniaan dalam Rumah Suci tempat bersemadinya jasad Nabi SAW. Betapa, kepentingan duniawi mampu menolak ukhrawi, jarum halus sudah menular sebegitu parah. Ini bukan lagi perjuangan, melainkan mengundang MURKA TUHAN!
Jikalau benar gambar ini diambil dalam kawasan mulia, Masjid Nabawi Al-Munawwarah, maka benar-benar mereka ini mengundang murka Tuhan. Ketahuilah bahawa di akhir zaman hanya ada dua pilihan bagi ummat Islam. Mahu jadi pengikut Nabi Muhammad SAW atau pengikut dajjal laknatullah. Dan Nabi kita ada bersabda, bahawa ramai dari ummatku akan menjadi pengikut dajjal. Na'udzubillahi min dzaalik...
Ya Tuhan Kami, janganlah ENGKAU tarik petunjukMU setelah ENGKAU berikan kepada kami petunjuk. HambaMU ini tiada dayanya, Ya Rabb.....
Allahumma Solli Wa Sallim 'ala Nabiyyina Sayyidina Muhammadin fil Awwalina wa fil Aakhiriin... Wa Sallim 'ala kulli Ahla Baitihit Tohir wa Ashabihil Akhyar....
p/s: gambar diconteng bagi menutup wajahnya.
Keterangan gambar:
Setelah melihat kejadian-kejadian sepanjang Bersih 3.0, ku sangkakan sudah tiada orang besar yang menyambung usaha Almarhum Pak Teh Mat Isa Ansarullah untuk membuat haflah zikir di tengah-tengah ratusan ribu rakyat yang sedang berdemo. Rupa-rupanya masih ada manusia pilihan ALLAH SWT yang menyambung usaha Almarhum. Beliau adalah Tuan Guru Hj Salleh, Sik, Kedah.
Bergetar hati ku ini tatkala hanya melihat gambar ini. Alangkah kepalangnya manusia yang ratusan ribu hadir itu tetapi tidak sempat duduk dalam haflah zikirnya, atau paling kurang bersalaman dengannya. Pernah seorang Syeikh berkata, sekiranya sesuatu tempat itu telah terlalu ramai orang yang lupakan ALLAH, maka sesuatu tempat itu akan diturunkan bala dari Tuhan dan akan menimpa ke atas semua orang termasuk orang-orang Soleh.
Menurut saksi mata, Tuan Guru telah mengadakan haflah zikir di kawasan Masjid India bersama beberapa orang anak muridnya demi menjaga kesejahteraan ummat disekitar kawasan tersebut. Kata saksi mata lagi, ketika polis dan FRU datang menyerang kawasan tersebut, mereka terpaksa berundur setelah melihat kelibat Tn Guru dan anak muridnya, kerana teringatkan kes yang pernah berlaku ke atas Almarhum Pak Teh 2 tahun yg lalu.
Kata Guruku, Syeikh Abdul Razak, beliau Tuan Guru Hj Salleh merupakan Auliya' min Auliya'ilLah. WAllahuA'lam.
Lain-lain cerita baca disini: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=3968707302776&set=p.3968707302776&type=1&ref=nf
Kredit gambar kepada Muhammad Za'im Muhammad Yusuff.
Keterangan gambar:
-Gambar terakhir mengenai BERSIH 3.0-
Seperti yang saya janjikan semalam, inilah gambar Tuan Guru Hj Ismail (berserban putih), Besut mudir kepada Pondok Matla'ul Badrain, Terengganu. Kehadirannya bersama-sama murid-muridnya dan sahabatnya membuat haflah zikir di BERSIH 3.0 tidak berapa dihiraukan orang ramai...
Kebenaran itu ada dalam pada kita tidak sedar. Tempat yang paling tidak selamat itulah tempat yang terselamat buat kita semua. Wa Nafa'ana Wa Iyyahum Bi Maa Fiih....
Ya ALLAH, Keluarkanlah kami dari kegelapan Waham dan sinarilah serta muliakanlah kami dengan cahaya Kefahaman... Ya Rabb...
Sebelum saya akhiri review saya tentang Bersih 3.0 ini, saya menyatakan pendirian saya bahawa saya tidak bersetuju secara total terhadap penganjuran BERSIH 3.0 ini serta BERSIH 4.0 yang akan datang. Ada udang disebalik batu dari ketiga-tiga belah pihak, baik di pihak Pakatan Rakyat mahupun di pihak Kerajaan dan polis, waima di pihak NGO, Ambiga dan sekutunya. Perhatikan mainan tarik tali antara ketiga-tiga pihak ini, mereka semua PENIPU BESAR!!
Sekian, review saya untuk Bersih 3.0.
Pesta Buku Antarabangsa 2012, PWTC Kuala Lumpur (PBAKL 2012)
Bagi yang belum tahu, pesta buku kali ini adalah yang ke-31 semenjak penganjuran pertamanya pada tahun 1981 yang lalu. Bermula secara kecil-kecilan sehinggalah mencipta sejarah Pesta Buku terbesar di negara kita pada tahun ini. Pesta buku ini telah berlangsung dari 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012. Kepada mana-mana individu yang belum pun sempat hadir, anda semua dijemput hadir ke pesta buku ini. Dan jangan lupa, temui saya di Booth H15 & H16, Pustaka Syuhada. Booth ini terletak di Dewan Tun Hussein Onn, tingkat bawah PWTC Kuala Lumpur.
Keterangan gambar:
Jemput semua sahabat ke Pesta Buku Antarabangsa 2012, PWTC Kuala Lumpur. Dari jam 9 pagi hingga 9 malam. 27 April hingga 6 Mei 2012.
Temui kami di booth H15 & H16, Dewan Tun Hussein Onn. Jangan lupa, Ahad ini (29 April 2012) sesi beramah mesra bersama Ustaz Azhar Idrus di Dewan Tun Hussein Onn. Jemput semua hadir beramai-ramai!! Bawa keluarga masing-masin!! :)
Keterangan gambar:
Banner besar booth kami. Booth nombor H15 & H16. Kalau ada yang tak jumpa nombor booth ini, cari sahaja banner ini. Kalau jumpa, itulah booth kami!
Jemput hadir beramai-ramai! Masih ada 5 hari lagi! :)
Keterangan gambar:
Tawaran Istimewa untuk buku-buku karangan Muhammad Isa Dawud!!
Sementara stok masih ada... Sila dapatkannya di booth kami, H15 & H16 dalam Dewan Tun Hussein Onn, PBAKL 2012.
Cepat jangan tunggu lama2...!
Keterangan gambar:
Kitab Al-Umm koleksi lengkap. Telah terjual lebih 3 set. Satu set dijual dengan harga RM150. Tetapi untuk pesta buku, kami menawarkan harga serendah RM130 sahaja!!
Cepat, siapa yang hendak dapatkan buku ini boleh datang ke booth kami. Hari ini stok baru sudah masuk!
Keterangan gambar:
"Koleksi buku-buku best seller. Bahan bacaan yang ringan dan santai disamping mempunyai input yg berguna.
Dari atas:
1. Sifat Dua Puluh Teras Akidah (Buku Baru)
2. Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia?
3. Suami Yang Menjadi Penawar Hati Isteri
4. 50 Wasiat Rasulullah SAW Untuk Wanita
5. Inspirasi Cinta Terhebat (Buku Kemilau Republika)
6. Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga (Buku PTS)
Dapatkan buku nombor 1 sampai 4 pada harga istimewa dengan tawaran sehingga 40% diskaun. Harga istimewa untuk para pelajar!
Temui kami di Pesta Buku Antarabangsa 2012, PWTC Kuala Lumpur.
Dewan Tun Hussein Onn
Booth: H15 & H16
Masa: 9 pagi hingga 8 malam
Tarikh: 2 Mei hingga 6 Mei
Info lanjut sila like dan baca disini: http://www.facebook.com/pustakasyuhada
Cepat jangan lepaskan peluang ini!!"
Keterangan gambar:
Lawatan Ustaz Kazim Elias ke Pesta Buku 2012.
Rugi siapa yang tak hadir ke pesta buku ini. Bagi yang belum hadir, jemput datang beramai-ramai ya! Tinggal 3 hari sahaja lagi! Jangan lupa singgah ke booth kami di H15 & H16 bersebelahan dengan Jemari Seni.
Cepat sebelum terlambat!!!
Keterangan gambar:
Lawatan 5 minit Ustaz Azhar Idrus ke booth kami pada 29 April 2012. Kami telah menghadiahkan Ustaz 2 naskah buku best seller kami, Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia? dan buku Dialog Dengan Jin Islam.
Ustaz Azhar sempat beramah mesra dengan peminatnya di booth PTS setelah itu.
Terima kasih Ustaz!!
Antara Buku-buku Jualan Kami
Buku Top Seller
Tajuk: DAJJAL AKAN MUNCUL DARI KERAJAAN JIN DI SEGITIGA BERMUDA
Penulis: Muhammad Isa Dawud
Plot:
Buku ini menceritakan mengenai kajian Muhammad Isa Dawud tentang pelbagai hadis dan riwayat tentang dajjal. Termasuk kajiannya ke atas teks-teks Israeliyat yang banyak juga menceritakan tentang perihal Dajjal.
Rasulullah SAW bersabda; "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini - Sejak ALLAH SWT menciptakan Nabi Adam dan keturunannya - yang lebih dahsyat daripada (fitnah) Dajjal. Dan ALLAH SWT tidak mengutus seorang rasul atau nabi pun kecuali ia memperingatkan ummatnya terhadap kemunculan Dajjal. Aku adalah Nabi terakhir, dan kamu sekalian adalah ummat terakhir pula. Dajjal pasti keluar dari tengah-tengah kamu. Jika ia keluar, sedang aku di antara kamu, maka aku akan mengalahkannya dengan hujjah dan kemampuanku. Jika ia keluar setelah aku tiada, maka setiap orang akan menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk mengalahkan musuhnya. ALLAH adalah penggantiku bagi setiap muslim..." (Riwayat Ibnu Majah dalam Musnadnya, Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim dari Abu Hurairah RA)
Para ilmuan asing menjadi hairan oleh banyaknya fenomena misteri yang terjadi di dunia ini. Dua dari sekalian banyak fenomena itu adalah Segitiga Bermuda dan Piring Terbang. Bagaimanakah sesungguhnya hakikat fenomena ini? Adakah hubungan dengan jaringan msiteri antara kedua fenomena ini dengan Dajjal?
Di sebuah negeri paling indah di dunia, iaitu Sweden, Muhammad Isa Dawud menyentuh "benang-benang atau jaringan misteri" antara Dajjal dengan kedua fenomena ini. Dengan kajian atas berbagai manuskrip kuno yang ditemuinya dari pelbagai negeri, penulis buku ini menemui bahawa Dajjal akan muncul dari Segitiga Bermuda.
Buku ini mengungkapkan berbagai rahsia tersembunyi dan fenomena membingungkan sekitar jati diri dan sepak terajang Dajjal, makhluk yang berpandangan dengan sebelah mata dan penyebar fitnah, yang kemunculannya di akhir zaman telah diramalkan jauh hari sebelumnya oleh Nabi kita. Inilah buku pertama yang menelaah perihal Dajjal, yang masih amat jarang di bahas orang.
Dapatkan buku ini di Pesta Buku Antarabangsa 2012, PWTC Kuala Lumpur di booth Pustaka Syuhada, H15 & H16 dengan harga istimewa. Sila sebutkan tagline 'bradokapak' pada kaunter bayaran untuk mendapatkan diskaun 20% untuk buku ini.
The Best Seller
Keterangan:
Tajuk: SIAPA PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA
Tajuk lain: Siapa Penghuni Bumi Sebelum Adam?
Karangan: Muhammad Isa Dawud
Plot: Sila baca review buku ini disini: Siapa Penghuni Bumi Sebelum Adam?
Dapatkan buku ini di Pesta Buku Antarabangsa 2012, PWTC Kuala Lumpur di booth Pustaka Syuhada, H15 & H16 dengan harga istimewa. Sila sebutkan tagline 'bradokapak' pada kaunter bayaran untuk mendapatkan diskaun 20% untuk buku ini.
Keterangan:
Tajuk: DIALOG DENGAN JIN ISLAM
Karangan: Muhammad Isa Dawud
Plot:
Buku ini berusaha merakam dialog antara Muhammad Isa Dawud dengan salah satu Jin-Islam. Dialog tersebut begitu bersahaja, sehingga menjadikan buku ini benar-benar enak dibaca. Dari dialog-dialog ini, pembaca akan memperoleh pelbagai maklumat baru yang menakjubkan tentang dunia jin yang sebenarnya.
Buku ini sedikit sebanyak akan meluruskan tanggapan-tanggapan kita yang salah tentang bentuk, watak dan kehidupan jin; sejak mula asal kejadiannya sehingga pelbagai kejadian yang berkaitan dengan jin, seperti gangguan syaitan dan sihir, lengkap dengan cara pengubatannya!
Dalam beberapa topik, penulis menambahkan cerita yang merujuk kepada Al-Qur'an, hadis Nabi SAW serta penemuan ilmiah hasil penyelidikan mutakhir, demi mengukuhkan kebenaran kenyataan jin tersebut.
Inilah satu-satunya buku tentang jin yang begitu lengkap dan menarik, dan disampaikan dengan bahasa yang mudah dan sederhana.
Dapatkan buku ini di Pesta Buku Antarabangsa 2012, PWTC Kuala Lumpur di booth Pustaka Syuhada, H15 & H16 dengan harga istimewa. Sila sebutkan tagline 'bradokapak' pada kaunter bayaran untuk mendapatkan diskaun 20% untuk buku ini.
Keterangan
Kitab Sabilal Muhtadin karangan Syeikh Arsyad Al-Banjari dan kitab Durratun Nasihin Mutiara Muballigh karangan Ulamak silam kita.
Dalam kesempatan ini, saya selaku wakil Pustaka Syuhada ingin mengajak tuan-tuan, puan-puan, dato' datin dan semua yang membaca blog saya ini untuk bertandang ke booth kami di Dewan Tun Hussein Onn, Pesta Buku Antarabangsa 2012, PWTC Kuala Lumpur.
Pelbagai diskaun diberi dari serendah 10% hingga 40%. Pelbagai kitab-kitab dan buku-buku yang menarik dijual disini. Pelbagai hadiah percuma juga disediakan. Tak rugi kalau datang ke tempat-tempat seperti ini. Sambil-sambil baca buku, boleh timba ilmu baru. Walaupun kita tak beli buku yang dijual, tetap tidak rugi jika kita hadir ke tempat seperti ini, kerana sekurang-kurangnya kita akan dapat tempias ilmu yang ada dalam setiap buku yang kita belek atau selak.
Kepada para pelajar, sila bawa kad pelajar anda untuk mendapatkan harga istimewa!!
Sekian dahulu untuk kali ini,
Jumpa lagi dilain waktu. InsyaALLAH akan ada pelbagai lagi isu menarik yang akan saya kongsikan di masa akan datang.
Wassalam.
'bradokapak'
2 pagi, Jumaat 5 Mei 2012.
Best Seller
Keterangan:
Tajuk: DIALOG DENGAN JIN ISLAM
Karangan: Muhammad Isa Dawud
Plot:
Buku ini berusaha merakam dialog antara Muhammad Isa Dawud dengan salah satu Jin-Islam. Dialog tersebut begitu bersahaja, sehingga menjadikan buku ini benar-benar enak dibaca. Dari dialog-dialog ini, pembaca akan memperoleh pelbagai maklumat baru yang menakjubkan tentang dunia jin yang sebenarnya.
Buku ini sedikit sebanyak akan meluruskan tanggapan-tanggapan kita yang salah tentang bentuk, watak dan kehidupan jin; sejak mula asal kejadiannya sehingga pelbagai kejadian yang berkaitan dengan jin, seperti gangguan syaitan dan sihir, lengkap dengan cara pengubatannya!
Dalam beberapa topik, penulis menambahkan cerita yang merujuk kepada Al-Qur'an, hadis Nabi SAW serta penemuan ilmiah hasil penyelidikan mutakhir, demi mengukuhkan kebenaran kenyataan jin tersebut.
Inilah satu-satunya buku tentang jin yang begitu lengkap dan menarik, dan disampaikan dengan bahasa yang mudah dan sederhana.
Dapatkan buku ini di Pesta Buku Antarabangsa 2012, PWTC Kuala Lumpur di booth Pustaka Syuhada, H15 & H16 dengan harga istimewa. Sila sebutkan tagline 'bradokapak' pada kaunter bayaran untuk mendapatkan diskaun 20% untuk buku ini.
Buku Hangat!
Keterangan
Tajuk: DEMOKRASI MUSUH SYARIAT ISLAM
Judul Asal: Ad-Demoqratiyah Fi Dawi' As-Syariah Al-Islamiah
Pengarang: Dr Mahmud Al-Khalidi
Penterjemah: Abu Falah
Diterbitkan oleh Pustaka Syuhada.
Harga: RM 3
Plot:
Demokrasi merupakan ciptaan idealogi kapitalisme dan ianya lahir dari pandangan bahawa manusialah yang membuat sistemnya. Dialah yang mengontrak (membuat kontrak) penguasa untuk memerintah dirinya, melucutkan kekuasaan darinya bila-bila masa yang dikehendaki olehnya.
Demokrasi merupakan istilah yang digunakan di barat dalam banyak konteks, mengikut pengertian yang diberikan oleh Revolusi Perancis, ia mempunyai isi kandungan yang luas termasuklah hak rakyat secara mutlak untuk menyusun perundangan tentang seluruh permasalahan umum mengikut kehendak majoriti ahli parlimen.
Bertolak dari pemahaman tentang realiti demokrasi bahawa ia diasaskan kepada prinsip "Kedaulatan di tangan rakyat" dan ini bererti bahawa nilai tertinggi dalam pemerintahan demokrasi adalah pemerintahan rakyat oleh rakyat itu sendiri...
Buku ini mengupas bagaimana idealogi Demokrasi yang dicipta oleh kafir harbi dan sekutunya termasuk Karl Max dan Lord Reid telah menjahannamkan Islam dari pelbagai sudut dan aspek. Buku ini juga membawa pembaca ke arah mengenal hakikat sebenar kebusukan sistem demokrasi yang banyak dianuti di pelbagai negara termasuk negara kita.
Bacalah dengan hati dan mata fikir yang terbuka!!!!
Dapatkannya sekarang serendah RM 3 di Pesta Buku Antarabangsa 2012, PWTC Kuala Lumpur. Dapatkannya di booth kami, H15 & H16 di Dewan Tun Hussein Onn.
---------------------------------------
Boleh didapati di...
Pesta Buku Antarabangsa 2012
Dewan Tun Hussein Onn
Booth H15 & H16
Harga istimewa sempena pesta buku, hanya RM3 sahaja!
---------------------------------------
Buku ini antara buku paling laris terjual. Cepat sebelum terlambat! Stok terhad!! Tinggal 3 hari sahaja lagi!
Antara Kitab Kuning yang kami jual!
Kitab Sabilal Muhtadin karangan Syeikh Arsyad Al-Banjari dan kitab Durratun Nasihin Mutiara Muballigh karangan Ulamak silam kita.
Dalam kesempatan ini, saya selaku wakil Pustaka Syuhada ingin mengajak tuan-tuan, puan-puan, dato' datin dan semua yang membaca blog saya ini untuk bertandang ke booth kami di Dewan Tun Hussein Onn, Pesta Buku Antarabangsa 2012, PWTC Kuala Lumpur.
Pelbagai diskaun diberi dari serendah 10% hingga 40%. Pelbagai kitab-kitab dan buku-buku yang menarik dijual disini. Pelbagai hadiah percuma juga disediakan. Tak rugi kalau datang ke tempat-tempat seperti ini. Sambil-sambil baca buku, boleh timba ilmu baru. Walaupun kita tak beli buku yang dijual, tetap tidak rugi jika kita hadir ke tempat seperti ini, kerana sekurang-kurangnya kita akan dapat tempias ilmu yang ada dalam setiap buku yang kita belek atau selak.
Kepada para pelajar, sila bawa kad pelajar anda untuk mendapatkan harga istimewa!!
Sekian dahulu untuk kali ini,
Jumpa lagi dilain waktu. InsyaALLAH akan ada pelbagai lagi isu menarik yang akan saya kongsikan di masa akan datang.
Wassalam.
'bradokapak'
2 pagi, Jumaat 5 Mei 2012.
UmmuAisyah wrote--as Salam..kalau ketiga2 pihak tu PENIPU BESAR siapa pulak yg betul? Sorry not totally agree with this entry. Still the main issue not answered..the remaining 7 things that bersih asking is not being focused.they just asked for a fair and clean election. Why was it so difficult for the gov. to fulfil those tuntutan??
ReplyDeleteWassalam Ummu Aisyah...
ReplyDelete:) Simple sahaja jawapannya. Islam takkan tertegak dengan Demokrasi. Hanya sanya dengan Jihad barulah tertegaknya Islam itu.
Jika ketiga-tiga pihak itu PENIPU BESAR, maka yang betul itu adalah mereka yang terasing.
Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya; "Islam itu bermula dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali dagang seperti mulanya. Berbahagialah orang-orang yang dagang."
Sabda Rasulullah SAW lagi, mafhumnya; "Wahai manusia, aku telah tinggalkan kepada kamu sesuatu yang sekiranya kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab ALLAH dan Itrah Ahli Baitku."
Dua persoalan saya timbulkan. Adakah ketiga-tiga pihak yang ada sekarang ini asing dan dagang? Adakah mereka ini mengikut Al-Qur'an dan Itrah Ahlul Bait Rasulullah SAW?
Jawapannya ada pada diri masing-masing! :)
7 tuntutan BERSIH 3.0 semuanya tuntutan yang jelas lagi terang menentang hukum Islam.
Geologi politik negara kita bukan seindah yang kita sangkakan. Keluarlah dari kotak pemikiran yang telah sekian lama di kong-kong.
Sekian.
Wassalam.
..mereka memang penipu, yang menyokong bersih patut bersihkan jiwa dahulu
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteApa untungnya menipu jika yg menipu mendapat rugi..
assalamualaikum wbt,alhamdulillah kami sekeluarga telah diberi kesempatan oleh Allah utk hadir ke pesta buka pd 29.4.12,dapatlah 3 naskah free, walaupun buku itu lama ia tetap bernilai bagi aku,dah x larat nak jenguk semua gerai perghhh....best baik p cepat kpd yg belum p.anak2 yg paling seronok dan aku rasa amat terharu & hampir menitiskan air mata bila melihat anakku yg berumur 12 th x dpt buku kisah saidina Ubaidullah ibnu Jarrah ra ia menyorokkan mukanya dgn air mata mengalir tapi kali ini sewaktu di pesta buku hajatnya telah tercapai dgn buku Saidina Azzubair pengiring Rasulullahsaw bertepatan dgn namanya sendiri.
ReplyDeleteYahari... Agak-agaknya, syiekh ahli zikir yang datang bersih tuh sebab sokong BERSIH? atau sebab nak elakkan kemudharatan yg lebih parah lagi semasa Bersih?
ReplyDeleteYe la, kalau dah x de orang ingat Allah kat 1 1 tempat tuh, habes bala la... Kalau ada yg berzikrullah ni, tertahanlah bala kat tempat tu...
Ruginya x dapat buku Demokrasi Musuh Syariat Islam.
Ada jual kat mana2 lagi x?
salam.
ReplyDeletesalam banyak-banyak yang dititipkan dalam entri ini, saya lebih suka pesta buku ^_^
boleh dapatkan alamat kedai buku saudara?
Salam semua,
ReplyDeleteKepada Neutronboy dan STALKER,
Jika anda ingin mendapatkan buku-buku keluaran Pustaka Syuhada, boleh cari di facebook: Pustaka Syuahda
Buku Demokrasi masih ada dijual, boleh hubungi mereka di sana.
Atau terus ke alamat berikut...
http://www.facebook.com/pustakasyuhada
0122114432 (Tuan Haji Hamzah - Pengarah Urusan)
Alamat:
No 1074(6), Jalan Sentul Pasar, 51100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-40416839 Faks: 03-40416584
Sekian, terima kasih.
Salam kembali..
ReplyDeleteinsya-Allah.. saya akan ke sana. bertambahlah lagi list kedai buku saya selepas ini ^_^
Yang Tuan sebutkan penipu hanya 3 golongan di atas, bagaimana kami golongan rakyat marhaen yang turun ikhlas semata-mata menuntut keadilan ditegakkan di atas kezaliman yang berlaku di hadapan mata kami? Sudah tentu bukan di atas platform kerajaan, kalau tidak, masakan kami diganyang oleh pihak polis sebegitu. Adakah kami di atas platform Pakatan Rakyat (PR)? Jangan samakan kami dengan mereka kerana kami terasas daripada pakatan rakyat yang sebenar.
ReplyDeleteDinukil daripada catatan Tuan, TIGA yang ada di sana sebenarnya ialah 1. kerajaan, 2. NGO Ambiga dan sekutunya(?) - (bukankah PR dalam JK penganjur BERSIH 3.0?) - dan 3. Rakyat marhaen yang mahukan perubahan tanpa ada agenda tertentu yang terselindung. Adakah Tok-tok Guru yang 'ALIM turut serta dalam perhimpunan 'Duduk & Bantah' termasuk dalam golongan 3 PENIPU BESAR tuan? Kerajaankah mereka? NGO kah mereka? Atau PR kah mereka? Bagaimanakah bentuk JIHAD akhir zaman di mana Islam telah menjadi dagang kembali menurut pandangan Tuan?
Perhatikan dua ayat dari Surah An-Nisa`(yang bermaksud):
"Sesungguhnya Allah menyuruh kalian menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kalian) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kalian menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-(Nya) dan ulil-amri di antara kalian." (An-Nisa`: 58-59)
Seruan dalam ayat pertama (58) ditujukan kepada para ulil-amri dan penguasa, agar mereka memperhatikan amanat dan menetapkan hukum secara adil. Mengsia-siakan amanat dan keadilan merupakan ancaman yang ditandai dengan kehancuran umat dan negara. Di dalam As-Sahih disebutkan (yang bermaksud):
"Jika amanat disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya. Ada yang bertanya: Bagaimana mengsia-siakannya? Baginda menjawab: Jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya." (Diriwayatkan Al-Bukhari).
Sebagaimana yang disebutkan di dalam Hadith Mu'adz yang bermaksud:
"Ketahuilah, sesungguhnya bulatan penggilingan Islam terus berputar. Maka putarlah ia bersama Islam seperti apa pun ia berputar. Ketahuilah, sesungguhnya Al-Qur`an dan pemimpin itu (agama dan daulah) akan saling berpisah, maka janganlah kalian berpisah dengan Al-Kitab. Ketahuilah, kalian akan dipimpin para penguasa yang menetapkan hukum untuk dirinya tidak seperti ketetapan hukum untuk kalian. Jika kalian membangkang, nescaya mereka akan menghabisi kalian, dan jika kalian patuh, nescaya, mereka akan menyesatkan kalian. Mereka bertanya: Lalu apa yang akan terjadi pada diri kita wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seperti yang terjadi pada rekan-rekan Isa bin Maryam, mereka digergaji dan disalib di atas kayu. Mati dalam ketaatan kepada Allah lebih baik daripada hidup dalam kederhakaan kepada Allah"
Sila rujuk buku Fiqih Daulah dalam Perspektif Al-Quran dan Sunnah karangan Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi.
alah, korang pun kena tipu jugaklah. Kezaliman depan mata konon.. kezaliman yang diri asyik buat tak kira pulak ye? Tak payah bagi hadith, bagi ayat Quran berjela. Sendiri pun tak betul, nak betulkan orang lain pulak? Asingkan diri dari kelompok yang tak asing dulu, baru boleh cakap siapa zalim, siapa yang tak zalim.
ReplyDeleteBrado Kapak pun asingkan diri... itu lebih afdhal.
-Wak Admiral-
Assalamualaikum wahai saudaraku sekalian..
ReplyDeleteBersatulah dan bertolak ansur kerana kita semua bersaudara. Saudara2 kita di luar sana sedang dilanyak oleh kafir laknatullah, namun kita masih lagi sempat bergaduh sama sendiri atas perkara2 fitnah. Bersabarlah, kerana Allah s.w.t telah menjanjikan kita seorang pemimpin yang akan memenuhi dunia dengan keadilan.
Selamat menyambut bulan ramadhan dan semoga Allah s.w.t membantu kita dalam jihad melawan hawa nafsu.