Munajat Asyura


Bismillahirrahmanirrahim.


Ya Hussain, sang pemuda Syurga.
Yang dicintai Baginda.
Betapa peritnya perjuangan yang kau tempuhi.
Meniti jalur kekhalifahan yang hakiki.
Sanggup engkau menggadai diri.
Demi memenuhi janji.
Alangkah dahsyatnya pertempuran itu.
Tika saat pengikutmu lari meninggalkanmu.
Para Ahlul Bait setia mendepani musuhmu,
untuk membela dirimu, wahai kecintaan Sang Rasul.
Engkaulah pemuda gagah berani.
Menghadapi para pengkhianat amanat Rasul.
Engkau taburi hati mereka, luluh hancur hati mereka,
melihatkan perjuangan engkau.
Rebahmu disisi Ilahi, menggapai Mardhatillah.
Engkaulah jiwa yang tenang itu.
Di saat engkau dilupakan,
padang Karbala menyaksikan,
tumpahnya darah cucu kesayangan,
engkau masih juga mecari sebuah perdamaian.
Perjuangan sejati mu, takkan mampu ku tandingi.
Semangat mu, akan ku semai dalam diri.
Demi Tuhan yang empunya duniawi.
Semoga aku, kan dapat bersama kalian kelak, sebagai pemuda Syurgawi.


Ya ALLAH, limpahkanlah selawat dan salam MU atas Baginda Nabiku, Rasulullah SAW. Limpahkanlah juga selawat dan salam MU atas Ahlul Bait Nabi-MU, khusus buat para Syuhada' Karbala. Khusus buat As-Syahid Imam Hussain As-Sajjad. Hamba-MU ini mohon berlindung, dari segala pena dan tangan-tangan yang hina, yang sering menipu dan dusta, dan yang sering menebar fitnah. Hamba-MU ini mohon berwasilah akan Itrah Nabi-MU, memohon kekuatan meneruskan perjuangan mereka, walau tak sehebat di Karbala. Ya ALLAH, kurniakanlah akan diri ini, kekuatan menegakkan agama-MU, agar kelak berdiri semula apa yang telah diwasiatkan Nabi ku. Selawat dan Salam atasmu wahai Rasulullah SAW, dan juga buat Itrah Ahlul Baitmu, semoga aku tergolong dalam kalangan orang-orang yang bersama kebenaran hakiki.

-Munajat Asyura,
Muhammad Al-Faruq,
Petang Asyura,
10 Muharram 1434 Hijriah.


----------------------------------------------------------




Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera buat sekalian pembaca blog ini. Salam Kesejahteraan dan Salam Asyura hamba ucapkan buat kalian semua. Semoga dengan berlalunya hari Asyura ini dapatlah kita pelajari sedikit sebanyak pengajaran yang sangat besar yang terdapat di dalamnya.

Mengambil sempena kebesaran hari Asyura ini, hamba bercadang dan berhasrat ingin kembali menulis seperti dahulu kala. Setelah hampir 7 bulan tiada menulis di dalam blog ini, kini hamba akan kembali menulis disini semula. Berkongsi pendapat, bertukar-tukar buah fikiran, bercerita pengalaman dan belajar serta mengajarkan ilmu. Hamba cuba buat sedaya mampu. Doakan hamba agar dapat terus menyumbangkan buah fikir kepada ummat ini, agar dapat terus berkongsi ilmu dengan sekalian pembaca dan dapat terus menabur bakti walau sekecil perjuangan menulis. InsyaALLAH hamba akan berusaha untuk berbuat sebaik mungkin.

Salam kembali hamba perpanjangkan buat semua pembaca. Semoga kalian dapat terus menimba ilmu dan pengalaman kurniaan Tuhan yang ada pada hamba yang tak seberapa ini disini. Semoga bermanfaat!

Selamat Membaca!

Sekian,
Wassalam.
-Catatan Bradokapak,
11 Muharram 1434 Hijriah.



3 comments:

  1. selamat kembali....

    ReplyDelete
  2. Wassalammualaikum..wrt, alhamdulillah tuan. Teruskan penulisan, kami sekalian sentiasa bersama-sama tuan dalam menegakkan kebenaran dan menyebarkan kebaikan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. layarilah www.panjilangit.blogspot.com

    ReplyDelete