Detik Menjelang 'Kiamat'



Assalamu'alaikum wbt.

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammadin, wa 'ala Aalihi wa Sahbihi Ajma'ien.

Hari ini adalah 2012.2012. Tarikh yg boleh tahan special, apa yg specialnya sbb ia hanya akan berlaku sekali sahaja dalam 100 tahun. Dan esok adalah tarikh 21.12.2012, iaitu tarikh terakhir yang ada dalam kalender Mayan. Kalender itu berakhir pada hari tersebut, yg mana 22.12.2012 seharusnya sudah tidak wujud berdasarkan kalender tersebut.


Tahun lepas ramai yg beranggapan bahawa pada tarikh 21.12.2012 ini akan berlaku mcm2 perkara, bencana lah, bala lah dll lg. Tak kurang juga ada yg beranggapan tarikh ini berlakunya kiamat. Tetapi lain pula halnya skrg, tinggal beberapa jam sahaja lagi sblm kita bertemu tarikh tersebut, nampaknya masih ramai yg rileks dan menjalani kehidupan seperti biasa sahaja.

Jadi saya beranggapan bahawa hari esok (21.12.2012) akan berlalu seperti biasa juga seperti hari-hari sebelum ini. Sekiranya berlaku apa-apa yang ajaib, ingatlah itu sebenarnya adalah sebuah ketentuan Ilahi. Sekiranya ada bala yang menimpa mana-mana ummat Islam, ketahuilah bahawa itu peringatan dan balasan bagi kita semua atas keterlanjuran kita. Sekiranya ada banjir besar yang berlaku, ingatlah itu juga adalah sebahagian daripada ketentuan-NYA serta peringatan untuk ummat yang mahu berfikir.

Apapun, memandangkan keadaan dunia yang sudah semakin tidak stabil, kekucar-kaciran sudah semakin berleluasa. Ada baiknya kita semua melakukan persediaan dan persiapan demi menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku di masa akan datang. Sementelah peperangan sudah terlalu banyak berlaku di dunia, dan konflik di Syria semakin meruncing dan sudah hampir tiba ke pengakhiran, ini sebenarnya suatu petanda kepada sebuah perubahan besar dunia. Ketibaan perang akhir zaman sudah sebegitu hampir dengan kita. Persiapan rohani dan jasmani seharusnya sudah kita mulakan dari sekarang. Selewat-lewatnya sebelum tiba awal tahun hadapan.

Seperkara lagi yang ingin saya ingatkan kepada para pembaca semua, haruslah bagi kita agar menapis semua sumber-sumber berita dan ilmu yang kita terima pada akhir zaman ini. Ketahuilah bahawa sekarang ini, adalah zaman fitnah seperti mana yang diberitakan oleh Baginda Nabi kita, Sayyidina Muhammad SAW. Rujuklah setiap ilmu dan berita yang kita perolehi itu kepada guru mursyid kita. Tanyakan pada dia apakah benar sesuatu ilmu dan berita yang kita terima itu, sekiranya kita merasa ragu dan sangsi akan kebenaran sesuatu ilmu dan berita tersebut.

Kepada yang masih belum mempunyai guru mursyid sendiri, carilah. Carilah! Selagi mana bumi Malaysia ini masih aman dan masih ada peluang untuk kalian berjalan dengan tenang, carilah. Masa masih mengizinkan kita untuk keluar berpergian. Sekiranya tidak jumpa di tempat sendiri, berkelanalah mencarinya di tempat yang lain. Seorang guru mursyid itu, ialah apabila ditanyakan soalan dia tidak akan melenting dan akan menjawabnya dengan tenang, dan dia mampu menunjukkan kita kepada jalan kebenaran. Selain itu, seorang guru mursyid itu juga adalah seseorang guru yang mampu membuka pintu jalan kebenaran, jalan yang dibawa oleh Rasulullah SAW yakni Islam yang benar.

Adapun, majoriti ummat akhir zaman sekarang ini sudah duduk dalam kepompong waham yang sangat besar. Majoriti ummat sudah tidak dapat menerima kebenaran dan menolak kebenaran. Mereka sudah dihijab daripada kebenaran dan dihidangkan dengan kebenaran yang palsu, dek kerana malasnya mencari dan mengaji serta mengkaji. Amat bahaya bagi orang yang tertipu dengan fitnah akhir zaman ini. Kerana kelak, ketika zahirnya Dajjal hanya ada 2 pilihan sahaja di tangan kita, sama ada memihak kepada Dajjal dan bersama-sama dengannya memasuki neraka ALLAH SWT atau akan berjuang bersusah-susah bersama-sama dengan Al-Imam Al-Mahdi yang akan datang dengan membawa cahaya kebenaran. Yang mana cahaya kebenaran dan petunjuk yang di bawa oleh Al-Mahdi itu kelak, majoriti ummat akan menolaknya kerana dari awal lagi sudah termakan tipu daya fitnah akhir zaman yang sering menghidangkan kepada kita kebenaran yang palsu.

InsyaALLAH, sekiranya di izinkan oleh ALLAH SWT akan saya bukakan sedikit demi sedikit kebenaran itu disini. Sama-sama kita melayari alam kehidupan ini, berteraskan petunjuk dan pedoman daripada Kitabullah dan dipimpin oleh Itrah Ahlul Bait serta berlandaskan syariat Islam yang Haq. 

WAllahuA'lam.

------------------------------------


"Maka ketika mereka merasai (kedatangan) azab Kami, mereka dengan serta-merta lari keluar dari negeri itu." (QS 21:12)

"Dia menyeru kepada selain ALLAH sesuatu yang tidak dapat mendatangkan bencana dan tidak memberi manfaat kepadanya. Itulah kesesatan yang jauh." (QS 22:12)

"....Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS 7:187)



-Catatan bradokapak,
4.59 petang, 20 - 12 - 2012.
Kuala Terengganu, Malaysia.

9 comments:

  1. Salamm saudara bradokapak,
    sekarang di Jakarta sudah heboh mengatakan esok adalah hari kiamat. Saya kadang tertanya, berdosakah atau syirikkah jika kita mempercayai kenyataan sebegitu?

    ReplyDelete
  2. Salam kepada Anon di atas,

    Boleh membawa kepada syirik sekiranya kita percaya kepada tanggapan seperti itu. Berdasarkan ayat Qur'an surah AL-A'raf ayat 187. Kerana kiamat itu hanya ALLAH SWT dan segelintir manusia shj yg mengetahuinya.

    Namun, suatu perkara yg boleh kita bawa berfikir, esok adalah hari jumaat dan tarikhnya adalah 21.12.2012. Dan Rasulullah SAW sudah nyatakan kepada kita melalui hadisnya bahawa kiamat akan datang pd hari Jumaat.

    WAllahuTa'ala A'lam.

    Saya tiada ilmu utk melawan ketentuan ALLAH SWT.


    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. salam saudara..
    saya nak belajar sy nak berubah,tapi tak tau nak mula mcm mne..dgn siapa saya nak belajar..

    runsing,bingung,rasa tak berdaya mcm ada yg menghalang..rasa mcm tak layak nak meminta pada ALLAH..rasa mcm tak dipedulikan..

    sy tau salah saya,sebab sy yg melupakanDIA..
    campur dgn keadaan keluarga lagi..
    doakanlah saya bertemu dgn guru yg mursyid..

    ReplyDelete
  4. adakah tuan ini seorang guru yg mursyid?
    kalau betul,apakah bukti dan tanda-tandanya?

    ReplyDelete
  5. Salam kepada semua pembaca,

    Kepada Anon 2.49 AM,

    Mulakan dengan bertaubat. Kemudian mohon ke Hadrat Ilahi agar ditunjukkan kepada anda seorang guru yg mursyid. :)

    InsyaALLAH sekiranya niat betul utk mencari Redha ALLAH SWT, ALLAH SWT akan tunjukkan dan bukakan jalan utk anda berjumpa dgn seorang guru yg mursyid. Setelah jumpa, jgn lepaskan peluang utk berbaiah dgnnya lalu menimba ilmu dengannya.



    Kepada Anon 11.27 AM,

    Maaf, saya bukanlah seorang guru yg mursyid. Dan tiada apa2 tanda yg harus sy buktikan.


    Terima kasih kepada yg bertanya.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum tuan punya blog,

    Saya diberitahu ada 4 tanda khusus ada pada diri seorang guru mursyid iaitu;

    1. Ada tanda kalimah Allah pada 2 tapak tangannya.
    2. Ada tanda kalimah Allah pada 2 tapak tangan bahagian atas.
    3. Ada tanda kalimah Allah pada lidahnya, di tepi bahagian kanan lidah, dan
    4. Ada tanda kalimah Allah di atas kepalanya

    Harap dapat komen dari yang berbahagia tuan.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikumussalam wbt.

    Seorang guru yg mursyid itu tidak memerlukan kesemua tanda itu. Yg perlu adalah keperibadiannya, ilmunya dan apa yg ingin dia sampaikan kepada kita. Itu yg utama.... tak perlu dtg kepada guru yg ada kemudian nk check semua tanda2 tu....

    :)

    Salam.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt..

    Saya adalah orang yang bertanya tentang 4 tanda yang ada pada guru mursyid di atas.

    Untuk makluman tuan, saya memang sering berdoa muga ditemukan dengan guru mursyid yang dapat membimbing saya.

    Saya telahpun berjumpa dengan seorang yang mempunyai 4 tanda tersebut dan beliau lah yang menunjukan tanda itu yang ada pada dirinya kepada saya.

    Mohon pencerahan dari yang berbahagia tuan dan apakah yang perlu saya lakukan.

    Jutaan terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikumussalam wbt.

    Alhamdulillah sekiranya kamu sudah berjumpa dengan guru yg mursyid. Sekiranya guru kamu menunjukkan tanda tersebut, tidak mengapa. Kerana tanda-tanda itu tidaklah penting, yang terlebih penting adalah bagaimana seorang guru itu membimbing kamu ke arah jalan kebenaran Islam berpandukan Kitabullah dan sumber Itrah Ahlul Bait. Itu yang lebih utama kerana tanda-tanda ini hanya penting seperti hal keadaan orang Parsi yg ingin menentukan samada Nabi Akhir Zaman itu benar-benar Nabi atau tidak, atau seseorang Wali yang ingin berbaiah kepada Mahdi hendak menentukan sama ada dia orang yg hendak dibaiah itu benar-benar Mahdi atau tidak.

    Kita sebagai orang awam, keutamaan kepada kita adalah dengan berguru dengan guru yang mursyid. Itu lebih utama dari mencari tanda. Sekiranya ada tanda tersebut, itu dikira sebagai tambahan sahajalah.... macam kamu menang perlumbaan, dapat tempat pertama dan hadiah, diberi lagi saguhati lumayan. Syukur ke hadratNYA....


    Terima kasih.
    Wassalam.

    ReplyDelete