70 Point Penting #KL112



Bismillahirrahmanirrahim.

70 Point Penting Mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

(Diharapkan agar semua point ini dibaca, bukan hanya melihat gambar sahaja)


1. Ini adalah perhimpunan berskala besar yang pertama bakal di adakan dalam tahun 2013.

2. Perhimpunan ini bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri pada tahun ini. Kemungkinan kehadiran para peserta perhimpunan akan mencatat sejarah baru, memecahkan rekod sejarah himpunan BERSIH 2.0 yang lalu yang mana ia telah dihadiri hampir 180 ribu peserta perhimpunan.

3. Perhimpunan ini dijadualkan akan diadakan di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 dengan dihadiri oleh pelbagai NGO seluruh negara, para solidariti dan gabungan-gabungan himpunan terdahulu seperti BERSIH 2.0, ANAK dan Anti-Lynas.



4. Perhimpunan kali ini mensasarkan minimum 100 ribu peserta dan sasaran awal adalah seramai 1 juta rakyat berhimpun.

5. Perhimpunan ini pada awalnya telah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa yang meluluskan permit berhimpun dan kelulusan menggunakan stadium.

6. Namun pada akhirnya keputusan diubah. Permit berhimpun di Stadium Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.

7. Pengarah perhimpunan, Mat Sabu melalui Hishamuddin Rais menyatakan bahawa perhimpunan akan diteruskan juga di Stadium Merdeka. Tiada perhimpunan diadakan di Stadium Bukit Jalil.

8. Walaupun pihak berkuasa menutup Stadium, mereka menyatakan para peserta boleh berhimpun di sekitar stadium secara aman.

9. Secara logiknya, perhimpunan kali ini masih lagi menggunakan skrip yang hampir sama pada BERSIH 2.0 yang lalu.

10. Namun, perhimpunan kali ini melihatkan impak yang lebih besar bakal berlaku.

11. Media seluruh dunia akan tertumpu kepada suatu tempat pada hari perhimpunan berlaku. Sudah pasti ia akan tertumpu pada Stadium Merdeka.

12. Kerana itu pihak berkuasa bakal menutup stadium pada esok hari bagi memecah-mecahkan peserta perhimpunan bertebaran ke seluruh Kuala Lumpur.

13. Ini bertujuan agar media dunia tidak tertumpu kepada satu tempat sahaja.

14. Pihak berkuasa terutama PDRM dan FRU akan berkawal ketat di sekitar Dataran Merdeka.

15. Prinsip mereka adalah tidak membenarkan mana-mana pihak yang berhimpun melebihi 100 ribu orang untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.

16. Ini kerana Dataran Merdeka adalah simbolik kepada kemerdekaan negara. Andainya lebih 100 ribu orang sudah berhimpun di Dataran, maka ia menimbulkan imej seakan-akan kemerdekaan negara ini bakal tercalar. Begitu juga dengan Stadium Merdeka yang sudah usang itu.

17. Sebaik sahaja peserta perhimpunan menghampiri Stadium, dan sekiranya stadium itu tertutup dan terkunci rapi. Maka peserta perhimpunan secara tak langsung akan berarak sehingga ke Dataran Merdeka.

18. Pihak berkuasa akan berkawal ketat di hadapan Dataran Merdeka bagi mengelakkan peserta perhimpunan masuk ke dataran.

19. Peserta-peserta perhimpunan yang berada di tempat-tempat lain yang tidak dapat masuk ke Dataran akan berkumpul di depan perkarangan KLCC.

20. Pihak berkuasa akan mengarahkan helikopter berlegar-legar di sekitar ruang udara Kuala Lumpur. Mungkin media tempata juga akan dibawa bersama bagi melakukan lintas langsung dari masa ke semasa.

21. Sementara semua media dari seluruh dunia tertumpu pada negara kita esok, negara-negara lain di Timur Tengah berpeluang untuk dikacau. Fokus utama adalah di Syria.

22. Jadi, jika kerajaan Syria jatuh pada hari esok pun kemungkinan beritanya akan tersebar lambat kerana media tertumpu pada isu di negara kita yg dianggap lebih besar dan relevan.

23. Untuk itu, pihak kerajaan perlu melakukan pelbagai perkara demi menjaga air muka kerajaannya esok hari. Ini antara sebab mengapa pada perhimpunan kali ini tiada sebarang laporan polis dan tiada sebarang sidang akhbar dari pihak pro-kerajaan yang biasanya suka mengutuk dan mengacau perhimpunan seperti ini. Sila rujuk himpunan Merah semasa BERSIH 2.0 dan 3.0 yg diadakan oleh Perkasa dan angkatan sekutu mereka.

24. Pihak polis akan menjaga keamanan peserta perhimpunan pada esok hari. Tetapi sekiranya peserta perhimpunan cuba memasuki kawasan Dataran Merdeka dan memenuhi (occupy) kawasan hadapan KLCC, amaran akan dikeluarkan agar bersurai.

25. Jika tidak bersurai juga, tembakan gas pemedih mata, semburan air dan serbuan FRU akan dilakukan.

26. Ketika ini memang media dunia akan mencanang kekejaman polis. Ditambah pula dengan desakan oleh pemimpin rakyat.

27. Manakala media tempatan akan bermati-matian mempertahankan kerajaan dengan menyatakan pelbagai andaian.

28. Sementara itu, ada pihak yang beranggapan bahawa ada segelintir pihak polis yang telah diberi pakaian peserta perhimpunan dan akan bersama-sama berhimpun dengan peserta perhimpunan.

29. Mereka mendakwa polis-polis yang menyamar ini akan melakukan provokasi.

30. Hakikatnya, pihak polis ini akan duduk bersama-sama peserta perhimpunan bagi menangkap mereka-mereka yang melakukan provokasi.

31. Anggota polis bantuan akan dikerahkan bagi memenuhi sekitar ibu kota bagi mengawal sebarang kemungkinan keganasan yang bakal berlaku.

32. Namun, sekiranya benar ada pihak polis yang diberi pakaian peserta perhimpunan dan duduk bersama peserta perhimpunan bagi memulakan provokasi dan kekacauan, sesungguhnya mereka adalah celaka.

33. Sama ada mereka mendapat arahan dari orang atas atau tidak, ia adalah kerja yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Ini kerana tugas pihak polis adalah menjaga keamanan negara bukannya memulakan provokasi.

34. Seandainya ada orang atasan yang mengeluarkan arahan sedemikian terhadap orang bawahan mereka untuk menyamar dan melakukan provokasi, hanya semata-mata mahu melahirkan imej buruk peserta perhimpunan, sesungguhnya ini terlebih celaka lagi.

35. Ini kerana sekiranya pihak polis dan pihak berkuasa tersilap sedikit langkah sahaja, negara boleh tergadai.

36. Kerana skrip yang hampir sama juga dengan skrip di Syria, Libya dan negara-negara Timur Tengah telah diguna pakai di negara kita.

37. Media-media proksi yahudi akan melaporkan berita dengan mengapi-apikan keadaan di Malaysia kepada dunia. Secara tidak langsung bakal melahirkan imej yang sangat buruk terhadap pemerintah Malaysia di mata dunia.

38. Dato Sri Najib akan tertekan ketika itu setelah mendapat tentangan hebat dari serata dunia. Media proksi yahudi bakal mencanangkan kezalimannya ke serata dunia. Skrip yang juga hampir sama dilakukan seperti di Syria dan Libya.

39. Kerana itu, media tempatan akan bermati-matian mempertahankan imej kerajaan.

40. Inilah yang dikatakan sebagai psyops atau psywar. Perang psikologi yang dilancarkan oleh mereka-mereka yang mahu merampas negara ini seterusnya mahu menukar dan melakukan 'Regime Change' seperti di Syria dan Libya.

41. Negara kita sebenarnya dikepung dari dua sudut. Di atas ada Siam kafir. Di bawah ada Singapura yang di dalamnya terletak satu-satunya pangkalan yahudi di luar Israel.

42. Sekiranya kerajaan kita tersilap langkah pada esok hari, maka banyak pihak akan melihat ia sebagai kesempatan untuk merampas negara ini.

43. Kemungkinan 13 Mei ke-2 berulang adalah masih tipis. Tetapi, kemungkinan rebel berlaku di negara ini adalah tinggi. Ini bakal berlaku sekiranya kerajaan dan pihak berkuasa tersilap langkah esok.

44. Secara tak langsung, rakyat yang hadir telah menjadi mangsa psyops dan psywar ini. Peserta perhimpunan majoritinya telah menjadi alat untuk melancarkan rebel. Dan mereka juga kelak yang akan menjadi anggota rebel tersebut.

45. Suatu perkara lagi, sekiranya telah berhimpun lebih 100 ribu orang di suatu tempat, maka sudah pasti ia akan melahirkan satu suasana yang hampir sama.

46. Sebagai andaian, anda yang sedang bermuram muka apabila duduk di dalam lingkungan masyarakat yang suka senyum akan menyebabkan anda juga turut tersenyum dan tenang hati.

47. Ini boleh dikaitkan dengan konsep Law of Attraction. Kaitannya esok, apabila polis telah memulakan serbuan ke atas rakyat. Sudah pasti akan ada pihak yang menyeru rakyat agar melawan polis selagi mampu. Rujuk BERSIH 2.0 dan 3.0.

48. Apabila rakyat tetap berkeras walaupun sudah diserbu polis dan FRU, maka kekerasan akan digunakan ke atas rakyat. Ketika ini, mind-set rakyat akan tertumpu pada kekejaman polis.

49. Bagi yang tidak dapat mengawal diri, segala kata caci makian akan dikeluarkan bagi melahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap pihak polis yang bertindak keras ke atas rakyat.

50. Seterusnya ia akan merebak disekitar peserta perhimpunan. Hasilnya, ramailah yanga kan turut sama marah dan bencikan pihak polis. Rasa amarah itu akan cepat tersebar kerana terlalu ramai orang yang berkumpul di sesuatu tempat.

51. Hasilnya, kemungkinan akan berlaku amuk. Kemungkinan juga rebel boleh tercetus. Rujuk peristiwa kereta peronda polis yang diterbalikkan semasa BERSIH yang lalu.

52. Apabila ramai yang marah dan ia tersebar dengan cepat, maka sudah pasti semakin sedikit jumlah orang yang mengingat Tuhan dalam kawasan tersebut. Provokasi juga dengan mudah akan berlaku dalam kalangan orang yg telah lupa Tuhan, walaupun mereka mendakwa diri mereka pro-rakyat dan mahu berhimpun secara aman.

53. Ingat, semakin sedikit orang yang mengingat Tuhan dalam sesuatu kawasan, semakin tinggi kemungkinan untuk bala turun di kawasan tersebut. Semoga bala tidak turun esok dengan kehadiran ramai tok-tok guru pondok dan alim-alim yang sudah pasti hatinya tidak mati dari mengingat ALLAH SWT.

54. Ingatlah pesan Nabi kita bahawa sekiranya kamu sedang marah dalam keadaan berdiri, harus duduk secepat mungkin bagi meredakan kemarahan kamu. Jika sudah duduk pun masih marah, harus bagi kamu utk berwudhuk bagi meredakan kemarahan tersebut.

55. Apabila sudah melebihi 100 ribu orang berhimpun, sudah pasti akan bercampur baur antara lelaki dan wanita. Maka sudah pasti semakin sedikit jumlah orang yang dapat menjaga air wudhuk mereka daripada terbatal. Secara tak langsung, jumlah orang yang dapat mengawal kemarahan mereka juga semakin sedikit. Maka law of attraction kemarahan itu akan merebak dengan cepat sementara semua peserta perhimpunan sudah pasti akan berdiri dan berlari jika diserbu polis.

56. Inilah juga antara psyops dan psywar yang diinginkan berlaku oleh pihak-pihak tertentu. Mereka mahukan rakyat yang hadir untuk berhimpun secara aman agar bertindak ganas juga seperti ganasnya polis.

57. Minda bawah sedar rakyat yang berhimpun yang telah terkena kemarahan yang tersebar melalui law of attraction ini akan mewujudkan suatu kelompok yang mampu melakukan rebel. Ini sering berlaku dalam kelompok anak muda. Darah muda masih panas.

58. Jadi saya menyarankan kepada mana-mana pihak yang mahu menyertai perhimpunan aman ini pada esok hari agar berhati-hati. Semoga kalian tidak terkena rasukan amarah dan kebencian yang bakal tersebar dengan cepat pada esok hari.

59. Kepada mana-mana pihak yang menginginkan perkara buruk ini berlaku pada esok hari semata-mata demi menjayakan kepentingan kalian mahu merampas keamanan negara dan isi perut negara ini, aku doakan agar rancangan kalian gagal.

60. Kepada pihak berkuasa dan kerajaan serta pro-kerajaan, ingat agar tidak memulakan provokasi. Ingat juga agar tidak tersalah langkah pada esok hari demi menjaga keamanan negara ini.

61. Kepada mana-mana pihak yang mahu melakukan provokasi pada esok hari, saya nasihatkan agar anda merubah fikiran dari sekarang. Pesanan ini khususnya kepada anak muda dan kepada mereka yang jarang menghadiri perhimpunan besar-besaran seperti ini. Juga kepad yang jarang turun ke ibu kota. Secara amnya, semua juga dilarang dari melakukan provokasi.

62. Saya ingin menegaskan bahawa media proksi yahudi yang saya maksudkan adalah media yang sama telah mengapi-apikan situasi genting di Syria dan Libya.

63. Saya ingin menegaskan juga, sekiranya berlaku rebel di negara kita, silalah keluar dari kelompok rebel itu. Ini kerana, rebel yang berlaku tersebut kelak akan mengangkat false flag terpacak di negara kita.

64. Kepada orang-orang Cina dan India, tolong jangan mainkan api perkauman. Kepada Melayu, juga diingatkan agar tidak memprovok kaum-kaum lain yang mana provokasi secara kaum itu bakal mencetus rusuhan kaum. Peringatan ini valid kepada semua baik pro-rakyat waima pro-kerajaan.

65. Disini saya memberitahu bahawa, saya akan hadir bersama-sama kalian pada esok hari bagi memerhati situasi semasa di ibu kota tercinta. Ibu kota tempat saya membesar ini. Ibu kota tempat yang telah diteroka oleh generasi terdahulu saya ini.

66. Saya mengharapkan yang baik-baik untuk negara ini amnya, dan yang baik-baik juga kepada agama dan bangsa saya khususnya.

67. Segala fakta yang saya nyatakan di atas adalah berdasarkan sumber semasa yang saya terima. Sekiranya ada tersalah fakta, mohon ditegur agar dapat diperbetulkan.

68. Segala info tentang perhimpunan esok hari boleh berubah-ubah dari masa kesemasa berdasarkan pengumuman dari pihak pro-rakyat dan pro-kerajaan. Saya hanya menyatakan pendapat dan pandangan saya sahaja berdasarkan pemerhatian saya. Boleh jadi benar, boleh jadi salah.

69. Akhir kata, sama-samalah kita jaga keamanan negara ini agar ia berpanjangan dan dapat kita meniti kehidupan penuh harmoni di masa-masa hadapan.

70. Jangan kerana marahkan kerajaan, negara tergadai.


Sekian dahulu daripada saya,
Brado Kapak,
-Pemerhati Politik Bebas.

Wassalam.

4 comments:

  1. Allah s.w.t. Maha Pelindung, semoga Allah Ta'ala lindungi seluruh Ummat Melayu Islam dan semua bangsa yang bernaung di Bumi Bertuah ini. InsyaAllah....Amin Ya Rabbal 'Alamin.

    ReplyDelete
  2. perhimpunan skrg ni bwt kat stadium..

    hrp2 x mengganggula kelancaran trafik ibukota

    smoga tiada perkara buruk blaku esok.. insyallah :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..cuba tuan admin perhatikan kenapa dia buat NOMBOR KL112..nombor 11 dan 2 mempunyai mesej tersembunyi..lebih kurang sama 119..peristiwa 11 SEPT =119..nombor sebegini ini mempunyai mesej tersirat bagi golongan elit dan iblis..pada pandangan aku sah fitnah freemason dan illimunati menyerap kuat dalam pembangkang..guru-guru aku cakap setiap nombor ada makna tersendiri pada alam ghaib...sekadar pandangan..kebenaran adalah hak Allah..semoga Allah menjaga bumi Malaysia dan para ahlul bait di sini..Amin

    ReplyDelete
  4. perhimpunan tue penuh dengan PRO LGBT...WTF

    ReplyDelete