- Jan 16, 2013
Mengaku Imam Mahdi?
Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Segala Puji bagi ALLAH, Tuhan Sekalian Alam. Syukur ke HadratNYA dengan limpah KurniaNYA dapat kita sama-sama membaca tulisan ini dalam ruangan maya ini. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SallALLAHu Alaihi Wa Sallam. Tidak lupa juga ke atas para Itrah Ahlul Baitnya, para pewarisnya dan semua yang mewarisi ilmu kebenaran. Salam ke atas Imam Akhi Zaman yang dinanti-nanti kehadirannya. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang bersama kebenaran.
Akhir-akhir ini ramai sangat yang hendak mengaku keturunan raja-raja Melayu. Tidak kurang juga yang mengaku keturunan pendekar-pendekar dan pahlawan Melayu lama. Paling parah apa bila ada yang sanggup mengaku diri mereka sebagai Imam Mahdi dan pembantu atau washi Al-Mahdi serta mengaku Ahlul Bait. Hebat semuanya. Tetapi sangat sedikit yang lulus ujian setelah diuji sama ada mereka ini benar-benar adalah keturunan-keturunan yang disebut itu atau tidak.
Yang peliknya, megapa tidak ada orang yang mahu mengaku diri mereka sebagai setan, iblis atau keturunan Sabdo Palon dan sebagainya? Mengapa tidak ada yang mahu mengaku menjadi keturunan Dajjal atau mengaku menjadi Dajjal?
Haish... Macam-macam hal. Benar-benar petanda kehadiran Dajjal sudah semakin hampir. Semua nak jadi Sang Penyelamat. Jadilah korang Sang Penyelamat Palsu...
Di antara petanda kehadiran Dajjal itu adalah ummat sudah tidak lagi mempedulikan tentangnya. Ertinya sudah tidak lagi menyebut-nyebut tentang bahayanya yakni bahaya fitnah Dajjal. Ummat sudah hampir lupa dgn fitnahnya yang meluas dan merata. Dan munculnya banyak Imam Mahdi palsu.
Maksud Dajjal ini adalah penipu. Penipu Besar. Jadi, siapa-siapa yang mengaku keturunan sekian-sekian, tetapi hakikatnya dia bukanlah keturunan yang dinyatakan, maka dia tergolong dalam kalangan Dajjal. Iaitu kalangan orang-orang yang menipu besar. Berdusta atas nama keturunan dan waris.
Di ingatkan kepada para pembaca agar tidak tertipu dengan mainan orang-orang tertentu yang bermuslihat ini. Berhati-hati dalam amalan kita. Jangan terlalu melampau dalam beramal sehingga menerima bisikan-bisikan palsu yang membisikkan kepada kita perkara-perkara yang bukan hak kita. Contoh bisikan tersebut adalah merasa kita ini adalah keturunan raja sekian-sekian dan perlu menuntut takhta dari kerajaan sekian-sekian. Walhal kita hanyalah keturunan tok imam kampung sahaja. Ini pun tergolong dalam katagori fitnah akhir zaman. Fitnah dalam beramal sehingga membawa kepada bisikan yang menyesatkan.
Kepada yang sudah terlajak mengaku sebagai keturunan atau sebagai imam sekian-sekian, di harap agar anda dapat memohon petunjuk Ilahi agar dapat dibimbing kembali kepada jalan yang lurus lagi benar. Lakukanlah istikharah dan hajat untuk melihat sama ada benar atau tidak dakwaan kalian itu. Lakukanlah taubat sekiranya anda telah tersilap langkah. Sama-sama kita muhasabah diri agar tidak tergolong dalam kalangan tentera Dajjal.
Kerana, orang-orang yang membenci Rasulullah SAW itu semuanya adalah terputus keturunan. Jadi, kebiasaan orang yang suka mendakwa dakwi ini juga terputus keturunan. Dan jika kalian sudah terputus keturunan, maka secara automatik kalian adalah pengikut atau tentera Dajjal. Kerana difahamkan, tentera Dajjal akan juga disertai oleh mereka-mereka 'anak haram'. Ertinya disitu, anak-anak (walaupun sudah dewasa) yang berperangai haram dan terputus keturunan. Ditakuti, secara zahir anda mengaku sebagai keturunan hebat-hebat, kononnya anda sayang dan cinta kepada Rasulullah SAW. Tetapi, hakikatnya anda telah berdusta ke atas Baginda SAW. Dan di sabdakan oleh Baginda SAW yang lebih kurang berbunyi, barangsiapa yang berdusta atas namaku, maka neraka menanti baginya. Lebih kurang begitu mafhumnya.
Ertinya, barangsiapa yang berdusta atas nama Nabi SAW, misalnya mendakwa dirinya daripada keturunan Ahlul Bait dan Imam Mahdi walhal bukan keturunan yang sebenar, maka dia telah menempah murka Nabi Muhammad SAW. Secara tidak langsung, dia sebenarnya adalah orang yang terputus keturunan dan menjadi musuh kepada Nabi SAW kerana berdusta atas nama Nabi SAW. Kerana, orang yang tidak terputus keturunan sama sekali tidak akan pernah klaim keturunan orang lain sebagai keturunannya. Dia seharusnya berbangga dengan keturunannya sendiri. Sekiranya keturunannya bukan yang baik, dia akan mendiamkannya tanpa perlu membuka aib keturunan sendiri.
Dalil orang yang terputus keturunan dan membenci Rasulullah SAW secara tidak sedar ini, kalian boleh rujuk surah Al-Kautsar ayat 1 hingga akhir. Sangat mendalam maksudnya, dan terkena tepat kepada ummat akhir zaman ini yang sangat banyak mengklaim keturunan orang lain sebagai keturunannya. Moga-moga kita beroleh manfaat dan petunjuk, agar tidak tergolong dalam kalangan yang membenci Rasulullah SAW.
Ya ALLAH, Sesungguhnya kami memohon berlindung denganMU daripada segala macam fitnah, baik yang zahir mahupun yang tersembunyi. Selamatkanlah kami dari fitnah kubur. Selamatkanlah kami dari fitnah akhirat. Serta selamatkanlah kami daripada segala macam fitnah akhir zaman. Lindungi kami Ya ALLAH daripada fitnah Dajjal sang penipu.
Setakat ini sahaja dahulu catatan saya. Sekian, WAllahuA'lam Bissawab. Wassalam.
3:18 pagi, 16 Januari 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMaksud Al-Kauthar,
1) Sesungguhnya (wahai Muhammad), Kami telah memberi nikmat yang banyak,
2) Maka dirikanlah solat, puasa dan sembelihlah korban tanda kamu mensyukuri nikmatnya,
3) Sesungguhnya, musuh - musuhmu telah pun PUTUS!
Ya benar bicara saudara bardokapak @ orang gombak. Hamba sangat setuju...terima kasih.
ReplyDeletehttp://www.mahdi-alumma.com/showthread.php?10832-Siapakah-nasser-muhammad-al-yamani-Apakah-sunni-syiah-atau-wahabi
ReplyDeleteImam nasser muhammad al yemeni mahdivyg ditunggu ilovu
ReplyDeleteImam nasser muhammad al yemeni mahdivyg ditunggu ilovu
ReplyDelete