Kelahiran Rasul Mulia: Bab 2 - Nur Muhammad



BAB 2 - NUR MUHAMMAD


Sambungan dari Bab 1

Ya ALLAH BERIKANLAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN KEPADANYA DAN KELUARGANYA...!

Maka Maha Suci ALLAH SWT yang telah mengistimewakan Baginda SAW dengan semulia-semulia pangkat dan martabat. Aku memuji kepadaNYA atas segala anugerah yang dikurniakanNYA. Dan anugerah ALLAH SWT yang terbesar adalah diutusnya Nabi Muhammad SAW sebagai membawa makhluk kepada cahaya petunjuk dan keimanan. Nikmat besar ialah tatkala kita menjadi salah seorang dari ummat Muhammad.

Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH SWT sahaja, tiada satu sekutu pun baginya, Tuhan yang menguasai timur dan barat, bahkan alam sejagat. Dan aku bersaksi sesungguhnya Saidina Muhammad SAW itu adalah hambaNYA dan PesuruhNYA yang diutus kepada seluruh bangsa 'Ajam dan 'Arab. Semoga ALLAH merahmati dan menganugerahkan kesejahteraan ke atas Baginda SAW, keluarganya serta para sahabatnya yang mempunyai kemuliaan turun-temurun dan perilaku yang terpuji. Dengan rahmat dan kesejahteraan yang berkekalan dan tak terpisahkan, yang pada hari kiamat kelak, orang yang sentiasa mengucapkan keduanya (iaitu selawat dan salam) akan datang tanpa sebarang kekecewaan.

YA ALLAH, BERIKANLAH KEPADANYA RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN YANG BERKEKALAN SERTA KE ATAS KELUARGANYA!



Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya Quraisy (Nabi Muhammad SAW) dahulu adalah beberapa Nur di hadapan ALLAH Azza wa Jalla, iaitu dua ribu tahun sebelum DIA mencipta Adam. Nur tersebut sentiasa bertasbih kepada ALLAH. Dan dengan bacaan tasbihnya itu, para Malaikat pun ikut bertasbih kepadaNYA. Maka tatkala ALLAH menciptakan Nabi Adam AS, dititipkannya Nur tersebut pada tanah liat yang menjadi asal ciptaannya." Nabi SAW bersabda lagi; "Kemudian ALLAH Azza wa Jalla telah menurunkan aku (Nur tersebut) ke bumi dalam tulang belakang Adam Alaihis Salam. Dan aku telah dibawa berlayar juga di dalam bahtera Nuh Alaihis Salam yang di saat itu aku berada di dalam sulbinya. Lalu aku diletakkan pula di dalam sulbi Nabi Ibrahim Alaihis Salam ketika ia dilemparkan ke dalam ganasnya kobaran api Raja Namrud. ALLAH Azza wa Jalla sentiasa memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang suci ke dalam rahim-rahim yang bersih lagi megah, sehinggalah ALLAH SWT mengeluarkan aku (dengan kelahiran jasad) dari ibubapaku yang kedua-duanya tidak pernah melakukan zina sama sekali."

YA ALLAH, BERIKANLAH KEPADANYA RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN YANG BERKEKALAN SERTA KE ATAS KELUARGANYA!

Diriwayatkan daripada Ato' bin Yasar, cerita tentang Ka'ab Al-Ahbar, katanya: "Ayahku telah mengajarkanku seluruh kitab Taurat kecuali satu bahagian sahaja yang bahagian itu selalu dibacanya sehingga tamat lalu dimasukkan ke dalam petinya. Ketika ayahku telah meninggal dunia, maka peti itu aku buka. Ternyata di dalam bahagian kitab Taurat itu terdapat keterangan tentang seorang Nabi yang akan muncul di akhir zaman. "Tempat lahirnya di Mekah dan tempat hijrahnya adalah di Madinah serta seorang sultannya akan berkuasa dan bertakhta di Syam. Ia selalu menggunting rambutnya dan memakai kain pelikat di atas pertengahan tubuhnya. Ia akan menjadi Nabi yang terbaik di antara para Nabi, dan umatnya juga akan menjadi umat yang terbaik. Mereka akan selalu bertakbir mengagungkan kebesaran ALLAH SWT ketika mendaki tempat yang tinggi. Mereka akan membuat barisan-barisan ketika solatnya seperti barisan-barisan ketika mereka berperang. Hati-hati mereka adalah tempat tersimpannya mushaf-mushaf mereka. Mereka akan sentiasa memuji ALLAH SWT atas segala kesusahan dan kesenagan. Satu pertiaga daripada umatnya akan masuk syurga tanpa hisab. (Ya ALLAH, jadikanlah kami daripada mereka) Satu pertiga lagi akan datang di hari kiamat dengan membawa pelbagai dosa dan kesusahan, lalu mereka akan dikurniakan pengampunan. Dan satu pertiga lainnya akan datang menghadap ALLAH dengan pelbagai dosa dan kesalahan yang besar. Maka ALLAH SWT akan bertitah kepada malaikat: "Pergilah periksa dan timbang amalan mereka." Kemudian malaikat melaporkan: "Wahai Tuhan kami, kami dapati mereka telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, dan kami dapati perbuatan-perbuatan dosa mereka itu bagaikan gunung. Hanyasanya mereka itu masih bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan ALLAH dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH."

Aku bersaksi bahawasanya Tiada Tuhan Melainkan ALLAH SWT dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad SallALLAHu Alaihi Wasallam adalah Pesuruh ALLAH.

YA ALLAH, BERIKANLAH KEPADANYA RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN YANG BERKEKALAN SERTA KE ATAS KELUARGANYA!

Mendengarkan laporan malaikat tersebut, lalu ALLAH akan berfirman: "Demi kemuliaanKU dan keagunganKU, Aku tidak pernah menjadikan orang-orang yang benar-benar ikhlas bersaksi kepada ketuhananKU, sama dengan orang yang mendustakan AKU. Masukkanlah mereka ke dalam syurga dengan rahmatKU."

Wahai Mutiara termulia dan terindah daripada segala mutiara, yang indah terangkai di setiap kalung! Wahai intipati Iksir dari rahsia alam semesta! Orang yang memujimu tetap tak akan sebanding pujiannya itu dengan segala sifatmu yang mulia, meskipun ia telah berusaha sedaya upaya. Dan orang yang menggambarkan sifat-sifatmu pun tidak akan mampu menghitung segala sifat kemuliaan dan pemurah yang engkau miliki. Segala yang ada di alam semesta hanyalah isyarat dan tanda yang mendahului kemunculanmu, sedangkan engkaulah maksud sebenar terciptanya alam semesta. Wahai Insan Termulia yang telah memperolehi kedudukan terpuji! Telah datang para Rasul sebelummu akan tetapi mereka semua menyatakan kesaksian tentang kemuliaan dan ketinggian darjat mu.


YA ALLAH, BERIKANLAH KEPADANYA RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN YANG BERKEKALAN SERTA KE ATAS KELUARGANYA!



WasallALLAHu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala Aalihi wa Sahbihi Ajmain. WalhamduliLLAHi Rabbil 'Alamien.


Sekian sahaja dahulu Bab Kedua, terima kasih kerana sudi membaca. Nantikan sambungannya esok dalam bab yang seterusnya.

Baca Bab 1 Disini.



7.01 petang,
22 Januari 2013,
10 Rabiul Awwal 1434H.

1 comment:

  1. Hello there, just became alert to your blog through Google,
    and found that it's really informative. I am going to watch out for brussels. I will be grateful if you continue this in future. Numerous people will be benefited from your writing. Cheers!
    My homepage propertyinturkeyforsale.net

    ReplyDelete