Kelahiran Rasul Mulia: Bab 3 - Kelahiran Teragung




BAB 3 - KELAHIRAN TERAGUNG



Sambungan dari Bab 2...


YA ALLAH BERIKANLAH KEBERKATAN RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN KEPADA RASULULLAH SAW DAN KELUARGANYA!


Hadirkanlah hati-hati kalian wahai sekalian orang yang mempunyai akal fikiran. Agar dapat kujelaskan kepada kalian segala sifat yang indah menawan dan cantik memukau bagaikan pengantin, milik kekasih Agung ini. Yang diistimewakan dengan gelaran termulia (Habibullah). Yang pernah naik menghadap ALLAH SWT, Maharaja Yang Maha Pemberi di malam Isra' Mikraj. Sehingga ia dapat menatap langsung keindahanNYA tanpa sebarang tirai penghalang. Ketika tiba saat kemunculan 'Matahari Kerasulan' ini di langit keagungan (menjelang kelahiran Rasulullah SAW). Maka keluarlah satu Malaikat membawa titah perintah daripada ALLAH SWT Yang Maha Agung.

Perintah itu kepada Ketua Penghuni Langit, Saidina Jibril Alaihis Salam, "Wahai Jibril, serukanlah kepada seluruh makhluk. Di bumi dan di langit, dengan ucapan-ucapan tahniah dan khabar gembira. Kerana sesungguhnya Nur yang terpelihara dan Rahsia yang tertutup sekian lama, yang telah Aku wujudkan sebelum terwujudnya segala sesuatu. Dan sebelum Kuciptakan bumi dan langit. Pada malam ini, akan Ku pindahkan ke dalam perut ibunya dalam keadaan riang gembira. Dengan sebabnya akan KU penuhi seluruh alam ini dengan cahaya. Ia akan KU pelihara dan KU didik dalam keadaan yatim (tanpa campur tangan ibu bapanya) dan akan KU sucikan ia dan ahli keluarganya dengan sesuci-sucinya sehingga mereka tidak akan melakukan perkara yang AKU tidak redhai."

YA ALLAH LIMPAHKANLAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN KEPADANYA DAN KELUARGANYA!



Setelah Saidina Jibril menerima titah perinta ALLAH SWT tersebut, maka Arasy bergoncang hebat kerana merasa sangat gembira. Kursiy yang teramat hebat itu pula menjadi semakin hebat dan agung (demi memuliakan Baginda SAW). Dan tujuh petala langit dipenuhi cahaya bagaikan sedang berpesta. Sedangkan suara para Malaikat bergemuruh mengucapkan tahlil, tahmid dan istighfar lantaran terlalu gembira dengan kedatangan Baginda SAW.

Maha Suci ALLAH SWT, Segala Pujian hanyalah bagi ALLAH, Tiada Tuhan Melainkan ALLAH dan ALLAH Maha Besar.

Bondanya Saidauna Aminah RadiALLAHu Anha sentiasa melihat pelbagai mimpi dan tanda kemegahan serta keutamaan bayi dalam rahimnya itu, sehinggalah usia kandungannya cukup sempurna. Lalu ketika dirasakan dirinya benar-benar akan melahirkan, dengan keizinan Tuhan segala makhluk, maka ia pun melahirkan Al-Habib SallALLAHu Alaihi Wasallam dalam keadaan sedang sujud, bersyukur dan memuji ALLAH, begitu comel dan indah laksana bulan mengambang penuh.

YA ALLAH LIMPAHKANLAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN KEPADANYA DAN KELUARGANYA!

Wahai Nabi, Sejahteralah atasmu. Wahai Rasul, Sejahtera atasmu. Wahai kekasih, Sejahtera atasmu. Rahmat ALLAH sentiasa ke atasmu.

Alam semesta bergelimang cahaya riang gembira, dengan kelahiran Rasul pilihan, Ahmad namanya, di mayapada. Seluruh penghuninya terasa bahagia, sambung menyambung tiada hentinya. Maka ikutlah bergembira, wahai penganut ajaran Al-Qur'an. Kerana burung-burung kebertuahan telah berkicauan, Bersuluhlah dengan sinar keindahan yang mengungguli semua keindahan tiada bandingan.

Khabar gembira buat kita, dengan kebahagiaan abadi, yang berkekalan terus menerus tiada henti. Lantaran kita telah meraih anugerah Ilahi yang merangkum segala kemegahan abadi. Maka bagi Tuhanku segala pujian untukNYA yang tiada suatu pun bilangan mampu mencakupnya. Atas kurniaanNYA kepada kita dengan kelahiran Rasul pilihan yang memberi petunjuk, Muhammad namanya.

YA ALLAH LIMPAHKANLAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN KEPADANYA DAN KELUARGANYA!

Selamat datang wahai cahaya mataku! Selamat datang wahai Datuk Hasan dan Husin. Selamat datang wahai Rasulullah SAW, sebagai keluarga. Selamat datang dengan sebab mu, kami dijadikan bahagia. Selamat datang, dengan kemuliaannya, wahai Tuhanku. Selamat datang, bermurah hatilah dan tunaikan segala keinginanku. Selamat datang, bimbinglah kami ke jalan yang ditempuhinya. Selamat datang, agar dengannya kami dapat kebahagiaan dan petunjuk.

Wahai Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku, ya ALLAH! Ampunkanlah dosa-dosaku. Dengan berkat Nabi pemberi petunjuk ini, Muhammad SallALLAHu Alaihi Wasallam.

Wahai Tuhanku! Dengan kemuliannya, sampaikanlah kami Ya ALLAH. Sampaikanlah kami ke tempat yang terbaik disisinya. Semoga Rahmat ALLAH sentiasa menyelubunyi kepada Rasul termulia ini, Muhammad. Juga kesejahteraan yang berkekalan setiap waktu berganti yang baru.

Semoga ALLAH melimpahkan rahmat ke atas Muhammad. Semoga ALLAH mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atasnya. Wahai Tuhanku, jadikanlah perhimpunan kami ini kemuncaknya adalah sebaik-baik kesudahan nanti. Berikanlah kami apa sahaja yang kami minta dari yang baik-baik dan daripada pemberian-pemberianMU yang sangat besar nilainya. Berikanlah kemuliaan kepada roh kami semua dengan bertemu sebaik-baik manusia. Sampaikanlah kepada insan pilihanMU itu daripada kami sekalian Selawat dan Salam yang kami kumandangkan.

Wahai Nabi, Sejahteralah atasmu. Wahai Rasul, Sejahtera atasmu. Wahai kekasih, Sejahtera atasmu. Rahmat ALLAH sentiasa ke atasmu.

Alam semesta bergelimang cahaya riang gembira, dengan kelahiran Rasul pilihan, Ahmad namanya, di mayapada. Seluruh penghuninya terasa bahagia, sambung menyambung tiada hentinya. Maka ikutlah bergembira, wahai penganut ajaran Al-Qur'an. Kerana burung-burung kebertuahan telah berkicauan, Bersuluhlah dengan sinar keindahan yang mengungguli semua keindahan tiada bandingan.

Khabar gembira buat kita, dengan kebahagiaan abadi, yang berkekalan terus menerus tiada henti. Lantaran kita telah meraih anugerah Ilahi yang merangkum segala kemegahan abadi. Maka bagi Tuhanku segala pujian untukNYA yang tiada suatu pun bilangan mampu mencakupnya. Atas kurniaanNYA kepada kita dengan kelahiran Rasul pilihan yang memberi petunjuk, Muhammad namanya.

YA ALLAH LIMPAHKANLAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN KEPADANYA DAN KELUARGANYA!

Kemudian Nabi Muhammad SAW dilahirkan dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan ALLAH SWT. Kedua matanya yang mulia bercelak dengan 'celak Hidayah' (terpelihara dari memandang apa yang tidak diredhai ALLAH). Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya. Dan alam semesta penuh dengan keindahan serta bersinar cemerlang kerana Nurnya itu. Generasi yang tidak menjumpainya termasuk juga umatnya, sebagaimana generasi yang telah berlalu sebelumnya. Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan orang-orang Parsi yang tidak pernah terpadam sebelum itu selama seribu tahun. Beranda-beranda istana Maharaja Parsi tiba-tiba runtuh berjatuhan. Syaitan-syaitan dihujani dengan panah-panah api bintang yang panas membakar dari langit. Semua jin yang sombong dan zalim, berundur hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda SAW. Segalanya berlaku ketika memancarnya cahaya terang dari Nur Baginda SAW, dan bersinarnya cahaya lembut berkilauan darinya ketika lahir sehinggalah bayi yang menakjubkan itu ditawarkan kepada wanita-wanita yang datang untuk mengambil upah menyusukan bayi.


Wahai Nabi, Sejahteralah atasmu. Wahai Rasul, Sejahtera atasmu. Wahai kekasih, Sejahtera atasmu. Rahmat ALLAH sentiasa ke atasmu.

Alam semesta bergelimang cahaya riang gembira, dengan kelahiran Rasul pilihan, Ahmad namanya, di mayapada. Seluruh penghuninya terasa bahagia, sambung menyambung tiada hentinya. Maka ikutlah bergembira, wahai penganut ajaran Al-Qur'an. Kerana burung-burung kebertuahan telah berkicauan, Bersuluhlah dengan sinar keindahan yang mengungguli semua keindahan tiada bandingan.

Khabar gembira buat kita, dengan kebahagiaan abadi, yang berkekalan terus menerus tiada henti. Lantaran kita telah meraih anugerah Ilahi yang merangkum segala kemegahan abadi. Maka bagi Tuhanku segala pujian untukNYA yang tiada suatu pun bilangan mampu mencakupnya. Atas kurniaanNYA kepada kita dengan kelahiran Rasul pilihan yang memberi petunjuk, Muhammad namanya.

YA ALLAH LIMPAHKANLAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN KEPADANYA DAN KELUARGANYA!






WasallALLAHu 'ala Sayyidina Muhammadin wa 'ala Aalih. Walhamdulillahi Rabbil 'Alamiin.

Sekian sahaja dahulu bab ketiga ini. Nantikan esok hari, penutupnya.

Baca bab 1
Baca bab 2


Sekian.
5.24 petang, 24 Januari 2013, 12 Rabiul Awwal 1434H.



2 comments:

  1. penchinta...

    salam tuan empunya rumah..menitis air mata ku kali nie membaca artikel tuan...terasa kerinduan itu semakin menebal..

    terima kasih dan salam perkenalan

    selawat keatas junjungan kita..

    penchinta

    ReplyDelete
  2. abu lahab pun turut gembira dengan kelahiran Rasulullah s.a.w. sehingga dia memerdekakan hamba..
    diriwayatkan..di Neraka kelak, akan diringankan seksa ke atas Abu Lahab kerana gembiranya beliau atas kelahiran Muhammad s.a.w.

    ReplyDelete