Musuh Yang Nyata




Musuh Yang Nyata


Wahai Ummat Islam, kenalilah musuh mu yang sebenarnya. Kenalilah musuh kalian yang nyata. Musuh yang berselindung di sebalik tabir Islam. Musuh yang berkawan dengan anda. Musuh yang bergaul sesama anda. Musuh yang nyata di hadapan anda, tetapi bersembunyi. Musuh yang bersahabat baik dengan anda. Musuh yang bertakhta di hati anda. Musuh yang sering menakutkan anda.

Wahai Ummat Islam, kenalilah musuh kalian. Kenalilah musuh kalian yang nyata. Musuh syaitan yang direjam. Iblis yang dilaknat. Dajjal yang dibutakan mata. Sang Penyembah Iblis yang tercela. Sabda Palon yang terhina. Kenalilah musuh-musuh kalian yang nyata ini.

Wahai Ummat Islam. Kenalilah musuh kalian. Kenalilah musuh mu dari kalangan penyembah berhala. Kenalilah musuh kalian dari kalangan penyembah api. Kenalilah musuh kalian dari kalangan penyembah matahari. Kenalilah musuh kalian dari kalangan penyembah dewa dewi. Kenalilah mereka.



Wahai Ummat Islam. Kenalilah musuh kalian yang nyata. Kenalilah musuh kalian yang menyembah dan memuja Syaitan Iblis. Kenalilah musuh kalian yang menyembah salib. Kenalilah musuh kalian yang menduakan dan mentigakan ALLAH SWT Yg Maha Esa. Kenalilah musuh kalian dari kalangan pencinta 'holy war'. Kenalilah musuh kalian dari kalangan ahli Meja Bulat. Kenalilah musuh kalian dari kalangan pencinta Singa. Kenalilah musuh kalian dari kalangan pemakan buah Oren dan Omega. Kenalilah musuh kalian yang berperisai palang bertopi tanpa ceracak. Kenalilah musuh kalian yang menunggang kuda berpedang lurus. Kenalilah musuh kalian semua yang berpakaian seperti beruang. Kenalilah musuh kalian yang berpakaian tanpa benang. Kenalilah, kenalilah, kenalilah musuh kalian yang menggelar diri mereka sebagai krusad dan malta.

Wahai Ummat Islam. Masanya tidak lama lagi. Sekiranya kalian tidak mengenal musuh-musuh kalian ini. Alangkah ruginya kalian mengaku membawa agama Muhammad. Alangkah ruginya kalian mengaku sebagai ummat Muhammad. Sudah cukuplah agama ini ditindas dihina, kalian masih mengaku-ngaku. Tetapi musuh yang nyata dihadapan kalian, yang bersembunyi di balik hati-hati kalian, yang berselindung di bawah selimut kalian, langsung tidak kalian kenali.

Sesungguhnya, musuh-musuh kalian ini sangatlah menyimpan dendam yang mendalam terhadap kalian semua. Kerana kalian semua adalah pewaris Nabi yang agung, Baginda Muhammad SAW. Kerana itu mereka merencanakan seribu satu tipu muslihat demi menyesatkan kalian lalu mensyirikkan kalian tanpa sedar.

Ketahuilah oleh kalian bahawa musuh-musuh Islam ini sama sekali tidak akan pernah redha kepada kalian semua sehinggalah kalian mengikuti agama mereka dan telunjuk mereka baik secara sedar atau tidak sedar.

Oleh itu, berhati-hatilah wahai saudara-saudara ku. Jauhilah dan lindungilah diri serta keluarga kalian daripada musuh-musuh yang dinyatakan di atas ini. Pohonkanlah ke Hadrat Ilahi agar kalian dilindungi dari segala macam fitnah akhir zaman dan dari segala macam musuh-musuh yang nyata. Hafalkanlah 10 ayat pertama dari Al-Kahfi buat pedoman diri.

Aku berpesan kepada kalian, kembalilah kepada agama kalian, iaitu Islam yang telah dibawa oleh Muhammad dengan sepenuh-penuh kembali. Agar kelak kalian tidak menyesali lagi perkara yang sudah berlalu. Aku berpesan kepada kalian, agar kalian kembali kepada Kitabullah dan Itrah Ahlul Bait Nabi kita, Muhammad Pesuruh ALLAH. Semoga kelak kan kita bersama dalam perjuangan akhir zaman ini.

Selawat dan Salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, para Itrahnya, para Imam ummat, para Ahlul Baitnya dan seluruh pewarisnya yang benar. Salam dan sejahtera ke atas Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu kehadirannya.


Sekian,
Wassalam.
bradokapak © 2013
1.16 pagi, 19 Januari 2013.

1 comment:

  1. Salam.
    Tuan minta pautan dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam SENARAI BLOG BERKAITAN SEJARAH DAN AGAMA. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai "Gambar-gambar dan Fakta-fakta yang menarik" Terima kasih kerjasama tuan

    ReplyDelete