Resah Gelisah di Malam Hari, Penawar dan Ubat



Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Malam ini malam 18 Rabiul Awwal. Kebetulan pula malam ini adalah malam ke-2 setelah HIKMAH III di Perak pada hari Ahad yang lalu. Selepas Maghrib tadi hamba membuka facebook untuk melihat apa-apa update terbaru mengenai isu-isu semasa.

Namun rasa macam pelik pula bila loadingnya perlahan semacam. Tidak seperti biasa sebelum-sebelum ini. Kebetulan juga semalam semasa buat posting mengenai HIKMAH III, hamba ada letakkan link facebook hamba disini. Jadi hamba suspek ada sesuatu yang dilakukan oleh pihak tertentu. Tetapi setelah bertanyakan beberapa orang sahabat, rupanya mereka juga ada mengalami perkara yang sama. Jadi hamba bersangka baik sahajalah, mungkin ada kelemahan atau kesilapan teknikal pada admin facebook atau mungkin server mereka down.

Apa yang menariknya adalah, malam ini di saat saya sedang bersesak-sesak hendak membuka facebook itu untuk melihat update terkini, ada pula orang menegur saya. Kebetulan yang sama saya berada dalam keadaan resah. Rasa macam ada yang tidak kena. Rasa gelisah semacam. Sehingga kini ketika saya menulis artikel ini pun masih terasa kegelisahannya.

Cuma setelah saya berborak seketika dengan orang yang menegur saya tadi, tiba-tiba dia menulis sesuatu semacam seruan kepada saya. Disuruhnya mengambil garam dan dilarutkan ke dalam air dan disejukkan di luar rumah sana. Esok pagi saya harus bermandikan air garam sejuk tersebut setelah ditambah dengan air. Katanya ini hanya dibuat pada pagi dan malam ini, iaitu pada 18 Rabiul Awwal sahaja. Mula-mula saya semacam sangsi.

Tetapi, setelah terkenangkan jasad saya yang memang benar-benar gelisah dan tidak keruan, saya pun cepat-cepat melaksanakan bagai yang disuruh. Kata orang itu lagi, ini demi bertujuan untuk meneutralkan jasad kita. Seperti kasyaf pula beliau, ada juga dia katakan seseorang itu jika hendak sampai ke permukaan jasad memerlukan 5 tahun. Dan kebetulan sudah hampir atau mungkin lebih 5 tahun saya berada dalam dunia pengkajian ini.

WALLAHUA'lam. Esok pagi hamba akan cuba bermandikan air tersebut dan mahu merasakan apa rasanya...

Entah mengapa, tiba-tiba juga hamba rasakan seperti ada yang belum cukup setelah meletakkan air itu di luar tadi. Jadi hamba mengambil sebiji buah limau kasturi untuk dilumur ke ubun-ubun. Sebelum itu sempat lagi hamba memangkas rambut dan sepulangnya, hamba menulis artikel ini seketika.

Oh ya, awal malam ketika kegelisahan tadi, ada juga orang meminta hamba memasukkan video atau membuat artikel mengenai sajak "MELAYU" yang telah dideklamasikan ketika HIKMAH III yang lalu. Jadi disini hamba sertakan videonya, tak sempatlah nak salin semula. Jadi kalian tonton sahajalah ya!

Sajak ini bertajuk MELAYU - Tanah Jawi Itu Disini, telah dideklamasikan ketika HIKMAH III oleh Tun Muhammad Farul di Dewan Marina Island, Lumut, Perak.





Setakat ini sahajalah dahulu catatan hamba untuk kesekian kalinya. Hamba mohon meminta diri dahulu. Hendak melumur air perahan limau kasturi ke kepala dan mahu tidur dengan lena. Kepada yang mahu melakukan apa yang hamba lakukan, bolehlah lakukan dengan memulakannya bersama membaca Bismillah...


(Untuk membaca sambungan kisah di atas ini, sila klik disini)

Sekian,
Wassalam.
12:48 AM
30 Januari 2013, 18 Rabiul Awwal 1434H.

1 comment:

  1. Ceritakan ya setelah mandi dengan air garam sejuk tuh rasanya bagaimana, ditunggu :)

    ReplyDelete