Semerbak Embun Pagi, Keheningan Air Garam


Embun menitis di pucuk layu,
Tampak cahaya di seri pagi;
Hati menangis di layan sayu,
Sepi jiwa melangkah pergi.

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

(Artikel ini adalah sambungan dari cerita semalam. Klik sini untuk baca artikel sebelumnya)

Syukur Alhamdulillah hamba masih dipanjangkan usia dan masih mampu bergerak berjalan seperti biasa. Masih belum ada apa-apa yang diluar kebiasaan yang berlaku. Cuma kali ini saya nak sambung cerita semalam yang mengenai mandi air garam di embun tu.

Ceritanya bermula semalam apabila ada seseorang menegur saya di facebook dan menyuruh saya untuk melarutkan garam di dalam sebuah bekas yang berisi air. Kemudian dia suruh saya meletakkan bekas tersebut di luar. Biar terkena bayu angin malam dan biar diembun dan disejukkan hingga pagi. Kemudian dia suruh saya ambil air tersebut di pagi hari lalu campurkannya dengan air lain dan mandi dengan air tersebut. Setelah mandi, saya diminta agar berjemur diri di bawah linangan cahaya matahari.

Apa yang menariknya adalah, sebelum saya melakukan kesemua perkara ini, hati saya terasa sangat gelisah di malam sebelum pagi. Namun, kegelisahan tersebut sedikit berkurangan setelah saya melakukan langkah awal iaitu merendam garam di dalam sebuah bekas berisi air dan diletakkan di luar rumah.

Kegelisahan tersebut hilang serta merta di pagi hari saat setelah saya mengambil air rendaman tersebut lalu mencampurkannya dengan air biasa lalu mandi dengannya. Ketika siraman pertama, air yang sudah lama terendam di luar itu yang pada awalnya masih sejuk, dan kesejukan tersebut masih tidak hilang walaupun sudah saya campurkannya dengan sebaldi lagi air paip biasa. Siraman demi siraman. Setelah selesai mandi, terasa kepala ringan dan diawang-awangan.

Keluar dari bilik mandi, terasa semacam ada aura dan udara yang meniup serta menusuk masuk ke dalam badan saya melalui ubun-ubun kepala yang pada malam hari telah saya basuh dengan perahan limau nipis selepas selesai merendam air garam tersebut. Semasa hendak memakai pakaian, sekali lagi ada suatu bau wangi yang aneh yang belum pernah saya cium sebelum ini.

Setelah selesai saya terus bergegas ke tempat kerja. Tidak sempat dan tidak ingat pula hendak berjemur di bawah matahari seperti yang disuruh oleh orang tersebut pada malam sebelumnya. Pulang dari kerja, saya ditegur lagi. Katanya malam ini perlu pula untuk saya membuat rendaman ais dan diembun di luar hari sehingga cair. Kemudian saya diminta untuk mandi air ais tersebut pada sekitar jam 2.30 pagi iaitu bersamaan waktu perubahan bulan di Makkah Al-Mukarramah. Katanya ini malam sahaja boleh buat. Sebab ini malam adalah malam ke 19 Rabiul Awwal. Saya pun tidak tahu apa istimewanya. Tetapi, berdasarkan apa yang telah saya buat malam dan pagi tadi, memang menarik serta ada something yang baik masuk ke dalam diri. Kegelisahan diri pun hilang. Hati bertambah tenang sedikit berbanding sebelumnya.

Menurut kenyataan orang itu lagi, ini adalah proses hendak menaikkan jasad diri. 5 tahun perjalanan hidup pun belum tentu boleh menaikkan diri kita ke atas lapisan jasad. Jadi proses pada malam ini pula adalah umpama sejuknya air yang dimandi, begitu sejuknya kasih Rasulullah SAW yang dikasihi meresap ke dalam hati membawa lahir seluruh kesejukan, ketenangan dan kedamaian. Katanya lagi, moga-moga pada Jumaat 1 Februari 2013 hari di wilayahkan, akan hidup satu kehidupan baru. Macam elok disusun cantik. Entahlah, saya pun tak berapa faham...

Macam-macam persoalan timbul. Kenapa tiba-tiba saya yang ditegur? Kenapa saya yang disuruh? Untuk apa air garam tadi? Untuk apa ais di waktu tengah malam? Kenapa mesti pada pukul 2.30? Apa ada pada 1 Februari 2013? Siapa yang hendak di wilayahkan pada tarikh tersebut? Wilayahnya di mana? Dan macam-macam lagilah... Tapi tak apa, layan sahajalah dahulu... Nanti sudah selesai, kita cerita lagi.

Oh ya, ada sedikit saya nak tambah, pagi tadi semasa kerja saya sempat ke PWTC untuk meninjau-ninjau suasana Pesta Buku 1 Malaysia. Walaupun pesta ini adalah kali pertama yang diadakan, tetapi nampak hebat juga booth-booth yang ada. Tak kurang hebatnya booth 1 Malaysia itu sendiri, hampir 500 tajuk mereka jual pada separuh harga. Yang powernya, sampai 80% diskaun pun ada. Tetapi kebanyakannya adalah buku-buku antarabangsa.

Jadi, saya ada bawa sedikit novel pertama hasil kolaborasi saya dengan Sang Pencheritera, buku yang bertajuk "Antara II Dunia: Cerita Cinta Larangan". Novel ini mengisahkan tentang satira kehidupan realiti kita di dunia. Cerita mengenai seorang wanita yang jasadnya di masuki oleh seorang puteri bunian dari alam kayangan. Jadi, wanita tersebut seakan-akan memiliki dua perwatakan. Yang jadi masalahnya tatkala wanita tersebut bertemu jodohnya dan mahu berkahwin dengan seorang lelaki yang meminati permainan robot.

Kebetulan pula lelaki tersebut adalah seorang sarjana dan tidak mempercayai hal-hal ghaib. Puteri kayangan yang jatuh ke bumi dari alam ghaibnya itu adalah disebabkan ada seorang laksamana dalam kerajaan ayahnya yang mahu merampas takhta ayahnya. Laksamana itu mahu menjadikan Tuan Puteri sebagai tebusan. Namun Tuan Puteri mendapat tahu perkahabaran ini awal-awal lagi, jadi Tuan Puteri pun melarikan diri daripada Istana. Malangnya, dia terjauh ke bumi dan terpaksa menumpang di dalam jasad wanita tadi. Tuan Puteri pun merangka rencana untuk kembali ke istananya bagi mempertahankan takhta ayahnya daripada dirampas. Sedangkan jasad yang Tuan Puteri itu tumpang sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya.

Untuk mengetahui kisah unik ini dengan lebih lanjut, bolehlah mendapatkannya di booth AMQ Publisher booth 8, 9 dan 10 di ruang legar utama. Atau sekiranya anda para pembaca tidak sempat untuk singgah di Pesta Buku 1 Malaysia, boleh mendapatkannya secara online. Kebetulan pula, saya masih membuka promosi potongan harga ketika ini. Harga asalnya adalah RM 17.80. Manakala promosi yang saya buat hanyalah berharga RM 15 tidak termasuk posto. Jika berminat, harga posto boleh dirunding. Untuk tempahan dan pembelian, boleh berurusan dengan saya melalui facebook (klik sini) atau di email: bradokapak@yahoo.com

Setakat ini sahaja dahulu catatan saya,
Sekian.


(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)



WAllahuA'lam.
Wassalam.

5:19 PM,
30 Januari 2013, 18 Rabiul Awwal 1434H.



6 comments:

  1. hurm..pelik..first time dgr psal mndi air garam berembun =_="

    ReplyDelete
  2. sekadar berkongsi maklumat..pukul 2.30pg adalah waktu terbaik untuk mula mengerjakan solat sunat malam...
    Wallahuallam

    ReplyDelete
  3. salam.
    apa yang dimaksudkan dengan menaikkan jasad diri? lapisan jasad diri tu apa pulak?

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Menaikkan jasad diri itu maknanya menaikkan makam diri. Lapisan jasad diri tu ialah makam kita yg terhijab berlapis-lapis. Apabila kita yg sedai ada ini duduk di lapisan paling bawah sekali, bila naik makamnya maknanya sudah naik satu lapisan. Semakin tinggi kita naik, semakin banyak ilmu ALLAH SWT mudah kita terima.

    Lebih kurang begitu lah huraiannya.


    Sekian.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. bradokapak...
    sebagaimana yang pernah diucapkan guruku, dengan sanad yang bersambung kepada Rasulillah, maka aku juga mengucapkan kepadamu: aku sayangkan kamu... tetaplah kita semua dalam kerendahan, mudah mudahan Dia Melihat dengan Pandangan Kesukaan..

    ReplyDelete
  6. Maaf en bradokapak.boleh org biasa mengikut cara ini.mandi garan dan ais

    ReplyDelete