[Ekslusif] Kembara Dakwah: Malam Cinta Rasul 2013



[Ekslusif] Kembara Dakwah: Malam Cinta Rasul 2013


Alhamdulillah, buat julung kalinya diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis Kembara Dakwah, Malam Cinta Rasul bersama Al-Habib Syech As-Seggaf dan Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid. Penampilan istimewa, Al-Mawlid, Inteam, Ustaz Kyrel dan Ustaz Ahmad.

Alhamdulillah, Habib Syech telah mendoakan kesejahteraan negara ini agar dijauhkan dari bala bencana dan malapetaka. Semoga negara ini tetap kekal aman dan harmoni serta dijauhkan dari ancaman ansir jahat. Semoga doa Al-Habib diperkenankan oleh ALLAH SWT. Malam yang sangat indah dan syahdu, suasana tenang, sejuk dan nyaman sekali. Berkat lantunan Mahabbah Cinta kepada Rasulullah SAW. Kesannya, hati menjadi tenang, fikiran menjadi waras, muka bersinar dan berseri-seri. Alhamdulillah...

Disini saya himpunkan beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan buat tatapan saudara saudari sekalian yang tidak berkesempatan untuk hadir ke majlis secara live. Saya tahu ramai yang menontonnya juga melalui kaca tv Al-Hijrah. Apapun, semoga majlis seperti ini diadakan lagi di masa akan datang di tempat terbuka dan suasana yang santai seperti ini. Mana tahu ramai orang kafir yang berminat menontonnya dan memeluk Islam kerana tersentuh dengan lantunan Mahabbah kepada Rasulullah SAW ini. Kita juga yang beruntung! :) Tidak lupa pada malam ini juga, ramai orang kafir, mat salleh, pelancong asing dan orang cina-india yang turut sama-sama menyaksikan majlis ini berlangsung.





*Ampun dan maaf daripada saya sekiranya ada kekurangan dalam paparan gambar dan kualitinya. Mohon maaf tiada video, terpaksalah tunggu orang lain uploadkan. Kamera yang saya gunakan adalah manual dan tiada rakaman video. Kalau ada yang sudi sumbangkan kamera baru yang lebih mudah untuk dikendalikan, saya berbesar hati menerimanya. Bolehlah saya buat banyak kerja-kerja amal lagi nanti.... :)

Selamat menghayati gambar-gambarnya!

*Untuk paparan lebih jelas pada setiap gambar, sila klik pada gambar.


-Polis yang mengawal Habib Syech. Terima kasih atas kawalan.


-Habib Syech dan Habib Ali Zainal Abidin ketika menuruni khemah VVIP untuk ke hadapan perkarangan Dataran Merdeka bagi menyambut ketibaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid dikerumuni orang ramai.


-Habib Syech menuruni khemah VVIP.


-Rakan media.


-Barisan benteng manusia bersedia menyambut ketibaan Tan Sri Muhyiddin.


-Kawalan dari pihak PDRM dan petugas majlis bagi mengelakkan para Habaib di rempuh orang awam. Ketika ini Habib Syech dan Habib Ali sedang menanti ketibaan Tan Sri Muhyiddin.


-Ayahanda Tn Haji Yaacub Tn Hj Elias yang sering hadir dalam majlis Mawlid seperti ini. Beliaulah yang telah memberi banyak bimbingan kepada kumpulan Al-Mawlid.


-Pandangan belakang Habib Ali.


-Ketibaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan VVIP di tempat duduk VVIP. Kelihatan di sebelah kiri Tan Sri Muhyiddin adalah pengurus TV Al-Hijrah.


-Gambar hadapan pentas Malam Cinta Rasul.

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama ia diadakan di Malaysia. Sebelum ini, tour Habib Syech biasa di adakan di Monas, Jakarta dengan kehadiran melebihi ratusan ribu manusia setiap tahun. Alhamdulillah buat pertama kalinya diadakan di Malaysia walaupun sebelum ini sudah pernah diadakan di negara kita secara kecil-kecilan. Malam tadi berjaya menghimpunkan puluhan ribu di Dataran Merdeka.



-Saya masuk ke kawalan selia siaran langsung untuk TV Al-Hijrah.


-Lagi siaran untuk TV Al-Hijrah malam tadi.


-Puluhan ribu manusia... Sama-sama berzikir, melaungkan dan melantunkan rasa kasih dan cinta pada Rasulullah SAW. Suatu hal yang harus sering kita laksanakan bagi mengelakkan bumi ini terkena bala bencana.


-Skrin besar paparan khas dari skrin Advertising Dataran Merdeka. Terima kasih kepada DBKL.


-Gambar dalam pentas. Kelihatan barisan pengqasidah Polis DiRaja Malaysia.



-Kelihatan panji Al-Liwa' berkibaran ketika lantunan qasidah Ya Hanana. Sesungguhnya kami beruntung menjadi ummat Muhammad! Ya Hanana.... Bi Muhammad.


-Lagi kibaran panji hitam atau Al-Liwa' ketika lantunan Qasidah Mahallal Qiyam.


-Rombongan Ustaz Mustafa Kamal dari Madrasah Hidayah, Batu Burok, Kuala Terengganu. Jauh juga Ustaz merantau. Tersenyum ustaz kita bila melihat seorang muridnya tiba-tiba ada dihadapannya bersalaman.


-Mahallal Qiyam.


-Tak silap saya adik kecil itu adalah anak kepada Ustaz Kyrel. Beliau memberi minyak wangi kepada Habib Syech ketika Mahallal Qiyam. Amalan memberi minyak wangi ini telah biasa dilakukan ketika Mahallal Qiyam. Barangsiapa yang ditawarkan wangi-wangian atau minyak attar, wajib dia menerimanya.

Sesungguhnya Rasulullah SAW itu wangi dan sukakan wangi-wangian. Maka sesiapa yang menolak wangi-wangian, maka dia seakan-akan telah menolak apa yang ada pada Rasulullah SAW.



-Ustaz Mustafa Kamal, mudir Madrasah Hidayah bersama-sama anak muridnya.


-Qasidah Ya Hanana penutup.


-Tuan Guru ini saya tidak tahu namanya. Tetapi sering juga saya ketemu dengannya dalam majlis-majlis Mawlid dan bersalaman dengannya. Setiap kali bersalaman dengannya, pasti dia tersenyum. Senyumannya mengingatkan saya kepada Almarhum guru saya, Allamah Tuan Guru Hj Ghazali Hasbullah Darul Atiq.



-Suasana pentas ketika selesai majlis. Habib Syech menitiskan air mata tatkala membacakan doa penutup majlis dengan mendoakan kesejahteraan bumi Malaysia.


-Pandangan dari atas pentas setelah majlis tamat. Kelihatan ribuan manusia yang hadir memeriahkan majlis.


-Barisan anggota polis yang mengawal pentas bergambar kenangan.


-Para pengkibar bendera panji hitam.


-Ketika pulang, saya terjumpa dengan pak cik ini yang sedang mengajar ilmu matematik dan otak kanan dengan kreatif. Cuba teka siapa saya?


-Pak cik ini pernah ditanya oleh wartawan sebuah majalah saintis antarabangsa, "Who are you?". Pak cik ini kata, "Saya pun jawablah... I am chief scientist of Malaysia". Terperanjat wartawan tu...!


-Gaya Pak Halim tatkala mengajar orang ramai setelah pulang dari majlis Malam Cinta Rasul.


-"Bradokapak ketua saintis kerajaan Malaysia?" Siapa sangka!


Tonton Rakaman siaran Malam Cinta Rasul:




Alhamdulillah... Begitu sahajalah dahulu buat masa ini. Sekian laporan daripada saya. Mohon maaf atas kesilapan dan kekurangan. Mohon maaf juga kerana lama tiada update atau posting baru di blog ini. Agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja beberapa hari yang lalu. InsyaALLAH selepas ini saya akan kembali update blog seperti biasa. :)


Sekian,
Terima Kasih.


bradokapak
1.02 tengah hari, 24 Mac 2013.

8 comments:

  1. as salam bro bradokapak,

    terima kasih diatas perkongsian

    hanya melihat gambar pun sudah cukup menyentuh hati
    apatah lagi jika berada bersama2 mereka

    sayu hati melihat para habib yg sangat prihatin akan keamanan & kesejahteraan bumi bertuah ini
    bersusah payah mereka datang berdakwah ke negeri sebelah sini - para ahlul bait & nusantara - berpisah tiada

    ReplyDelete
  2. dah 3 kali buat kat Malaysia..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. ana turut dpt hadir ke malam cinta rasul. prasaan gmbira yg tak dpt digmbrkan. umat nabi muhammad begitu ramai untuk mengimarahkan mjlis trsebut. sama2 kita doakan malam cinta rasul ini dpt diadakn lgi.

    ReplyDelete
  4. gambar ana pon termasuk dlm tu... ekkekeke...

    ReplyDelete
  5. saudari ada tak buku qasidah malam cinta rasul yang diberi percuma pada malam tu, leh tak downloadkan.

    ReplyDelete
  6. Boleh bagi tahu x bila program mcm ni diadakan di malaysia, saya teringin nak pergi, rase tersentuh hati dan rasa ketenangan bila mendengar qasidah memuji Nabi muhammad S.A.W..

    ReplyDelete
  7. Boleh bagi tahu x bila program mcm ni diadakan di malaysia, saya teringin nak pergi, rase tersentuh hati dan rasa ketenangan bila mendengar qasidah memuji Nabi muhammad S.A.W..

    ReplyDelete
  8. Boleh share booklet qasidah malam tu, maybe scan and email to asr_68@yahoo.com

    ReplyDelete