[Ekslusif] Hikayat Duka Sultan Tidak Bertakhta


HIKAYAT DUKA SULTAN TIDAK BERTAKHTA

Sebagai peringatan, kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati. Sekadar bahan bacaan sampingan demi mengambil pengajaran. Ini idea untuk sebuah penyatuan ummah. Bacalah dengan hati terbuka. Semoga beroleh manfaat.


Saya andaikan saya seorang Sultan. Keturunan saya pernah memiliki sebuah tanah jajahan yang agak besar. Nenek moyang saya kaya raya. Emasnya berkepuk-kepuk. Tersimpan kemas lagi rapi di dalam sebuah tabut rahsia. Hanya keturunan saya sahaja yang berhak dan layak untuk menikmati kekayaan tersebut. 

Saya andaikan lagi, sewaktu British datang ke Malaya, mereka telah mengkaji, melihat dan memanipulasi semua aspek yang ada dalam Tanah Melayu ini. Mereka mengetahui tentang kewujudan hasil kekayaan nenek moyang saya. Lalu mereka mempromosikan candu kepada nenek moyang saya. Tatkala nenek moyang saya sedang khayal menghidu candu, British ini datang menyerahkan surat kononnya surat untuk memberi mandat kepada nenek moyang saya agar ditanda-tangani.

Setelah nenek moyang saya sedar daripada mabuk, rupa-rupanya itu semua adalah muslihat British. British menyatakan bahawa, tanah ini bukan lagi hak milik kamu tetapi hak milik si fulan bin si fulan dan si fulan serta seluruh keturunannya akan memerintah disini. Si fulan juga akan membayar pampasan sebanyak RM5300 setiap bulan kepada nenek moyang saya dan keturunannya selagi ada bulan dan bintang. 



Nasi sudah menjadi bubur. Nenek moyang saya telah ditipu. Maka berundurlah nenek moyang saya ke suatu daerah yang lebih terpencil. Tetapi sebelum nenek moyang saya berundur, segala jongkong-jongkong emas harta kekayaannya telah disimpan dalam sebuah tabut lalu disorokkan di suatu tempat terpencil agar tidak jatuh ke tangan British keparat itu. Lokasi harta tersebut disembunyikan telah diletakkan di dalam sebuah peta yang turut disembunyikan di tempat berasingan dengan harapan agar kelak cucu cicit moyang saya akan berjaya mencarinya.

Maka berundurlah nenek moyang saya secara terpaksa dan terhina ke daerah terpencil itu lalu memulakan hidup baru. Malangnya menjadi seorang Raja yang paling miskin di dunia. Walhal sebenarnya nenek moyang saya itulah antara yang paling kaya, lebih kaya dari Queen Elizabeth itu. Harta kekayaan nenek moyang saya konon-kononnya telah dibawa lari oleh British dan disimpan di Bank Swiss sebagai sebuah pajakan. Pajakan ini ada tempoh matangnya. Setelah tamat tempoh matang, maka anak cucu keturunan yang berhak sahaja boleh menuntutnya. 


Sebenarnya ini taktik British keparat. Mereka kecewa kerana tidak berjaya memperoleh harta-harta tersebut. Lalu mereka terpaksa mereka cipta sebuah cerita agar semua orang beranggapan bahawa British telah berjaya mencuri hasil emas yang banyak itu. British terpaksa berbohong kepada Bank Swiss kononnya emas itu telah dipajakkan di sana. Sedangkan ini sebenarnya muslihat British untuk jangka waktu yang panjang agar anak cucu keturunan kami bergaduh suatu hari nanti untuk merebut segala harta-harta yang kononnya telah dipajakkan ini. 


Tiada siapa yang tahu bahawa harta sebenar masih berada di sebuah lokasi rahsia di kampung halaman keturunan kami. Namun, setelah ratusan tahun berlalu, mulalah timbul satu persatu watak manusia yang mengaku keturunan diraja kami untuk menuntut takhta daripada buangan British. Kononnya merekalah yang paling layak, merekalah yang hendak menegakkan Agama Islam, kononnya merekalah yang akan membawa kebangkitan Islam di akhir zaman. 


Aku tidak dapat berkata apa-apa. Sedikit kekecewaan dan hatiku turut terguris. Namun apa boleh buat. Sehingga hari ini sudah hampir 94 orang yang mengaku berketurunan diraja daripada kerajaan lama kami. Aku terpaksa bangkit untuk membuktikan bahawa harta-harta itu sebenarnya tiada di Bank Swiss. Aku menghantar anak-anak buah aku ke kampung halaman ku. Aku arahkan mereka mencari peta rahsia tersebut. 


Setelah mereka temui peta rahsia tersebut. Aku arahkan mereka agar pergi mengambil emas-emas tersebut. Ini bertujuan agar aku dapat membuktikan bahawa kedaulatan nenek moyangku tidak pernah terpadam dan akulah sebenarnya pewaris yang paling berhak. Dan aku jugalah sebenarnya yang akan mengagih-agihkan harta kekayaan nenek moyangku ini. Setelah bertahun lamanya harta ini disembunyikan dan di jaga oleh seseorang yang diamanahkan oleh nenek moyangku. Maka tibalah masanya yang dinanti-nantikan setelah ratusan tahun... 


Malang tidak berbau. Dipertengahan jalan, salah seorang daripada pengikut ku yang aku hantar untuk mencari lokasi emas itu disembunyikan telah membelot. Rupa-rupanya dia merupakan ejen sulit rahsia kepada seorang ketua kerajaan lain. Ketua kerajaan yang sebenarnya menyimpan dendam terhadap keturunan nenek moyangku. Kerajaan yang terpaksa membayar RM5300 setiap bulan kepada keluarga aku. Kerajaan yang takut tanah jajahan rampasannya itu dirampas semula oleh keluarga aku.

Al-kisah wal dramanya pun bermulalah. Anak-anak buah aku telah ditangkap dan disembunyikan. Pihak-pihak pembelot ini telah berjaya menemui lokasi emas-emas itu disembunyikan. Semua sekali sekitar 85 buah jongkong emas yang beratnya setiap satu mencecah 6.7 kilogram emas tulen. Nilai jualannya sekitar 3 billion tunai (anggaran aku sahaja). Berita ini sampai ke tangan aku. Aku sangkakan mereka mahu mengugut bunuh aku sekali bersama-sama anak buah aku yang ditangkap itu. Rupa-rupanya bukan.


Sebenarnya, harta itu ada penjaganya. Penjaga yang telah diamanahkan oleh nenek moyangku. Harta itu tidak boleh diambil melainkan oleh keluarga yang berhak sahaja. Sesiapa yang tidak berhak, tidak akan mampu membawanya keluar dari lokasi ia disembunyikan. Rupa-rupanya, niat mereka menelefon aku adalah hendak menyuruh aku sendiri yang membawa keluar emas-emas itu. Aku pun naik berang. Adakah patut, sudahlah negeri jajahan dirampas orang, harta milik keluarga sendiri pun mahu dicuri orang? Ini tidak boleh jadi...

Aku pun mengarahkan beberapa anak buah aku yang dipimpin oleh adikku sendiri agar datang ke sana untuk berbincang dengan mereka. Kebetulan pihak kerajaan sana ada niat lain. Mereka pun berbincang dan mengatakan kepada aku bahawa mereka bersetuju untuk memberikan kepada aku semua emas-emas ini, namun tanah jajahan ini tidak boleh aku ambil semula sepertimana yang termaktub di dalam perjanjian dengan British keparat tersebut. 


Namun tidak semudah itu mereka hendak membebaskan anak-anak buahku dan memberikan kepada aku hak mengambil kesemua emas-emas tersebut. Mereka telah merencanakan sebuah rancangan yang sangat sulit. Mereka mengarahkan agar aku menghantar sepasukan askar pengiring aku yang lengkap bersenjata untuk masuk ke negeri tersebut. Tujuannya agar menimbulkan kekecohan dan sandiwara supaya orang awam menganggap bahawa negara mereka sedang berada dalam ancaman. Aku pula perlu menghebohkan kepada dunia bahawa aku ingin menuntut negeri asal aku. Tanpa perlu menyebutkan tujuan aku yang sebenar, iaitu mengambil emas buat diagihkan kepada rakyat jelataku. 


Maka bermulalah sandiwara ini. Aku dijanjikan dengan emas tersebut dan dibebaskan segala tawanan tersebut. Maka aku pun mengirimlah beberapa orang askar pengiring aku yang tak berapa lengkap bersenjata. Namun, sahabat baik aku daripada pulau selatan telah bersetuju untuk memberikan khidmat beberapa orang askarnya yang lengkap bersenjata untuk bersama-sama dengan pasukan milik aku sendiri. Dengan syarat, aku perlu memberikan kepadanya 40% daripada keseluruhan emas tersebut. Aku pun bersetuju dengan syarat tersebut, lalu berlayarlah mereka semua pada hari yang telah ditetapkan. 


Yang menariknya, kerajaan tersebut telah memberi "green light" yang cantek kepada kami untuk masuk ke tanah asal kami tanpa ada sebarang sekatan. Radar dan segala macam kecanggihan milik mereka telah dipadamkan pada hari tersebut. Namun, malang tidak berbau, pada 14 haribulan Barmudah tahun Ular, rombongan terakhir pasukan yang aku hantar telah terkantoi oleh beberapa anggota polis daerah. Namun kumpulan yang aku hantar yang diketuai oleh adik aku sendiri berjaya melepaskan diri dan bersembunyi di dalam hutan disekitar kawasan itu. Mujur mereka semua memang sering mendapat latihan gerila dan mereka memang mahir hidup susah di hutan dan kebetulan juga itu kampung asal kami. Tidaklah terlalu sukar untuk bergerak disana. 


Anggota polis ini telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak atasannya. Lalu gemparlah seluruh dunia bahawa negara itu telah dimasuki penceroboh. Aku pula diminta untuk membuat sidang media bagi menjelaskan tuntutan aku terhadap tanah jajahan asal aku. Hari demi hari, jam demi jam, semakin hari semakin ramai pasukan keselamatan dan askar-askar kerajaan tersebut masuk ke negeri jajahan aku. Aku semacam seriau dengan keadaan yang berlaku. Aku teringat peristiwa pada 13 haribulan Juhdi 28 tahun yang lalu. Ketika itu kekecohan berlaku di tanah jajahan aku atas sebab-sebab tertentu. Habis dibom sana dibom sini dan rakyat bangkit menyuarakan kemarahan. Kalaulah aku yang memerintah tanah jajahanku itu ketika itu, pasti mudah aku tangani masalah tersebut. 


Akan tetapi, risau dan seriau aku ini lain macam rasanya. Aku semakin gusar, kenapa dan mengapa terlalu banyak askar yang dibawa masuk sedangkan pasukan yang aku hantar bukan hendak menyerang mereka dan mereka hanya dalam jumlah yang terlalu sedikit. Dikhabarkan kepada aku bahawa sudah 7 ketumbukan tentera yang masuk, kononnya untuk menangkap pasukan aku. Namun adik aku telah diberi jaminan bahawa mereka semua akan selamat. Rundingan demi rundingan. Tibalah hari yang dijanjikan untuk membuat kekecohan. 


Pasukan aku diarahkan menembak bom peledak ke arah pasukan keselamatan mereka. Kami pun membuat seperti yang diarahkan, namun malang tidak berbau. Beberapa orang pihak mereka mati tidak disengajakan. Lalu ketumbukan kami pun diserang atas arahan mereka, dan kami mengambil kedudukan berjaga-jaga untuk bersembunyi. Aku semakin panik melihat keadaan adik aku dan pasukannya yang sedang diserang itu. Melihatkan seorang daripada anak buah aku cedera, adik aku telah mengarahkan serangan balas menggunakan senjata penembak tepat. Malang tidak berbau, rancangan yang dijanjikan telah bertukar skrip. Dan hal ini telah berlarutan sehingga beberapa minggu. Ketua kerajaan mereka telah masuk ke negeri jajahan aku dan membuat kenyataan bahawa dia akan menghantar ketumbukan baru bagi mengawal selia 4 daerah jajahan.

Ada ura-ura yang tersebar dalam kalangan pasukan aku mengatakan bahawa emas-emas itu tidak boleh kami ambil sehingga misi ini selesai dan tawanan perang kami telah dibunuh. Maka naik marahlah anak-anak buah aku lalu mengamuk menyerang para pasukan keselamatan yang sedang berkawal. Aku menelefon adik aku untuk memberi arahan agar mereka bertenang. Kita boleh buat pertukaran tahanan perang jika mahu. Dan kita menuntut daripada mereka gencatan senjata. 


Namun tuntutan kami ditolak. Kami dipandang sinis seolah-olah memang benar kami mahu menuntut dan menyerang negeri jajahan kami itu sendiri. Apalah nasib, kepalang tidak keruan. Isu ini digembar-gemburkan dalam negeri. Mujur juga pihak berita dunia tidak menggemburkannya. Kalau tidak, mati aku jika tersilap langkah. Inilah orang kata, hendak menabur bakti tersalah tuba. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali tetapi banyak kali. Akhirnya baik yang aku beri, telah dibalas dengan jahat yang berulang kali. 


Aku difitnah dan ditohmah. Aku diburukkan dalam negeri jajahan aku. Satu negara tersebut menganggap aku penjenayah dan penceroboh. Maka bermulalah isu yang lebih utama. Isu yang tidak terfikir dek akal ku sebelum ini. Rupa-rupanya mereka hendak menangkap ketua penentang kerajaan dalam negara mereka sebelum pemilu mereka yang katanya akan diadakan sekitar pertengahan tahun Ular ini. Aku semakin bingung. Ketua penentang itu adalah sahabat baik rakan aku yang memberi aku bantuan sepasukan askar lengkap bersenjata itu tadi. 


Tidak mungkin ini berlaku. Jika dia ditangkap dan dipenjarakan, belum tentu anak buah aku yang ditawan akan dibebaskan dan aku berjaya mengambil hak emas-emas aku tersebut. Alangkah sedihnya Ya Rabb. Mengapa semua ini bisa terjadi. Kami semua adalah serumpun seagama seasal bangsa. Mengapa kami boleh dilagakan sebegini rupa. Ya Tuhan, hanya kepadamu aku bermunajat. Tiada Tuhan selain ENGKAU, Ya ALLAH. Bantulah hamba-hambaMU yang teraniaya dimana sahaja mereka berada. Belalah nasib bangsa yang telah banyak menabur bakti terhadap agama ini, Ya ALLAH. 


Aku pasrah atas segala takdir. Jika ini ujian yang ditentukan untuk aku lalui, aku redha dengan ketentuan ini. Aku akan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah yang berlaku. Apapun yang terjadi, aku sudah tiada niat lagi mahu mengambil emas-emas tersebut dan menggadi nyawa para pengikut aku. Yang jelas, sekarang ini aku harus berusaha mati-matian agar nasib pasukan yang telah aku hantar itu terbela. Agar mereka tidak lagi ditindas. Cukup sudah ratusan tahun kami dihina ditindas ditorca. Berilah kami talian hayat agar bisa kami hidup aman semula.


Ini bukan salah kami. Ini tuntutan kerajaan kamu. Siapa yang menuntut aku pun tidak tahu. Aku hanya mendapat khabar bahawa ada orang lain disebalik semua ini. Aku sudah membuat tuntutan untuk bertemu dengan personaliti tersebut. Malangnya tuntutan aku ditolak. Mereka risau dan takut tembelang mereka pecah. Aku menelefon sahabat aku yang membantu aku memberikan sepasukan askar itu tadi. Aku memberitahu perihal rakannya yang akan ditangkap dalam masa terdekat itu. Beliau tergesa-gesa menelefon sahabatnya di negara tersebut. 

Atas nasihat rakan-rakannya yang lain, dia terpaksa mengarahkan seorang bapa budak mangsa fitnah untuk membuat kenyataan media. Tujuannya agar rakyat tempatan beralih isu lalu menganggap apa yang berlaku di tanah jajahan aku itu sudah tidak relevan. Lalu ini akan memudahkan laluan aku untuk berunding demi keselamatan anak buah aku di sana. Aku tidak kisah dengan 15 ketumbukan pasukan mereka yang berjaga disana. Apapun tugas mereka lantaklah, hendak membuang undi dari jauh pun itu hak mereka. Mahu meramaikan pengundi terbang, pun itu hak mereka. Aku hanya mahukan jaminan keselamatan anak buah aku sahaja. 


Dalam masa yang sama, jika isu di tanah jajahan aku itu sudah kurang relevan, maka ada potensi untuk rakan kepada sahabat baik aku itu selamat daripada tuduhan dan tangkapan. Ini kira macam "win-win situation" lah. Pihak yang mahu mengambil emas aku itu pun mungkin aku boleh beri mereka sedikit emas tersebut jika mereka membenarkan anak buah aku yang ditawan itu dibebaskan dan aku boleh mengambil emas tersebut tanpa ancaman. Itupun jika mereka berubah angin... 


Ya Rabbana, baru ku tahu hari ini. Betapa sulit dan terancangnya usaha Britsih keparat itu merencanakan jahatnya perancangan mereka. Ratusan tahun berlalu, namun kesannya sangat besar. Kami sesama kami bercakaran mahukan takhta dan merebut kekayaan yang kononnya disimpan di Bank Swiss. Seramai lebih 94 orang ketua yang mengaku raja, silih berganti menuntut hak masing-masing. Namun tiada dapat. Akhirnya, aku yang dari keturunan asal ini pula, hendak membuktikan bahawa akulah keturunan sebenar, pun tidak dapat juga apa yang dihajatkan. 


Barulah aku faham mengapa nenek moyangku menyimpan emas-emas tersebut dengan kemas dan tersusun rapi di dalam sebuah peti dan dijaga pula oleh seorang yang sangat amanah. Kata nenek moyangku dalam wasiatnya, harta ini hanya boleh diambil oleh keturunan kita yang berhak sahaja itu pun setelah zahir seseorang yang mampu memimpin ummat Islam ini ke arah penyatuan. Segala niat buruk dalam usaha mengembalikan emas-emas ini ke dunia nyata, akan gagal dan dimusnahkan. 


Ya ALLAH, betapa sebenarnya aku telah silap langkah. Aku berniat hendak menunjukkan bahawa akulah keturunan sebenar. Rupa-rupanya niat aku ini pun sudah tidak betul. Niat hendak menunjuk-nunjuk, bukan membela bangsa. Itu belum dapat emas, sudah ada niat menunjuk-nunjuk, walaupun tanpa sedar niat buruk itu terdetik dalam hati aku. Kalau sudah dapat emas? Apatah lagi, pastilah lebih buruk lagi keadaannya. 


Benarlah kata Baginda Rasulullah SAW, bahawasanya manusia itu jika diberikan kepada mereka segunung emas sekalipun, pasti mereka akan meminta tambah satu gunung lagi. Dan benar jugalah kalam Baginda Rasulullah SAW yang seperti berikut...


"Daripada Abu Hurairah RA, Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda: "Tidaklah akan berlakunya hari kiamat sehinggalah melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah, ujian terhadap keimanan, dan banyak pula berlaku Al-Harj. Para sahabat RA bertanya, apakah itu Al-Harj. Baginda menjawab, Peperangan demi peperangan, peperangan demi peperangan, peperangan demi peperangan." 


Maha benarlah apa yang telah diperkatakan oleh Nabi ku, Baginda Rasulullah SAW. Sesungguhnya setiap apa yang keluar dari mulut Baginda adalah benar dan menjadi pedoman zaman berzaman. Dan sudah nyata lagi terbukti kebenaran apa yang Baginda sampaikan. Ya Rasulullah, maafkan ummat mu ini atas kealpaan kami meninggalkan pesananmu. Ya ALLAH, ampunkan ummatMU ini atas keterlanjuran kami melakukan kehancuran di muka bumi ini. 


Wahai sahabat-sahabatku, anggaplah apa yang aku kisahkan ini sebagai sebuah pengajaran dan pedoman bagi kalian. Elakkanlah perpecahan sesama kita. Ayuhlah, sama-sama kita bina kembali tautan ukhuwah yang pernah terbina dahulu kala. Sesungguhnya kita adalah sama seugama, sama serumpun dan sama seasal bangsa dan tanah air. Ingat janji leluhur kita dahulu kala kepada anak cucu keturunan Baginda Rasullah SAW. Bahawa kita akan menjaga segala keturunan mereka dan menegakkan agama yang dibawa nenek moyang mereka sehingga titisan darah terakhir kita! 


Aku berharap apa yang aku sampaikan ini tidaklah kalian jadikan ia sebagai unsur perpecahan. Kepada penyokong kerajaan yang aku maksudkan, lupakanlah apa yang terjadi. Kepada penyokong aku, kita abaikanlah sengketa itu. Kita bina kembali tiang persaudaraan yang telah runtuh dari fitnah yang berpunca dari hata-harta itu tadi. Sesungguhnya ujian yang paling berat dan paling besar dalam dunia ini bagi seorang yang sedang dalam perjalanan mencari Redha Ilahi hanya ada 3, Perempuan, Harta dan yang terakhir dalah Ujub. 


Jagalah diri-diri kalian dari tiga perkara ini. Nampak ianya seakan-akan mudah. Tetapi inilah ancaman yang sangat besar jika tidak pandai kita mengawalnya. Ia akan menjadi ancaman yang sangat besar jika kita mengikutkan gejolak nafsu kita. Ramai orang yang sudah terkantoi dengan tiga ujian ini. Aku berharap saudara-saudari segamaku agar ingat dengan apa yang aku pesankan ini. Kepada penyokong rakan kepada sahabatku yang bakal ditangkap, aku nasihatkan agar kalian doakanlah yang terbaik sahaja yang berlaku di negara kalian. Agar tiada lagi kekecohan dan kemusnahan yang berlaku hasil dari tangan-tangan manusia. Agar tiada lagi bencana yang akan ditimpakan ke atas kita disebabkan kelalaian dan kealpaan kita dalam mengingat ALLAH SWT, Tuhan Sang Maha Pencipta. 


Saudara-saudariku, renungilah sejenak ayat Quran dari Kalamullah yang berikut ini. Agar kita tidak lupa dan alpa dalam mengingat ALLAH SWT. Agar kita tidak lagi lalai dalam mengingatNYA. Kerana sesungguhnya jika kita leka, alpa dan lalai kemudian kita lakukan kehancuran, maka tunggulah balasan yang akan ditimpakan ke atas kita. Kehancuran yang lebih besar bakal menanti kita. Tidak mustahil ALLAH SWT akan menghantar bala tentera dari negara lain memusnahkan kita jika kita masih lagi bercakaran sesama sendiri dan berebut-rebut sesama sendiri, sebagaimana telah dihancurkannya empayar besar nenek moyang kita pada 502 tahun yang lalu. Beringatlah... Renungkanlah.... 


"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" (QS Ar-Rum: 41) 


Saudara-saudari ku, renungkanlah sejenak hadis yang pernah disabdakan oleh Junjungan Besar Nabi kita, Muhammad bin Abdullah ini.... Semoga kita semua beroleh manfaat. Amiin Ya Rabbal Alamiin... 


“Kelak akan ada banyak kekacauan dimana di dalamnya orang yang duduk lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, dan yang berjalan lebih baik daripada yang berusaha (dalam fitnah). Siapa yang menghadapi kekacauan tersebut maka hendaknya dia menghindarinya dan siapa yang mendapati tempat kembali atau tempat berlindung darinya maka hendaknya dia berlindung.” (HR. Al-Bukhari no. 3601 dan Muslim no. 2886)


Maka telah lengkaplah peringatan yang diberitakan kepada kalian semua, telah ku petik kalam daripada Al-Quran Al-Karim, Kitabullah yang mulia dan juga telah ku petik kalam dari sabdaan Baginda Rasulullah SAW. Lengkap membentuk apa yang telah Rasulullah SAW peringatkan kepada kita, yang lebih kurang berbunyi: "Telah aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang sekiranya kalian berpegang teguh dengan kedua-duanya, kalian tidak akan tersesat selamanya sehingga bertemu denganku di telaga Haudh, Kitabullah dan Sunnahku."


Ya ALLAH, saksikanlah telah aku sampaikan peringatan ini kepada mereka. Ya Rasulullah, saksikanlah telah aku sambung usaha dakwahmu. Wahai saudara-saudari ku, sambunglah pula apa yang telah aku sambungkan ini!

WasallALLAHU Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sahbihi Wa Sallam. WAllahu Ta'ala A'lam Bissawab.



Yang Benar,

Muhammad ibni Abdillah.



Sultanul Alam, Raja Masyriq wal Maghrib. 





-
0232, 100313.
bradokapak  © 2013

44 comments:

  1. benarkah keseluruhan cerita diatas? hamba tersentak!

    ReplyDelete
  2. Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda, air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik kitol.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah!!! Sungguh tak sangka!

    ReplyDelete
  4. Dijaga pula oleh seorang yang sangat amanah.... setelah zahir seseorang yang mampu memimpin ummat Islam ini ke arah penyatuan.... betulkan niat (niat semata-mata kerana Allah Ta'ala).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah ini seperti yang berlaku sekarang...

      Delete
    2. Kisah ini seperti yang berlaku sekarang...

      Delete
  5. Sungguh cermat tulisan saudara. Cuma, sedikit saya musykil, dari hasil bacaan saya tahun2 sudah, emas-emas kesultanan sulu dahulu diamanahkan oleh Sultan Sulu kepada dua orang paderi yang kemudiaannya dibawa ke Filipina semasa pemerintahan Ferdinand Marcos.

    Marcos yg cuma asalnya peguam biasa-biasa, secara tiba-tiba menjadi billionaire hasil dari konspirasinya bersama dua orang paderi tersebut. Dari apa yang saya faham juga, Marcos jugalah yang menubuhkan bank di Filipina hasil dari emas simpanan Sultan Sulu dan separuhnya lagi disimpan di bank-bank lain seluruh dunia.

    Mohon pencerahan kerana penulisan diatas... sedikit mengelirukan saya.

    ReplyDelete
  6. Salam, tahun2 sbelum2 ni tuan seolah begitu mengambil berat wilayah sulu. Adakah sulu trigger kebangkitan atau sesuatu yg tuan tahu tetapi tidak d ketahui kami? Bg saya, kejadian d sabah cuma diversion, yg sbenar akan berlaku d semenanjung tanah melayu. Apapun sy juga harapkan penyatuan seluruh rumpun melayu-nusantara-Islam d bawah satu payung Tawhid Laa Ilaha Illallah Wahdahu Laa Syariikalah!

    ReplyDelete
  7. as salam sdr Bradokapak,

    pernah seorang sabahan memberitahu dlm mistisfile bhw harta/emas sultan sulu itu ....ssaanngaattt....lah banyaknya - berbillion nilainya

    deposit emas memang sgt banyak di malaysia, tetapi 'sayang' ada penjaganya
    gunakanlah cara apa sekalipun, jika belum tiba masanya, ia tetap akan terperlihara hingga orang yg berhak itu zahir utk memakmurkan tanah bertuah ini

    niat yg ikhlas adalah anak kunci kepada terbukanya hijab harta/emas tersebut

    ReplyDelete
  8. Slm.

    Bradokapak, apa kata ruangan ni dlam bahagian komen posting ini, anda selaku tuan rumah jadikan sebagai tempat pbincangan. Sbbnya info dr anda lain dari yg lain. Mgkin ada input2 dari pelawat2 lain yg bguna. Mana2 input yg xwajar, pda anda lah juga budibicaranya. Semoga mndapat pencerahan yg lebih dr peristiwa yg blaku.

    ReplyDelete
  9. dari manakah kebenaran cerita ini? kalau sekadar idea bercerita takper... tapi kalau sesuatu yg ingin dikongsikan, tanoa ada bukti kebenaran, takut ada yg percaya bulat2 tanpa kajian lain...

    jgn salah faham BK, saya tak memihak mana2... cuma saya seorang yg akan sentiasa nak bukti sebelum saya nak percaya... ingat kan kisah Saidina Ali dan baju zirah putihnya... :)

    ReplyDelete
  10. ragu2 saya akan kisah ini..entah ler...selepas baca sekali....selepas tengok nama penulisnya.....so far dah ramai mengaku pewaris harta2 ni...yg saya jumpa dah 2 org..semuanya cuba nak dptkan kembali...memasing mengaku dia lah yg berhak. Apapun, benarlah...kalau belum tiba masanya...belum kena pada orangnya...belum lagilah terselah

    ReplyDelete
  11. klau dah tau awak pemiliknya kenapa tidak ambil sendiri, mengapa perlu bersenjata

    itulah atas kesilapan diri sendiri, TAMAK dan tiada perancangan rapi, jika sebelum ini bebas keluar masuk tanpa sekatan, skrg kesilapan awak membuatkan ia menjadi sukar.

    ReplyDelete
  12. BK, andai kisah ini benar, atas fikiran saya, kenapa tidak datang secara rasmi, atau hadir mcm pelancong / penziarah yg lain, dan usahakan pencarian secara bijaksana... lagi berbaloi dan tiada tekanan,

    dan menagapa tidak berfikir panjang andai benar berlaku konspirasi atau hidden agenda bersama kerajaan Malaysia semasa? dengan mudah menerima sesuatu yg aku rasa sukar untuk diterima.

    lagi satu, adakah mustahil jika benar2 ada pewaris, (sebab aku ada gak baca kisah anak angkat Sulan Sulu nie), tidak diangkat menjadi Sultan Sabah, (atau SuLu ) dan mentadbir SAbah seperti Sultan Johor dan PErak.... tapi masih la dalam Malaysia... malah lg banyak dari RM5300 sebulan yg bakal diperoleh... takder ker perbincangan sebegitu sebelum ni?

    ReplyDelete
  13. Salam. Waima apa sekalipun alasan yang diberikan, kertelanjuran sebagai manusia yang mengaku Islam telah dilakukan. Seperti yang saya tuliskan didalam blog saya.."sendiri yang mendundang maut' maka akan berlakulah 'penghalalan menumpah darah umat Islam'oleh musuh Islam diWilayah mereka. Kerana apa? Harta yang "tidak nyata" dimata.Perlu diingat wilayah Andalusia pernah dibawah Kesultanan Islam, pernah ke Raja Islam memerangi dan menuntut kembali jajahan itu. Sejarah tetap sejarah. Yang terpenting " Islam akan mencipta Sejarah" itu Hakikat. Hayati bait bait ' Azan' "Marilah menuju Kejayaan". "Kejayaan" yang mana ingin Rasullulah, sunnahkan? Tk

    ReplyDelete
  14. harta tu sebenarnya aku yang perlu menguruskannya bila tiba masa..

    sas

    ReplyDelete
  15. Salam kepada semua pembaca,

    Mohon maaf kerana tidak sempat membalas semua komen-komen yang ada.

    Kpd Haniz,
    Marcos pun berhelah sebagaimana berhelahnya British.

    Kpd Anon March 10, 5.39PM,
    Saya pun masih belum jelas tentang kebangkitan Islam dari Sulu ini. InsyaALLAH kita tunggu 16 Mac nanti, akan ada perkembangannya.

    Kpd Wangsa,
    Iya benar bak dikata. Harta-harta itu, Ahmad Albab yang jaga.

    Kpd Anon Marc 11, 6.52AM,
    Terima kasih atas pandangan saudara, dan saya akan cuba sedaya upaya utk jadikan ruangan komen ini sebagai tempat berbincang. Silakan jika anda ada apa-apa yang hendak diperkatakan.

    Kpd AbuHakeem dan Khairon,
    Terima kasih atas pandangan. Apapun, cerita di atas ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Jadi, ia bukan soal ragu-ragu atau soal kepercayaan. Terpulang kepada individu yang menilainya. Nilailah dengan akal yang waras. Nilai dengan dasar Islam. Tidak semestinya watak Sultan di atas ini merujuk kepada Sultan Kiram. Ia boleh berubah-ubah situasi bergantung kepada penilainya.

    ----------------------------

    Selamat Menilai kepada semua yang telah membacanya! Gunakan akal yang waras untuk menilainya dengan berpandukan hati yang ikhlas dan dibimbing petunjuk drpd ALLAH SWT. Ambil lah apa yang bermanfaat daripada artikel ini, jangan kalian gunakan ia untuk menabur fitnah, menabur kebencian, hasad, dan tohmahan. Carilah titik temu antara kesemua perpecahan yang telah berlaku. Carilah jalan penyatuan yang sebaik-baiknya. :) InsyaALLAH, kebangkitan Islam yang diharapkan semua pihak, bermula dari diri anda sendiri....

    "Read between the two lines..."


    Sekian,
    Wassalam.

    ReplyDelete
  16. Saya sempat memcari2 maklumat berkaitan sejarah kesultanan sulu, pada saya setujulah dengan pendapat puteramariam, perkara dah jadi sejarah...apa yang berlaku telah berlaku...sebaiknya perbaikilah apa yang ada disamping jalinkan hubungan baik sesama islam, bukan dengan cara mengangkat senjata....
    Semua pihak perlu bijak bila berurusan apatah lagi urusan antara 2 negara. Jangan sampai terpedaya...fikir bukan sekali....malah biar berkali2...sekali keputusan di ambil, terpaksalah terima akibatnya...sesalpun tara guna melainkan baliklah kepada asalnya

    ReplyDelete
  17. Saya dh bertemu ngan seorang hamba Allah yg mengaku dirinya adalah waris sebenar Sultan Sulu. Perwatakannya sederhana.. Berkulit gelap Dan berwajah bersih dan tenang.. tidak boleh bertutur bahasa Melayu... kami berkomunikasi dlm bahasa orang putih... cop mohor kesultanan adalah berbentuk bulat yg terbelah dua dimana disimpan. Oleh seorang Ulamak di Afghanistan dan sebelah lagi disimpan oleh pewaris sultan yg sah..hanya waris yg shj yg boleh menuntut sebahagian drp cop mohor yg berada dlm jagaan ulamak tersebut.. hamba ALLAH ini telah berjumpa dengan ulamak tersebut dgn membawa bersamanya cop mohor yg sebahagiannya.... alamak panjang sgt ceritanya.. tak pandai hamba nk susun ayat... just forget it.. wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah cop mohor tersebut tertulis...Muhammad, Rasul, Allah?....

      Delete
  18. salam..
    pada pendapat saudara BK salah ke pasukan keselamatan kita pertahankan sabah?
    adakah pengorbanan mereka sia2?
    dah mcm2 konspirasi pasal lahad datu ni sy baca..tak tau la mne satu yg betul..

    ReplyDelete
  19. salam..
    nampak seperti saudara menyokong tindakan penceroboh sulu ni..
    saya ada baca tentang anggota yg terselamat daripada tawanan sulu ni..
    apa yg sy boleh cakap mereka memang kejam dengan anggota2 kita..

    ReplyDelete
  20. Emmm..menarik untuk difikirkan.

    "Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna"
    Siapakah yang bersalah? Biritsh yang menipu atau mereka yang tertipu?

    READ BETWEN THE LINE....ermmmm.... Tidak semestinya kebenaran itu tersirat ada diantaranya yang memang tesurat

    Betul kata saudara kita BK kembali kepada islam... Namun saya ingin menambah sedikit kita harus kembali kepada islam yang benar islamnya,yang bukan sahaja islam diluar akan tetapi islam juga didalam... Benar lah kata guru saya untuk mencari seorang guru maka hendaklah kita mengenal guru. Katanya" seorang guru yang haq ialah dianya seorang yang berilmu dan dianya seorang yang amanah pada ilmunya dan dia tidak berdagang dengan agamanya"

    Benarlah kata pepatah melayu

    "biar mati anak,jangan mati adat" kerana bilamana matinya adat maka pincang lah masyarakat. Adatnya seorang bapa,adatnya seorang anak,adatnya bermasyarakat,adatnya seorang pemimpin.

    Assalamu'alaikum


    ReplyDelete
  21. Pohonlah kepada Allah SWT agar diberi taufiq dan hidayahNya untuk mengetahui kebenaran yang sebenar tentang apa yang berlaku ketika ini. Mintalah petunjukNya dengan wasilah Nabi SAW dan ulama Arifbillah. Itulah jalan orang-orang Mukmin.

    Kalau dalam solat sendiri kita dituntut sentiasa meminta petunjukNya apatah lagi dalam urusan diluar solat.

    Kita adalah jahil. InsyAllah jika kita meminta dengan ikhlas, Dia akan beri petunjukNya dan disingkapkan hakikat yang terjadi.

    Ramai yang tidak menyedari kumpulan Zionis penyembah syaitan itu bukan setakat dianggotai oleh para Yahudi dan Nasrani tetapi turut juga disertai orang-orang yang mengaku Islam tetapi mereka memalingkan hatinya dari akidah Islam.

    Di Nusantara ini memang banyak emas dan kaya dengan emas tetapi semua itu dalam perlindungan Allah SWT melalui penjagaan para Awliya Mukmin Solihin.

    Yakinlah dengan rancangan Allah yang telah disabdakan oleh Nabi SAW bahawa akhirnya nanti bumi ini akan dipimpin oleh kaum Mukmin. Nescaya kalian tidak akan gusar dengan perancangan musuh-musuhNya.

    Mudah-mudaha Allah SWT berikan PM Najib seorang mursyid yang arif yang akan membantunya kelak untuk menyerahkan pemerintahan bumi Malaysia ini kepada kaum Mukmin.

    Mudahan-mudahan Allah SWT memberikan taufiq dan hidayahNya kepada DS Anwar Ibrahim agar dijauhkan dari manusia-manusia Zionis penyembah Syaitan-Iblis-Dajjal Laknatullah. Mudahan-mudahan DS Anwar Ibrahim diberikan hatinya cahaya iman dan dikuatkan lagi dengan ihsan.

    Mudah-mudahan juga sekalian kaum kafir zimmi dan kafir harbi ini Allah SWT berikan tawfiq dan hidayahNya kepada sekalian mereka.

    Mudahan-mudahan Allah SWT membukakan pintu hati kita semua dengan taufiq dan hidayahNya.

    Amin ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  22. segala krisis yg muncul di mukabumi ini sejak dulu kini dan selamanya adalah krn berebutkan "harta jongkong emas" oleh pembesar pembesar dunia...berbagai propaganda dicipta oleh mereka di dalam negara tanpa ada belas kesian terhadap nasib umat dan keturunannya...nyawa umat hanya sekadar barang mainan untuk dunia kpd pembesar pembesar negara...asalkan nafsu sarakahnya kpd harta jongkong emas itu terlaksana...dgn tanpa diketahui kebenarannya oleh umat sedunia...malang kpd mereka yg berhati syaitan ini krn harta jongkong emas yg direbutkan itu dijaga oleh JIN yg diamanahkan oleh TUHAN tanpa dapat mereka lihat dgn mata kepala kasar mereka itu...hanya yg boleh mengguna pakai semua harta itu adalah IMAM MAHDI AL MUNTAZAR @ HERO MALA-YA @ GRAND MASTER (II) NEW WORLD ORDER...

    ReplyDelete
  23. aslmlkm..

    sedap baca cerita dongeng ni...

    dalam dongeng lain yang berkait rapat dengan dongeng ini, ada cerita tentang usaha yang sedang dibuat untuk berdamai dengan puak2 gunung kinabalu...susah bermasam muka adik-beradik ni.. si jerai, si ledang, si tahan semuanya ngam...

    ;-)

    p/s - dengar cerita dongeng yang berkaitan, perjanjian deposit emas marcos tamat pada 11 september 2001. marcos ni khabarnya, memang suka sangat buat benda2 besar ni pada tarikh lahir dia 8-)

    ReplyDelete
  24. yang penting ambil ikhtibar dan pedoman.Memang kita confius mencari mana telur atau ayam yang lahir dulu kalau mengikut situasi LD ni.tapi tetaplah kalian dgn keteguhan Al Quran dan Sunnah.Jgn disebabkan sedikit daya penolak menghalalkan kita melakukan perkara yg terang2 ditentang agama sedangkn kita rasa betul.

    ReplyDelete
  25. kabarnya amalan zikir perang telah diaktifkan dan angkatan perang (sabil) telah dikumpulkan.. Ada dgr tak? sejak selepas kejadian 13 mei 69 sehingga sekarang, ada tak perkara ini dilakukan? rasanya 13 mei last kot prkara trsebut dilakukan? Ka mcm mana?

    ReplyDelete
  26. as salam,

    "damaikanlah saudara-saudara kamu yang seagama dengan kamu" - STALKER

    "damaikanlah negara-negara saudara-saudara yang sama agama dengan kamu" - NURROHI

    ReplyDelete
  27. baca sini..ada kaitannya..

    http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Ftausugglobal.blogspot.com%2F2009%2F02%2Fperang-dunia-ketiga-bermula-di-sulu.html&h=jAQHTSjvY

    ReplyDelete
  28. Salam.

    Mohon laluan saudara tuanpunya blog, untuk hulur salam buat "abuhakeem".

    Saudara"abuhakeem", apa maksud saudara dlm posting saudara"..........bag survival saya? Setahun yang lalu.

    Isyarat lebih awal dalam diri atau dari info luar?

    MATADUA (MD)

    ReplyDelete
  29. Mohamad bin Abdullah itu nama Imam Mahdi.

    ReplyDelete
  30. teruskan cerita ini..sampai semuanya terbongkar..kesultanan sulu..yang hak tetap hak..yang bathil tetap bathil

    ReplyDelete
  31. sulu is a loser. uneducated, greed, thats the problems with muslims 2day

    hidup dlm sejarah lalu

    ReplyDelete
  32. nampaknya ramai tak faham tujuan cerita ini. Terima kasih kepada penulis blog. Cerita ini dapat memberi pelajaran begitu besar bagi yang mahu menggunakan akal.

    Yakinilah musuh utama manusia iaitu Iblis laknatullah yang setiap detik tidak putus asa dalam kerja-kerja menyesatkan manusia, tetapi manusia begitu lemah dan cepat berputus asa dalam kerja-kerja untuk mendakwah manusia....

    ReplyDelete
  33. Bani tamim kah atau imam mahdi sultan ni? Bknkah dia mengaku sebagai bani tamim? Saya berpendapat tuan empunya badan bani tamim atau imam mahdi ni takkan mengaku dia bani tamim or imam mahdi. Pastu kalau betulah dia ni empunya harta ahmad albab dan dialah kerabat yg patut ditabalkan kenapa dia tdk dihapuskan?melalui penulisan di atas kerajaan sudah comfirmkn dia, Comfirm tread bagi seluruh dunia. Padahal musuh dari dulu menjejak dn menghapuskn keterunan bani tamim dn imam mahdi. Dkt area sulu tu je ada byk kumpulan militan bertopengkn kebangkitan islam dibwh tajaan zionist.Kerja2 utk menyesatkan manusia sudah naik level sekarang ni. Semakin lama semakin haluih. Pastu mcm mana blh tersilap lngkah? Mcm mana nak memimpin askar yg tdk akan kalah kelak? Hmm. Takyah kona2, kita bincang direct sekarang.

    ReplyDelete
  34. betul ke artikel ni? kalau betul keturunan yg sgt baik, kenapa ajaran Islam tak di ikuti?

    Bukankah EMAS yg disimpan mesti di zakat kan?? agaknya emas yg berBILION tu dah beratus tahun tak bayar zakat menyebabkan BERKATnya tidak ada..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  35. SALAM.
    JADI TUANLAH INDUK ANGKANG YANG BERSAMA MURAD MILF TU?

    ReplyDelete
  36. demi alquran yg pernuh hikmat demi matahari pneman siang demi bulan pneman mlm ... demi masa yg tlah blalu demi masa yg akan tiba ... dunia pernuh lakonan wahai anak anak cucu adam maka moga kamu tidak mlupakan allah dan moga kamu tidak mlupakan akan balasan bagi org org yg suka bdusta .. demi alam yg telah ditakdirkan di alam atas dan dialam nyata telah disurat dan disiratkan seluruh alam bsatu diakhir phujung waktu dunia ... wahai anak anak adam jgn kamu tlupa pada hari hukuman kerna itu btanya lah dan jujur lah pada diri .. moga kamu tidak tlpau mgikut hasudtan syaitan dan iblis .. demi insan yg ditakdirkan .. kerna kebanaran akan bsinar jua .. x kala gelap slalu mhilangkan nyaa allah jua yg maha bkuasa .. yg maha pgatur kerna dunia milik allah swt ... dan alqurqn itu sbagai rujukkan seluruh alam

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. ni hanyalah sebuah artikel dan ceriter ajerrr, ape sal laa nak emo ni? BK SOH KITA BERFIKIR, BERFIKIR...BERFIKIR.. DAN TERRUS BERFIKIR.... CARI MAKNA YG TERSURAT.. JIKA DAH FAHAM... BUATLAH APA YG PATUT Kita buat PERSEDIAAN sebagai UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN ni. Ok???

    ReplyDelete
  39. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَةُ.اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.انشـــــاءاَلل
    Salam raya puasa segala pancaindera
    Kemaafan & dihalalkan
    Dari hujung pusat hingga hujung tulang sulbi
    Darinya kita dilahirkan & hidup kembali di akhirat
    Dengan izin allah
    Layarilah salam kenal isi hati....
    http://www.healthbuilders.com.my/.
    Besnis produk kesihatan myherb2u.
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1.
    Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900.
    othman.draman@yahoo.com.
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia.
    http://www.dnaglobal2u.com/.
    Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan.
    http://www.iphytoscience.com/.
    Kursus motivasi besnis disediakan.
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php.
    Stokis/pegedar diperlukan.
    https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u.
    Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan.
    http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM.
    Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
    https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA.
    Tanah di kg kedondong, Pengkalan Kubor, Kelantan,Malaysia untuk diwakafkan untuk pembinaan masjid.
    https://archive.org/details/BacaanDanTerjemahanAlQuran-MisharyAlAffasy.
    Dermawan diperlukan.
    http://radiosilaturahim.com/tembok-pemisah-israel-mesir-telah-selesai-di-bangun/
    Kelas mengaji Al Quran disediakan.
    http://sourceforge.net/projects/quranterjemah/?source=pdlp.
    Welcome to Health Builders (M) Sdn.
    http://dengaralquran.com/
    www.healthbuilders.com.my
    Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna
    Apartment komersial sek7 shah alam untuk di sewa

    ReplyDelete