Sebuah Warkah, Buat Mereka Yang Seagama Denganku!



Assalamualaikum WBT.

Indah nian kenangan sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang baru berlalu semalam walaupun ia telah pun dicemari dengan beberapa insiden yang tidak di ingini. Inilah antara kenangan paling best setiap tahun yang sering aku tunggu-tunggu. Menariknya, kerana setiap kali pesta buku ini kita akan berpeluang bertemu dengan pelbagai kelompok lapisan masyarakat.

Dari kelompok marhaen bawahan sehinggalah korporat VVIP. Semuanya sudah berjaya aku ajak minum semeja makan setalam. Memang menarik... jumpa ustaz-ustaz, jumpa menteri, jumpa mantan perdana menteri, jumpa penulis handalan, jumpa sasterawan negara, jumpa taukeh buku dan macam-macam lagi lah yang sudah jadi perkara biasa sepanjang pesta buku. Tidak ada apa-apa yang aneh di sini.

Kalau di luar, hendak duduk minum semeja dengan menteri-menteri pasti sukar, tetapi di pesta buku ia tidak mustahil. :) Lebih menarik lagi, pelbagai khazanah ilmu dan kitab-kitab boleh di jumpai di sini. Setakat jumpa artis-artis, tak berapa function. Paling function bila dapat sembang-sembang bersama penulis-penulis handalan tanah air.

Oh ya, hari ini juga adalah tarikh mengundi bagi negara merdeka Malaysia. Tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua orang setelah hampir 5 tahun menanti. Tarikh di mana setiap insan yang berwarganegara Malaysia kononnya boleh "menukar" kerajaan. Dan aku juga salah seorang yang bersetuju dengan segala tindak-tanduk untuk "menukar" kerajaan itu.

Walaupun pada awalnya dahulu mungkin ramai yang menjangkakan aku akan berpihak kepada kerajaan sedia ada. Namun bagi aku, inilah masa yang terbaik untuk kerajaan sedia ada mengundurkan diri. Sudah 55 tahun memerintah, ini negara demokrasi. Haruslah bagi setiap insan yang bernafas di dalam negara ini punya hak untuk bersuara dan menyuarakan pendapat dan juga pandangan mereka. Maka, inilah suara dan pandangan aku terhadap lanskap politik tanah air kita di saat-saat akhir hari pengundian.


Selagi belum terhapusnya sistem ini (sistem demokrasi), maka selagi itu lah rakyat masih punya hak untuk menukar kerajaan yang sedia ada. Tiada istilah "kasihan" kepada kerajaan sedia ada ini. Sayangnya, matlamat telah menghalalkan cara.

Makanya... apa yang saya lihat, setiap parti yang kalah pada kali ini pasti akan memulakan politik Machiavelli mereka. Yang pasti mereka akan dan hendak mengekalkan kekuasaan mereka di atas takhta. Ini perkara biasa bagi orang yang sudah lama duduk di singgahsana. Sunnah kehidupan memang sebegitu rupa. Bagaikan empayar Umawi, tatkala di serang Fatimi, hendak turun takhta pasti sukar. Jadi jalan menukarnya hanyalah dengan perang. Perang antara Islam dan juga Islam. Cuma satu pihak memakai gelar Ahlu Sunnah dan satu pihak lagi memakai gelar Syiah.

Bezanya di Malaysia raya ini, sekiranya pertukaran kerajaan secara berdarah itu berlaku, ia akan menggunakan nama Pakatan dan satu pihak lagi adalah Barisan. Tidak seperti di zaman Umawi dan tidak juga seperti di Syria antara Syiah Nusairi melawan Sunni.

Apa yang pasti inilah pilihan raya kali terakhir di Malaysia menurut pandangan saya. Kerana inilah bakal berakhirnya perjanjian antara British dan juga 'otai' ngeara kita. Bagi saya disinilah titik tolak berakhirnya 'daulat' demokrasi yang ada sekarang. Berakhirnya kekuasaan wang fiat yang sekian lama bertakhta dan beraja di hati ummat. Berakhirnya kekuasaan para si perampas hak dan takhta. Dan disinilah juga bermulanya titik tolak bangkitnya kembali empayar kekuasaan keturunan yang terasing itu...

Disinilah bermula segalanya nanti... sesuatu yang tidak kita jangkakan bakal berlaku. Sesuatu yang sangat memelikkan. Sesuatu yang sangat merunsingkan semua orang. Sesuatu yang mencemaskan. Di kala ummat langsung tidak lagi menyebut nama Dajjal, bahkan melupakannya. (Dajjal akan keluar di saat ummat lupa tentang dirinya). Di kala ummat sudah tidak lagi memperdulikan tentang kemanusiaan. Di kala ummat tanpa rasa bersalah membuat pembaziran bekalan air. Di kala ummat tidak lagi peduli tentang tanah tempat asal kita. Di kala ummat tidak lagi mengerti budi bahasa pada Tuhan...

Di kala itu dan di kala inilah, peringatan daripada Tuhan pasti dan pasti akan turun terhadap kita. Lantaran keterlanjuran kita selama inilah, bertuhankan demokrasi dan juga wang fiat hasil haram bunga yang saban tahun kita tuai ini, maka inilah saatnya kita semua akan dibersihkan. Yang kotor di basuh. yang salah di betulkan. Yang bersih di sucikan. Yang telah suci di satukan. Kita bakal di satukan... di rangkumkan. Kita bakal di bawa ke satu era baru. Ketika itulah... Ya! Ketika itulah... beberapa tahun dari sekarang. Kita bakal menggenggam kekuasaan baru.


Kekuasaan di bumi nyata ini. Inilah dia kekuasaan yang pertama di zaman ini, dan yang terakhir buat selamanya. Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Baginda Rasul kita suatu masa dahulu. Akan kelak bertemu para jiwa-jiwa muthmainnah itu di suatu telaga yang jernih airnya, indah nan pemandangannya, syahdu suasananya, hilang dahaga tatkala meneguk airnya. Disitulah...

Ya! Disitulah.... kelak tempat berakhirnya perjalanan kita semua dalam perkelanaan di bumi yang fana' ini. Disitulah... tempat yang telah di janjikan oleh Rasul kita. Imam kita... Muhammad bin Abdullah. Seorang yang sangat terpuji dan ayahnya adalah seorang hamba ALLAH!

Namun, keindahan dan keabadian yang sejati itu memerlukan pengorbanan. Daripada sejuta yang berkorban, tinggal seratus ribu yang hidup. Daripada seratus ribu yang hidup, tinggal seribu yang tahan ujian. Daripada seribu yang tahan ujian, tinggal seratus yang berjaya sehingga ke penghujung jalan. Daripada seratus, tinggal satu sahaja yang berjaya meminum air dari telaga indah itu tadi. Inilah yang dikatakan perjalanan yang sangat terasing. Kita merantau dari satu persada bumi yang kering kontang, menuju bumi yang subur. Subur kerana hadirnya darah mulia ini. Maka dengan itu, pulangnya kita kelak, pulangnya yang abadi. Bakal menyuburkan kembali tanah yang kering kontang itu...

Pengorbanan itulah... Ya! Pengorbanan itu memerlukan harganya. Ketahuilah, sesungguhnya Tuhan itu membeli hamba-hambaNYA untuk dimasukkan ke dalam kawasan indah yang di dalamnya terdapat telaga itu tadi. Tetapi, berapakah harga yang sanggup kita beri dan jual kepada Tuhan kita kelak???

Tatkala semboyan itu telah berbunyi... di manakah kedudukan kita nanti? Adakah masih bertelagu di hadapan komputer atau smart phone masing-masing? Atau masih memekik-mekik di tepian jalan melakukan flash mob atau demonstrasi jalanan atau tarian menjugilkan? Atau kita kelak akan menyarungkan pakaian hitam itu, bersama-sama menggalas panji-panji Al-Fateh menuju ke medan yang bakal mendahagakan kita? Seperti dahaganya tentera Jalut ketika dalam perjalanan menuju ke medan perang bertentang mata dengan tentera Talut. Tatkala itulah, ramai yang akan tersadai di tepian sungai yang bening... gagal dalam ujian. Yang selama ini pernah kita canangkan di serata dunia maya ini,  bahawa "Akulah pejuang akhir zaman itu".... Apakah ini rasionalnya diri kita itu????

Buat kesempatan ini... saya Brado Kapak atau yang juga dikenali dengan nama gelar Al-Faruuq memohon sejuta kemaafan daripada semua pihak, sepuluh jari saya susunkan. Ampun dan maaf dipinta. Agar tiada lagi kesulitan dan keperitan setelah ini. Agar dapat saya menjadi antara orang yang berjaya lulus ujian itu kelak. Agar kita kelak sama-sama dapat meminum air di telaga yang indah itu.

Maka saya secara rasminya, memohon jutaan kemaafan kepada semua pihak yang pernah saya lukai hatinya, yang pernah saya gurisi mindanya dan juga yang pernah saya sakiti perasaannya. Semoga kalian memaafkan aku, tatkala Nabi kalian juga memaafkan kalian. Contohilah peribadinya... hapuslah dendam itu. Hapuslah kesumat itu. Kerana hanya dengan kasih sayang itulah dapat sama-sama kita tautkan hati kita agar menjadi hati dan jiwa yang tenang. Moga bahagia kita dalam perjalanan abadi ini...

Kepada yang bakal keluar mengundi atau sudah mengundi atau sedang mengundi atau tidak akan mengundi, elakkanlah daripada propaganda yang bakal merosakkan minda kalian. Elakkanlah daripada segala macam tohmah yang bakal menghilangkan rasa kasih antara ummat Muhammad ini. Hentikanlah fitnah yang meleluasa sekarang ini. Agar nanti tidaklah kita bercakaran sesama kita yang sama agama dan bersaudara ini. Agar nanti kita tidak di asingkan dalam perjalanan hendak berjuang itu.

Salam juang daripada saya. Buat pengetahuan kalian semua, aku bukanlah penyokong demokrasi tegar. Aku tidak akan mengundi tahun ini dan aku tidak pula menghalang kalian sekiranya hendak keluar mengundi.

Namun, ingatlah bahawa dengan pengundian itu lah juga yang telah memecah-mecahkan persaudaraan kalian secara tidak sedar. Maka jauhilah perkara perpecahan itu.

Untuk ke sekian kalinya, walaupun aku tidak mengundi, namun aku ingin menyatakan suara aku sebagai seorang warganegara Malaysia yang duduk di bawah negara berdemokrasi ini. Bahawasanya aku menyokong agar Pakatan Rakyat menang dalam PRU kali ini. Kerana dengan itulah bakal membawa kita kepada satu peralihan dan pertukaran era dan pasca baru pemerintahan dalam negara kita. Tanpa perubahan, maka kita tidak mungkin maju ke arah satu pemerintahan yang lebih hebat.

Sebuah empayar gemilang, bermula dengan revolusi. Bagaimana gemilangnya Islam semasa zaman Muhammad, gemilangnya revolusi Fathul Makkah. Bagaimana gemilangnya empayar Usmaniah, bermula ia dengan revolusi setelah diserang Moghul. Bagaimana gemilangnya empayar Demak, bermula ia dengan revolusi dakwah Wali Songo menjatuhkan Majapahit I. Bagaimana gemilangnya Melaka, menjatuhkan penyembahan hindu-buddha yang menyeleweng dari agama Hanif. Bagaimana gemilangnya Barus terkenal sehingga ke tengah, revolusi perindustrian dan pengeksportan mereka, berjaya membawa Islam gemilang di tanah Nusantara ini. Begitu jugalah kelak, bakal gemilangnya kebangkitan akhir zaman daripada Timur itu.

Dengan berlakunya revolusi pemikiran, revolusi pemerintahan dan juga revolusi sistem di negara ini. Bertukarnya sistem demorkasi perdana menteri kepada sebuah republikan. Daripada sebuah republikan kepada sebuah Kekhilafahan. Daripada sistem fiat kepada sebuah sistem dinar yang baru lebih sistematik. Dan pelbagai lagi revolusi yang bakal kita saksikan secara perlahan-lahan tanpa kita sedari ia berlaku... Ia bakal merubah dan menginjak minda anda yang telah terjajah selama ini!!! Ketahuilah bahawasanya hari esoklah hari raya bagi kita semua. Esok lah... bermulanya sebuah era baru bagi negara ini. Sebuah era baru bagi revolusi dari Timur. Pasca PRU itu nanti, saksikanlah kesulitannya. Hayatilah ia dengan perlahan-lahan. Laluilah ia dengan penuh kesabaran. Liku-liku perjuangan itu amat indah dan syahdu jika di hayati.

Kepada para pemegang amanah dan juga para pemegang kunci, selamat memulakan kerja dan tugas-tugas anda. Kepada para perjuang, selamat berjuang. Kepada para pemimpin dan bakal pemimpin, selamat memimpin dengan baik! Kepada para marhaen, selamat menuntut hak anda! Kepada semua, selamat melalui liku-liku hidup yang bakal memeritkan!!!

Semoga kita semua kelak dapat bertemu di penghujung jalan dalam satu pertemuan yang indah, dalam taman yang indah, di suatu suasana yang mengasyikkan, sama-sama kita meminum air dari telaga Al-Kautsar yang menghilangkan dahaga itu...

Selamat semua.

Salam hormat daripada saya,

-Brado Kapak
The Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, 2:21 AM, 5 Mei 2013 (5.5.13).


p/s: Elakkan keluar rumah pada malam ini dan siang hari esok sehingga keadaan stabil. Banyakkan minum air suam, air putih atau air masak dan banyakkan berehat serta memakan makanan yang berprotein tinggi seperti daging kambing, nasi arab dan sebagainya. Tingkatkan pengambilan sayur dan jaga kesihatan anda. Masa untuk kehidupan yang sukar sudah kian hampir. Jika ia tidak berlaku tahun 2013 ini, maka kita harus menanti kebangkitan itu berpuluh-puluh tahun lagi lamanya nanti....

WAllahu Ta'ala A'lam Bissawab.

Sekian.
\

6 comments:

  1. Entry kali ini nmpk sgt bangang..promosi revolusi bangang..akibat percampuran dgn puak2 bangang..kawan la lg dgn raja langkasuka tu..aku tgk die pn naik menyampah..aku test akidah die nnt bru tahu..samada wahabi kah, syiah kah, atau slh satu dr 72 puak yg sesat tu..klu wahabi, sama mcm nik aziz..klu syiah, sama mcm mat sabu..kiraan nama menggunakn huruf hijayyah pn slah..blajar kitab tajul muluk..

    ReplyDelete
  2. hahahah...bangang,,bodoh berkali ganda punya entry...wei mangkok,,xde sape nak percaya cakap kau la bradokapak...cerita macam kau boleh melihat kebenaran pulak...kau xde ilmu malainkan meneka-neka saje...bodoh!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih brado kapak...entry yang memberi perspektif baru dalam pandangan..bukan melihat dengan mata kasar..tapi dengan mata hati dan pemikiran yang lebih luas....yang tak nampak akan menghambur kata hina, yang mengkaji akan nampak kesahihannya...teruskan usaha membuka minda yang terus tertutup,diprogram dengan mind control tanpa mereke sedari....

    ReplyDelete
  4. Smakin banyak engkau menulis semakin jelas kebodohan engkau. Ternyata engakau terlalu keanak-anakan yg mudah utk dilubang kunyitkan. Engkau yg berakidah taklid , ikut buta-buta hanyut dalam arus nafsu memadamkan segalam kematangan dalam beragama dan bernegara.
    Taksub kpd sesuatu yg pelik dan tidak indah kepada perkara realiti. Jelas engkau ibarat orang hanyut dilautan yg akan akan bepaut pada apa saja walaupun pautan itu adalah seekor jerung yg menggila.
    Jangan lah kamu tulis sesuatu yg tidak fahami,belajarlah secara bertallaqqi bukan ikut sesedap hati.

    ReplyDelete
  5. As salam BK. Nak tanya skit, kenapa fb RN dah takda? Dah deactivated ka? Kalau masih ada, boleh BK bg link utk fb original RN? Byk sgt dh faked fb RN. Tolong ya kalau ada.

    ReplyDelete
  6. Hari ini apa yg bradokapak tuliskan dlm entry pru13, ilmu falak dan agenda freemason da jadi satu kenyataan..bn menang..cara menipu..dan disogokkan pula dgn isu perkauman hnya kerana tidak mendapat undi kaum cina..mmg pelik..kerajaan minoriti 46%..jd pemerintah..dan dimomokkan pula dgn isu pemalsuan mykad utk warga asing dan sebagainya..termasuk penipuan spr..skng ini di sogokkan pula dgn bantahan dijalanraya..Allahuakbar..smoga kita diselamatkan Allah swt..

    ReplyDelete