Pentingkan Diri Sendiri

Google

Pentingkan Diri Sendiri


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bila saya menonton rancangan Tanyala Ustaz, saya teringat akan pengalaman yang diceritakan oleh orang yang telah mengalami masalah kerana sikap segelintir manusia yang mementingkan diri sendiri. Mereka tidak rasa bersalah kerana telah menganiayai orang lain oleh sikap mereka ni.

1. Susah nak cari orang yang tidak mementingkan diri sendiri sekarang ni terutamanya jika keluar dari rumah. Bila kita ada urusan yang perlu dilakukan dengan segera, kita tak akan peduli atau kisah apa-apa pun di sekelilng kita. 

2. Kalau kita pandu kereta, kita akan bersikap, bujur lalu melintang patah. Kita akan rembat je, janji sampai tepat pada masanya untuk berurusan. Kalau ada binatang waima manusia sekalipun yang menghalang, kita akan tempohinya dengan berani. Bila dah berlaku kemalangan, barulah nak menyesal dan insaf.

3. Daripada nak cepat, terus jadi lambat sebab terpaksa berurusan dengan pihak berkuasa pulak. Akhirnya, kalau nasib tak baik, duduklah tongkat dagu di dalam penjara sebab dah buat kesalahan lalu lintas.

4. Biasanya kalau kita sampai di simpang yang ada lampu isyarat, kalau kita yang depan sekali, kita akan relaks. Tak pernah nak fikir orang di belakang. Bila lampu dah hijau baru nak masuk gear.

5. Lepas tu terhegeh-hegeh baru nak jalan. Pemandu yang kat belakang kena tunggu satu round lagi, baru boleh bergerak. Kita tak fikir orang di belakang kita tu ada kecemasan ke atau ada hal. Janji kita lepas. Tapi kalau kita kat belakang, kita akan menyumpah pemandu yang depan sebab bawak kereta macam tonggang kura-kura.

6. Pihak yang pasang lampu trafik ni pun satu hal jugak. Depa main suka-suka ikut masa depa ke  atau untuk membantu kenderaan bergerak lebih lancar? Kat tempat saya tu, hanya satu kenderaan saja yang lepas kalau sampai kat satu simpang. Kalau terhegeh-hegeh, jawabnya tunggu lima minit lagi lagilah baru lampu hijau menyala semula.

7. Bab parkir kereta ni, lagi sakit hati kita dibuatnya bila ada pemandu yang jadi macam setan walaupun dia tu ada ilmu Islam. Kalau parkir kenderaan, macam jalanraya tu hak mutlak dia.

8. Kalau buat bisnes, ajak kita jadi rakan kongsi dia. Bila dapat keuntungan, dia mesti dapat lebih. Dia lupa sebelum tu, bukan main lagi dia berjanji. Siap ada akad jual beli. Tapi dapat habuan, mulalah rasa rugi nak bagi dan kongsi dengan orang lain. Dia rasa dia seorang saja yang berjasa. Dia dah mula tamak dan gelap mata dan mula jadi kapitalis.

9. Kalau bekerja dengan bos, dia saja yang nak bodek bos. Kalau kita dipuji bos, dia akan pastikan kerja kita setanding dengan kerja dia sedangkan kita yang buat arahan dia tu. Itulah namanya, lembu punya susu, sapi dapat nama.

10. Kalau bergaul dalam masyarakat, depa saja yang nak menonjol. Cakap dia mesti kene ikut, kalau tak, dia akan cari pasal dengan kita.

11. Kalau kita buat majlis keramaian atau kenduri kendara, bila bab makan, dia tak kira orang. Dia akan berebut-rebut nak jamu diri dia dulu. Habis ditolaknya kita. Kadang-kadang dia lupa dia tu ada gelaran, Datuk dan Datin. Janji dia dapat habuan dia dulu.

12. Orang yang mementingkan diri sendiri ni memang tak ikut Sunnah Rasulallah. Rasulullah S.A.W sentiasa ingat tanggungjawab Baginda kepada orang lain. Jadi, orang yang pentingkan diri sendiri layak ke masuk Syurga? 

13. Orang macam ni bila Allah uji, biasanya dia lupa diri. Macam Firaun yang diberi Allah nikmat- Nya. Bila dah nyawa dah sampai di kerongkong, barulah nak mengaku dia tu makhluk, bukan tuhan.

14. Ada orang kata, zaman sekarang ni, susah nak percayai orang. Orang yang ada kaitan dengan kita seperti ahli keluarga, dan sahabat handai pun tak boleh dipercayai kerana masing-masing mementingkan diri sendiri. Kalau ada kepentingan diri, barulah dia buat baik dengan kita.

15. Orang sekarang kata tiada yang percuma di dunia ni, semuanya perlu dibayar! Itulah sikap mementingkan diri sendiri. 

Jadi, fikir-fikirkanlah!

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Penting diri juga mampu mengakibatkan merugikan diri. Hati-hati dengan sikap sendiri.

Sekian, wassalam.  

2 comments:

  1. Sesat...jauh...terpesong..tahu tapi xmahu..mahu tapi xnak...alpaa..mcm mna nak didik diri semula kembali ke landasan yg betul?sedih dgn diri ni...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Bradokapak . terima kasih atas entri yang best ni . buat peringatan untuk diri . in shaa Allah .

    ReplyDelete