PERUBAHAN FENOMENA DUNIA, ANGKARA SIAPA DAN SIAPA MELAWAN TUHAN?

Google

PERUBAHAN FENOMENA DUNIA, ANGKARA SIAPA DAN SIAPA MELAWAN TUHAN? Bhg 1

Assalammualaikum

KENAPA MANUSIA SERING MEMBUAT SESUATU UNTUK MELAWAN TUHAN ATAU MELAWAN HUKUM ALAM?

Manusia ni sepatutnya perlu harmoni dari segi roh, jasad, akal dan nafsunya. Tetapi biasanya manusia ni lebih mementingkan nafsu daripada pilihan yang lain. Bila nak berkuasa, mereka akan berusaha  sampai berjaya.

Pada zaman yang nak hampir kiamat ni, manusia semakin ramai. Mereka perlukan keperluan asas. Untuk memenuhi keperluan ini, ada yang ambil peluang untuk mencari kekayaan dan kekuasaan. Orang yang kaya saja yang akan berkuasa.

Manusia yang serba kekurangan jangan mimpi untuk mencapai kejayaan atau dapat kekayaan kecuali dengan ilmu. Firaun rasa dia hebat kerana dia tak buang air besar selama 40 hari. Bila dah berkuasa, lupalah diri sebab ingat dirinya lebih berkuasa daripada orang lain. Sekarang pun, ramai pemimpin dunia ni berperangai macam Firaun. 

Mereka rasa duit dan harta boleh mengukuhkan kedudukan mereka. Dulu, kalau nak jadi pemimpin sesebuah negara, seseorang itu perlu berwibawa dan membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin. Tetapi sekarang ni, sesiapa nak jadi pemimpin, dia perlu kaya, banyak harta dan berpengaruh.

Kalau tak kaya, macam mana nak bayar macai-macai dan penyokong-penyokongnya? Seperti firman Allah SWT yang nyatakan di dalam al-Quran, manusia ni bila senang, dia ingat itu semua adalah atas usahanya sendiri. Jadi mereka mula buat perkara yang mungkar. 

Bila dah nampak bala bencana nak menimpa di atas mereka, barulah nak insaf. Cuba kita tengok letupan loji nuklear di Eropah dan di Jepun. Kenapa jadi macam tu? Mula-mula kata tenaga tu kononnya untuk kegunaan penduduknya yang terlalu padat, tapi akhirnya rakyatnya menderita disebabkan letupan di lojinya. Bukan negara tu saja yang terima bahananya, justeru, negara berhampiran pun terkena impaknya juga.

Negara-negara yang gila kuasa, akan menggunakan apa saja yang boleh dilakukan untuk menakluki negara yang dianggap berharga bagi mereka.dalam sumber aslinya atau bagi kepentingan politik. Pemimpin-pemimpinnya sanggup menggunakan apa saja kaedah atau senjata sama ada berbahaya tanpa memikirkan ancamannya kepada manusia yang tidak berdosa. 

Penggunaan rumah hijau telah membocorkan lapisan ozon dan boleh memudaratkan hidupan di bumi ini. Penggunaan pendingin hawa merupakan salah satu penyebab lapisan ozon. Manusia ni jadi tamak bila dah nampakkeuntungan di depan mata. Mereka melakukan segala yang boleh sehingga nak mencabar kuasa Allah, Pencipta alam semesta ini. 

Pada suatu ketika dulu  Amerika Syarikat telah menghantar kapal angkasa yang dinamakan The Challenger. Kapal angkasa tu tak sempat nak pergi jauh kerana telah meletup semasa dilancarkan. Itulah natijahnya kalau nak cabar kuasa tuhan.

Fenomena alam yang tak menentu ni pun adalah disebabkan kerakusan manusia yang gilakan pembangunan dengan merosakkan alam sekitar . Kutub utara dan selatan pun dah cair disebabkan kepanasan global disebabkan sikap manusia yang merosakkan alam sekitar sehingga gunung yang jadi pasak bumi  pun habis diratakan.

Manusia ni suka cabar kuasa AllahSWT disebabkan mereka rasa ujub (terasa diri tu hebat). Banyak kali Allah berfirman di dalam al-Quran tentang sifat manusia ini. Mereka akan lupa daratan dan merasakan tak ada siapa yang tolong mereka selepas mereka melepasi kesusahan mereka. Sebab tulah kita kita kena beristigfar sekurang-kurangnya 70 kai selepas solat. Kita tak tak tahu kadang-kadang kita telah kufur nikmat yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita. 

Ingatlah, kesenangan itu adalah satu ujian bagi manusia. Jadi, jaga-jaga, ada kuasa yang memerhatikan kita sebagai makhluknya.

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Jangan mudah merasa riak atas sesuatu perkara kerana kamu amatlah kecil pada mata Allah dan Rasul-Nya.

Sekian  wassalam.  


No comments:

Post a Comment