Pelaburan


Pelaburan.

Saya suka melabur. Walaupun pelaburan saya tak lah seberapa asalkan pelaburan itu ada keuntungan. Tak kisahlah keuntungan dia besar ke kecil ke atau berpanjangan ke atau tidak berpanjangan. Yang penting, asal perkara itu dikira sebagai pelaburan, aku akan cuba untuk buat selagi ia tidak bercanggah dengan idealogi aku sendiri.

Cerita dia macam ni...

1. Aku pergi ke poslaju ambil cokelat pepero dua kotak yang kawan poslaju kat aku. Lepas ambil, aku buka bungkusan dan beri satu kotak kat seorang adik perempuan yg tengah bermasam muka.

Kat situ aku dah bantu kawan aku tadi utk buat pelaburan akhirat. Dia dapat pahala beri hadiah kat aku, dan aku gandakan pahala dia dengan beri satu bahagian lagi kepada org lain. Jadi, dlm masa yang sama aku menumpang pelaburan akhirat dia disitu.

2. Aku pergi PD. Aku jumpa seorang kawan... borak-borak dengan dia. Dia cerita masalah dia nak kawen tapi hajat tak kesampaian sebab blm ada kerja. Aku kata kat dia, kau nak kawen betul2 ke main2? Dia kata betul. Aku tanya pasal kemampuan. Dia kata dia mampu kalau ada kerja, tapi yg jadi masalah dia tak dpt2 kerja.

Aku kata kat dia, kau kena mula meniaga. Mula dengan modal kecil. RM 100. Boleh meniaga punya... dengan modal kecil, kalau buat cara dropship, kau deal dengan peniaga lain dan customer, kau boleh kembangkan RM 100 tu jadi RM 1000 dalam masa 15 hari kalau bersungguh.

Yang jadi masalah, dia tanya aku mana nak dapat RM 100 tu. Sedangkan sekarang nak hisap rokok pun beli John je. Aku cadangkan kat dia, kau pinjam je dengan keluarga yang berkerjaya. Pinjam RM100, tapi jgn beli rokok. Buat modal meniaga online. Topup broadband dan cari prospek dengan cari produk. Kemudian jualkan... Muka dia agak kecewa time tu.

Masa nak balik dari PD, aku sempat hulur kat dia RM 100. Aku kata, jangan guna utk benda yang tak sepatutnya. Ini untuk modal meniaga kau. Biar kecil, kemudian nanti jadi besar. Aku tak nak dengar cerita apa2 dr kau, cuma kau nak tgk kau buat dlu apa yg aku ajarkan. Nnt ada masalah cari aku.

====================

Yang pertama tadi pelaburan akhirat. Ianya tak berpanjangan. Sebab, kalau adik kecil tu makan sorang-sorang cekelat tu tadi, maka pahala aku setakat pada adik tu sahaja. Cuma pahala kepada kawan aku tadi, berpanjangan sedikit sbb drpd dpt pahala hadiahkan aku cekelat, dia expand jadi besar sikit sbb aku pun hadiahkan blk kat org lain. Cuma menariknya pelaburan jenis ini, aku tak perlu keluar modal. Aku cuma pergunakan modal orang lain dan aku expandkannya.

Yang kedua tu pula pelaburan duniawi. Ianya lebih berpanjangan. Sebabnya, aku keluarkan sedikit pendapatan aku dan beri kepada orang yang boleh berjaya cuma belum tahu erti kejayaan.... Andai kata dia betul-betul laksanakan apa yang aku ajarkan, dan dia berjaya. Satu pelaburan besar. Aku dapat pahala dan dalam masa yang sama, aku yakin dia takkan lupakan apa yang aku ajarkan dan akan belanja aku ikan bakar pula nnt.

Letak lah yang dia berjaya dalam masa satu tahun.

Tahun kedua, aku yakin mesti ada ramai org yg tidak berjaya yg dia temui. Andaikata dia ajar seorang drpd ramai tersebut, dan yg seorang itu pun berjaya lebih drpd dia. Disitu saham akhirat aku dah pun di expand. Aku ajar dia utk berjaya, dia pun amalkan sehingga berjaya. Kemudian dia ajarkan pula orang lain. Dan begitulah seterusnya. Aku cuma duduk goyang kaki di rumah mengira keuntungan duniawi dan ukhrawi.

Ini soal keuntungan.

Siapa kata hanya untung akhirat sahaja yang penting?

Itu sebenarnya salah.

Sebabnya, kita masih hidup di dunia. Jadi, setiap keuntungan duniawi, kalau kita bijak menggunakannya ia boleh menjadi bekal kita diakhirat kelak.

Pelaburan ini macam sebuah rantai. Macam orang yang ikut program Multilevel Marketing (MLM). Cuma bezanya, adakah kita bijak mempergunakannya atau kita yang dipergunakan??

Ramai orang yang join MLM tapi mereka gagal. Kerana mereka adalah rantaian yang terakhir dan mereka tidak tahu bagaimana mahu menyambungkannya. Aku pun pernah join MLM. Sebut sahaja produk seperti monavie, score A dan seangkatan dengannya. Sudah beribu aku habis. Aku gagal.

Tapi kegagalan aku tak tersekat disitu.

Aku belajar menyambungkan chain itu tadi. Aku cuba bina MLM aku sendiri. Bukan satu produk yang dah aku jayakan. Bukan seorang yang dah berjaya duduk dibawah aku. Aku belajar dari pengkhianatan orang. Aku belajar dari penipuan orang. Aku belajar dari jatuh terhempas.... aku bangkit perlahan-lahan.

Ambil pengajaran daripada orang kaya-kaya yang lain. Ambil cabaran untuk diri sendiri. Letakkan matlamat dan sasaran. Aku pun membina langkah. Disaat aku hampir berjaya, aku tarik tangan rakan-rakan aku untuk berjaya bersama.

Alhamdulillah.....

Sekarang masa untuk menuai hasil.

Cumanya, aku mahu kembangkan lagi tuaian ini. Agar diakhirat sana aku ada extra pahala untuk cover-up dosa-dosa yang pernah aku buat dari kecil.

Aku juga mahu bantu orang-orang sekeliling aku berjaya sedikit demi sedikit.

Korang ada produk?

Ada perniagaan?

Ada company?

Mana-mana yang rasa menarik... boleh cadangkan kepada aku. PM inbox segera.

Aku bantu untuk pelaburan.

Sistem aku mudah.

"I help you, you help me."

Biarlah orang nak kata aku tak ikhlas. Itu memang sistem aku. Buat apa aku tolong orang ikhlas tapi orang yang aku tolong itu tak mahu pun tolong aku nanti bila aku susah. Itu namanya pelaburan yang merugikan.

Aku bina pelaburan mahu untung. Bukan mahu rugi.

Biarlah orang kata aku gila dunia.

Tapi jangan lupa, kita memang masih hidup di dunia. Pelaburan yang merugikan itu sama seperti orang yang mandul.

Orang yang mandul itu bukan orang yang tak ada anak.

Tapi,

orang yang ada anak tetapi anaknya langsung tidak membawa manfaat kepadanya.

Tidak tahu mendoakan kedua orangtuanya. Tidak tahu berbakti, malah menyakiti.

Kita tidak mahu pelaburan merugikan seperti ini.

Biarlah tidak ada untung langsung diakhirat, asalkan ada sedikit untung didunia. Jangan langsung tiada untung di dunia dan diakhirat. Kerana itu lebih merugi!

Tetapi lebih baik jika untung dua-dua sekali. Macam yang aku cerita awal-awal di atas sana.

Kau mulakan dengan mengeluarkan modal sedikit. Kau dapat untung dua-dua sekali!

Sekarang, anda mahu untung atau rugi?

#Sembangkencang

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

9 comments:

  1. Apa email brado kapak? Saya mahu pm. Tq.
    E-mail : syazwanstarwars@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Bro...aku berminat pasal ko cerita modal RM100 tu dan aku nak tau cara dier sangat macm maner..minta guideline bole? emel kat aku zulfadlhi@gmail.com

    ReplyDelete
  3. salam.brado kapak.join bisnes dengan saya la dalam bidang hartanah dan perbankan.modal yang diperlukan;-Masa ini email saya aliffaizzat@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Assalam bro empunya diri... saya ada produk yang boleh share dengan awk... aeryz.3302@gmail.com

    ReplyDelete
  5. salam bro n semua...sy ada bisnes yg menarik..pulangan mmg berbalui walaupun tak lama tapi mmg dapat modal + untung..jika kita modal 5k, setiap bulan akan dapat rm500 selama 18bulan..jika modal lebih, lebih la yang akan kita dapat..mmg boleh dipercayai..boleh call saya 019-2118868

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. mungkin ble kongsi ilmu cam ner nak start berniaga dengan modal kecil.... mohdrosmainie@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Macam mane nak berniaga online..

    ReplyDelete
  9. Macam mane nak berniaga online..

    ReplyDelete