GURU SEBAGAI LILIN (BAHAGIAN 1)

Google

GURU SEBAGAI LILIN (BAHAGIAN 1)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bagaimana keadaan anda semua? Semoga kita dirahmati Allah S.W.T. sentiasa, Insya Allah.

Saya nak bercerita tentang pengalaman seorang guru yang telah berkecimpong dalam bidang perguruan selama lebih daripada tiga puluh tahun sebelum beliau bersara. 

Banyak pengalaman yang telah dilaluinya sama ada manis dan pahit, masin atau kelat semuanya telah dirasai oleh beliau. Mungkin boleh dijadikan panduan dan tauladan terutama nya untuk anda yang baru menjawat jawatan sebagai guru.

Cik Mah ni terpilih menjadi guru pelatih di sebuah maktab perguruan di selatan tanah air. Masa mula-mula dia masuk ke maktab tu, dia tak berapa faham apa yang sampaikan oleh pensyarahnya kerana dia dari aliran Bahasa Inggeris.

Jadi, bila dia kena dengar syarahan Matematik dalam Bahasa Melayu, dia kurang faham apa yang dikatakan oleh para pensyarah. Dia mula pening kepala kene belajar istilah dalam Bahasa Melayu. Kemudian dia dapat idea. 

Dia terjemahkan apa-apa saja dipelajarinya dalam kuliah kepada Bahasa Inggeris. Sejak dia buat terjemahan macam tu, barulah dia boleh menerima apa yang disampaikan oleh para pensyarahnya. Bayangkan orang Melayu tak faham istilah dalam Bahasa Melayu.

Masa praktikal tahun pertama, dia ditugaskan di P.K. sebuah bandar kecil. Di situ dia tinggal dengan keluarga angkat. Keluarga angkat ni ingat guru pelatih banyak duit. Depa berkira bila caj sewa termasuk makan sekali. 

Tak tahan dengan perangai keluarga ni, dia cari keluarga angkat lain iaitu kenalan kakaknya. Tahun kedua praktikalnya di tempat tinggal sendiri, jadi tak ada masalah kerana tinggal dengan keluarga. Mula-mula mengajar tu, dapat sekolah yang muridnya semuanya lelaki. Dia mengajar Kelas Peralihan. Nak cari Melayu pun susah, apatah lagi murid India. Hampir 95% murid Cina. Budak-budak Cina ni memang tak tahu bahasa. 

Kalau waktu akhir ajar Matematik, jangan harap depa nak dengar. Bila dengar je bunyi loceng, semua dah jadi anak kambing nak keluar kandang. Bujur lalu melintang patah. Kalau cikgu kat muka pintu, nasib tak baik habis diredahnya kerana semuanya dah gian nak balik rumah. 

Kadang-kadang dibawanya gambar separuh...tut!!! Kita ajar kat depan, dia dok tersengeh-sengeh tengok gambar tak senonoh di belakang. Kalau yang nak mengurat kita tu, jangan cerita lagi! Maklumlah guru perempuan walau tak cantik pun diminati kerana a few flowers only among the torns.

Ramai yang nak jadi samseng dah suka bergaduh. Bila bawa ke Bilik Guru, mereka akan jadi bahan sepakan guru di situ. Kawan Cik Mah ajar macam mana nak sepak (tampar) muka budak yang kurang ajar. Tapi budak-budak tu selamba badak buat tak tahu je. Agaknya kebal dengan sepakan guru lelaki. 

Cikgu lelaki pulak ada yang miang semacam walaupun dah beristeri. Cik Mah naik takut nak masuk bilik guru kalau ada cikgu miang keladi di dalamnya. Kadang-kadang cakap tak macam seorang pendidik, tapi macam per... bersiri pulak! Pernah sekali seorang murid keluarkan pisau kecil semasa bergaduh waktu peperiksaan. Cik Mah panik lalu keluar dari kelas mencari guru lelaki. Bila pergaduhan tu dileraikan, Cik Mah ditegur oleh seorang guru. 

Dia kata, kalau apa nak jadi pun, cikgu tak boleh keluar dari kelas, sebab cikgu akan jadi saksi kejadian itu. Kalau cikgu keluar dari kelas bermakna cikgu lari dari tanggungjawab. Terlopong mulut Cik Mah mendengarnya. 

Masa di maktab, pensyarahnya dah berpesan dulu, jangan ingat ilmu yang kita pelajari di kuliah tu boleh diaplikasikan di dalam situasi yang sebenarnya. Teori dan praktikal tak semestinya sama.  Itulah pengalaman pertama Cik Mah mengajar di sekolah.

Setakat ni dulu. Nanti saya sambung lagi cerita Cik mah ni secara bersiri.

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Macam-macam hal je zaman sekarang ni. Kena pandai jaga diri terutamanya perempuan bila berada di tempat orang,

Sekian, jumpa lagi. Wassalam.               


No comments:

Post a Comment