Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji-Pujian Hanya Bagi Allah SWT Tuhan Semesta Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta Para Sahabat dan Ahlul Bait Baginda, para Tabi', Tabi'in, dan Para Ulama' Pewaris Nabi SAW dari awal hingga akhir. Salam ke atas Sidi Syeikh Ibnu 'Athoillah As-Sukandari QS. Salam kepada Cg Azhar Ali. Al-Fatihah...
Artikel ini adalah kesinambungan kepada artikel Quantum Ikhlas dan juga sambungan bagi artikel Mencari Zarah dan Mencari Zarah 2. Kesemua artikel ini diletakkan dibawah katagori Fizik Quantum. Artikel ini dan kesemua artikel sebelumnya adalah buah fikir dari Cg Azhar Ali. Semoga Allah SWT meRahmati Cg Azhar Ali. Bacalah artikel dengan hati yang terbuka. Dalam Ramadhan yang bakal tiba ini, adaptasi lah akan perihal Frekuensi Ikhlas ini dalam kehidupan kita dan dalam beramal. Semoga ia bermanfaat buat kita semua. Semoga Ramadhan kali ini dapat dipenuhi dengan amalan yang didalamnya beserta Frekuensi Ikhlas itu. Insya Allah...
Persiapkanlah diri kita dalam menempuh Ramadhan Al-Mubarak dari segala aspek...
FREKUENSI IKHLAS
Teringat satu hadis Rasulullah SAW yang sekira-kira bunyinya begini:
[Update dari saudara Zaidi #Ralat! Pembetulan! Hadis yang sebelum ini adalah palsu, dan ini adalah hadis yang Haq (Hadis yang benar)] Dari Abu Huraira: Nabi s.a.w. bersabda, "Seorang LELAKI berasa amat haus, sedang dlm perjalanan beliau jumpa perigi. Dia masuk ke dalam perigi menghilangkan hausnya lalu keluar. Dia nampak anjing kehausan sedang menjilat lumpur. Dia berkata dlm hati, 'Anjing ini kehausan spt aku tadi!". Maka, dia turun ke perigi semula dan mengisi kasutnya dgn air dan memberi anjing minum. ALLAH syukuri perbuatan baiknya lalu diampuni dosanya.". Para sahabat bertanya, "Hai Nabi ALLAH! Adakah ganjaran untuk mengasihani haiwan?" Nabi bersabda: "Ya, ada ganjaran untuk melayani setiap jenis haiwan." (HR Bukhary, Kitab #43, Hadith #646)
Bagaimana mahu menjawab persoalan ini? Adakah Rasulullah SAW bermain kata-kata? Sama sekali tidak! Sebaliknya dicelahan gurisan kata-kata Baginda itu tersembunyi rahsia perkiraan matematik yang sangat unggul hingga sahaja seorang pelacur masih boleh menghuni syurga dan menjadi ahlinya sekalipun sepanjang hidupnya bergelumang dengan 'kerjanya' itu.
Saya mahu anda semua meletakkan mata fikir dalam kolam akal budi secara dalam-dalam. Premis satu peristiwa tidak mampu diukur dengan akal lendir tetapi akal lendir juga mengabsahkan sesuatu perkara milikNya sebagai suatu perbuatan dalam Radar Ilahi yang sangat tinggi julat keabsahannya.
-------------------------------------------------
Kembali kepada peristiwa sang pelacur, anjing dan Syurga...
Mari kita kira mengira...
10/10 = 1.
10/100 = 1/10.
10/1000 = 1/100.
10/bilangan tak berhingga = 0.
1000000/ bilangan tak berhingga = 0.
Berapa saja ditambah apa saja dibagi sesuatu tak berhingga sama dengan 0.
Maka : Dosa dibagi sesuatu tak berhingga sama dengan 0.
Tidaklah mustahil SATU KEBAIKAN MEMASUKI PERKIRAAN RADAR ILAHI YANG TIDAK TERHINGGA sehingga kiraannya akan menjadi sebegini:
1 x bilangan tak berhingga = bilangan tak terhingga. 1/2 x bilangan tak terhingga = bilangan tak terhingga. 1 zarah x bilangan tak terhingga = tak terhingga.
Perlu diingat bahwa Allah adalah Maha TakTerhingga. Sehingga, sang wanita walaupun hanya 1 zarah jasanya, terhadap seekor anjing saja sekali pun saat melakukan jasanya itu telah memasuki WILAYAH IKHLAS DENGAN FREKUENSI YANG TIDAK MAMPU DIUKUR DAN TERAKAM HANYA DALAM RADAR ILAHI Yang Maha Besar, mengikut sertakan Yang Maha Besar dalam gerakkannya, maka hasil dari gerakkannya itu menghasilkan ibadat paling besar, yang langsung bila dihadapkan pada dosanya yang banyak, maka pada saat itu pula dosanya hancur berkeping keping.
Hal ini dijelaskan sebagai berikut: (1 zarah x tak berhingga)/dosa = tak berhingga.
Bagaimana ia dapat hubungan dengan ILahi?
Jawapannya: DENGAN MENDAPATKAN FREKUENSINYA!!!! Tanpa mendapatkan frekuensinya tidak mungkin ada 'TOUCHING' dengan Tuhan. Lihat saja, walaupun 1mm jaraknya dari sebuah AERIAL radio, kita letakkan radio kita dengan frekuensi yang tidak sama, radio kita tidak akan mengeluarkan suara. Begitu juga, walaupun Tuhan dikabarkan berada lebih dekat dari kedua urat leher kita, tidak mungkin 'touching' dengan alam rasa dan alam tanpa rasa jika frekuensinya tidak sama.
Sama - samalah kita mencari gerak dalam radar Ilahi. Dan sama-samalah kita capai FREKUENSI IKHLAS itu. InsyaAllah…
*Ini adalah intipati perbahasan antara seorang pemimpin tarekat dengan seorang pembesar Negara beberapa ketika lalu.
Sekian dahulu untuk kali ini. Selamat mempersiapkan diri dalam menghadapi Ramadhan Al-Mubarak. Persiapkan juga Frekuensi Ikhlas untuk kita beramal sepanjang Ramadhan ini. Insya Allah.
WAllahua'lam.
Wassalam.
Kredit buat Cikgu Azhar Ali, Isnin, 10 Julai 2010, 11:52pm.
Ya Allah, Berkatilah kami dalam Bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.
Ya Allah, Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada Ramadhan yang telah lalu, dan sampaikanlah kami hingga Ramadhan yang akan datang.
Catatan Orang Gombak, 1.03am, 6 Ogos 2010.
Salam.
ReplyDeleteMenarik entri ini. Tetapi hadith tsb berbeza sikit dgn ini:
Dari Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: Seekor anjing sedang mengelilingi perigi kerana kehausan yang boleh membawa mati. Tiba-tiba seorang pelacur di kalangan pelacur2 Bani Israil melihat anjing tsbt lalu mengisi air dalam kasutnya untuk beri minum anjing itu. Kerana ini pelacur itu diampuni dosanya.(HR Muslim, Kitab #026, Hadith #5579)
Komen saya: Hadith di atas PALSU karangan Israiliyyat supaya orang Islam terus buat maksiat zina sambil memgimbangi dengan pahala. Zina itu haram, Nabi takkan bersabda sedemikian.
Hadith yg hak (sebenar):
Dari Abu Huraira: Nabi s.a.w. bersabda, "Seorang LELAKI berasa amat haus, sedang dlm perjalanan beliau jumpa perigi. Dia masuk ke dalam perigi menghilangkan hausnya lalu keluar. Dia nampak anjing kehausan sedang menjilat lumpur. Dia berkata dlm hati, 'Anjing ini kehausan spt aku tadi!". Maka, dia turun ke perigi semula dan mengisi kasutnya dgn air dan memberi anjing minum. ALLAH syukuri perbuatan baiknya lalu diampuni dosanya.". Para sahabat bertanya, "Hai Nabi ALLAH! Adakah ganjaran untuk mengasihani haiwan?" Nabi bersabda: "Ya, ada ganjaran untuk melayani setiap jenis haiwan." (HR Bukhary, Kitab #43, Hadith #646)
Infinity ialah konsep tidak terkira, bukan ia digit yg bernilai. 10 kg gula / infinity semut. Setiap ekor semut akan dapat bahagiannya 'infinitestimal small' menghampiri '0', tetapi bukanlah '0'. Sebenarnya infinity boleh dikira oleh ALLAH Yang Maha Menghitung, cuma manusia yg tidak mampu mengira.
Infinity Maaf dari saya kerana menegur pasal hadith palsu. Kalau tak tegur, nanti Tuhan Maha Murka pula kpd saya. Semoga tuan maafkan saya.
terima kasih kepada saudara zaidi / saya terima teguran atas hadis palsu itu / kebenaran itu harus diterima ....
ReplyDeletekisah diatas adalah dinukilkan hasil dari pertanyaan Bung Karno (Sukarno) dengan seorang pembawa tarikat Naqsyabandiah Sumatera Prof Kadirun Yahya / kisah anjing dan pelacur itu ditanyakan oleh Bung Karno lalu dijawab santai oleh Prof Kadirun / lalu terjadilah dialog yang sebegitu / maklumat awal yang Bung Karno terima (sama spt saya terima sebelum saudara betulkan tentang hadis tu ) : maka jawaban seorang ulamak sekaliogus prof itu ada sedikit menjamah akal budi lalu menerbitkan riak fikir / -
moga semua kita mengambil iktibar kebaikan darinya (dapat sedikitpun tak pe ) / dan jangan sedsekali berfikir bahawa kerja pelacur itu adalah dipandang ringan oleh agama...
terima kasih saudara
Salam kepada semua,
ReplyDeletekpd Saudara Zaidi,
Terima kasih atas input daripada saudara, terima kasih juga atas teguran dan pembetulan daripada saudara. Saya telahpun menukarkan ttg hadis tersebut. Terima kasih sekali lg atas input saudara. Kami disini menghargainya... :)
kpd Cg Azhar,
Terima kasih kpd cg atas input, pembetulan telah saya buat berdasarkan hadis yg dipaparkan oleh saudara zaidi. Cg, teruskan mencurah ilmu mu, jgn dikira penat lelah, tapi carilah keRedhoan Allah dalam mencurahkan ilmu itu. :)
Salam Ramadhan Al-Mubarak daripada kami disini kpd saudara Zaidi, Cg Azhar dan sekalian para pembaca setia kami... :)
Allahua'lam.
Al-Hamd'iLLAH, Maha Terpuji ALLAH.
ReplyDeleteAlhamduliLLAH, segala puji milik ALLAH.
Salam [Cg Azhar & Bradokapak]
Terlupa sebut Pengajaran hadith:
1) Walau se-"infinitestimal" (tak terkira kecil nilainya, sebesar biji sawi, sebesar atom) mana pun amal kebaikan ianya tetap dinilai di sisi Tuhan.
2) Anjing adalah haiwan yg dipandang jijik oleh kebanyakan orang Islam malah dianggap najis oleh pakar2 hukum. Namun kita lupa bhw anjing juga adalah makhluk ciptaan Maha Suci ALLAH dan setiap yang diciptakan Tuhan Yang Maha Suci adalah suci bagi-NYA, walaupun manusia melihatnya jijik.
3) ALLAH mensyukuri hamba-NYA yang mahu mensyukuri makhluk2 ciptaan-NYA walaupun ia selemah anjing kehausan yg tiada upaya.
Semoga ALLAH-Hu Al-Ghafuur-Asy-Syakuur; Asy-Syakiir-Al-Rahiim; mensyukuri tuan-tuan berdua dan seluruh manusia yang beriman.
salam:
ReplyDeleteBK / terima kasih - tiada istilah penat dalam perjuangan insyaAllah / minta Dia kuatkan kita ( Ya Allah gagahilah aku dengan kegagahanMu ) / hidup sangat indah jika ada saling isi mengisi...semua menuju kepada keredaaanNya semata....insyaAllah
selama ini saya selalu juga dengar org suka quote'lagikan pelacur pun boleh masuk surga hanya dgn bagi anjing minum' utk menunjukkan betapa pengampunnya Allah....tak tahu rupanya hadis palsu
ReplyDeletesaya rasa ramai diluar sana yg tak mengetahui akan hal ini
Pelacur yang "dipaksa" dan "terpaksa" boleh masuk syurga, misalnya yg diugut/didera bapak ayam dalam perhambaan seks. Sedangkan wanita tersebut tidak rela. Dalilnya:
ReplyDelete"Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri mengingini kesucian, kerana kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barang siapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya ALLAH adalah Maha Pengampun (di atas) Maha Penyayang (terhadap wanita-wanita yg diperhambakan) sesudah mereka dipaksa (paksaan melacur).
(QS. An-Nuur 24:33)
Begitulah kekuatan Asma ALLAH: Al-'Affur-ur Raaheem (Maha Pengampun di atas Maha Penyayang)
غَفُورٌ رَحِيمٌ
Sesiapa yang ada banyak duit, bebaskanlah hamba perempuan-perempuan lacur yg dipaksa. Zaman sekarang pun masih ada hamba...kita saja terlepas pandang. ALLAH...Maha Memandang.
masih lagi cuba nak faham post atas ni hurmm...
ReplyDelete