Koleksi Khas Ucapan Hari Raya




Salam semua. Bertemu kembali. Seiring Ramadhan yang bakal berlalu pergi, kedatangan Aidil Fitri sudah pasti ditunggu-tunggu. Sempena Aidil Fitri yang bakal tiba ini, hamba ingin berkongsi sepatah dua madah bicara untuk tatapan semua pembaca. Ucapan yang hamba kongsikan ini adalah koleksi milik hamba sepanjang hamba memiliki handphone. Ada sesetengah daripadanya adalah ciptaan hamba sendiri, dan ada pula sebahagian lainnya dihantar oleh teman-teman kepada hamba.


Sempena Lebaran yang bakal menjelma ini, hamba berbesar hati untuk berkongsi koleksi-koleksi ucapan Selamat Hari Raya yang hamba miliki. Kalau nak copy, dipersilakan, tapi kalau nak copy keseluruhan artikel ni, ingat-ingat kat orang yang menulis ya. Nanti pergi berhari raya ke rumah jiran-jiran, rakan-rakan, sanak saudara tu, kalau dapat banyak duit raya, jangan lupa beri sikit kat hamba ye. Penat hamba mengumpulkan koleksi ni. Khusus buat para pembaca blog ini.


Apapun, ampun maaf daripada hamba, 'bradokapak,' andai ada terkasar bahasa, terasa dihati, terguris jiwa disepanjang penulisan hamba di dalam blog ini. Maafkan hamba ye, hamba ni banyak salah silapnya, hamba cuma insan biasa, tak lari daripada kesilapan. Maafkan hamba ye kawan-kawan.


Minal Aidin Wal Faizin, TaqabbalAllahu Minkum, Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Kariim. Kullu Aamm Wa Antum Bi Khoir. Eid Mubarak. Salam Aidil Fitri 1431H. Selamat Hari Raya!


-----------------------------------------------------

Koleksi Khas Ucapan Hari Raya daripada 'bradokapak'




1
Sepuluh jari tersusun rapi, Bunga melati pengharum hati, SMS dikirim
pengganti diri, Memohon maaf setulus hati, Mohon Maaf Lahir Dan Batin, Salam Aidil Fitri 1431H.

2
Sebelum Ramadhan pergi,
Sebelum Aidil Fitri datang;
Sebelum operator sibuk,
Sebelum sms pending request;
Sebelum kredit habis,
Dari hati yang tulus mengucapkan,
MINAL AIDZIN WAL FAIDZIN,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.

3
Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan IA keruh,
Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan dia mendung,
Jika HATI seindah BULAN, hiasi IA dengan IMAN.
Mohon Maaf Zahir dan Batin, Salam Aidil Fitri 1431H.

4
Menyambung kasih, merajut cinta, beralas ikhlas, beratap DOA.
Semasa hidup bersimbah khilaf & dosa, berharap dibasuh maaf.

5
Mata kadang salah melihat. Mulut kadang salah berucap. Hati kadang salah menduga. Maafkan segala kekhilafan. Mohon maaf zahir dan bathin. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H. Maafkan ya.

6
Melati semerbak harum mewangi,
Sebagai penghias di Hari Aidil Fitri;
SMS ini hadir pengganti diri,
Hulurkan tangan silaturahmi.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

7
Andai jemari tak sempat berjabat,
Jika raga tak bisa bersua;
Bila Ada kata membekas luka,
Semoga pintu maaf masih terbuka.
Selamat Hari Raya.

8
Bila kata merangkai dusta,
Bila langkah membekas lara,
Bila hati penuh prasangka,
Dan bila ada langkah yang menoreh luka,
Mohon dibukakan pintu maaf,
Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.

9
Fitrah sejati adalah meng-Akbarkan Allah,
Dan Syariat-Nya di alam jiwa,
Di dunia nyata dalam segala gerak,
Di sepanjang nafas dan langkah,
Semoga seperti itulah diri kita di hari kemenangan ini,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

10
Waktu mengalir bagaikan air,
Ramadhan suci akan berakhir;
Untuk salah yg pernah ada,
Untuk khilaf yang sempat terucap;
Pintu maaf selalu kuharap,
Salam Lebaran 1431H.

11
Satukan tangan satukan hati,
Itulah indahnya silaturahmi;
Di hari kemenangan kita padukan,
Keikhlasan untuk saling memaafkan;
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Mohon Maaf Zahir Batin.

12
Dia Pergi dengan bersahaja. Meninggalkan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasa. Meninngalkan jejak pahala. Membawa mimpi Syurga! Pemergiannya pasti terasa. Kehadiran si dia pula disambut gembira. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

13
Satu yang pasti dalam hidup, kita akan kembali kepada-Nya. Selagi kamu masih hidup, mari eratkan silatur rahim. Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.

14
Terselit khilaf dalam candaku, terguris luka dalam tawaku, terbelit pilu dalam tingkahku, tersinggung rasa dalam bicaraku. Hari kemenangan telah tiba, moga segala dosa & kesalahan kita terampuni. Mari bersama kita bersihkan dihari yang Fitri. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

15
Takbir, Tahmid, Tahlil telah berkumandang. Memecah keheningan malam, menghantar rasa Syukur padaNya. Esok pagi menyambut hari yang Fitri, Salam Lebaran 1431H. TaqabalAllahu Minna Wa Minkum, Mohon Maaf Zahir dan Batin.

16
Tiada gembira yang menggelora, tiada senang yang mengangkasa, selain kita telah kembali pada fitrah dan ampunanNya. TaqabalAllahu Minna Wa Minkum, Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H, Minal Aidzin Wal Faizin, Mohon Maaf Zahir dan Batin.

17
Beningkan hati dengan dzikir,
Cerahkan jiwa dengan cinta;
Lalui hari dengan senyum,
Tetapkan langkah dengan syukur;
Sucikan hati dengan permohonan maaf,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri;
TaqobbalAllaHu Minna Wa Minkum,
Minal Aidin Wal Faizin, Maaf Zahir dan Batin.

18
Jika maaf seterang mentari, biarkan ia terbit di hari nan Fitri ini. Ramadhan telah berlalu pergi, Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

19
Meniti hari menabur khilaf, menyongsong fitri menuai maaf. Semogo tiada tersisa khilaf dosa. TaqabbalAllahu Minna Wa Minkum. Shiyamana Wa Shiyamakum. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H.

20
Pelanggan yang terhormat. Selamat merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Mohon maaf lahir dan batin. Tetap waspada selama perjalanan.

21
Mengingat kata yang Salah, Hati yang berprasangka, janji yang terlupakan, Sikap & sifat yang menyakitkan, di hari ini izinkanlah ku juga mengucapkan mohon maaf Zahir dan Batin. Salam Aidil Fitri 1431H.

22
Sebait kata maaf untuk menghapus salah dan khilaf, agar hati kita bersih seperti terlahir kembali. Selamat Hari Raya. Minal Aidin Wal Faizin, Mohon Maaf Zahir dan Batin.

23
Bang, sms siapa ini bang??
Isinya ya kok pakai “Maaf, sayang!?”
Bang, tolong dong maafin ya, bang!
Kalau tak hati ini enggak tenang,
Bang, Minal Aidin Wal Faizin, Selamat Hari Raya bang.

24

Aku bertemu Iman, Taqwa, Sabar, Damai, Gembira, Cinta, Kaya, dan Sihat hari ini. Mereka memerlukan tempat tinggal yang tetap. Aku berikan alamat rumahmu. Semoga mereka sampai dengan selamat untuk merayakan Aidil Fitri bersamamu. Salam Lebaran buatmu sahabatku.

25
Melati semerbak harum mewangi,
Sebagai penghias di Aidil Fitri;
SMS ini hadir pengganti diri,
Hulurkan tangan silaturahmi.
Salam Aidil Fitri.


26

Ada dengki dihati kita, ada maaf dihati kita. Terkadang mulut & hati tak sengaja menyakiti. Ku pohon maaf bagai hujan yg menyapu panasnya dengki. Minal Aidin Wal Faizin. Salam Lebaran buat mu. Maafkan segala salah silap aku ya.


27

No Card, No Ketupat, No Parcel, Just SMS Represents Everything. Sins… Laugh... Tears... Happy Aidil Fitri for you.


28

Time 2 Share, Time 2 love, Time 2 pray, Time 2 forgive, Time 2 joy, Time 2 cheer, Time 2 gather, Time 2 back, Back 2 Fitri. Happy Aidil Fitri.


29

Purify your hearts with the remembrance,
Enlightened soul with love;
Through the day with a smile,
Set step with gratitude;
Purify the heart with an apology,
Congratulations Aidil Fitri;
TaqabbalAllahu Minna Wa Minkum,
Minal Aidin Wal Faizin;
Please forgive me Born n Batin.


30

If words could kill, I think many people have died because of mine.
And if that’s including you, I would like to apologize for all that I’ve done.
Happy Aidil Fitri!


31

Horas ma, Selamat Idul Fitri 1431 H, molo adong pe na sala panghatai on dohot pangalaho nami, mangido ma’af ma hami, sian bagasan roha nami. Pauk pauk hudali ma pago pago tarugi, na tading taulahi, na sala ta pauli. (Bahasa Mandaeling)


31

Kulo nyuwun gunging pangapunten sedanten kalepaten lahir dumugi ning batos boten langkung ngaturaken sugeng Iedul Fitri, mugi Gusti Allah Ingkang Kuoso paring ridho lan rahmatipun dumateng kito sedoyo.
Amien… (Ngomong Jowo)


32

10/09/10@02.51PM, 0123456789 (masukkan no rakan anda) was topped up with full of forgive and love. Ref No 0123456789 (masukkan no anda). Happy Aidil Fitri brought to you by Hotlink.


33

Special Rewards! FREE forgive and love when u activate your account from 10-11Sep. To activate your account, please type On Forgive to 0123456789 (masukkan no anda). From Hotlink.


34

Terasa sunyi dan kebosanan? Terasa sering melakukan dosa? Hantarkan ON MAAF ke 0123456789 (masukkan no anda) untuk membuat permohonan maaf atas segala salah silap yang telah anda lakukan kepada saya. Anda pasti bahagia! Salam Aidil Fitri.


35

Kedatanganmu membahagikan kami,
Kepergianmu menyedihkan kami;
Denganmu Allah swt mengampuni dosa-dosa,

Memaafkan segala kesalahan;
Mengalirkan keberkahan,

Membuka semua pintu surga dan menutup semua pintu neraka.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H. Mohon maaf lahir & batin.


36

Ya Allah, kami pecinta bulan Ramadhan, dengannya Engkau muliakan kami, Engkau untungkan kami ketika orang durhaka tidak mengetahui waktunya, ketika orang celaka dijauhkan dari keutamaannya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H. Mohon maaf lahir & batin.


37

Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
betapa banyak dosa yang kau hapuskan
betapa banyak aib yang kau tutupi
betapa panjang hari-harimu bagi pedosa
betapa agung kamu bagi orang beriman.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431 H. Mohon maaf lahir & batin.


38

Tiada embun yang lebih bening selain beningnya hati. Tulusnya jiwa membuka pintu maaf
Minal Aidin Wal Faizin. Mohon Maaf Zahir dan Batin. Salam Aidil Fitri.


39

“Hari ini adalah hari-hari Allah, tidak pantas kita berbangga-bangga dan berbuat durhaka. Ikhlaskan jihad dan harapkan Ridho Allah dengan amalmu.” (Khalid bin Walid). Taqabalallahu Minna Waminkum.


40

Mawar berseri dipagi hari,
Pancaran putihnya menyapa nurani;
Sms dikirim pengganti diri,
Salam Aidil Fitri;
Mohon Maaf Zahir dan Batin.


41

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Hidup ini terasa indah jika ada ampunan maaf. Taqabalallahu Minna Waminkum. Maaf Zahir dan Batin. Selamat Hari Raya.


42

Pergilah keluh, ku tak mau berteman dengamu. Silahkan kesah, kau bukan takdirku. Mujahadah adalah temanku, dakwah adalah nafasku, dan Allah adalah kasihku. Maafkan segala kesalahanku andai terkasar bahasa terluka jiwa terambil harta. Selamat Hari Raya kepada anda.


43

Ramadhan membasuh hati yang berjelaga,
Saatnya meraih Rahmat dan ampunan-Nya,
Untuk lisan dan sikap yang tak terjaga,
Mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1 Syawal 1431 H
Minal Aidin Wal Faidzin, Taqabalallahu Minnaa Wa Minkum.


44

Fitrah sejati adalah meng-Akbarkan Allah. Dan Syariat-Nya di alam jiwa. Di dunia nyata, dalam segala gerak. Di sepanjang nafas dan langkah. Semoga seperti itulah diri kita di hari kemenangan ini. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Mohon Maaf Zahir Batin.


45

Jika hati sejernih air,

Jangan biarkan ia keruh;

Jika hati seputih awan,

Jangan biarkan ia mendung;

Jika hati seindah bulan,

Hiasi ia dengan iman.

Mohon Maaf Zhir dan Batin.


46

Menyambung kasih, merajut cinta, beralas ikhlas, beratap DOA.
Semasa hidup bersimbah khilaf dan dosa, berharap dibasuh maaf.
Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.


47

Waktu mengalir bagaikan air,
Ramadhan suci akan berakhir;
Tuk salah yang pernah Ada,
Tuk khilaf yang sempat terucap;
Pintu maaf selalu kuharap.

Salam Aidil Fitri 1431H.


48

Bila kata merangkai dusta,
Bila langkah membekas lara;
Bila hati penuh prasangka,
Dan bila ada langkah yang menoreh luka;
Mohon bukakan pintu maaf…
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Mohon Maaf Zahir Batin.


49

SELAMAT…!! Bagi pemilik Nombor ini telah dimaafkan Zahir dan Batin oleh sang Pengirim yang baik hati, TaqabalAllahu Minna Wa Minkum, Minal Aidin Wal Faizin. Eid Mubarak 1431H.


50

Ya Allah, seriring Shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya,
Selamatkan kami dari bencana berkat bulan Ramadhan,
Berkahi kami pada waktu berbuka kami dan saat Hari Raya kami,
Jadikanlah ia hari yang terbaik yang melewati kami,
Yang paling dapat menarik ampunan-Mu,
Yang paling cepat menghapus dosaku,
Ampuni dosa-dosa kami yang nampak dan tersembunyi.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431 H. Mohon Maaf Zahir dan Batin.



-----------------------------------------------------



WAllahua'lam. Kalau nak copy, silakan, tapi jangan lupa kat hamba yang penat menulis ni ye. Kepada yang hendak pulang ke kampung, hati-hati dijalan raya ya. Jangan bawak kereta sambil minum kopi sudah lah. Bawak kereta laju-laju, cepat sikit sampai. Kalau perlahan sangat takut kena langgar pulak nanti, ye lah, kereta lain semuanya laju-laju belaka, takkan kita je nak bawak perlahan.




Apapun, semoga anda semua terhibur! Kepada yang hendak pulang beraya di kampung, Selamat Jalan. Kepada yang beraya di bandar, Selamat Membeli belah pada malam raya. Kepada semua pembaca, Selamat menyediakan juadah hari raya. Tangisi lah pemergian Ramadhan, kerana belum tentu kita bertemu dengannya lagi pada tahun-tahun akan datang. Sambutlah Aidil Fitri dengan sederhana. Selamat Hari Raya Aidil Fitri hamba ucapkan kepada semua para pembaca blog ini dari awal hingga akhir. Wassalam.


Catatan ‘bradokapak’

1.12 pagi, Khamis 9 September 2010 bersamaan 29 Ramadhan 1431H.

1 comment:

  1. trima kasih..mohon copy..
    slamat ari raya.. :)

    ReplyDelete