Salam Aidil Fitri 1431H





Indah kembang bunga melati,
Kembang semerbak harum mewangi;
Entri ditulis pengganti diri,
Datang berucap dimalam hari;
Ucapannya setulus hati,
Dengan ucapan Salam Aidilfitri.


Ya Allah, seiring Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW dan keluarganya, Selamatkan kami dari bencana berkat bulan Ramadhan, Berkahi kami pada waktu berbuka kami dan saat Hari Raya kami, Jadikanlah ia hari yang terbaik yang melewati kami, Yang paling dapat menarik ampunan-MU, Yang paling cepat menghapus dosaku. Ampuni dosa-dosa kami yang nampak dan tersembunyi, Ya Allah. Terimalah segala amal baik kami sepanjan Ramadhan tahun ini. Berkatilah kami dalam Ramadhan tahun ini. Dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan yang akan datang. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim...


Kullu Aam Wa Antum Bi Khoir, Minal Aidin Wal Faizin, TaqabbalAllahu Minna Wa Minkum. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H kami ucapkan kepada semua pembaca blog kami tak kira yang tua, muda, yang awal yang lewat, kepada ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, kepada semua rakan-rakan bloggers lain, Sangtawal, MO, Srikandi, JTR, kepada semua rakan-rakan seperjuangan, Zulfaqar, Ezra, Shimon, Flavius, BWW, KN, Abatasa, krew-krew FOM, kepada semua conspirator, kepada semua pengkaji-pengkaji, kepada semua guru-guru, Atok Zamany, Cg Azhar Ali, Ust Isyar, Ust Ayyub, Ust Nor Amin, kepada semua sahabat taulan, dan akhir sekali kepada semua warga Melayu yang beragama Islam khususnya dan semua Ummat Islam secara amnya.


Mohon Maaf Zahir dan Batin daripada kami warga kerja bradokapak.blogspot. Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terasa dijiwa sepanjang kami menulis dalam blog ini, kami menyusun 10 jari memohon sejuta keampunan daripada para pembaca sekalian. SELAMAT HARI RAYA!!


Ya Allah, Sampaikanlah kami kepada Ramadhan yang akan datang


Daripada 'bradokapak', Orang Gombak dan semua rakan-rakan taulan di bradokapak.blogspot.
03.15 pagi, Jumaat 10 September 2010, bersamaan 1 Syawal 1431H.

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya dari kami...maaf lambat sangat balas ucapan,maklumlah sibuk melayan kenalan.Nak tanya sikit...orang Gombak ni duduk Gombak,di mana tu?

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Brado~

    Semoga perkenalan dan persaudaraan ini kekal abadi.. Ukhwah Fillah~

    ReplyDelete