Salam semua...
Bertemu kembali. Setelah hampir sebulan tiada entri baru, maka hari ini baru saya berpeluang untuk menulis kembali disini. Apapu, maafkan kami kerana tiada posting dalam jangka masa hampir sebulan ini, kami tidak dapat post artikel baru kerana beberapa sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Untuk itu, kami di bk.blogspot menyusun 10 jari memohon 1001 kemaafan daripada sekalian pembaca blog ini atas kelewatan kami untuk post entri-entri terbaru. Maafkan kami ya!
Untuk itu, buat permulaan, kami paparkan 2 rakaman suara dibawah ini, khusus buat para pembaca setia blog kami ini dan secara amnya buat semua pembaca blog ini. Rakaman suara dibawah ini adalah Mau'izotul Hasanah tentang kelebihan menghadiri Majlis Maulid/Majlis Zikir yang disampaikan oleh Al-Fadhil Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki (Yayasan SOFA dan Majlis Fatwa N9) dan Al-Fadhil Habib Hussein Bin Alwi Bin Agil (Pondok Probolinggo, Indonesia). Ceramah disampaikan di Masjid As-Syakirin Batu 6 Gombak sempena Majlis Maulid dan Haul Akbar yang diadakan pada 3 Oktober 2010, Ahad tempoh hari.
(Syeikh Hj Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki, anak murid kepada Al-'Alim Ar-Rabbani Syeikh Sayyid Muhammad Bin 'Alawi Al-Maliki Al-Hasani Rah.A)
Semoga dengan paparan 2 rakaman suara ini, para pembaca sekalian beroleh manfaat yang besar dan berbesar hati dengan kami disini. Teruskan membaca di blog ini dan teruskan menanti dengan artikel-artikel terbaru daripada kami yang akan kami paparkan dari masa ke semasa. InsyaAllah...
(Ceramah oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki)
*Ralat: Mohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan rakaman suara ke-2 atas masalah teknikal. Segala kesulitan amat dikesali.
-Catatan 'bradokapak', 8.33 malam, Khamis 7 Oktober 2010.
No comments:
Post a Comment