Salam Aidil Adha 1431H





ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!
ALLAHUAKBAR WALILLAHIL HAMD...


Salam semua. Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah KurniaNYA kita masih dipanjangkan umur dimurahkan rezeki untuk meneruskan kehidupan diatas muka bumi ini. Pejam celik, pejam celik dan masuk Hari Raya Haji dah pun. Betapa masa itu sungguh pantas. Tanpa kita sedari, kita sudah masuk dalam pertengahan bulan 11 dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk masuk tahun baru hijrah dan sebulan setengah sahaja lagi untuk masuk ke tahun baru masihi.


Buat teman-teman dan para pembaca diluar sana, ayuh sama-sama kita mantapkan diri dari aspek ruhani dan jasmani kita. Persiapkan diri kita, keluarga, teman-teman dan orang disekeliling kita bagi menghadapi segala rintangan dan cubaan yang mendatang.


Prihatin akan masa. Perhatikan keadaan sekeliling. Sekiranya tanda-tanda telah muncul, maka perkuatkanlah hati-hati kalian supaya menjadi seperti kepingan-kepingan besi. Sesungguhnya masa bagi permulaan kepada sebuah pengakhiran sudah begitu hampir dengan kita. Persiapkanlah...

Banyakkan takbir disepanjang hari lebaran ini. Bertakbirlah memuji Yang Maha ESA. AllahuAkbar AllahuAkbar AllahuAkbar! AllahuAkbar WalilLahil Hamd.


Di kesempatan ini, saya dan seluruh warga kerja bk.blogspot dengan ini menyusun 10 jari memohon 1001 kemaafan terhadap segala salah silap kami dalam setiap bait penulisan kami dan atas kerterlanjuran kata-kata kami.

Minal Aidin Wal Faizin. Eid Adha Mubarak.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431H Buat anda semua!



'bradokapak'
Selasa, 6.37 petang, 16 November 2010 bersamaan 9 Zulhijjah 1431H.

2 comments: