Wacana Ilmu - Adab & Akhlak Menuntut & Menyampaikan Ilmu





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Wacana Ilmu bertajuk Adab Serta Akhlak Menuntut dan Menyampaikan Ilmu Menurut Al-Imam Al-Ghazali Dalam Kitab Ihya' Ulum Ad-Diin, yang disampaikan oleh Al-Musnid Al-Masyriq Syeikh Muhammad Fuad Ibni Kamaluddin Al-Maliki.


Artikel ini adalah salinan bagi Tausyiah yang disampaikan oleh Al-Musnid Al-Masyriq Syeikh Muhammad Fuad Ibni Kamaluddin Al-Maliki (Syeikh merupakan Ahli Majlis Fatwa N9, Penasihat Yayasan Sofa dan anak murid kepada Al-Allamah Al-Imam Al-Hafiz As-Syeikh As-Sayyid Muhammad Bin 'Alawi Al-Maliki Al-Hasani) di Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pada hari Jumaat 26 November 2010 yang lalu sekitar jam 7.30 malam hingga 9.30 malam.


Saya paparkan semula Tausyiah ini khusus buat tatapan para pembaca blog ini. Semoga ia bermanfaat buat kita.


*Ceramah bermula sekitar jam 7.30 malam, namun saya sampai ke Masjid Al-Azhar sekitar jam 8 malam. Mohon maaf kerana tausyiah yang dipaparkan disini adalah tidak lengkap. Apapun, saya catatkan juga serba sedikit tausyiah yang sempat saya salin. Semoga dengan ilmu yang sedikit ini akan membawa berkat buat kita semua. Mohon maaf sekali lagi atas kekurangan.



--------------------------------------------------




Selawat Dan Salam ke Atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, seluruh Aali Bait Baginda, para Sahabat RadiAllahu Anhum Ajma'in dan seluruh pewaris Nabi yang Haq dari awal hingga akhir. Salam ke atas sekalian guruku serta seluruh yang mengajarku. Assalamualaikum wbt.


-...Apabila kita telah menisbahkan sifat Makhluk dengan sifat Allah, maka kita dengan sengajanya telah memperbodohkan Allah SWT.

-Kurangnya sifat Ma'rifat (Makrifat/Makrifah) kita kepada Allah, tetapi kita ada juga ma'rifat itu.


-Maka, Al-Imam Al-Ghazali Rah.A ingin mencari apa itu ma'rifat. Lalu, Imam Ghazali pun mengambil beberapa jalan untuk mengenal ma'rifat itu. Jalan pertama yang diambil oleh Imam Ghazali adalah 'Jalan Hasbi' yakni jalan yang diusahakan, diusahakan untuk menggapai 'Ilmu Wahbi' (bukan wahabi).


-Telah berkata Imam Abdullah As-Sagaf dalam menyatakan perihal kitab para imam terdahulu: "Barangsiapa yang tidak membaca kitab Muhazzab karangan Al-Imam Sya'razi, maka kita tak faham mazhab Imam Syafi'e. Dan sesiapa yang tidak membaca kitab Tanbih karangan Al-Imam Ahmad Ar-Rifa'ie, maka orang itu tidak cerdik." Lihat tuan-tuan dan puan-puan, ini kata-kata seorang ulama'. Orang dulu-dulu, kalau tak khatam kitab Tanbih, maka tak cerdik orang itu. Tapi kita hari ini, berapa ramai yang khatam kitab Tanbih?? Kalau ada Imam Abdullah As-Sagaf, nescaya semua yang ada Ph.D dan Ijazah-ijazah lain akan dikatakan tidak cerdik kerana tak khatam kitab Tanbih.


-Telah berkata guru kepada Al-Imam Ghazali Rah.A, Al-Imam Haramain: "Setiap ilmu yang keluar dari kalam kamu ini adalah ilmu yang dihafal oleh aku dari guru aku, Al-Imam Abu Bakar Al-Baqilani." Kemudian, Imam Ghazali telah meriwayatkan, pada suatu hari, beliau telah pergi ke rumah gurunya Al-Imam Haramain, dan beliau telah masuk ke suatu bilik gurunya. Alangkah terperanjatnya Imam Ghazali, kerana melihatkan sebanyak 12000 helaian kertas bertulis yang tersusun rapi didalam bilik itu. Kata gurunya, semua helaian ini adalah salinan bagi setiap ilmu yang aku hafal dari guru ku.

AllahuAkbar!! Kertas zaman dahulu besar-besar, bukan macam kertas A4 yang ada sekarang. Bayangkan, betapa hebatnya orang dahulu, menghafal 12000 helaian kertas bertulis depan belakang. Kita hari ini, nak hafal 100 muka surat A4 pun susah...


-Kebiadapan orang sekarang terhadap ulama' silam ialah menyamakan ulama' silam seperti budak kecil. Paling biadap lagi adalah mengatakan "siapa kita siapa mereka?" bagi menggambarkan 'alim' mereka terhadap ulama' silam. Zaman dahulu tak ada website, sekarang dah ada internet, dah ada blog, website dan macam-macam lagi. Sungguh biadap bagi orang yang memperlekeh ulama' silam yang Haq!


-Orang dahulu, tak ada Ph.D tapi menghafal kitab Matan sampai sebanyak seekor unta. Orang sekarang, baru ada Ph.D sudah mengaku hebat. Baru buat 1-2 tesis sudah mengaku hebat. Orang dulu-dulu, karang berpuluh-puluh kitab, belum tentu dikatakan Alim. Betapa, jauhnya beza orang dahulu dengan sekarang.


-Diantara sebab mereka biadap adalah kerana mereka belajar dari kitab yang tidak boleh menegur mereka. Mereka yang menegur kitab...


-Telah diriwayatkan bahawa, Syeikhul Islam As-Syeikh Zakariya Al-Ansari mengajar dalam selurung cabang Islam. Walaupun kitab Matan Aj-Jurrum (Matan Jurumiah, kitab asas dalam menyatakan Ilmu Nahu Bahasa Arab). Betapa, ini menunjukkan seorang yang berjawatan besar dan benar-benar alim tidak sesekali memperlekehkan kitab yang kecil. Walaupun sudah bergelar Syeikhul Islam, tetapi beliau masih juga mengajar seluruh cabang ilmu hatta sekecil-kecil kitab Matan.


-Imam Ghazali pernah berkata: "Aku menuntut ilmu, pada awalnya bukan kerana Allah, sehingga satu peringkat, ilmu itu mengubah pandangan 'qasadah' aku sehingga aku benar-benar menuntutnya kerana Allah SWT."


-Suatu ketika, Imam Ghazali telah pergi menuntut ilmu ke sebuah negeri yang dinamakan Ju'jam. Setelah beberapa minggu beliau menuntut ilmu disana, maka tibalah masa untuk Imam Ghazali pulang ke tanah airnya.

Dalam perjalanan pulang, Imam Ghazali telah mengikuti satu rombongan kafilah. Ketika rombongan kafilah itu berhenti untuk berehat, tiba-tiba datang sekumpulan perompak lalu merompak seluruh kafilah itu. Ketika itu, Imam Ghazali hanya ada sebuah beg yang digalasnya, didalam beg itu penuh berisi catitan-catitan ilmu yang dicatit oleh beliau dari guru yang mengajarnya di Ju'jam.

Tiba giliran Imam Ghazali, perompak itu pun merampas beg yang dibawa oleh Imam Ghazali. Imam Ghazali memohon kepada perompak itu agar memulangkan semula begnya itu. Berkali-kali Imam Ghazali merayu, tetapi perompak itu tetap tidak mahu memulangkan begnya.

"Dalam beg itu tidak ada apa-apa yang berharga, hanya ada catitan-catitan ilmu yang aku pelajari di Ju'jam. Pulangkanlah ia kepadaku..." Kata Imam Ghazali kepada perompak itu. Walaupun begitu, perompak itu tetap tidak mahu memulangkan beg itu kepada Imam Ghazali.

Hingga satu tahap, berkata Imam Ghazali, "Aku ini seorang yang alim, catitan itu adalah catitan ilmu yang aku pelajari di Ju'jam. Pulangkanlah, nanti aku hendak mengajarkan ilmu itu kembali apabila aku sampai di negeri ku. Tidakkah kau kasihan terhadap aku, engkau telah menzalimi orang alim..."

Lantas perompak itu terus menjawab kata-kata Imam Ghazali seraya berkata, "Kalau kamu benar-benar Alim, kamu takkan merasa risau apabila beg yang berisi catatan ilmu ini dirampas oleh ku. Kerana jika kamu benar-benar alim, kamu pasti boleh mengeluarkan setiap ilmu yang dicatat ini lalu membuat satu catatan yang baru!"

Imam Ghazali lantas berkata, "Inilah peringatan daripada Allah SWT untuk mengingatkan aku yang hampir lupa diri ini. Inilah peringatan daripada Allah SWT yang disampaikan melalui kata-kata si perompak ini."

Lalu, perompak itu memulangkan semula beg Imam Ghazali selepas mendengar ucapan Imam Ghazali itu. Imam Ghazali pun mula merasakan dan mengenal, bahawa ma'rifat ilmu itu sebenarnya bukan pada banyaknya catatan yang kita ada, namun pada banyaknya ilmu yang tersimpan dalam hati kita sehingga kita mampu menulisnya semula apabila sesuatu kitab itu telah hilang.

Selepas peristiwa itu, Imam Ghazali pun pulang lalu mula menghafal segala catitan itu yang mana ia memakan masa selama 2 tahun untuk diselesaikan hafalannya.

Dari kisah Imam Ghazali ini, maka jelaslah bahawa Hakikat Alim itu bukanlah semudah yang disangka...

(Ilmu itu bagaikan pelita, terang bersinar didalam gelap)


-Al-Imam Abu Bakar Ibnu Al-Arabi, Sahib Al-Qur'an pernah berkata, "Aku melihat 400 Ulama' yang besar-besar duduk tunduk dihadapan Imam Ghazali RahmatuLlah 'Alaih."

-Adakah ilmu yang bersumberkan akal fikiran itu menyenangkan empunya ilmu itu?

-Apakah ilmu yang dimiliki empunya yang hatinya kosong yang kurang ma'rifat itu, mampu mengeluarkan ilmu itu?

-Pernahkah tuan-tuan dan puan-puan merasa senang dan tenang dengan sijil dan ijazah yang kamu miliki itu?

-Apakah hakikat Hadis yang tuan-tuan dan puan-puan hafal itu?

-Apakah Iman, Islam dan Ihsan? Sampaikah kita kepada hakikat itu?

-Orang yang sampai kepada peringkat "'An Ta'bud-a Allah-a Ka Annaka Taraa" (Mentaati Allah seperti DIA sentiasa melihat kita) baru boleh menyampai ke taraf Muhsin iaitu "Inna Allaha Yuhibbu-l Muhsiniin" (Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang Muhsin).

-Antara nikmat didalam Syurga adalah dapat melihat Allah dengan mata kasar.

-Di bumi ini, orang yang dapat melihat Allah dengan mata kasar adalah Nabi Muhammad SAW.

-Imam Hasan Al-Basri pernah berkata, "Kalau yang berilmu itu terlalu menghimpunkan perkara-perkara yang halal, maka orang awam akan memakan yang syubahat. Apabila orang alim memakan yang syubahat, maka orang awam akan memakan benda-benda yang haram. Apabila orang alim memakan yang haram, maka orang awam akan mula jatuh kufur."
Hakikat seperti yang dikatakan oleh Al-Imam Hasan Al-Basri ini adalah benar. Lihat sahaja keadaan masyarakat hari ini. Betapa, pemimpin masyarakat hari ini terlalu banyak memakan benda-benda yang haram, maka rakyat hari ini pun sudah ramai yang jatuh kufur.


-Allah SWT telah berfirman, "Allazi Ahsana-l Husnaa Wa Ziyaadah" (Bagi orang-orang yang Muhsin itu Husna dan Ziyaadah).

Para ulama' tafsir sepakat menafsirkan perkataan 'Husna' sebagai Syurga, dan 'Ziadah' pula adalah Nikmat melihat Allah SWT dengan mata kasar ketika didalam Syurga nanti.

Antara syarat-syarat hendak mendapatkan 2 Nikmat ini (Husna dan Ziadah) adalah Muhsin. Hendaklah seseorang itu mencapai taraf Muhsin, barulah ia layak menerima 2 Nikmat yang besar ini.

Muhsin itu adalah iktikad dengan jazam bahawa Allah sentiasa melihat kita walaupun kita tidak dapat melihat Allah SWT. Maha Suci Allah yang menguasai seluruh Alam.


-Telah berkata Imam Ghazali, bahawa Nur itu adalah Awal Makrifat.

-Seorang ulama' terdahulu pernah berkata, "Barangsiapa tidak membaca kitab Ihya' karangan Imam Ghazali, maka orang itu adalah orang mati."

-Telah berkata Imam Ghazali, bahawa adab pertama untuk Ahli Ilmu adalah PENYUCIAN HATI.

-Berkata Habib Abdullah 'Alawi Al-Hamid, "Kalau kamu datang kepada seorang peniaga madu untuk membeli madu, kamu bawa satu bekas yang kotor lalu meminta si peniaga madu itu untuk meletakkan madu didalam bekas kamu itu. Adakah mungkin peniaga madu itu akan mengisikan madu ke dalam bekas yang kotor itu? Pasti dia akan menyuruh kamu membasuh bekas itu terlebih dahulu. Apatah lagi ilmu yang ingin di isi ke dalam diri kamu. Mesti dibersihkan dahulu hati-hati kamu itu."


-Al-Imam Malik RahmatuLlah 'Alaih pernah berkata kepada Imam As-Syafi'e, "Jadikan ilmu seumpama garam dan tepung." Garam lebih sedikit daripada tepung.


-Al-Imam Qasim Al-Malik telah berguru dengan Imam Malik selama 20 tahun. 18 tahun daripadana adalah belajar adab dan 2 tahun belajar ilmu lain.

-Disini jelas bahawa adab pertama dalam Ahli Ilmu itu adalah penyucian hati. Betapa pentingnya mengetahui dan mempelajari ilmu dan adab-adab dalam berugur dan menuntut ilmu.

-Kita tak nak lambakan orang yang ada sijil tetapi orang itu tidak ada hakikat sijil itu. Si fulan-si fulan ada sijil, tapi empunya sijil itu tidak ada ma'rifat dan tidak ada adab terhadap ilmu yang dimilikinya. Yang kita nak, adalah orang yang mempunyai sijil dan penuh dengan adab serta ma'rifat terhadap ilmunya dan menyampai kepada hakikat ilmu itu.

-40 tahun Nabi Muhammad dibersihkan jiwa sebelum mendapat wahyu pertama di Gua Hira'.


-40 hari Nabi Musa membersihkan jiwa baru dapat wahyu di Gunung Tsur Sina.


-Maka jelaslah, hakikat ilmu dan ma'rifatnya...


--------------------------------------------

Kata seorang guru saya, "Kebijaksanaan ada yang datang dengan usaha ada yang datang dari Allah swt. Tanpa banyak membaca, anda tidak boleh digelar 'Alim!" (Ustaz Ayub)

Hari ini ramai orang pergi belajar tinggi-tinggi, belajar jauh ke luar negara, dapat PhD, dapat Ijazah dan segala macam lagi. Tapi tak banyak membaca, hanya gunakan akal fikiran untuk berjaya, hanya baca teks yang diberi seseorang guru itu tanpa merujuk guru-guru lain yang juga Faqih. Tanpa membaca rujukan-rujukan orang lain. Orang seperti ini tidak boleh dikira sebagai 'Alim walaupun ia bijak.

Maka, belajarlah, tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya. Gunakanlah hati dalam membahaskan hal-hal Agama, guna Akal maka Akal lah yang akan menguasai anda. Kata Cg Azhar Ali, "Berjalanlah kita di atas dunia ini sepertinya dunia ini dipenuhi duri."


ILMU ITU AMANAH!



Rabbi Zidni 'Ilman Naafi'aa Wa-r Zuqni Fahma-n Waasi'aa



-Catatan 'bradokapak'
Rabu, 1 November 2010, 9.00 malam.

12 comments:

  1. Salam bro,

    Maaf saya fail bahasa Arab. Saya kurang pasti beza antara Muhsinin dan Mukhlisin. Juga beza antara Alim dan 'Alim. Minta tunjuk ajar.

    wasalam.

    p/s. Nabi Muhammad nampak Nur ALLAH, belum nampak Wajah-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vương lại đánh về phía Âm Ma, lúc này hỏa diễm quanh thân Âm Ma đã thiêu huỷ lợi trảo, thân hình cũng tái nhợt.

      - Sưu.

      Nhìn thấy Đoan Mộc Cuồng, Âm Ma này sắc mặt đại biến, nhất thời thân ảnh hóa thành kinh hồng chạy đi, nháy mắt biến mất ở hơn mười dặm.
      dongtam
      game mu
      cho thue phong tro
      http://nhatroso.com/
      nhac san cuc manh
      tổng đài tư vấn luật
      http://dichvu.tuvanphapluattructuyen.com/
      văn phòng luật
      tổng đài tư vấn pháp luật
      thành lập công ty
      http://we-cooking.com/
      chém gió
      trung tâm ngoại ngữ
      - Muốn chạy, nằm mơ đi.

      Nhưng vào lúc này, một cái đại đỉnh màu xanh nháy mắt đem cả thiên địa bao phủ ở tại bên, thân ảnh Âm Ma cũng bị bắt nhập vào trong đó.

      - A...

      Thần Nông đỉnh thu nhỏ lại, trong vòng Thần Nông đỉnh, có một tiếng kêu thảm thiết truyền ra, thanh âm thê thảm vô cùng, một lát sau tiếng kêu rên ở Thần Nông đỉnh biến mất, một khối thi thể khô héo bắt đầu từ Thần Nông đỉnh tung ra.

      Delete
  2. Salam tuan,

    Menurut makna umum dalam bahasa arab, Muhsin bererti 'Yang Berbuat Baik' dan Mukhlis pula bererti 'Yang Lurus Hati' atau 'Yang Hening Hati'. Muhsinin dan Mukhlisin pula adalah Jama' Taksiir. Jadi ia merujuk kepada ramai.


    'Alim bererti 'Yang Berilmu' faham tentang cabang-cabang ilmu dengan mendalam, yang mengetahui, yang berpelajaran, tahu akan ia sesuatu. Alim seperti yang saya tulis diatas adalah sama dengan 'Alim. Cuma saya tertinggal ' sebelum huruf A. Mohon maaf tertinggal ' sebelum A. Tiada perbezaan dari segi makna yang ingin saya sampaikan. Hanya kesilapan dalam menaip.


    Ya tuan, benar. Nabi Muhammad melihat Nur Allah sebanyak 7 @ 6 kali (saya lupa 6 atau 7). Yang dimaksudkan dalam artikel diatas adalah untuk menunjukkan betapa kita manusia yang lemah ini tiada daya untuk melihat Allah dibumi ini apatah lagi mendakwa menerima mukjizat atau wahyu langsung daripada Allah. Manusia biasa hanya mampu melihat Wajah Allah dengan mata kasar di dalam Syurga sahaja, itupun dengan bersyarat.

    Jadi, gugurlah semua dakwaan pembawa ajaran sesat, sekiranya pembawa ajaran sesat itu mendakwa bahawa mereka menerima mukjizat atau wahyu langsung daripada Allah SWT.


    Maha Suci Allah Tuhan Semesta Alam. Tiada yang setara BagiNYA. AllahuAkbar!!!


    Sekian dahulu.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Salamun 'alaik.
    Kalau takda ' takda ain, jadilah Alim:Zalim.

    Hanya orang Mukhlis yang tidak tunduk kpd kesesatan Iblis.
    Terima kasih atas huraian tsbt. Segala pujian milik ALLAH.

    ALLAH MAHA TINGGI, tiadaaaaaa yg setara (disamakan), tiadaaaaaa yg lebih (mengatasi) dan tiadaaaaaa yg bersamping (bersekutu) dengan DIA.

    ALLAHU Akbar!!!

    ReplyDelete
  4. salam zaidi ali.
    apa komen dan huraian saudara tentang MAHADAYA.
    semakin huru-hara kedengarannya.

    ReplyDelete
  5. salamun 'alaika..jiwa yg hilang.

    Mahadaya (decoy Mahdi) dari Bani Tamim. Org2 Bani Tamim memang pelik2. Secara zahirnya amal nampak sesat, tetapi tauhid mereka amat kukuh. Apa yg dia tulis kat blog dia semuanya lakonan semata, mengaku Mahdi sbg "decoy" untuk membangkitkan Al-Mahdi yg sebenar. Seperti juga http://muslimdairyz.blogspot.com

    Bagi mereka, mereka semua adalah Mahdi. Kalau nak tahu geng Bani Tamim cuba rujuk hadith Al-Bukhary. Nabi pun tak halang cara ibadah mereka. Cara ibadah Bani Tamim yg Tulen amatlah lain dari 4 mazhab, misalnya:-

    1) Qiam (dlm sembahyang) dgn 2 tangan di atas dada.
    2) Qiam adalah sembahyang, Rukuk adalah sembahyang dan Sujud adalah sembahyang. Tiada duduk antara 2 sujud.
    3) Wuduk pakai angin, tanah, daun, pokok, batu, air atau apa2 saja.
    4) Salam Tunjuk jari ke langit.
    5) Sembahyang tak ikut kiblat, arah mana pun boleh.
    6) Nama ALLAH di sebut ALLAHA/ALLAHU/ELLAH/ASMA AL-HUSNA tetapi tetap merujuk kepada ALLAH Yang Esa.
    7) Sembahyang tak ikut waktu, buat Tahajud tiap malam lebih utama. Waktu sembahyang ikut gerak bayang matahari, bukan ikut waktu.
    8) Sembahyang tak kira tempat. Dalam longkang pun boleh.
    9) Sembahyang Maghrib selepas gelap, antara 8pm-10pm, Isyak jam 12pm
    9) Puasa hanya mengelak dari makan, minum dan seks sahaja. Yang lain semua boleh buat.
    9) Sedekah tiap hari RM1 minima, pun dikira zakat harian.
    10) Buat Haji tak ikut Bulan, anytime pun boleh.
    11) Tawaf Kaabah ikut pusingan jam.
    12) Sah Haji cuma Tawaf, Sai'e dan korban sahaja.
    13) Boleh sujud di depan apa saja, tapi sembah tauhidnya hanya pada TUHAN YANG ESA.
    14) Tak takut pd apa pun, tak tunduk (tak peduli) pd apa pun. Hanya TUHAN saja yg disembah.
    15) Tolak Majoriti Hadith sebab mereka anggap para sahabat merekacipta riwayat.
    16) Menolak nama 'Muhammad' cuma mengaku nama 'Ahmad' sebagai Nabi.
    17) Tolak Majoriti Sunnah Cara Ibadah Nabi Muhammad(dari Hadith) sebab mereka ikut Sunnah Ibadah Nabi Ibrahim. Cuma mereka mengaku sahaja "Ahmad" sebagai Nabi & Rasul.
    18) Sebutan Kalimah Tauhid cuma LAAAAAA ILAHA ILA ALLAH. Sebutan Muhammad tidak disebut, cuma mengaku saja dalam hati.
    19) Mereka semua Muslim, agama mereka namanya "Tauhid" bukan "Islam".
    20) Agama Tauhid ni bersifat lebih utamakan Tauhid dari ibadah. Misalnya sembahyang boleh mengadap mana2 arah 360 darjah, tapi Tauhidnya tetap mengadap TUHAN YANG ESA. Juga bersifat "menafikan" segala perkara yg berlaku di sekeliling, semuanya tiada kaitan dengan Tauhid.
    21) Zikir ALLAH (mereka sebut ALLAHA) dengan tafakur dikira solawat (selawat) dan solawat sudah dikira sembahyang.
    22) Cuma ikut Kitab Wahyu (Taurat, Zabur, Injil, Al-Quran) dan Ajaran Turun Temurun. Tak ikut mana2 imam & tiada jamaah. Agama untuk individu (tanggungjawab sendiri), jamaah tak penting.
    23) Tak pergi masjid, kalau pergi pun cuma Masjid India Muslim saja.

    Banyak lagilah perbedaan dgn 4 Mazhab. Kalau dengan Mazhab Shafii bagaikan langit dan bumi bezanya. Oleh itu mereka seringkali dianggap "sesat" kerana ibadah yang ganjil2. Tetapi kalau bila bab TAUHID, tak boleh lawan mereka. Mudah saja kalau mereka nak fatwakan kamu kafir atau syirik misalnya patuh perintah boss tempat kerja pun sudah dikira menghampiri syirik.

    Saya ni lain dari Bani Tamim. Sebabnya saya boleh ikut PATUH Sunnah Nabi Ahmad (Muhammad) dan saya boleh juga ikut PATUH Sunnah Nabi Ibrahim...kiranya Hibridlah saya ni.

    Nabi Muhammad (Ahmad) sembahyang tahajud dalam gelap. Sembahyang dalam gelap ni istimewa, "khusyuk extra special". Dalam gelap (dengan ihsanlah!) kiblat kita boleh berpusing 360 darjah tanpa sedar. Cubalah kalau nak tahu...hehe.

    Salamun, Salimin, Salaman, Taslima.

    ReplyDelete
  6. Oh patutlah istilah yang diguna oleh Mahadaya pelik2. Asalama. X pernah dengar. Yang itu, Mufti tak isytihar sesat ke ape2 ker?

    Hmm lagi 1, karya Imam al-Ghazali itu, Ihya' Ulumuddin itu banyak yang sesat dan hadis dhai'f menurut ramai ulama dari Blog Bahaya Syirik

    ReplyDelete
  7. salam bro.
    salam kepada 'masa' yang baru tiba.
    nak tanya skit tuan,apa kronologi yang dapat dihurai hujahkan berlaku pada 1432 hij..dari awal muharramnya hinggalah ..
    cantik jika dapat dimakmumkan..kene tempiasnya pun jadiklah,harum juga baunya.

    wasalam.

    ReplyDelete
  8. Salamun 'alaykum [kepada yg muslim]

    Muhammad Orang Gombak banyak bertanya benda2 pelik sampai Atok Zamani naik meluat/tersinggung dgn susunan ayat dia. Manusia tak tahu perkara2 di hadapan, sekadar ramalan saja. Bukan untuk percaya.

    The good news is:-

    "Aku nampak (dalam sedar) Nabi 'Isa, Al-Mahdi dan Khidhr muncul bersama-sama pada malam 7/01/2010."

    Cuma tunggu "lampu hijau" dari Tuhan untuk memperkenalkan diri di khalayak umum. Terpulanglah nak percaya atau tidak. Mungkin Muhammad Bradokapak tahu perkembangan mereka sb dia pun amat suka bertanya.

    "KITA SEMUA ADALAH MUHAMMAD-MUHAMMAD DI MUKA BUMI".

    ReplyDelete
  9. Salam saudara bradokapak.Terima kasih untuk artikel yang banyak menyedarkan saya tentang adab ilmu ini.Bila baca artikel nih,terasa diri ni begitu kerdil dengan ilmu yang.ALangkah hebatnya ulama ulama dahulu akhlak mereka menuntut ilmu.
    Saya juga sedar bahawa Allah tidak memandang berapa banyak lembaran ilmu (kalau dalam situasi sekarang ijazah ataupun PhD) yang kita ada,tetapi kalau tidak diamalkan atau memberi manfaat kepada orang lain,semua itu tidak ada nilainya di sisi Allah.
    Syabas saudara,loking forward to artikel like this!
    p:s - Boleh tak tolong besarkan font artikel saudara,kecik ler. :)

    ReplyDelete
  10. Salam OG

    Terima kasih. Info baik sebagai panduan. Saya akan copy dan simpan syarah ini sebagai pedoman. Harap sdr izinkan.

    Salam ZA

    Kenyataan tuan mengenai Mahadaya amat ganjil dan sukar untuk saya memahaminya. Begitu juga dengan Bani Tamim yang tuan catatkan. Namun terima kasih kerana sudi memberikan buah fikiran. Satu perkara yang ingin saya tanya, adakah wajar jika sesaorang itu menghukum Nabi Muhammad SAW sebagai nabi palsu dan menuduh baginda telah meminda alQuran yang asalnya diwahyukan kepada Sultan Ahmad (Sultan Melaka)>? Setahu saya yang dhaif ini, Muhammad ialah kekasih Allah dan Allah juga kasih kepada umat baginda. Adakah patut sesaorang itu meninggalkan Islam (ajaran Rasulullah SAW) dengan mengambil ajaran Nabi terdahulu>? Mahadaya juga mengatakan "AHMAD" itu nabi dan juga sultan Melaka, bukannya orang arab. Apa komen tuan?

    ReplyDelete
  11. Salam Abatasa.

    Tidaklah patut seseorang menuduh Nabi Ahmad/Muhammad/Muhammadun sbg palsu. Tulisan, Lisan, Isyarat dr Mahadaya ialah ibadah. Selagi Tauhidnya kepada Tuhan Yang Esa, selagi itu Mahadaya masih ada iman. Selagi dia ikut perintah Al Qur'an & jauhi larangan selagi itu dia belum kafir. Selagi dia mengaku salah satu nama Nabi Ahmad/Nabi Muhammad/Nabi Muhammadun sbg orang yg menerima wahyu Al Qur'an, selagi itu dia beriman dgn Nabi Utusan.

    Masalahnya, dia dakwa Nabi Ahmad org Melayu. Bagi saya dakwaan ini cuma masalah kecil. Sebabnya MAHA TINGGI, MAHA BESAR ALLAH melihat seluruh manusia ibarat setitik air di lautan. Tiada beza bangsa atau beza lisan...semuanya manusia dan semuanya zuriat Adam. Beza kita di sisi Tuhan ialah Tauhid, Iman, Amalan. Mahadaya sembahyang, bukannya tinggal sembahyang. Tauhid & Iman di hatinya hanya dia dan ALLAH saja yg tahu. Di akhirat nanti, kita tidak dipertanggungjawabkan satu sama lain. Jika dia sesat, nasihat baik2...lepas sudah tanggungjawab kita di dunia saling tegur menegur. Selebihnya hak ALLAH & jangan kita langgar sempadan hak ALLAH.

    Imam Mahdi dan Bani Tamim Tulen pun begitu, mereka memandang ASWJ sesat, ASWJ memandang mereka sesat. Nak tahu siapa sebenarnya yg sesat harus faham Al Quran & Sunnah spt mana kamu ialah Muhammad bin Abdullah yg original.

    Insya ALLAH, Hidayah hanya dari ALLAH.

    ReplyDelete