Wacana Ilmu - Mahabbah Rasulullah




BismillaahirRahmaanirRahiim.
Artikel kali ini adalah salinan dari Tausyiah (Ceramah) yang disampaikan oleh As-Syeikh Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz dari Darul Mustafa, Tarim, Hadralmaut, Yaman yang disampaikan di Masjid Wilayah Persekutuan pada hari Sabtu yang lepas, 8 Januari 2011. Ceramah bermula sekitar jam 8 malam selepas bacaan Ratib Al-Haddad dan Qasidah kemudian ceramah berakhir dengan doa sekitar jam 10 malam.


Mohon maaf jika terdapat kekurangan dalam artikel ini. Mohon maaf juga andai ada yang tidak dapat difahami berdasarkan artikel ini, kerana artikel ini disalin berdasarkan apa yang diucapkan oleh Al-Habib Umar dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin. Sekiranya berlaku kekeliruan, harap diberi pertanyaan disini, InsyaAllah akan sy cuba menjawabnya.


Saya paparkan semula Tausyiah ini khusus buat tatapan para pembaca blog ini. Semoga ia bermanfaat buat kita. Amiin...

--------------------------------------------


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, penghulu sekalian Nabi serta Salam kepada seluruh Ahli keluarga Baginda, para Sahabat dan seluruh Alim Ulama’ pewaris Nabi. Ya Allah, bukakanlah pintu-pintu ilmuMU kepada kami. Amiin...


-Allah SWT senantiasa memberikan dan membahagikan kemuliaan Allah SWT bermula daripada ummat Nabi Allah Adam Alaihis Salam hingga ummat Nabi Muhammad SAW.


-Maka sempurnalah nikmat Allah SWT yang diberikan kepada kita degan kita dijadikan semulia-mulia ummat dan sebaik-baik ummat kerana menjadi ummat kepada sebaik-baik dan semulia-mulia Nabi. Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Fil ‘Awwalin-a Wal Aakhiriin.


-Sesungguhnya penciptaan kepada penciptaan seluruh makhluk ekalian alam kalau dapat memahami sekalian penciptaan itu boleh mendapat hidayah dengan akal atau daya fikiran mereka sahaja. Maka tiada makna diutuskan para Rasul dan Kitab.


-Akan tetapi, pencipta seluruh alam yang mengetahui keperluan seluruh alam yang memerlukan kepada panduan, untuk dapat membezakan yang gelap dan terang. Akal pun menunjukkan bimbingan agar kita dapat berjalan.


-Maha Suci Allah SWT yang memberi kita bimbingan daripada kegelapan kepada cahaya kebenaran.


-Mudah-mudahan kita adalah antara orang-orang yang mendapat cahaya kebenaran daripada Allah SWT.


-Kita telah mendapatkan perintah dari Allah SWT baik daripada ummat ini atau ummat sebelum kita untuk kembali kepada syariat. Bahkan mereka akan terpaksa kembali kepada syariat itu sebagaimana yang telah digariskan.


-Sesungguhnya disana terdapat perbezaan diantara orang-orang yang menggunakan fungsi akal pada hakikatnya dan orang yang telah melepaskan fungsi akalnya untuk berfikir.


-Sesungguhnya mereka yang telah menerima cahaya daripada Allah SWT akan beriman kepada Allah dan RasulNYA. Mereka telah menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh Allah SWT sebaiknya. Sehingga mata mereka dapat melihat jalan yang jauh yang dilaluinya dengan adanya cahaya. Mereka itulah orang-orang yang telah menggunakan akal dengan baik.


-Merka yang tidak beriman ialah orang yang tidak menggunakan akal mereka dengan baik. Seperti orang yang berjalan dalam gelap tanpa cahaya. Berjalan sehingga dia tergelincir atau jatuh dengan halangan dihadapannya. Tak dapat berjalan manusia itu tanpa cahaya sehingga adanya cahaya yang dapat menunjukkan jalan yang benar kepadanya.


-Sesungguhnya realiti manusia, antara yang beriman dengan yang tidak beriman ialah, orang kafir adalah menggunakan akal mereka semata-mata akal sehingga nafsu dan syahwat mereka tergantung kepada akal fikiran sahaja.


-Orang yang beriman pula menggunakan akal mereka sebagai bimbingan dan cahaya untuk megawal nafsu, bukan berkhidmat untuk nafsu tetapi mengawal nafsu. Untuk mengawal dan memadamkan noda-noda hitam dalam hatinya.


-Mari sama-sama kita berdoa, supaya tetap kaki-kaki kita berjalan kepada arah yang selamat dan dapat memadamkan noda-noda hitam dihati kita dan tetap dijalan tersebut. “Ya Allah, tetapkanlah kaki-kaki kami untuk berjalan ke arah yang selamat dan padamkanlah nodanoda hitam dihati kami dan tetapkanlah kami dijalan tersebut.”


-Sesungguhnya Nabi-nabi yang diutus oleh Allah SWT, mereka bermujahadah dalam usaha mereka bukanlah semata-mata untuk kesenangan hidup dan keistimewaan yang tidak kekal iaitu keistimewaan dunia. Akan tetapi disana musuh-musuh Allah SWT menggunakan akal hanya menggunakan akal untuk nikmat dan nafsu yang tidak kekal. Yang hanya di dunia sahaja. Sehingga dapat dibezakan dengan mudah antara para Anbiya’ dan musuh-musuh Allah SWT. Ya Allah, lindungi kami dari bahaya musuh-musuhMU. Amiin...


-Telah berkata Nabi Muhammad SAW: “Aku telah disakiti yang mana seorangpun tidak pernah disakiti seperti aku disakiti, aku diganggu dan aku ditakuti. Walaupun dalam keadaan demikian, tidak pernah amelainkan aku berdoa kepada Allah SWT agar seluruh ummatku mendapat Rahmat dan keselamatan daripada Allah SWT.”


-Kita semua pada hari ini dapat nikmat daripada Allah SWT adalah daripada hasil perjuangan letih peluh Nabi SAW sehingga kita dapat merasai letih baginda dalam masjid ini dengan aman dan selesa. Untuk mengingati tanggungjawab yang besar, hasil perjuangan yang besar hasil usaha baginda.


-Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi seorang sahabatdengan membawa harta yang banyak dari Bahrain. Harta itu dibawa kepada Baginda pada waktu Subuh. Kemudian selepas Solat Subuh, Baginda telah membahagikan harta-harta itu keseluruhannya kepada para sahabat tanpa ada sisanya walau sedikit pun. Ketika itu Baginda sedang berpuasa. Kemudian, setelah selesai membahagikan harta tersebut, Baginda pun pulang ke rumahnya. Sampai dirumah, Ummul Mukminin telah mendatangi Baginda seraya berkata , “Bukankah engkau telah diberi harta yang banyak, tidakkah engkau meninggalkan untuk kami walau 2 dirham untuk dapat membeli makanan bagi kita berbuka nanti?”


-Jawab Baginda, “Kalau engkau ingatkan aku sebelum aku membahagikan harta-harta tersebut, maka aku akan meninggalkan untuk kamu 2 dirham itu.”


-Lihatlah contoh yang Baginda tunjukkan kepada kita. Harta yang dimilikinya bukanlah didahulukan dirinya kepada harta itu, tetapi didahulukan orang lain untuk memiliki harta itu.


-Akan tetapi berlaku pada zaman kita, negara-negara yang mendapat harta dari sumber yang diharamkan yang sangat banyak itu tidak membahagikan harta tersebut kepada rakyatnya walaupun mereka mampu berbuat begitu. Sebaliknya harta itu diambil dan dimakan dengan tujuan kepentingan mereka sahaja.


-Lihatlah perbezaan dahulu dan sekarang.


-Tengoklah beza budaya dan kemajuan duku dan sekarang. Zaman kita dan zaman Rasulullah SAW.


-Setiap ummat sekarang diseluruh bumi ini sangat memerlukan petunjuk dan bimbingan untuk membimbing ummat ini kepada hidayah Allah SWT.


-Bawalah dan pikul cahaya yang dipikul Nabi SAW ini.


-Fahamilah dan kenalilah ajaran yang dibawa Nabi SAW sebagai satu ajaran wahyu Allah SWT.


-Sehingga kamu dapat melakukan tanggungjawab terhadap ummat ini dan membawa kebaikan kepada ummat ini.


-Berdasarkan ta’liman dan hidayah Rasulullah SAW dari Allah SWT, Baginda telah memberi kepada keluarganya akan ilmunya.


-Sesungguhnya demikian oleh Baginda dalam mendidik keluarganya dan orang yang dikasihinya, Saidatina Fatimah R.A. Nabi telah membentuk seorang wanita yang baik untuk berkhidmat kepada orang lain dengan sabar dan taat. Dengan dapat memberikan harta yang dimilikinya kepada orang lain. Harta yang ada diutamakan kepada orang lain dan sabar dalam taat kepada Allah SWT.


-Contohilah teladan-teladan ang telah terjadi di rumah Rasulullah SAW. Contoh yang telah dilakukan dalam pendidikan Rasulullah kepada ummatnya, antara Saidina Ali dan Siti Fatimah...


Suatu hari, Saidina Ali telah membawa makanan dan memberinya kepada Siti Fatimah. Kemudian Siti Fatimah mengambilnya untuk dimasak menjadi roti. Setelah selesai, Siti Fatimah membawa roti itu terlebih dahulu kepada ayahnya yang ketika itu ada di Masjidil Haram. Kemudian Nabi SAW mengambil sebahagian roti itu lalu dimakannya. Kata Baginda, “Inilah makanan yang pertama masuk ke perut aku selama 3 hari ini. Tidak ada yang lain.”


-Siti Fatimah melakukan demikian adalah atas tarbiah ayahnya. Mendahulukan harta yang dimilikinya kepada orang lain sebelum dirinya.


-Sepertimana Nabi SAW pernah membawa roti kepada Siti Fatimah. Pada suatu hari, datang seorang sahabat kepada Baginda sambil membawa roti untuk Baginda. Kemudian Baginda mengambil roti tersebut dan menyuruh sahabat itu menghantarnya ke rumah Siti Fatimah seraya berkata, “Sesungguhnya tidak ada yang makan di rumah itu pada hari ini.”


-Demikianlah contoh yang berlaku di rumah Rasulullah SAW.


-Suatu hari, datang seorang sahabat membawa 100 dirham dan memberikannya kepada Siti Aisyah R.A. Kemudian Siti Aisyah membahagikan keseluruhan harta itu kepada orang-orang yang memerlukan harta itu. Setelah pulang ke rumah, Ummul Mukminin yang lain telah bertanya kepada Saidatina Aisyah, “Wahai Ummul Mukminin, tidakkah kau tinggalkan kepada kami sedikit dari harta itu untuk kami dapat berbuka puasa pada hari ini?”


-Kemudian, Ummul Mukminin Saidatina Aisyah menjawab, “Kalau kalian ingatkan aku sebelum aku membahagikan harta-harta tersebut, maka aku akan meninggalkan untuk kalian sedikit dari harta itu.” Lihatlah, jawapan yang sama diberikan seperti mana jawapan yang diberikan Rasulullah SAW sewaktu perkara ini berlaku diantara Baginda dan Siti Aisyah.


-Inilah contoh yang baik. Mereka adalah orang yang sangat terpercaya dan amanah untuk membahagikan harta itu.


-Tidak pernah melampau dan sombong dengan harta itu.


-Tidak membawa mudharat dan zalim dengan hartanya.


-Tidak didaulukan dirinya sendiri dengan harta itu.


-Tidak pernah berharap dengan harta itu mereka akan tinggi daripada orang lain.


-Mereka membahagikan harta pada jalan yang benar. Mereka itulah didikan Rasulullah SAW yang menggunakan harta pada jalan yang benar bukan digunkan harta itu.


-Pernah suatu ketika, Baginda Rasulullah SAW berkata kepada Suraqah, “Bagaimanakah kamu, suatu masa nanti akan memimpin kerajaan Kisra dan Kaisar?”


-Suraqah memegang pimpinan itu untuk meluaskan dan memanfaatkan dengan baik untuk orang lain. Kepemimpinan yang telah diberitahu oleh Rasulullah ketika Suraqah memimpin, tidak digunakan untuk kepentingan dan zalim, tetapi digunakan untuk membawa Rahmah dan manfaat untuk seluruh ummat.


-Kisra dan Kaisar ketika memimpin, mereka adalah orang yang zalim dan sering menzalimi wanita. Apabila kerajaan Kisra dan Kaisar dipimpin oleh orang yang dididik Rasulullah SAW, wanita yang sebelumnya hina telah diberikan haknya kehormatan yang berhak daripada hanya sebagai seorang manusia. Insaniah dan ijtimaiah.


-Akan demikian, dapat dibezakan antara ajaran Rasulullah SAW yang universal dengan membawa cahaya dan Rahmah, manfaat kepada seluruh ummat manusia berbanding orang-orang yang hanya bergantung akal mereka sahaja. Sekarang ini dikenali sebagai globalisasi.


-Dalam misi Rasulullah SAW, Rahmat adalah tujuannya. “Sesungguhnya KAMI tidak mengutuskau wahai Muhammad melainkan untuk membawa Rahmat kepada sekalian Alam.”


-Kenalilah ajaran Rasulullah SAW dan apa yang telah diperintahkan Allah SWT. Hendaklah kamu berhukumkan dengan apa yang telah diberitahukan kepada kamu dan janganlah kamu berkawan dengan orang yang khianat.


-Dan dalam budaya ajaran yang dibawa Rasulullah SAW adalah, “Sesungguhnya AKU utuskan Muhammad atas peringatan seluruh ummat.”


-“Maha Suci ALLAH yang telah menurunkan Al-Furqan untuk menjadi Rahmat kepada sekalian Alam.”


-Di dalam Al-Qur’an dijelaskan 2 perkara tentang pemerintahan, pertama ialah pemerintahan Firaun. Pemerintahan yang mana ia menindas orang lain. Kata Firaun, “Kalau kamu sembah selain aku, maka aku penjarakan kamu.” Dan dalam sistem yang dipakai oleh Firaun juga adalah untuk menunjuk kehebatannya yang bathil, zalim terhadap rakyatnya. Firaun juga mengarahkan anak lelaki untuk dibunuh, dan membiarkan anak perempuan hidup. Katanya, “Kamilah orang-orang yang kuat.” Padahal, hal pembunuhan anak lelaki itu telah jelas membuktikan bahawa Firaun itu penakut orangnya.


-Di dalam Al-Qur’an juga ALLAH SWT menceritakan pemerintahan yang adil, seperti kisah Iskandar Zulkarnain.


-Orang pada hari ini kebanyakannya memilih globalisasi. Dari contoh yang mana sebenarnya orang hari ini memilih pemerintahan mereka? Adakah pemerintahan seperti Firaun itu atau pemerintahan yang Adil?


-Kalau mereka mendakwa mereka membawa misi belas kasihan, kebebasan, adil tanpa paksaan, sesungguhnya telah datang seperti yang dibawa Rasulullah SAW yang kita sedang berjalan dengannya sekarang.


-Akan tetapi, bila mana mereka membawa sistem yang tak betul, itu adalah cara yang tak betul. Maka ia tidak ubah seperti sebuah perahu dalam air ditengah lautan, digoyangkan dek ombak lautan hingga tenggelam perahu itu.


-Sifat ego yang tidak peduli terhadap agama Allah SWT, maka Allah SWT memberi ancaman, “Kami akan biarkan, lalu kami hancurkan sehancur-hancurnya.”


-Sesungguhnya dunia ini adalah sebuah perantara untuk berkhidmat kepada Allah SWT, bukan untuk diguna-gunakan.


-Bila orang yang hidup tidak kenal kepada penciptanya apabila dia ini berjalan diatas bumi ini, bagaimana dia disebut orang yang berakal atau berilmu kalau tidak mengenal penciptanya?


-Orang yang tidak kenal kepada penciptanya, tidak tahu apa yang akan berlaku, tidak tahu nasibnya, tidak ada hala tuju.


-Maka hendaklah orang yang beriman, berjalan di bumi ini dengan cahaya dan bimbingan yang telah diberi Allah SWT, untuk berlaku adil, untuk mencegah perbuatan keji dan mungkar.

-Tak ada beza antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman yang berjalan di bumi ini dengan cahaya yang ada.


-Mintalah cahaya bimbingan dan hidayah daripada Allah SWT.


-Sesungguhnya keadaan manusia nanti di hari kiamat, Allah SWT menceritakan bahawa orang yang mendapat cahaya berupa bimbingan, “Allah tidak akan mencelakakan Nabinya, dan orang yang berjuang dengan Nabinya dan Nur mereka akan berada di hadapan mereka dan akan celaka orang yang tidak ada Nur itu.” Nur inilah cahaya!


-Marilah kita akhiri malam ini dengan mengingati kisah bulan Safar yang mana Sayyidina Ali KarramAllahu Wajhah telah dikahwinkan oleh Rasulullah SAW dengan Saidatina Fatimah Az-Zahra pada bulan Safar.


-Baginda SAW tidak lalai dalam hal pernikahan itu. Siapapun yang dinikahkannya, tujuan utamanya pasti ialah menuju Muhimmah. Sebagai persiapan nikahnya, pada masa yang sama, Rasulullah SAW sentiasa berdoa kebaikan terhadap perkahwinan itu (perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah).


-Bila mana acara di zaman ini, yang dilakukan orang kebanyakannya telah melampaui batas. Pada asalnya perkara ini perlulah diperbetulkan, akan tetapi ramai yang hanya menggunakan akal hingga memudharatkan diri.


-Pesan Rasulullah SAW, “Isytiharkan perkahwinan (Nikah) itu dengan kompang dan alat yang halal.” Akan tetapi, ramai orang yang menggunakan barang yang tidak halal dalam pernikahan mereka.


-Bila mana seseorang muslim itu melampaui batas, tidak mengikuti bimbingan Rasulullah SAW dalam nikah itu, contoh yang paling hampir ialah mencampur adukkan antara lelaki dan perempuan, suami cium tangan isteri dihadapan orang ramai, inilah antara adat orang-orang yang tak dapat Hidayah Rasulullah SAW.


-Bila mana kita tinggalkan Hidayah itu, dimanakah yang akan dikatakan sebagai Barakah dalam perkahwinan itu?


-Atau perkahwinan itu gagal dalam hidup bila mana mereka meninggalkan Hidayah Rasulullah SAW tersebut? Mungkin tidak sekarang, tapi pada masa yang panjang.


-Ingatlah, hati yang mendapat cahaya adalah hati yang rindu. Rindu untuk dapat dikumpulkan dengan Rasulullah SAW (di padang Mahsyar).


-Barangsiapa yang menyedari dan memahami, barangsiapa yang meniru atau menyerupai orang lain, maka dia akan dikumpulkan dengan orang yang diserupainya. Berfikirlah dengan siapa kamu dikumpulkan nanti (di padang mahsyar).


-Barangsiapa yang hendak buat walimatul urus, jangan lupa jemputlah para Ulama’ dan fakir miskin supaya majlis perkahwinan yang berlangsung itu dipenuhi dengan zikir, maka cahaya Allah SWT akan turun kepada pengantin itu nanti. InsyaAllah.


-Sungguh, kami memuji dan bersyukur kepadaMU Ya Allah, kerana telah menurunkan Rahmatan Lil ‘Alamiin.


-Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Junjungan Besar Penghulu Akhir Zaman Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Ya Allah, himpunkanlah kami dengan Nabi Muhammad SAW di padang mahsyar kelak. Matikan kami dalam Khusnul Khotimah.


-Ya Rabb, Himpunkanlah hati-hati kami bersamanya (Rasulullah SAW). Amiin... Ya Rabbal ‘Alamiin.


----------------------------------------------------


Inilah dikatakan oleh Sheikh Al-Habib Ali Al-Jufri: "Kalau Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu tidak hidup, sudah tentu hati kita tidak tergerak ketika memperingati Baginda صلى الله عليه وسلم ."

Degupan kerinduan kepada Baginda
صلى الله عليه وسلم ketika disebut nama Baginda صلى الله عليه وسلم sudah cukup membuktikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم hidup dan hadir dalam kehidupan umat Baginda صلى الله عليه وسلم

يا رب صل على محمد يا رب صل عليه وسلم


-Catatan 'bradokapak'
Rabu, 19 Januari 2011, 12.43 malam.

2 comments:

  1. assalamualaikum.....


    terima kasih atas n3 n terjemahan dari ceramah asal As-Syeikh Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz dari Darul Mustafa ini....

    sekurang2 kami2 yg x berkesempatan dapat mengikutinya dari blog tuan...

    terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam...

    Sama-sama, semoga ia bermanfaat buat kita semua.


    Dlm kesempatan ini, sy memohon maaf andai kata ada kata-kata yg tidak dapat difahami atau kekurangan dlm artikel ini. Mohon maaf sebanyak-banyaknya drpd sy. Dlm artikel diatas, terdapat beberapa bahagian yg tidak sempat sy salinkan terjemahan ceramah Habib Umar tsbt.

    Apapun, semoga yg sedikit ini mempunyai manfaat yg banyak buat kita.


    Sekian.
    Wassalam.

    ReplyDelete