Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, para Keluarga Baginda, para Sahabat Baginda dan seluruh pewaris Baginda. Al-Fatihah...
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan."
Kata tidak sama dengan rasa!
Kemudian, kata mempunyai tahap, tetapi rasa tiada tahap.
Sesuatu kata paling tinggi pun kalau nak dinyatakan adalah, "Segala pujian bagi Allah SWT" atau "segala kehinaan bagi orang yang hina" atau seumpamanya. Tetapi rasa tiada tahap tertinggi. Seseorang yang mencapai rasa apabila ia merasai kehadiran sang Maha Pencipta, sudah tiada kata untuk menyatakannya lagi.
Begitu juga sesiapa yang sudah merasai Sakaratul Maut dan seksa kubur, maka tiada satu kata pun yang layak untuk menyatakan rasa bagi pengalamannya itu.
Seuntai kata boleh dirasa. Seuntai rasa tiada terkata. Makna makni rasa dan kata, diurai menjadi celaru bila mana tiada tahu.
Rasa dalam rasa? Rahsia dalam rahsia? Cahaya diatas cahaya? Segalanya begitu payah untuk diurai apatah lagi untuk diungkapkan. Zahir rasa tiada terlihat. Hanya jasad terlihat seperti berkhayalan. Kata tiada terkata lagi ketika itu.
Boleh difahami?
Dan satu ketika, bagi orang kebiasaan, rasa itu ada tahap dan batasnya. Namun bagi orang tertentu, tiada tahap pada rasanya itu. Begitu juga pada orang yang telah menghadapi mati. 90 tahun bercerita pun tiada sampai makna rasa mati nya itu tadi...
Begitulah tingginya peringkat rasa berbanding kata-kata. Kata-kata mampu menggambarkan sesuatu yang indah dan jijik. Kata-kata juga mampu mengubah reaksi orang yang mendengarnya. Tetapi kata-kata tidak mampu menandingi kuasa 'rasa'.
Berada di tempat kemalangan dan melihat kemalangan yang berlaku adalah tidak sama dengan orang yang mendengar cerita tentang kemalangan tersebut. Perasaan orang yang berhadapan kemalangan juga tidak sama dengan orang yang menyaksikan kemalangan. Orang yang berjaya mengelak kemalangan juga tidak sama perasaannya dengan orang yang cedera dalam sesuatu kemalangan jalan raya. Begitulah pula tingkatan perbezaan antara rasa dan perasaan.
Kadang-kadang, ekspresi diri sudah cukup untuk membicarakan 1001 rasa dalam diri kita...
Seuntai kata untuk dirasa, seuntai rasa dikata untuk diambil iktibar dan pengajarannnya...
----------------------------------------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam bang,
ReplyDeleteMeremang & basah...
Wa'alaikumussalam wbt.
ReplyDeleteApa yang meremang dan basah tu saudara? huhuhu...
Salam bang,
ReplyDeleteMeremang batang tubuh saya ni bila baca penulisan abang... naik dari kaki sampai ke ubun2...
Dah tu, bertakung air mata ni dan basah berlenangan...
Kadang2 tu, rasanya lagi baik balik 'asal' dari tinggal di dunia ni...
Tapi, tak taw duit nak beli tiket bas nak balik 'kampung' tu cukup ke tak...
Silap2, tak berduit...
Give up tu, tidak la...
Rindu je...
Allah Hu Rabbi...
ReplyDeleteSampai macam tu sekali ke? Alhamdulillah, beruntung saudara sbb dpt rasa macam tu. Ambo ni pandai tulis je, tapi tak pandai nak merasa... ^ ^
The TRUTH is....LIFE is not about creating yourself....But, it's about finding yourself. Itu ayat2 YAHUDI (di atas) utk menyesatkan kita. "Man arafa nafsahu, faqad arafa rabbuhu, fasadal jasadu".Maknanya - Barangsiapa mengenali dirinya, maka kenallah Tuhan nya. Lenyaplah jasadnya...".
ReplyDelete