Bismillahirrahmanirrahim.
ILMU
Wahai sahabat,
Carilah ilmu walau ke Tembok Besar Cina,
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahatmu,
Tidak perlu risau akan dirimu,
Kerana ilmu akan menjaga kita.
Namun...
Apa guna ilmu penuh didada?
Jikalau tidak tahu berbudi bahasa...
Apalah guna ilmu penuh didada?
Andai tidak mengerti beza kaca permata...
Apalah gunanya ilmu penuh didada?
Sekiranya amalan harian kita caca marba...
Duhai sahabatku,
Jadilah kamu seperti lilin,
Membakar diri demi kebahagiaan orang lain.
Ikutlah resmi padi,
Semakin berisi, semakin kita merendah diri.
Tundukkan dirimu pada Hadrat Ilahi,
Tanda syukur kita hari ini...
Intaha.
Rabu 20 Jun 2011,
10.30 pagi,
Pusat Pendidikan Al-Amin, Sg Pusu.
oleh, 'bradokapak'.
--------------------------------------

-----------------------------------------
Sajak yang bertajuk ILMU diatas telah saya karang pada hari Rabu 20 Jun 2011 bersamaan 17 Rejab 1432H. Selesai dikarang pada jam 10.30 pagi hari tersebut. Sajak tersebut telah di deklamasikan dihadapan ratusan hadirin sempena Bulan Ilmu Teras, Pusat Pendidikan Al-Amin, Sungai Pusu, Gombak.
Semoga secangkir nasihat diatas sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah...

Ya ALLAH, berkatilah kami dalam Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan. Amiin Ya Rabbal 'Alamiin...
Sekalung Penghargaan buat:
1) Rakan-rakan yang membantu memberi ilham.
2) Para guru dan pendidik di Pusat Pendidikan Al-Amin.
3) AJK Majlis deklamasi sajak tersebut.
4) Syeikh Besawab yang memberi beberapa kata-kata hikmah diatas.
5) Bro Yayad yang menyumbangkan sepotong kata diatas.
6) Google yang menyumbangkan gambar-gambar diatas.
7) Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Sekian.
Wassalam.
26 Jun 2011, 2.51 petang.

Alhamdulillah !! Maha Suci ALLAH...yg mengurniakan kita akal utk berfikir....
ReplyDeleteTerbaik !
terbaik
ReplyDelete