- Jun 12, 2011
Ketika Cintaku Bertasbih
Bismillahirrahmanirrahim.
Inilah kisah detik-detik bermulanya percintaanku. Aku telah meletakkan percintaanku dibawah landasan syariah. Indah sungguh bercinta atas dasar Agama. Indah sungguh kalau cinta kita diberkati oleh ALLAH SWT. Indah sungguh kalau dapat perempuan yang solehah dan dapat lelaki yang soleh macam aku.
Sebenarnya aku seorang pelajar Universiti yang berlandasakan Islam. U tempat aku belajar ni agak femes juga di Malaysia. Terkenal dengan pelajaran Usul Fiqh, Usuluddin, Syariah dan lain-lain cabang pelajaran agama.
Adalah satu hari tu, masa aku tengah lepak dengan kawan-kawan aku dekat kantin Mahallah (asrama) tempat aku menginap, tengah sedap hirup teh o ais tiba-tiba mataku terpandang ke arah seorang gadis yang sangat cantik.
Wah! Cantik betul ukhti (panggilan untuk saudara perempuan, ummat Islam kan semuanya bersaudara) tu, bertudung, berbaju labuh, seluar tak ketat, paras rupa cantik, memang ciri-ciri muslimah idaman setiap lelaki, detik hati kecilku ketika kali pertama memandangnya.
Aku pun apa lagi, mula lah risik kat kengkawan perempuan yang satu Kuliah dengan aku. Rupanya dia pelajar baru kat fakulti Syariah yang aku belajar ni. Patutlah tak pernah nampak sebelum ni.
Ah, sebelum orang lain kebas, baik aku ambil dia. Boleh buat isteri ni, aku pun rezeki tengah banyak, kenal-kenal dulu lah nanti boleh kahwin terus kalau dah serasi. Sekali lagi hati kecil ini berdetik merdu semerdu alunan lagu 'Ketika Cinta Bertasbih' nyanyian Melly Goeslow penyanyi Indonesia.
Lepas aku ayat si Rafeah tu, akhirnya aku berjaya mendapatkan no tepon pelajar baru tadi. Rupanya nama dia Aimi Maisarah. Wah! Cantik betul nama, memang padan dengan paras rupanya... Gembira betul hati aku bila dapat no tepon Aimi! :D
Memang terbaik lah kawan aku si Rafeah yang sorang ni. Dia betul-betul seorang perempuan yang mampu membantu lelaki macam aku ni. Kalau korang nak isteri solehah bolehlah ambil dia jadikan isteri, err... tapi dia kurang cantik sikit lah. hehe :D
Ok, aku pun malaslah nak tulis panjang-panjang. Ni aku kongsikan detik-detik perkenalan antara aku dan Aimi Maisarah sehingga aku berjaya kahwin dengan dia...
1. Hai, boleh saya kenal? saya tertarik dengan perwatakan sopan awak, dah lama sy perhatikan awak, awak budak baik dan saya tertarik dengan tudung yang awak pakai. Saya harap kita boleh berkenalan. Ukhuwah Fillah eh orang kata. Saya tak pandai sangat cakap arab...
2. Terima kasih kerana menerima saya, saye akan try sedaya mungkin menjaga awak & mengikut syariat, saya tau saya bukan baik sangat, tapi saya sentiasa cuba yang terbaik untuk awak...
3. Ingat tau, kalau keluar rumah jaga aurat, jangan bagi orang nampak. Keluar dengan kengkawan tau, balik kontek saya, saya doakan awak.
4. Awak, kenapa tak kontek saya? Saya risau awak keluar lelame. Ya, saya tak ada hak, saya tau saya percaye awak, tapi saya tak tau nak kata macamne, kita tak bertemu selalu, just nampak dari jauh je kan, tapi saya rasa awak macam berada depan saya. Mungkin ni yang orang kata cinta kot. Awak, awak cinta saya? Tak nak bgtau...? Tapi saya tau awak cinta saya. Awk da tak nak jalan tempat saya selalu lepak sebab malu, kan...? hehehe... Tq. Sy cinta awak... ;)
5. Awak, selain family, awak sayang sape? Sape saya dalam hati awak??
6. Awak, dari kawan kite just panggil saya, awak jer... Macam saya tak istimewa untuk awak je ;) Saya teringin gak nak jadi macam kawan sebilik saya ni, diorang selalu panggil sayang. Bolehlah, bukan salah pun, just panggil je. Boleh ke? Oh, tq sayang...
7. Yang, kekadang saya tengok ayang ni macam tak percaya kat saya je, yela, saya just tanya awak pakai ape je hari ni kan ;( hehehe... Ye tq bagitau, makin sayang saya kat awak....
8. Yang, saya nak ayang tau, ayang lah segalanya untuk saya, sayang la pemberi semangat utk saya. Yang, saya harap ayang dengan saya tak ada rahsia lagi. Jangan risau, ini kan membuktikan sy take care ayang kan. so, jgn risau k, yer. saya janji akan jaga rahsia kite, just
9. Ayang dah lamer kita asyik mesej je, boleh tak kita jumpa? Ye, ayang bawa lah kengkawan k, Tq yang...
10. Tq panggil saya ngan panggilan abang, abang tunggu dah lame dah, abang tau, kita tak leh paksa dalam perhubungan... Kan?
11. Ayang, wat pe tu? Nak cakap sikit, kenapa ayang bawak satu batalion nak jumpa abang?? Ayang tak caye kat abang ea...?
12. Ayang kita jumpa ea, abang suka tengok ayang pakai tudung yang abang beli tu, yang macam Yuna tu, bukan ayang tak cantik, just makin cantik, nipis skit je, tapi tak pe kan sebab still tutup aurat. Kita jumpa nanti ayang bawak la sorang je ea...
13. Ayang, abang nak mintak maaf dengan apa yang terjadi tadi. Abang tersentuh jari ayang, terima kasih yang, betul cakap ayang, tersentuh tak pe. Makin tebal lah cinta abang kat ayang. Ayang suka jumpa abang? Tq yang, tadi cian tengok kawan ayang dok je diam, ye. Nanti abang bawa kawan abang, boleh dia borak-borak kan. Yang, abang suka tengok mata ayang, alolo
14. Tq jumpe tadi, ayang cantik. Ala, abang romantik pun salah ke? Suke abang romantik eh, tadi jumpa dah berani tenung abang ye. Tq. Tengok kawan ayang n kawan abang macam melekat je. Senang la kita jumpa. Tengok, Allah memberkati kita. Ayang dah solat? Jangan lupa doakan abang sekali tau...
15. Yang, just nak tanya. Ayang cintakan abang berapa peratus? Ape tandanya? 50% je?? Yang, nak tanya lagi, rambut ayang panjang tak, just terpikir je...
16. Tadi terbeli tudung pendek, yang abang bagi kat ayang tu. Ayang, bagi lah gambar ayang special untuk abang pakai tudung tu. Wah, cantiknya ayang. Gambar ni abang buat wallpaperhp ea.
17. Yang, sayang cintakan abang berapa percent?? Sepenuh hati? Tq! I love u cayang...!!
18. Yang, dah lama kita couple, tak kan abang pegang tangan pun ayang nak marah? Ayang kan milik abang. Tq sebab faham abang. mesej je kan. malu-malu lak die, ayang tadi cantik...
19. Kata ayang cintakan abang sepenuh hati... Kalau ayang cintakan abang sepenuh hati apa buktinya yang?
20. Selepas itu bermulalah maksiat yang sebenar... TERPEGANG TANGAN, TERABA, TERSEDAP, TERLANJUR, TERBUNTING, TERBUANG ANAK, TERKELUAR DVD dan .3gp LUCAH, TERMALU, TERTEKAN, TERSEKSA, TERSISIH, 'TERBUANG'!!
21. Jika ini berterusan, mungkin akan 'TER'BUNUH DIRI... Semuanya TER... TER...TER... TER KE?? JAWAB SENDRI....! SEMUANYA BERMULA DARI SMS BERBUNYI, "Hai, boleh saya kenal?"
Ingatlah.... CINTA YANG ABADI ADALH CINTA YANG SEBENAR. IAITU CINTAKAN ALLAH......!!
Eh, dah jadi cerita lain pula... Ini dah jadi 'Ketika Cinta Berzina' ni, bukan lagi Ketika Cinta Bertasbih. Ha, kawan-kawan kena ingat tu! Tak kiralah kita ni jurusan agama atau bukan jurusan agama, tak ada istilah matlamat menghalalkan cara. Kalau dah 24/7 mesej dengan awek tu, itu bukan lagi syariat namanya. Itu syariat setan, bawa nafsu....
p/s: Penulis masih lagi belum berkahwin dan tidak belajar di Universiti seperti yang dimaksudkan.
Glosari:
1) Saye = saya
2) Kengkawan = kawan-kawan
3) Kontek = contact/hubung
4) Tq = Thank You/terima kasih
5) Cayang = sayang
6) Hp = Hand phone/talifon bimbit
7) Ea = ya
8) Sape = siapa
9) Tepon = talifon
*Mohon maaf atas bait-bait perkataan yang mungkin sukar untuk dibaca, biasalah ayat orang muda bercinta kena cute sikit. Perkataan yang dicondongkan adalah bahasa pasar dan tidak sesuai digunakan dalam urusan rasmi. Harap Maklum.
Sekalung penghargaan kepada:
1) Sidang redaksi Majalah Al-Irsyad terbitan berkala, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak.
2) Google yang menyumbangkan gambar-gambar diatas.
3) Dan semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung.
Artikel diatas bukanlah pengalaman sebenar penulis, sekadar coretan untuk para pembaca. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana Universiti di Malaysia ini, U di atas sekadar contoh kepada para pejuang Islam yang banyak terjatuh dengan ujian cinta. Semoga bermanfaat untuk semua...
WAllahuA'lam,
Sekian.
Isnin, 13 Jun 2011, 12.17 tengah malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIndah sungguh bercinta atas dasar Agama. Indah sungguh kalau cinta kita diberkati oleh ALLAH SWT.
ReplyDelete=)
AsSalam.
ReplyDeletenice post bro ! (:
keep it up lillahi ta'ala ya.
Assalammualaikum ..
ReplyDeleteTerbaik Bro....
Moga menjadi renungan buat kita, dlm mencari Ridho Illahi..
Wa'alaikumussalam wbt.
ReplyDeleteTerima kasih kpd semua yg sudi membaca disini. Semoga sekecil perkongsian drpd sy ini dpt memberi manfaat kpd semua.
Ya Allah, berkatilah kami dlm Rajab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan. Amiin Ya Rabb...
Sekian.
Wassalam.
haha boleh tahan juga kamu mengarut...dah teka dah mesti ada catch somewhere....sebab ayat macam kartun ....rupanya betul....lawak.
ReplyDeleteanyway....message yg hendak disampaikan memang bagus...itulah realitinya didunia berteknologi canggih sekarang ni....semua jadi mudah