Gaddafi, Mati, Tsunami, Gempa Bumi, Prof Aziz Bari Dan Peristiwa Langit




Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat bertemu kembali. Pada minggu lepas, kita telah dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang tak henti-henti berlaku. Lunar Halo, Sun Halo, Jupiter Perihelion, Aries Sight dan kemunculan bulan purnama awal dari tarikh sepatutnya ia muncul. Minggu ini pula, sekali lagi kita dikejutkan dengan beberapa lagi peristiwa besar. Bahkan, bukan kita sahaja, juga mengejutkan negara-negara lain di serata dunia. Baca artikel terdahulu di sini dan sini.

Pertama, peristiwa yang sudah menjadi bualan ramai orang. Kematian Raja di Padang Pasir Afrika, Libyan Former Muammar Gaddafi pada hari Jumaat yang lepas.
Matinya seorang yg dikatakan diktator. Perginya seorang Singa di Libya, seorang pembebas kota Afrika dari penjajah. Apakah seterusnya yang akan berlaku? Mungkinkah 'diktator' di Malaysia pula akan menerima nasib yg sama seperti yg berlaku di Libya??

(Imej Gaddafi ketika dalam satu sidang media lama dahulu sebelum dia di buru)

(Imej rakaman REUTERS menunjukkan mayat Gaddafi di aibkan oleh rakyatnya sendiri. Untuk pengetahuan anda, Gaddafi disahkan mati disebabkan tembakan ke kepalanya. Sumber berita terkini, AP)

Satu hakikat yang tak dapat di tolak. Apabila pemerintah berlaku zalim terhadap rakyatnya (mungkin sebahagian), maka rakyat juga akan berlaku zalim (termasuk kepada pemimpin mereka. Peristiwa pembunuhan Gaddafi ini seharusnya menjadi tedalan kepada kita, terutama kepada para pemimpin di negara ini, termasuk para politikus usang baik di pihak Paktan Rakyat atau di pihak kerajaan alias Barisan Nasional.

Hakikatnya juga, pemimpin-pemimpin yang hebat dahulu seperti Saddam Hussein, Muammar Gaddafi disanjung tinggi tapi sayang akhirnya mati dalam tangan rakyat sendiri dalam lubang persembunyiannya. Diharap pemimpin kita dapat mengambil peristiwa ini sebagai iktibar, tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita. Bahkan, mungkin lebih teruk lagi. Semoga tiada dari kalangan pemimpin kita yang mati dalam lubang najis...

(Pasukan Tentera NATO meraikan 'kejayaan' mereka di Libya. Kredit kepada REUTERS)

(Di lubang inilah dipercayai Gaddafi di tangkap sebelum di pukul, di tembak lalu di bunuh. Imej oleh REUTERS)

Ini pula wasiat terakhir Gaddafi sebelum dia di tembak mati di kepalanya. Wasiatnya di salin semula dalam Bahasa Inggeris. Kredit kepada BBC News.
"This is my will. I, Muammar bin Mohammad bin Abdussalam bi Humayd bin Abu Manyar bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Gaddafi, do swear that there is no other God but Allah and that Mohammad is God's Prophet, peace be upon him. I pledge that I will die as Muslim.

Should I be killed, I would like to be buried, according to Muslim rituals, in the clothes I was wearing at the time of my death and my body unwashed, in the cemetery of Sirte, next to my family and relatives.

I would like that my family, especially women and children, be treated well after my death. The Libyan people should protect its identity, achievements, history and the honourable image of its ancestors and heroes. The Libyan people should not relinquish the sacrifices of the free and best people.

I call on my supporters to continue the resistance, and fight any foreign aggressor against Libya, today, tomorrow and always.

Let the free people of the world know that we could have bargained over and sold out our cause in return for a personal secure and stable life. We received many offers to this effect but we chose to be at the vanguard of the confrontation as a badge of duty and honour.

Even if we do not win immediately, we will give a lesson to future generations that choosing to protect the nation is an honour and selling it out is the greatest betrayal that history will remember forever despite the attempts of the others to tell you otherwise."

Al-Fatihah kami hadiahkan buat Pejuang Libya, Muammar Gaddafi dan semua rakyat Libya beragama Islam yang terkorban sepanjang konfrontasi berlaku...

Ok, kita tinggalkan cerita Gaddafi. Kita pergi ke Malaysia. Apa ceritanya yang kecoh sangat tu? Hari Jumaat lepas bersamaan 21 Oktober 2011 telah berlaku satu perhimpunan kecil di UIA. Perhimpunan ini adalah Solidariti untuk Professor Abd Aziz Bari yang digantung daripada bertugas sebagai Pensyarah Undang-undang tanpa notis selama surat tunjuk sebab tidak dikeluarkan. Penggantungan tersebut adalah disebabkan artikel Prof Aziz Bari yang menulis tentang tegurannya terhadap tindakan Sultan, seperti yang telah di keluarkan di laman web Malaysiakini beberapa hari sebelum dia di gantung daripada bertugas pada hari Khamis lalu.

Penggantungan tersebut dibuat sendiri oleh Professor Zaleha, Ketua Rektor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Menurutnya, Prof Aziz Bari hanya digantung selama 7 hari dengan bergaji dan bebas masuk ke UIA walhal surat notis penggantungan yang dikeluarkan pada hari Khamis menunjukkan bahawa Prof Aziz Bari digantung sehingga surat tunjuk sebab di kemukakan dan kad pejabatnya telah dirampas. Sangat jauh bezanya daripada apa yang diwar-warkan oleh Prof Zaleha.

Ini satu petanda buruk kepada negara kita.
Satu petanda bahawa Malaysia bakal jatuh tak lama lagi, dari semua aspek. Kerana kejatuhan integriti ilmu dalam negara lah yang menjadi antara penentu naik turun negara. Mahasiswa/i, pensyarah, sasterawan, mereka ini kalau bangkit tahulah padahnya. Kuasa pemuda... Ingat tu wahai para pemimpin!

Gambar sekitar Solidariti Untuk Professor Aziz Bari:

(Professor Abdul Aziz Bari, Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM Gombak)

(Professor Zaliha, Rektor UIAM)



Ok, kita pergi ke perkara seterusnya. Semalam, 22 Oktober 2011 telah berlangsung satu perhimpunan di Stadium Shah Alam. Perhimpunan Sejuta Ummat Selamatkan Akidah (HIMPUN) yang dianjurkan secara bersama oleh hampir 2000 Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu berlangsung pada jam 2.00 petang hingga jam 6 petang.

Namun, perhimpunan ini kurang berjaya dan tidak berjaya mencapai matlamatnya apabila tidak mampu menghimpunkan seramai 100,000 orang seperti yang diwar-warkan sehari sebelumnya. Hanya sekitar 8000 orang sahaja yang hadir dan antara pemimpin yang hadir adalah Exco Agama Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali, Mufti Perkak, Mufti Tan Sri Harus Sani Zakaria, Presiden PERKASA, Ibrahim Ali dan ramai lagi.

Apapun, Tahniah di ucapkan kepada pihak pengajur walaupun tak berjaya mencapai matlamat namun mesej yang dibawa dapat di sampaikan. Semoga, pihak yang berkenaan baik pihak kerajaan dan badan-badan NGO selepas ini dapat mengambil tindakan serta melaksanakan perubahan dalam negara ini khususnya dalam hal-hal keagamaan agar masalah kirstianisasi dan pemurtadan ummat dapat di selesaikan. Jangan hanya tahu berhimpun, tetapi tiada tindakan di ambil, kes-kes murtad terus di biarkan, gejala sosial semakin meruncing, jenayah berleluasa dan banyak lagi. Semoga semua ini dapat di hapuskan demi kekuatan Islam serta keharmonian dan kemakmuran negara kita.

Di samping itu, kami juga ingin menyampaikan pesan agar segala jenis proses pemurnian Akidah ini di jalankan dengan lebih teliti. Elakkan pengaruh-pengaruh politik, elakkan unsur-unsur perkauman dan diskriminasi dan yang paling penting beri penekanan terhadap keindahan Tauhid dalam Islam, bukan hanya cakap kosong. Semoga selepas ini lebih banyak lagi majlis semarak Islam dapat di jalankan di negara kita demi agama, bangsa dan negara.




Berbalik ke dunia luar, pagi 22 Oktober 2011 iaitu hari yang sama dengan HIMPUN berlangsung, telah terjadi satu gempa bumi besar dengan skala 7.2 skala rikter. Gempa bumi tersebut berlaku di Lautan Pasifik dalam wilayah Tonga iaitu berhampiran dengan Papua New Guenia dan dalam kawasan perairan Samoa. Gempa bumi tersebut berlaku pada jam 8.00 pagi waktu tempatan dan memusnahkan sebahagian besar wilayah Tonga serta telah menghasilkan satu tsunami besar yang menyerang negara-negara berhampirannya. Peristiwa ini kurang di laporkan bahkan tidak mendapat liputan meluas kerana hampir seluruh dunia tertumpu kepada kes kematian Muammar Gaddafi. Peta kedudukan wilayah Tonga boleh lihat di sini dan juga sini. Peta di kreditkan kepada Google Maps dan World Atlas.

(Imej kredit kepada REUTERS)

Di sebelah petang pula, Putera Sultan Bin Abdul Aziz iaitu Putera ke-7 dalam keluarga Raja-raja Su'ud telah di laporkan meninggal dunia. Sultan Bin Abd Aziz dilaporkan meninggal dunia di Amerika Syarikat dan mayatnya di kebumikan di Riyadh.

Sultan adalah pewaris kerajaan Su'ud dan dia bakal menjadi pengganti kepada Raja Abdullah sekiranya Raja Abdullah meninggal dunia nanti. Namun sebaliknya yang berlaku, Sultan telah pergi dahulu sebelum kemangkatan Raja Abdullah. Bererti, perlantikan kuasa baru sebagai pengganti Raja Abdullah akan di adakan. Perlantikan itu bakal di adakan pada hari Selasa ini.


(Imej Putera Sultan Bin Abdul Aziz, kredit kepada Google)

Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW :

“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis di atas, mungkinkah akan berlaku perebutan kuasa di Arab Saudi nanti? Adakah akan terjadi perkara-perkara seperti yang disebutkan dalam hadis di atas? Bukan sahaja perebutan kuasa di negara-negara Arab, bahkan jika ia berlaku di negara kita sekalipun, tak mustahil kehancuran akan berlaku kepada kita. Apapun yang berlaku, kita tak dapat meramalkannya namun Rasulullah SAW tidak pernah menipu dan membohongi ummatnya. Yakinlah dengan janji Rasulullah SAW.

Terakhir, kita kembali ke negara kita semula. Ada satu lagi peristiwa yang berlaku iaitu pada hari ini. Peristiwa tersebut adalah Sun Halo dan Fire Egg
serta kemunculan kalimah ALLAH di langit. Peristiwa langit berlaku lagi di negara kita. Kali ini berlaku di Bandar Baru Bangi. Jom kita saksikan gambar-gambarnya. Kredit kesemua gambar peristiwa langit ini kepada Saudara Safwan.

(Fire egg kelihatan di hujung gambar. Kadang-kadang nampak macam tornado pun ada)

(Solar Halo atau Sun Halo yang sempat di rakam oleh Pendekar Safwan. Info tentang Sun Halo boleh baca di sini)

(Kelihatan awan berbentuk Kalimah ALLAH. SubhanALLAH Al-Malikul Quddus)

Alhamdulillah, setelah kita melihat semua peristiwa-peristiwa di atas marilah sama-sama kita mengucapkan rasa syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih juga dapat meneruskan kehidupan kita tanpa sebarang halangan. Syukur juga kerana kita masih sempat menyaksikan peristiwa-peristiwa besar ini walaupun bukan secara langsung tetapi hanya dalam laman sesawang ini sahaja. Alhamdulillahi 'Ala Kulli Haal wa Nikmah, ALLAHUAkbar!

Sebagai penutup, kami sampaikan satu bait pantun yang agak popular di negara kita satu masa dahulu...

Ikan di laut, asam di darat;
Dalam periuk, bijih muafakat...

Semoga, bijih-bijih muafakat yang hampir pupus di negara kita dapat kita kembalikan semula, InsyaALLAH. Juga semoga Islam kan kembali bangkit di dunia! Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, seluruh Ahli Baitnya, seluruh Sahabatnya serta semua pewaris Baginda. Salam ke atas Sahibuz Zaman Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar.

WAllahuA'lam.



[Update - 8.49 malam, 23/10/2011] Baru sebentar tadi, dilaporkan satu lagi gempa bumi dengan ukuran 7.2 pada skala rikter telah berlaku dalam wilayah Ankara, Iran. Sekurang-kurangnya seramai 50 orang telah dilaporkan cedera dan ramai lagi masih hilang. Ukuran jarak kemusnahannya adalah sejauh 5 kilometer.

Terkini, banjir di Thailand telah merebak ke Myanmar. Banjir di Thailand dikatakan mungkin berlaku selama sebulan lebih manakala banjir di Myanmar yang dilaporkan berlaku sekitar hari Jumaat lalu telah bertambah buruk hari ini. Di Myanmar, ketika ini sekurang-kurangnya 100 orang telah terkorban dan lebih 100 orang lagi dilaporkan hilang. Banjir di negara Asia Tenggara Barat ini, mungkin bakal merebak ke negara kita. Dilaporkan bahawa Kerajaan Negeri Keah telah membuat persediaan awal terhadap banjir besar yang diramal akan berlaku di negara kita pada bulan depan.

(Petugas banjir sedang menyelamatkan mangsa di Myanmar)

Antara kawasan di Kedah yang dijangka akan mengalami banjir besar adalah sekitar Kota Setar, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pendang. Kerajaan Negeri telah menyediakan sekitar 10 buah bot kecil di setiap daerah berikut bagi memudahkan kerja-kerja pemindahan mangsa ke tempat-tempat perlindungan.

Kepada yang tinggal di Kedah, di harap bersedia dari sekarang. Buat persediaan awal agar tidak kelam kabut. Sediakan payung sebelum hujan. Begitu juga dengan yang tinggal di negeri-negeri lain terutamanya di Perlis, Terengganu, Kelantan dan Pahang. Yang tinggal di Kuala Lumpur juga di minta berhati-hati dan bersiap sedia kerana bencana tak mengenal waktu dan mangsa. Semoga negara kita di elakkan daripada segala bala bencana.

Oh ya, selain itu di Indonesia pula, berita melaporkan bahawa Gunung Krakatoa sedang kembali mendidih dan bila-bila masa sahaja boleh memuntahkan laharnya. Teringat kepada Sumpah 500 tahun Sabdo Palon... [Updated]



Sekalung penghargaan buat:
1) Kedua ibu bapaku
2) Pendekar Safwan
3) Berita REUTERS dan Berita Harian Online serta Al-Jazeera
4) Bro Aixa Adli
5) Forumer Forum Atas Bawah
6) Google maps dan World Atlas
7) Page Sokong Prof Aziz Bari
8) Google.com.my
9) Saudara light yang memberitahu kami beberapa info
10) Berita AFP dan AP serta BBC
Serta semua yang menjayakan artikel ini langsung atau tak langsung.


Sekian,
Wassalam.

'bradokapak' melaporkan,
18:07, 23/10/2011.

23 comments:

  1. Gambar kapal cargo tu Rena-stranded on coral reef di NZ since early october causing oil leaks.

    http://www.stuff.co.nz/environment/rena-crisis/5776790/Chemical-in-toppled-cargo-containers-at-Mt-Maunganui

    There is an earthquake in Tonga tho, but no tsunami
    http://www.news24.com/World/News/Earthquake-hits-Tonga-in-South-Pacific-20111022

    ReplyDelete
    Replies
    1. dongtam
      game mu
      cho thue phong tro
      http://nhatroso.com/
      nhac san cuc manh
      tổng đài tư vấn luật
      http://dichvu.tuvanphapluattructuyen.com/
      văn phòng luật
      tổng đài tư vấn pháp luật
      thành lập công ty
      http://we-cooking.com/
      chém gió
      trung tâm ngoại ngữ
      Trong lòng Hỗn Thế Ma Vương hoảng sợ, nếu chính mình ở tiên Ma giới, đối phó Âm Ma căn bản không sợ, nhưng hiện tại là ở Huyền Thiên nội lục, tu vi thực lực còn chưa khôi phục, cũng vô pháp thi triển thực lực cực mạnh được.

      Cùng lúc đó, Hỗn Thế Ma Vương nắm lấy thời cơ, rất nhanh tránh né về sau. Thah phi kiếm màu đen trong tay đột nhiên đình chỉ ma khí tràn ra ngoài, thời Thần Nông đỉnh trên đỉnh đầu lại xoay tròn mà ra.

      Thần Nông đỉnh cấp tốc đem địa ma khí tràn ra thu vào bên trong, một cái thở gấp thời gian, hắc sắc ma khí đã bị Thần Nông đỉnh thu vào bên trong.

      Phút chốc, một ngọn lửa cự đại mạnh theo Thần Nông đỉnh trào ra, như một đóa hỏa hoa sen nở rộ, đem Hỗn Thế Ma Vương hoàn toàn bao vây ở trong đó, sau đó mấy chục đóa hỏa hoa sen từ trong Thần Nông đỉnh trào ra hướng về phía móng vuốt Địa Âm ma biến thành khủng bố âm linh chộp tới.

      Delete
  2. Salam kepada semua pembaca,

    Kepada light,
    Terima kasih atas link yang di beri. Ya gambar kargo di atas adalah gambar kapal Rena yang kebocoran tangki minyak. InsyaALLAH nnt sy akan buat ralat. Terima kasih kerana memberitahu. Maafkan sy atas kelemahan diri ini.

    Btw, tentang gempa di Tonga itu memang Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak ada memberitahu amaran apa2 tentang tsunami yang bakal muncul. Namun, pada hari tersebut setelah berlakunya gempa di tengah lautan, ada tsunami telah dilaporkan berlaku.

    Boleh rujuk perenggan ini, sy petik dari link yg saudara beri:

    "The Pacific Tsunami Warning Centre did not issue a tsunami alert, but its report on the quake said sea level readings indicated that a tsunami was generated."

    Dan boleh rujuk link BHMY: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gempabumi7_6magnitudgegarKepulauanTonga/Article

    Apapun terima kasih kerana menegur kami. Sekian.Wassalam. :)

    ReplyDelete
  3. Salam semua,

    HIMPUN...

    Saya berada di sana semasa perhimpunan ini diadakan. Terus terang saya nyatakan, ianya HAMBAR! Bagi pendapat peribadi saya, sebelum mengenengahkan isu murtad ni, pihak penganjur haruslah menyampaikan beberapa maklumat seperti berikut:

    1) Fahamkan kepada semua peserta berkenaan apa itu Malayu. Siapakah orang-orang Malayu? Dimanakah tanah tumpahnya peluh & darah mereka? Siapakah di dalam rumpunan Malayu? Agama-agama apakah yang mereka anuti sebelum diIslamkan? Nyatakan juga di sini bahawa Hindu tidak semestinya berbangsa India, Buddha tidak semestinya berbangsa Cina, Kristian tidak semestinya berbangsa Eropah. Namun di Nusantara ini amat istimewa sekali kerana Malayu dan Islam seiring sejalan.

    Kedengaran remeh, namun harus disampaikan agar ianya menjadi jelas, nyata, terang. Penyampaian haruslah ringkas & padat namun dapat membuka mata & hati para peserta. Maklumat-maklumat haruslah disampaikan oleh mereka yang ahli dalam bidang ni.

    2) Fahamkan kepada semua peserta berkenaan institusi Raja-raja Malayu. Siapakah Raja-raja Malayu? Sampai kepada para Nabi apakah dapat ditelusuri keturunan baginda? Siapakah Raja Malayu yang mula-mula menggegarkan 7 patala langit & 7 patala bhumi serta seisi alam Nusantara ni dengan menafi & mengisbatkan Kalimatul Haq? Siapakah individu-individu yang memainkan peranan dalam pengIslaman Raja-raja Malayu & dari keturunan siapakah mereka itu? Keturunan nabi-nabi apakah yang mengalir di dalam tubuh Raja-raja Malayu?

    Para penganjur harus menyampaikan seberapa banyak maklumat yang boleh kepada peserta agar mereka lebih mengetahui peranan Raja-raja Malayu sebagai Ketua Agama Islam. Nyatakan kandungan dari catatan-catatan lama seperti Sulalatus Salatin, Al Rihla Ibnu Battuta, Hikayat Merong Maha Wangsa & lain-lain lagi agar para peserta lebih berminat & akan membuat kajian susulan selepas tu.

    3) Selitkan hal-hal berkenaan Panji-panji Hitam Dari Timur dan mengapa Nusantara dijajah oleh kuasa-kuasa luar seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis & lain-lain kuasa, juga misi pemurtadan ke atas bangsa Malayu ni. Diselitkan juga fitnah-fitnah Dajjal. Jelaskan juga fahaman politik ni lahir di Greek & untuk memecah-belahkan umat.

    Setelah beberapa penerangan mengenai Malayu dan Raja-rajanya dapat membangkitkan semangat kerohanian para peserta, barulah ketengahkan isu-isu berkenaan Islam di sini, khususnya isu murtad & penghinaan institusi Raja-raja Malayu serta rakyatnya.

    Bagi saya, tidak perlu pemidato-pemidato memekik melolong sampai terkeluar anak lidah untuk menaikkan semangat dan kebangkitan para peserta. Masih ada cara lain yang lebih tepat. Lepas tu boleh pulak para pemidato mempromosikan buku masing-masing.

    Sekiranya para pemidato sayangkan bangsa Malayu & cintakan Islam, sebarkanlah secara percuma maklumat-maklumat yang dikurniai kepada anda. Dan hasil titik-peluh anda wahai para pemidato, ketahuilah olehmu sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Saya amat kecewa & bersedih hati sekiranya para penganjur berhajat untuk buat road-show dengan salah satu harapan mereka ialah untuk menjual buku & menyediakan tapak jualan untuk disewa. Ketahuilah oleh mu wahai saudaraku, sesungguhnya Al-Quran Qalamullah & sabdaan-sabdaan Rasulullah itu disampaikan secara percuma-cuma untuk sekelian alam ini. Janganlah agama itu dijadikan barang dagangan.

    Sekian, wassalam.
    Yang Amat Merindui...

    ReplyDelete
  4. salam..sy ada pandangan sy mengenai gadafi..mmg lah dia ada silap dlm mengemudi kerajaan dia tapi apa yg sy perhatikan dr sy sekolah rendah = dia sgt lantang dgn kuasa barat. Pernah sy lihat dia mencampakkan buku piagam masa persidangan..itu x kira lg masa awal 90-an time libya baru2 kena sekatan.. so pada sy sebenarnya barat nak balas dendam pd gadafi dgn mengapi2 sentimen kebencian pd rakyatnya (mmg ada silap gadafi juga tapi x lah sehebat dgn apa yg dicanangkan).sy ada terjumpa few facts--
    Antara Kebaikan Gaddafi untuk rakyatnya ialah:

    1. SETIAP rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak pertrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.

    2. GADDAFI pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memeliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa mempunyai rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.

    3. BANK Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.

    4. RAKYAT yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

    5. RAKYAT tidak dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan letrik.

    6. PENDIDIKAN diberikan secara percuma kepada semua gologan masyarakat.

    7. KEMUDAHAN perubatan juga diberikan percuma.

    8. PASANGAN pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentif perkahwinan.

    9. PEMBELIAN kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

    10. SISTEM pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung sumber asing.

    11. RAKYAT dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.

    12. LIBYA mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran negara itu.

    13. KADAR celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf hanya 10%.

    salah satu kesilapan gadafi adalah dia berkuasa terlalu lama smpai org blh melupakan jasa2 nya terhadap negara.. kita juga mesti sedar yg barat/israel skrg tgh bergembira sbb diorg x payah keluarkan kos perang yg sgt mahal sbb cukup lah mengapi2 sentimen kebencian, rakyat sendiri akan memberontak = menjadi askar US/israel tanpa upah walau sesen pon..sgt sedih!

    kat negara kita pon sudah ada melalui proksinya yg ditaja utk terbang sana sini dan siap menjadi profesor jemputan walau hanya berkelulusan pengajian melayu.

    mengenai aziz bari pula..sy x faham sikapnya yg menyerang tuanku sultan...tuanku cuba yg terbaik utk menyelamatkan akidah org islam sbgai ketua agama jadi apa yg aziz bari mahu? nak biarkan lg ramai org islam murtad?

    sy berdoa agar negara kita..bangsa melayu islam kita dilindungi dan dipelihara imannya oleh Allah selamnya

    ReplyDelete
  5. bagi saya fenomena sun halo dan moon halo tidaklah membawa apa makna...ia hanya fenomena biasa...
    bahkan saya sendiri sejak kecil sudah kerap melihat fenomena ini...kerana saya suka melihat ke langit....

    ReplyDelete
  6. Salam semua, terima kasih kepada yang sudi memberi komentar.

    Kpd Sdr Abdl Hamid,
    Sy setuju dengan saudara. Sy akui itulah antara punca2 kenapa HIMPUN gagal di samping usaha HIMPUN yg di lihat sedikit sebanyak memainkan sentimen agama di antara agama2 lain dalam negara.

    Dan sy setuju dgn cadangan2 saudara. Terima kasih atas komentar yg di beri...


    Kpd Anon Oktober 23, 2011 8:50 PM,
    Terima kasih atas komen yg di beri. Sy setuju juga. Cuma pada bab Aziz Bari tu, sy kurang bersetuju. Prof Aziz Bari bukan menyerang Sultan, namun hanya menegur tindakan Sultan sebagai 'kurang lazim' dalam institusi Istana.

    Namun, ada pihak yang mengapi-apikannya sekaligus memainkan isu politik serta menekan pihak UIA agar dia (Prof Aziz Bari) di gantung segera (kalau blh dia dibuang terus). Disinilah letaknya ketidak adilan tersebut. Dia tegur secara terbuka dan hemah, tp dia di tekan dgn paksa macam ISA pula. Itu sebab mahasiswa/i bangkit.

    Keruntuhan integriti dlm institusi ilmu adalah satu wacana ke arah kehancuran negara. Ingat tu...


    Kpd Anon Oktober 23, 2011 8:55 PM,
    Ya, fenomena sun halo dan moon halo ini memang perkara biasa namun jarang2 berlaku. Cuma kebelakangan ini ia sering berlaku dan berderetan pula peristiwa2 langit lain. Bagi yang berfikir, ada petanda yg ALLAH SWT sampaikan di sebalik setiap peristiwa langit tersebut. Percayalah...


    Apapun, kita sama2 doakan agar keamanan negara ini terus berkekalan di samping kedaulatan Islam dapat di kukuhkan. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan yg selamat dunia dan akhirat. Amiin...


    Sekian dahulu,
    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. dalam mingguan hari ni ada brita pasai gunung anak krakatua yg aktif lain macam..kadar gegaran pon luar biasa..bila2 ja bleh boom..tapi lahar dia tak truk mcm krakatua dulu..mngkin gempa akibat meletop tu yg nk jadi truk..

    gadafi tu sama la mcm bn kita..hosni mubarak ka chaves ka syria yaman..semua tu situasi dia sama mcm negara kita..kita tunggu masa nk jd mcm tu.dan hasel dia jd cam thailand.haha.harap2 tak laa..insyaallah

    ReplyDelete
  8. akum tuan, semoga Allah pelihara kita sbg hambaNya yg beriman dlm menghadapi liku2 kehidupan yg akan datang dlm beberapa tahun ini.

    org tuan kami daripada kalangan ulama2 tabligh nizamuddin, pernah berkata pada 20 tahun yg lepas (90an)

    sekiranya 4 negara ini pemimpinnya jatuh, iaitu
    mesir
    syria
    iraq
    libya
    maka kamu pasti akan melihat kebangkitan islam dlm masa terdekat, dan ketika itu juga akan datang tahun2 ujian.

    wallahualam

    ReplyDelete
  9. ok lah kalau nak gunakan istilah kurang lazim. Tapi apa gunanya menegur untuk tindakkan yg sememangnya betul untuk tujuan memelihara akidah umat islam? Jadi samalah dgn menetang untuk melindungi akidah umat islam. x macam tu dgn bahasa yg lebih mudah? kalau ketua agama tak ambil tindakan akan dikata pula "tak ambil peduli hal ehwal rakyat", "ketua agama sbgai punca makin ramai yg murtad kerana lalai tanggungjawab" dsbgainya. Patutnya aziz bari sbgai ilmuan berganding bahu untuk melindungi umat islam di negara kita ni.

    jadi sapa yg kehilangan integriti di sini? dan yg plg bahaya adalah kaitan islam liberal, IKD dan yayasan KAD..sapa beri dana? mungkin ada kaitan dgn aziz bari?

    ReplyDelete
  10. sy nak tambah sikit. Mengikut status akademik aziz bari, beliau kan pakar undang2 so patutnya memahami bidang kuasa raja-raja Melayu berhubung hal ehwal Islam yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

    Daripada dia tegur tuanku yg pd pendapatnya tindakan kurg lazim baiklah dia menasihatkan gereja dumc atas cubaan memesongkan akidah umat Islam sbb ianya bercanggah dengan Perlembagaan M'sia

    ReplyDelete
  11. Salam
    Gambar 'tsunami' itu pun silap.. itu gambar banjir di Thailand, mungkin kilang kereta kot.. -sumber dr reuters memang dah betul. Ada gempa di Tonga, maybe tsunami but too small

    Patut highlightkan earthquake di Turki 7.2, korban 'mungkin' mencapai 1000 org walaubagaimanapun buat masa ini dilaporkan 85 korban. Innalillah
    http://www.guardian.co.uk/world/2011/oct/23/turkey-earthquake-up-to-1000-feared-dead

    Maaf atas teguran. :)

    untuk tambahan, kejadian bulan penuh dan kaitan dengan banjir- mungkin disebabkan air pasang tinggi kerana bulan penuh mempengaruhi pasang surut.
    http://home.hiwaay.net/~krcool/Astro/moon/moontides/

    Allah knows best!

    ReplyDelete
  12. tu la masalah org kita kalau pemimpin dunia Islam kena fitnah macam gadaffi tu cepat je kita percaya dengan tuduhan barat. tapi kezaliman bush yg serang iraq terus kita lupakan camtu aje. tu yg umat Islam ni berpecah belah. mudah sangat kena tipu dek barat dan israel.

    ReplyDelete
  13. saat 'datang' dahulu zikirnya 'tangisan'..
    moga tika 'pulang' nanti zikirnya 'senyuman'...

    dari 'engkau' kpd 'engkau'..
    dari 'dia' kpd 'dia'...
    dari 'ku' kpd 'ku'....

    tiadalah 'aku' melainkan 'aku'.......


    bila bergelora dipermukaaan,
    karamkanlah 'diri'...
    selamnya dalam-dalam....
    didasar sana nanti....
    'harta' yang tak terduga menanti.
    'barang' yang dicari-cari menunggu.

    ilmu 'dia' ..
    siapa yang tahu?..siapa yang rasa?..
    hanya aku dan dia.

    ReplyDelete
  14. Saya tertarik dengan artikel ini.
    Begitu banyak peristiwa yang berlaku yang melibatkan perebutan kuasa (di negara Arab), bencana alam (Thailand), peperangan, ketidakadilan (mungkin kisah di UIA tu, walapun saya kurang jelas) dan sebagainya.
    Tapi inilah dunia kita sekarang.
    Pepatah menyatakan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
    Saya hanya mampu menaip memberi pendapat, dalam hati saya sentiasa mendoakan keamanan dan keadilan.
    Bila agaknya impian ini tercapai..?

    ReplyDelete
  15. Salam semua pembaca,

    Kpd Anon 23 Oktober 10:26 PM,
    Terima kasih atas info yang di berikan. Ya kami tertinggal satu lagi berita mengenai gunung krakatoa tsbt. 2 hari lepas rakan saya ada mentionkan juga hal ini, cuma sy tertinggal utk tuliskan dlm artikel diatas. Apapun sy dah update semula dan terima kasih sekali lg atas info mengingatkan sy.


    Kpd Anon 23 Oktober 11:26 PM,
    Terima kasih atas info dan maklumat yang di beri. InsyaALLAH jika kasyaf para Maulana Nizamuddin itu betul, maka tak mustahil ia akan berlaku. Cuma satu perkara yg sy nk beritahu, kalau ikut perkiraan ilmu Falakiah, memang tahun ini antara tahun yang banyak ujian bagi ummat Islam, ramai raja-raja akan berperang merebut kuasa serta tanaman padi akan musnah (mention Thailand, mungkin Kedah pada bulan depan) dan juga banyak banjir berlaku.

    WAllahuA'lam Bissawab.


    Kpd saudara pemerhati,
    Tentang Prof Aziz Bari ni saya tak mahu komen jauh sebabnya saya tak pun sempat baca artikel penuh tulisannya, cumanya sy hanya sempat baca salinan dari SN Subky Latif sahaja dan dia membahaskan bahawa bahasa Prof Aziz Bari tak lari dari ilmiahnya dalam teguran terhadap institusi istana, bahkan tegurannya kerana Sultan telah mencemar duli terlalu awal sementelah JAIS telah mengambil tindakan terhadap kes murtad ini ketika itu.

    Bukannya Prof Aziz Bari hendak sokong murtad. Yang menjadi permasalahan adalah, tindakan campur tangan ahli politik di pihak kerajaan yang mengeluarkan notis agar Prof Zaleha menggantung Prof Aziz Bari tanpa tempoh. Itu yang kami highlihtkan disini, kerana ia seakan-akan meletakkan kuasa ISA jatuh ke atas Prof Aziz Bari.

    Mohon maaf kalau saudara masih tak jelas hal sebenarnya...


    Kpd light,
    Salam, saudara, saya mohon saudara fahami jarak masa artikel yang kami tulis. Banyak lagi perkara yang baik utk saudara tegur, berbanding perkara2 kecil dalam gambar, masa, mangsa dll. Sementelah masalah yang lebih besar tak dapat di selesaikan bahkan percambahan ilmu tak dapat berlaku.

    Apapun, saya terima dengan terbuka. Terima kasih saya ucapkan atas tegurannya. Btw, tentang kaitan bulan dan banjir itu kami sudah maklum kerana bulan purnama memang mempengaruhi pasang surut air serta naik turun paras air, baik sungai mahupun laut. Adapun, bulan purnama bagi ZulKaedah adalah selama lebih 3 hari dan jatuh awal pada 11, tidak pada tarikh sepatutnya ia purnama. Jadi tak mustahil ia mempengaruhi jarak dan masa banjir yg berlaku hampir 3 negara...


    Kpd Saudari Skyliya,
    Bila impian ini tercapai tak pula dapat sy ramalkan. Apapun, yakinlah dgn janji Rasul serta haraplah keampunan dan keamanan drpd ALLAH SWT utk kita semua. Amiin...


    Terima kasih sekali lagi kepada semua. Mohon maaf andai ada kekasaran bahasa. Sekian dahulu. Wassalam.

    ReplyDelete
  16. salam

    mohon maaflah...
    "akan bangkit mase yg terdekat" ia bukan terlalu cepat atau lambat cume kite dipertontonkan dahulu preview apa yang akan berlaku.ade lagi mase utk persiapan saat kritikal terbabit

    mengenai prof itu, beliau didalangi org politik jadi tidak heranlah jadi bergitu dan tidak bole salahkan reaktor uiam kerana tekanan politik suatu masa prof itu beliau bias kepada gov. pembangkang marah namun apabila bias kepada pembangkang ia dipuja selaku pelajaran tinggi hendakla beliau menegur secara bersurat atau tertutup. Baginda sultan bertindak atas kapasiti ketua agama,jika lambat dipersoalkan, terlalu cepat pula terkena juga..

    mengenai fenomena alam itu sejak bulan ramadhan lagi ia seakan memberi tahu sesuatu hari ini kita dikejutkan gempa bumi diturki

    arwah muamar gadafi, beliau tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu kerana dlm islam beliau mempunyai hak untuk tidak diapa apakan sebelum dibicara..jgnla kite ikut nafsu membabi buta sedemikian, ia menunjukan sebaliknya tentang diri kita.berkasih kasihanla sesama kita semoga Allah akan mengasihi kita nanti


    tq

    ReplyDelete
  17. salam..
    terima kasih di atas artikel yang membuka pemikiran saya ini..

    apa yang saya dapat simpulkan dari pemerhatian saya..Masa Semakin Hampir....!
    persiapkan diri kita dgn amal yang byk..bykkan solat taubat..insyaAlllah....

    ReplyDelete
  18. cuba professor aziz tegur nik aziz pulak, mau riuh satu dunia kutuk profesor ni, sebab nik aziz tak ada dosa hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  19. professor aziz bari ni, orang kuat PAS

    ReplyDelete
  20. apa yang pemerintah buat semua tak betul, kenapa dia tak komen nik aziz duduk menunggul jer soal murtad ni hahahahahah, profesoor bongok

    ReplyDelete
  21. 3 pensyarah Unisel kena pecat selepas menerima tekanan dari kerajaan negeri selangor. lagi kuat mainan politik pembangkang sampai boleh pecat2 pensyarah.

    ReplyDelete
  22. salam..
    kawan berminat dengan tulisan admin tentang kejadian langit tersebut..memang banyak kejadian langit yang kalau dilihat ia seperti satu tanda yang amat jelas dari Allah swt.

    memang sudah menjadi kebiasaan kawan memerhati langit2 ciptaan tuhan dan kawan suka memikirkannya.
    terbaru 2 minggu yang lepas kawan perhatikan bentuk2 awan yang menyerupai seekor burung garuda terbang mengembangkan sayap dilimpah cahaya keemasan senja di banjaran titiwangsa..

    dan 2 hari kemudian kelihatan lagi awan membentuk seekor burung phoenix yang bangkit dari abu keemasan dari cahaya matahari senja di lokasi yang sama, banjaran titiwangsa..
    tapi sayang kawan tak bawa kamera ketika itu..

    ada kemungkin ini tanda2 kebangkitan rantau nusantara ini seperti yang dikhabarkan dalam blog2 yang kawan singgah.. sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui..

    ReplyDelete