Fakta Menarik Bola Sepak Malaysia


Fakta Menarik Tentang Bola Sepak Malaysia

Salam semua!

1. Rahsia kejayaan pasukan Harimau Muda, dalam satu pasukan kita dapat memupuk semangat perpaduan kerana ada seorang Muslim, ada seorang Tamil dan dibantu seorang Guru.

2. Rahsia kejayaan Malaysia tadi juga adalah kerana kita ada ONG (Ong Kim Swee). Begitu juga dengan Badrol Bakhtiar yang kuat ikhtiarnya untuk menjaringkan gol terakhir kemenangan Malaysia. Tak lupa juga untuk Khairul Fahmi Che Mat yang sentiasa cermat menangkap bola dan semua pemain yang berusaha keras demi kejayaan di tempat lawan.

3. Kalau Malaysia bertemu Indonesia, kenderaan yang wajib digunapakai untuk menuju ke Stadium Gelora Bung Karno adalah kereta perisai Baracudda. Macam nak pergi perang tu!

4. Fakta lagi, kereta perisai Baracudda adalah kereta perisai yang menjadi kenderaan rasmi tahanan militan di Indonesia. Ia juga kenderaan rasmi pemain bola sepak Malaysia ketika berada di Indonesia!

5. Kalau Malaysia menang, mesti ada adegan bermain mercun, tak kira dalam padang atau di kawasan perumahan, malah di hadapan kedai mamak sekalipun. Mujur di Gelora Bung Karno tadi tak ada adegan mercun dari penyokong Malaysia.

6. Di internet pula terutama facebook dan laman sesawang, konfem berlaku pertengkaran ataupun provokasi antara dua negara kerana berbeza pendapat dalam sukan bola sepak. Tak kurang juga 'perang keyboard' yang berlaku di samping usaha menggodam laman web milik negara masing-masing.

7. Masing-masing mula men'update' status facebook dan twitter sejurus selepas ada gol yang di jaringkan. Sedikit yang mengucapkan syukur atas kejayaan tersebut melainkan ramai yang mengucapkan "Yess! Malaysia 2 - Indonesia 1" dan seumpamanya.

8. Kalau Malaysia menang, semua 'update' status fb dan twitter dengan bangganya. Kalau kalah, "Menang kalah adat permainan. Tak apa, kita cuba lagi nanti..." Sedih je bunyinya.

9. Orang yang bukan kaki bola dan tak berapa minat bola pun mula menjadi 'keyboard warrior' di facebook dan twitter dalam usaha menunjukkan kepatriotikannya menyokong pasukan kebangsaan. Jangan terasa ye! :D

10. Di kedai mamak pula, lepas habis perlawanan, maka penuhlah tandas buruk kedai mamak tersebut, sampai beratur ambil giliran untuk membuang.

11. Paling lucu bila ada salah seorang daripada yang sedang beratur tersebut berlari-lari anak ke belakang kedai mamak untuk pancut di tepi longkang. Mana taknya, lebih kurang 2 jam duduk diam, air dah bergelen di telan tapi tak ada yang di buang... :D

12. Tak kurang juga di kedai mamak bila semua penonton bangun melompat-lompat menjerit kerana Malaysia berjaya menjaringkan gol. "Gooollll....!!" Bergegar kedai mamak tu, habis berterabur pinggan mangkuk, kerusi selerak, meja terbalik, TV dan 'LCD Screen' bergoyang ke kiri dan kanan, gambar jadi tak jelas. Jenuh mamak tu nak 'settle'kan semuanya.

13. Kalau dulu, asa
l sebut je Malaysia, belum sebut nama lawannya, kita dah tahu kekalahan akan berpihak kepada kita. Tapi sekarang tidak lagi, Malaysia kian gah di persada bola sepak dunia!

14. Kalau dulu, asal Malaysia main je stadium mesti kosong. Pemain pun hilang semangat sebab penyokong hanya tengok 'free' je kat RTM1. Sekarang, walaupun ada siaran langsung di RTM1, TV3 dan Astro, Stadium tetap penuh walaupun bermain di tempat lawan kerana Taring Harimau kita makin tajam!

15. Paling penting, pemain kita bila balik ke Malaysia konfem dapat gelaran menjulang-julang dan mungkin ada yang dapat Datok. Pulang dengan sambutan bagai Hero pulang perang. Penyokong dapat apa? Sakit tekak, penat, sakit kaki dan seumpamanya. Tapi kadang-kadang tu dapat juga lah cuti sehari, cuti menang lah katakan. Alhamdulillah... ^ ^

(Cuti? Oh! Bestnya... :)

Begitulah serba serbi kisah bola sepak di tanah air kita yang kian menampakkan masa depan yang cerah. Apapun, Alhamdulillah kita panjatkan, tanda syukur kemenangan berkekalan. Yang menang tunduk merendah diri, jangan ada buat provokasi. Yang kalah usaha lagi, agar kemenangan kelak melonjak tinggi. Kita berjiran, serumpun sama warna. Malaysia dan Indonesia sahabat selamanya!

Perlawanan seterusnya, Rabu ini Malaysia bertemu Syria dalam saringan kelayakan Olimpik 2012. Moga-moga berjaya menempah nama di persada dunia! Kegemilangan era-Moktar Dahari kian terasa...

Bagi yang tak berkesempatan menonton babak-babak kemenangan Malaysia tadi, jom saksikannya di sini. Ulasan sempoi babak kemenangan Malaysia melalui Stesen TV RCTi dari Indonesia. Respek kat pemain Indonesia yang sujud syukur lepas berjaya jaringkan gol tersebut.





Salam Kemenangan daripada kami, warga kerja bk.blogspot atas kejayaan Harimau Muda membaham Garuda buat semua pemain dan penyokong kedua-dua negara. Tahniah diucapkan buat pemain dan penyokong kedua-dua negara. Semoga ukhuwah kita berkekalan dan tidak ada peperangan yang berlaku! Sekian.


-Artikel ini didedikasikan khas buat pemain Malaysia yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan dan merangkul gelaran Juara Bertahan dalam acara bola sepak Sukan Sea.

*
Video, kredit kpd Tn Ahmad Putra dan pengupload dari Indonesia. Gambar kredit kepada Berita Harian Online.




Di catat oleh 'bradokapak'
1:40 am, 22-11-2011.

3 comments:

  1. salam,

    tahniah daripada kami rakyat Malaysia!

    ReplyDelete
  2. kearah...

    PERSATUAN UKHWAH AGUNG lagi TERULUNG bani jawi........

    the end day ultimatum warrior...

    yeah BABY!!!

    AHHAD..AHHAD....

    ReplyDelete
  3. Alamdulillah..

    Gol pasukan Indonesia bak Garuda menyambar

    Gol pasukan Malaysia bak Harimau menerkam

    sungguh menarik sekali babak2 menarik tu..tahniah Malaysia..!!

    ReplyDelete