Aku Dah Kahwin Sekarang


Bismillahirrahmanirrahim.

Aku dah kahwin sekarang. Bini aku memang baik sangat-sangat. Tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belum kahwin dulu. Masa belum kahwin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam je, jarang gila cakap dengan lelaki. Member-member memang puji lah cara dia. Jadi memang susah juga aku nak cuba tegur dia masa tu. Segan weh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, jadi tak ada lah cemburu sangat sebab dia jarang borak-borak dengan lelaki.


Cantik? Memang lah, kalau tak aku comfirm tak sangkut punya. Haha... Cantik pada mata aku lah. Member-member pun ada yang cuba usha. Sori lah dia nak layan. Haha... Memang market. Last-last aku yang dapat, memang rasa bangga gila. Hehe...


Eh, duk ngumpat-ngumpat pasal dia, lupa pula nak kasi tahu nama. Nama panggilan dia Isya. Nama betul dirahsiakan. Hoho.
..


Aku usha cara yang elok-elok lah, pergi jumpa bapak dia dulu. Gentlemen beb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupanya. Pergh, memang kena kutuk kaw-kaw lah aku dibuatnya. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Aku cakap tak kenal sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Aku cakap sebab minat. Minat sebab apa? Aku cakap tak tau. Habis kalau tak dapat anak dia? Aku cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “Kau ni, camne kau nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal?” Aku jawab lah, lepas kahwin lah saya kenal dia pakcik. Lepas tu sengih-sengih. Bapak dia terdiam.

Masa tu rasa down gila. Bapak dia macam tolak mentah-mentah je proposal aku. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu... Masa tu aku dah terfikir nak cari calon lain je. Aku memang ada lagi seorang yang aku suka. Ha, yang ni aku memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Maya. Aku memang serasi lah dengan minah ni. Haha... Tapi last-last orang lain jugak yang aku pinang.


Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Keputusannya, jeng jeng jeng... Tak seperti yang aku jangka. Haha... Aku ingat kena reject, sekali family dia orang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. Jadi, memang sah lah tak ada jodoh aku dengan Maya. Masa aku bagitahu Maya aku nak kahwin, dia accept je. Kejam gila aku. Dia kata semoga aku bahagia. Lepas tu kami dah tak jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Isya. Happynya aku Tuhan sahaja yang tahu. Kat rumah, dia macam biasa, cool je. Tapi cool semacam lah pula. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalau aku tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.

Isya taklah ‘bisu’ sangat. Kadang-kadang dia bersuara jugak. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Isya bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur. Macam tak supportive sangat. Last-last aku dah malas nak borak. Oh! Boringnya. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je. Sengih. Macam yang aku buat kat bapak dia dulu. Psycho seyh...


Nak jadi lagi tension, aku ni jenis perokok sederhana tegar juga lah. Tapi bini aku pula memang macam fobia gila dengan asap rokok. Bau nafas aku yang bersisa rokok pun, dia mesti batuk. Tak bau rokok pun dia dah selalu batuk. Uhuk uhuk uhuk gitu. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok. Kalau gian sangat pun aku merokok masa kat pejabat je.


Bini aku kerja hospital, bahagian ubat-ubatan. Aku pula tak boleh bau ubat, mesti pening kepala. Hari-hari aku yang hantar, ambil dia pergi hospital. Time ambil dia balik, memang hari-hari lah baju dia bau ubat dalam kereta. Jadi aku akan selalu buka tingkap, nyaman sikit udara.

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Tak boleh buka tingkap kereta. Aku dah memang pening-pening lalat dah. Bau ubat kuat sangat dengan poor visibility lagi, kami accident! Langgar bontot kereta orang depan. Kat hospital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??


Rupanya dia mengandung dua bulan. Isya sendiri pun tak tahu. Ya Allah!!


Lepas kejadian tu aku terus suruh Isya berhenti kerja. Duduk rumah je. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan kerja dia. Aku dah tak tahan bau ubat! Aku seorang kerja dah cukup sara hidup kami!


Dekat setahun kami kahwin, Maya tiba-tiba datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambil dia jadi bini nombor dua. Dia sanggup.


Alamak ni dah kes angau betul. Padahal aku baru je kahwin. Mungkin Maya yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, jadi dia berani propose kat aku. Then aku terus terang je la, aku cakap pada dia, ya aku memang tak kamceng mana dengan bini aku sekarang. Dan banyak benda yang kami tak ada persamaan. Isya memang tak banyak bercakap. Kalau aku cuba buat lawak, dia macam tak tangkap je. Sedih betul. Tak pandai nak borak. Kalau jumpa member-member aku lagi lah dia sunyi sepi. Dah lah hari-hari dia suka masak benda yang sama. Jarang lah dapat makan yang lain sikit. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je. Haha... Macam tu lah bini aku. Lucu pula.

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing-masing. Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat-ubat kat baju-baju Isya dulu, cuba berhenti merokok waktu awal-awal kahwin dulu. Isya pula dah tak kerja, dah cuba belajar masak benda-benda lain (jarang lah menjadi). Aku bagitahu Maya, rumah tangga kami bahagia. Aku tak boleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Maya terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.


Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besar, dekat 4 tahun lah. Tapi dah pandai mengaji sikit-sikit. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab-bab agama, mengaji sume dia memang bagus. Anak aku Faris, memang dia train elok-elok mengaji Al-Qur’an. Alhamdulillah, semoga esok-esok dia jadi anak yang soleh. Bagi aku itu lah pelaburan yang sangat-sangat menguntungkan!


Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain, agaknya. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami. Isya memang suka menyepi, jarang borak panjang-panjang. Aku pula suka keluar lepak dengan kawan-kawan. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tidur. Esoknya pagi-pagi aku dah kena pergi kerja. Dalam tempoh tu juga, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang officemate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku. Berbekalkan muka yang agak ada market ni, dia macam sangkut lak kat aku. Jadi dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak-borak, kadang-kadang sampai pagi! Cuma tak ada lah sampai ke bilik. Aku tetap sayangkan bini aku...


Aku sedar aku seolah-olah mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku. Teringin nak kahwin dengan dia, takut kecil hati si Isya pula. Dengan Lisa lah tempat aku luahkan perasaan, kadang-kadang gaduh, kadang dia tercarut-carut siap kat aku. Lepas tu minta maaf, dia kata tersasul. Tapi aku memang terhibur bila duduk dengan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.


Isya sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada perempuan lain. Satu hari dia bagitahu aku, dia izinkan kalau aku nak kahwin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok-elok, sebab dia tak mahu pelajaran Faris terganggu. Aku pelik, apa kaitan?


Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari-hari kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam tak boleh kena air, tak ambil air sembahyang ke? Tak sembahyang ke? Ke cuti sepanjang tahun?!


Jadi aku postpone dulu hajat nak kahwin dengan Lisa. Terfikir lepas kahwin boleh nasihat kot sikit-sikit, tapi time bercinta pun asyik lawan apa aku cakap. So sad!


Ketika perkahwinan aku ngan Isya mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Isya mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Isya mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!


Doktor bagitau, Isya dah lama sebenarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut lah Isya jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitahu aku?


Doktor tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi kesan kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. Jadi jantung jadi lemah. Sebab itulah yang menyebabkan Isya jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.


Jadi macam mana dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitahu, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan sekejap sahaja. Tapi Isya tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!


Aku buntu...


Masa tu lah baru aku terfikir, kami tak penah bertikam lidah, tak pernah gaduh. Mungkin itu hikmah dia. Tapi aku tak sedar selama ini. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan perempuan lain. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan tak penah luahkan derita kat aku.


Jantung Isya dah lemah sangat, doktor kata mungkin Isya tak dapat bertahan lama. Aku menangis depan doktor tu puas-puas, walaupun doktor perempuan. Aku dah tak kisah. Aku menyesal dengan cara aku layan Isya selama ni.


Dia dah bagi aku macam-macam, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, memang tak penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh. Mulianya hati Isya, Ya Rabbi tak terkata.


Aku suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupun kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia. Maafkan abang, Isya...


Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan-kenangan kami. Aku belek-belek, terjumpa kotak hantaran masa kami kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula-mula ingat kertas resit jam tu, tapi rupanya sepucuk surat!


1 Julai 2007,


Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ku juga benar-benar cinta padamu,

Dan ku menangis bila dirimu melamarku,


Buat suamiku yang baru kupunya,


Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,


Kerna suaraku bukan kepunyaan kita,



Buat suamiku yang baru kupunya,


Andai abang ingin melihat Isya ketawa,

Isya hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Isya berjenaka,


Mungkin Isya kan menangis dibahu abang,



Kerana Isya tak mampu berbicara,

Seperti orang lain berkata-kata,

Kerana Isya tak mampu ketawa,

Seperti orang lain berjenaka,


Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Isya pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Isya tetap dihati abang,

Isya sujud sejuta syukur pada Ilahi.


Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.


*Isya selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini.


Berderai lagi air mata jantan aku. Kenapa aku tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku tak tahu penderitaan Isya awal-awal dulu? Kenapa baru sekarang?


4 tahun usia perkahwinan kami, Isya beri aku segala-galanya. Dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri pada Isya?


Mulai saat tersebut aku jaga Isya sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang alik hospital. Masuk kerja pun kejap-kejap. Anak aku bagi kakak Isya yang jaga. Masa tu aku dah serabai gila. Sangat tak terurus. Baru aku sedar pentingnya Isya dalam hidup aku.


Dalam keadaan Isya yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas-puas. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas. Dan kertas-kertas tu aku kan simpan sampai bila-bila.


Dia tulis dia tak menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum. Haha... Ya Allah hari-hari itu kami sangat bahagia. Namun Isya dah makin lemah. Aku dah tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.


“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesengsaraannya Ya Allah. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah...”


Tersedu hati aku. Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya.


Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah ke telinganya. Dan dahinya berpeluh jernih. Lalu ku kucup buat kali terakhir. Ku panjatkan doa agar kematiannya adalah Husnul Khotimah.


Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Faris, dengan helaian-helaian tulisan terakhir Isya. Semoga dirimu bahagia menantiku di pintu syurga, isteriku tercinta, Isya...



p/s: Cerita ini tidak ada kena mengena dengan penulis, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah pergi. Penulis masih lagi bujang, kalau ada gadis yang berkenan boleh
kontek saya melalui email atau facebook.


-----------------------------------------------------------------------


(Gambar hantaran)


Ujian itu adalah satu nikmat dalam sesuatu perkahwinan. Kedang-kadang apabila
kita terlalu memikirkan sesuatu kekurangan pada pasangan kita, maka kita mulai bosan. Tetapi sedarlah, bahawa ada hikmah disebalik setiap kepahitan yang kita lalui.


Buat yang sudah beristeri, jagalah isteri anda sebaiknya. Elakkan pergaduhan. Andai ada sesuatu yang tak kena, bawa-bawa berbincang dengan baik. InsyaALLAH, isteri itu adalah penyejuk hati kita andai kita mampu menjadi saljunya.


Mohon maaf buat para pembaca setia blog ini kerana ketiadaan entri terbaru beberapa minggu yang terakhir ini. Kami warga kerja bk.blogspot agak sibuk dengan urusan peribadi dan kerja individu akhir-akhir ini hingga menyebabkan ketiadaan entri terbaru daripada kami.


Untuk itu, saya mewakili para penulis dan editor mempersembahkan khas sebuah cerpen bergenre syahdu bertajuk "Aku Dah Kahwin Sekarang". Cerpen yang tak seberapa ini adalah kesinambungan cerpen lama kami yang bertajuk "Aku Menyesal Kahwin". Kami tulis 2 kisah cinta melankolik ini agar para pembaca dapat mengambil pengajaran dan manfaat daripadanya. Moga-moga mereka yang sudah berkahwin dapat mengekalkan serta memakmurkan masjid yang telah di bina. Tak lupa juga yang belum berkahwin, moga-moga dapat menjadi pedoman ketika kahwin kelak.


Harapan kami, semoga cerpen syahdu ini dapat mengubat rindu di hati para peminat setia blog ini. InsyaALLAH kami akan terus menulis lagi di sini. Nantikan artikel-artikel yang lebih hangat seterusnya di blog ini. InsyaALLAH akan kami sajikan satu artikel panas tentang tahun baru Masihi, 2012. Tak lama sahaja lagi...


Sekian sahaja dahulu daripada saya, bradokapak mewakili warga kerja bk.blogspot. Kami menghulur 10 jari memohon 1001 kemaafan andai ada tersalah bicara terkurang terlebih.




*Kredit sepenuhnya diberikan kepada Tuah Mohd Bakheet, dan gambar-gambar di atas dikreditkan kepada Google.

*Tulisan yang ditebalkan adalah bahasa pasar dan tulisan yang dicondongkan adalah penggunaan bahasa Inggeris.


Catatan 'bradokapak'

Rabu, 28/12/2011 12.46 tengah malam.

11 comments:

  1. Sape nama anak dia? Faris ke Hafiz?

    ReplyDelete
  2. haish....baru nak rasa haru, bukan cte penulis rupanya

    ReplyDelete
  3. terkesan aku.. sempat air mata kluar..tapi bila bca sampai ujung tup tup bukan crita sbnr encik bradokapak..ingatkan nak bagi tahniah tadi pasal entri tulis aku dah kawin.. he..he..

    ReplyDelete
  4. Haaa..
    Elok la sekali sekala kita santai tp gua nk kongsi cerita benar tp jgn la ada yg simpati..
    Kisah ini ada pengajaran supaya kita tidak judge a book by it's cover..
    Gua pernah kenal seorang gadis yg bermasalah..Ibunya meninggal ketika dia masih berumur lima tahun..Bapanya kahwin baru ttp x bawa dia dan adik-beradiknya tinggal bersama sbb bini baru terlalu privacy..
    Gadis tidak tahu bagaimana utk bersolat dan jahil tentang agama kerana bapannya melepaskan tanggungjawab membimbing anak-anak lantaran terlalu mengikut kehendak isteri baru..
    Diam-diam gua membelikan buku panduan solat dan menyerahkan buku itu kpdnya disebuah restoran.
    Dia menitiskan airmata dan membiarkan airmata itu terus mengalir tanpa mengusap wlw setitik pun sepanjang perbualan kami..
    Semua mata tertumpu kpd kami..Kami terpaksa beredar dari situ krn ingin menjaga privacy..
    Diakhir pertemuan kami pd hari itu,dia mengatakan bahawa dia tidak pernah berjumpa dgn org seperti gua dlm hidupnya..
    Gua hanya berbuat seikhlas hati dan tidak meminta balasan..
    Namun keihklasan juga boleh memberi kesan yg membuatkan kita berada didalam dilema..
    Pernah suatu hari selepas pertemuan kami itu,dia menduaga Gua dgn persoalan dirinya,ttp gua yg masih mentah time tu tidak memahaminya dan memberi jawapan yg tidak sepatutnya..Mana x jwpan bodoh yg gua bg,umur gua time tu "sweet Nineteenth" di era awal sembilan puluh'an..
    Suatu hari kakak angkat kpd gadis ini bersemuka dgn Gua dan menceritakan akan luahan hati gadis ini..Gua rasa bersalah krn Gua pun ada perasaan jugak pdnya ttp gua lbh suka berdiam diri sbb time tu gua baru jer abes sekolah..senang ckp masih mentah..Baru gua tahu yg gua baru sj melepaskan Cinta yg berada didepan mata..
    Gua cuba utk mengejarnya kembali..
    Dia tetap melayan gua dgn baik dan tidak akan menghampakan gua jika gua mempelawanya keluar..Pernah sekali gua dh smpai town,tp bapak dia pulak dtg rumah lalu dia ter'hang' kt rumah..Gua amek keputusan utk pulang sj ttp dia amik keputusan utk keluar mencari gua kat town setelah bapanya blah dari rumahnya..
    Namun hatinya keras apabila ditanya soal perasaan..Aduh..Kerasnya hati yg terluka..tp bukan salah gua,jika berterus terang kan mudah..
    Ya,tp dia ada sifat malu wlwpun luarannya tidak kelihatan begitu..
    Kadangkala ianya menyiksa Gua..Harijadi gua disambutnya dgn pakej melancong ala bajet..
    Kejayaan gua memasuki Maktab Perguruan diraikannya dgn mempelawa Gua keluar makan-makan..
    Dia akan cemburu bila ada org yg cuba merapati Gua ttp apabila Gua kembali memberi perhatian kpdnya dia berdiam diri..
    Entah sudah berapa kali dia cemburu dan Gua kembali kpdnya ini berlaku sepanjang perkenalan kami..
    Akhirnya kemasukan Gua ke Maktab perguruan meleraikan hubungan pelik kami ini..Tahun kedua gua belajar Dia sudah bertemu org yg kini menjadi suaminya..Dia sudah boleh membuat keputusan krn Gua tidak lg berada didepan matanya spt dulu..
    Dilebaran terakhir sblm dia berkahwin Gua mengunjunginya buat kali terakhir..Dia memarahi gua krn lambat memberitahu kedatangan Gua krn dia berhajat utk masak makan malam buat Gua..sewaktu dirumahnya,dia tetap spt dulu,manja dan tak lekang dgn gurauan sehingga Gua masuk kembali ke alam awal perkenalan dulu..
    Ketika Gua mahu beredar,dia menghantar Gua ke kehalaman rumah dan memberikan luahan perasaannya secara mantik..
    Gua tahu klu gua berkata Ya,dia akan kembali mendakap cinta kami,ttp Gua mengambil keputusan utk tidak melukakan hati seorang lelaki yg bersedia utk mengahwininya..Gua hanya diam dan memberi salam..
    Sehingga kini dia tetinggal dlm ingatan gua..Tp gua kini juga bahagia krn dia sudah menemukan kebahagiaan..Itulah tanda cinta Gua pd nya..

    ReplyDelete
  5. Salam semua,

    Kpd Anon 8.13 AM,

    Terima kasih atas tegurannya. Saya sudahpun ubah semula nama watak anak dalam cerpen diatas, namanya Faris bukan Hafiz. Maaf atas kesilapan dan kekurangan, maklumlah kelam kabut sikit nak siapkan jadi tersilap tulis nama. hehe...

    Kpd Anon 4.25 PM,

    Terima kasih atas perkongsian kisah tersebut. Menarik! Semoga saudara bahagia dengan membahagiakan orang lain demi cinta setulus hati saudara... :)


    Sekian dahulu, salam utk semua.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam Bro Bradokapak..
    Gua Anon yg tulis citer dlm komen diatas..
    Gua hidup dlm bayangan dia sehingga gua menjadi lali dgnnya..Sekeping gambarnya masih berada dlm simpanan gua sebagai kenangan peribadi..Pernah gua berhajat utk memulangkannya tp itu bermakna gua akan mencarinya..
    itu X adil utk suami dia dan Isteri gua..Gua x layak utk lukakan hati sesiapa yg menjaga dia dan yg menjaga kehidupan gua sekarang..
    Gua bersyukur krn Allah beri peluang utk gua mengenalinya krn kematangan gua byk dibentuk ketika mengenalinya..
    Gua bersyukur dipertemukan jodoh dgn Isteri gua krn ianya mengajar gua erti tanggungjawab dan mengajar hati utk mencintai selain dari cinta pertama..
    Maha suci Allah yg memberikan byk hikmah dlm mengisi kehidupan ini..

    ReplyDelete
  7. BK,

    ana baru nak ucap tahniah daa.... sekali artikel kehidupan ...

    abis nie.. bile enta nak sarungkan cincin?

    hehehe...

    -abuhakeem-

    ReplyDelete
  8. bro , u made me cry. good writing. so touching

    ReplyDelete
  9. So touching.... I fall in love with your writing...

    ReplyDelete