(Gambar kredit kepada Photographer
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera untuk semua pembaca. Bertemu kembali bersama saya dalam ruangan alam maya ini. Mohon maaf kerana tidak ada artikel terbaru setelah sekian lama. Saya tidak dapat menerbitkan apa-apa artikel terbaru dalam tempoh yang lalu kerana agak sibuk dengan urusan kerja. Apapun, sempena peristiwa langit yang berlaku pada malam ini, saya kembali menulis disini untuk berkongsi maklumat bersama rakan-rakan semua.
InsyaALLAH saya akan kongsikan serba sedikit fakta dan perkara-perkara yang boleh kita ambil manfaat daripadanya yang berkaitan dengan perisiwa Gerhana Bulan Penuh atau dalam bahasa orang putihnya disebut Total Lunar Eclipse yang berlaku pada malam ini, 10-12-2011 dan dijangka berakhir sekitar jam 12.30 pagi nanti 11-12-2011 dan bulan purnamanya dijangkan berakhir sekitar jam 4.30 pagi nanti 11-12-2011.
Fakta-fakta menarik tentang Gerhana Bulan:
1) Gerhana bulan boleh di lihat di seluruh tempat dalam dunia ini yang sedang mengalami waktu malam. Berbeza dengan gerhana matahari, tidak semua tempat dapat melihatnya walaupun ketika itu tempat-tempat tersebut sedang mengalami waktu siang.
2) .
3)
4)
5) Gerhana Bulan Penuh yang berlaku malam ini (10-12-2011) adalah gerhana bulan yang ke-2 yang telah berlaku dalam tempoh setahun, iaitu tahun 2011. Gerhana bulan yang pertama tahun ini berlaku sekitar 25 Jun 2011 yang lalu. Dan ada satu lagi gerhana bulan yang berlaku sekitar 10 November 2011 yang lalu, tetapi tidak kelihatan di ruang angkasa Malaysia.
6) Semua orang tahu, Bulan akan menjadi warna kemerah-merahan apabila ia memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang umbra bumi. Namun, kadangkala pada kawasan sempadan berwarna merah itu, warna permukaan bulan akan kelihatan seperti kebiru-biruan dan turquoise (biru kehijauan)! Ini adalah disebabkan cahaya itu sedang melalui lapisan ozon bumi (yang mana lapisan ini menyerap warna merah, dan membenarkan warna biru melepasinya).
7) Jika di Bumi kita akan mengalami gerhana bulan, berlawanan pula kisahnya jika kita berada di Bulan ketika itu. Di Bulan, kita akan mengalami gerhana matahari pula!
10) Lebih menarik jika kita berada di atas bulan ketika gerhana bulan ialah cahaya matahari tidak akan hilang sepenuhnya. Ia akan diserakkan oleh lapisan atmosfera bumi dan kelihatan kemerah-merahan! Bumi akan kelihatan seperti satu bulatan hitam dikelilingi oleh cahaya merah, yang menandakan waktu fajar dan senja di seluruh dunia!
(Gambar eksperimen telur ini dikreditkan kepada Balai Cerap Selangor, Sungali Lang, Sabak Bernam)
Begitulah serba sedikit fakta-fakta menarik tentang gerhana bulan. Sekarang mari kita renungkan beberapa sabda Baginda Rasulullah SAW yang berikut...
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”
Sabda Rasulullah SAW: "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” (Riwayat Imam At-Tabhrani)
(Fasa awal Gerhana Bulan Penuh, sekitar jam 10.07 malam 10-12-2011. Gambar kredit kepada Balai Cerap Baitul Hilal, Teluk Kemang)
Bulan dijangka akan keluar sepenuhnya dari garisan Penumbra sekitar jam 01.40 pagi 11-12-2011 nanti. Bulan penuh pada malam ini dijangka berakhir sekitar jam 04.30 pagi nanti.Sekian sahaja dahulu tulisan daripada saya 'bradokapak' pada malam ini, buat tatapan para pembaca setia blog ini. Saya akhiri artikel ini dengan Puji-pujian ke Hadrat Ilahi atas limpah KurniaNYA yang telah memberi kita satu lagi peluang untuk melihat gerhana bulan penuh ini. Tak semua orang berpeluang melihatnya, maka bersyukurlah atas nikmat ini. Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal Wa Nikmah, ALLAHU Akbar!!
*Gambar-gambar di atas dikreditkan kepada Malaysia Lunar Eclipse, Photographer Balai Cerap Baitul Hilal Teluk Kemang, Photographer Chung Ling High School Observatori, Falak Online, Balai Cerap Selangor, Google dan Photographer . Info dan fakta menarik di atas sebahagiannya di petik daripada Falak Online dengan sedikit penambahbaikkan.
Sekian, Wassalam.
Malaysia Lunar Eclipse,
12.25 am, 11-12-2011
best bro... info menarik... telur tu masa zaman sekolah menengah pernah buat... ramai2 dengan cikgu... lagi banyak... berpapan2... setiap pelajar sebiji... ada berpuluh pelajar.... :)
ReplyDelete-abuhakeem-
salam, itulah tanda kekuasan allah, tapi ramai yang tak dapat melihat tanda kekuasan itu, seperti berapa tahun ini ada khabar sejadah solat sejadah berdiri, itu juga salah satu kekuasan allah,. mungkin kejahatan kita semua sudah sampai tahap, maka allah tegur dengan perkara pelik-pelik itu, tapi yang sedihnya ada setengah ustaz2 memberi fatwa sesiapa yang percara sejadah boleh berdiri menjadi syirik, apa yang syirik??? tk
ReplyDelete