Proton Preve, Ferrari, Kemalangan & Tipikalnya Minda Kita



Proton Preve semasa pelancarannya

 Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.


Beberapa hari kebelakangan ini ramai yang sibuk memperkatakan hal mengenai kereta terbaru keluaran Proton. Kereta dengan 7 kelajuan ini diberi nama Proton Preve. Ramai yang kata best dan menarik kereta terbaru ini. Maklumlah, kereta pertama keluaran Malaysia yang ada 7 kelajuan dan dilengkapi dengan teknologi terkini. Ditambah lagi dengan pelepasan cukai yang diberi kerajaan atas kereta ini. Memang berbaloi-baloi untuk dibeli. Untuk mengetahui spec yang lengkap, sila tekan sini.

Namun, baru sahaja beberapa hari kereta Preve ini dilancarkan, sudah ada satu tragedi yang sungguh menggoyahkan penjualan kereta ini. Dalam masa beberapa jam sahaja sudah tersebar ke seluruh Malaysia.

Kisahnya begini, seorang jurujual Proton telah memandu Preve ini dengan kelajuan 120kmj ketika melalui susur keluar DUKE Highway menuju ke Sentul. Ketika jurujual tersebut hendak mengelak kenderaan lain, Preve yang dipandunya telah terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar hadapan hingga mengakibatkan kereta tersebut melambung.



Ketika Preve tersebut melambung, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod atau lower arm patah. Ini bermakna kejadian tersebut tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ia adalah berpunca dari kecuaian panduan jurujual tersebut juga.


Namun menurut seorang rakan, katanya dia pernah mengalami kejadian yang sama dan di lokasi yang hampir sama, cuma beza lokasinya adalah di selekoh sebelah kanan dari Sentul naik ke DUKE. Jom lihat apa katanya.
 
Tgk gambar proton preve yg accident baru2 ni buatkan aku teringat 13 tahun sudah bawak kete wira 1st edition. Sebijik accident yg sama, corner lipat 90 darjah dkt selekoh nak naik ke damansara height pastu langgar divider yg sebijik mcm dlm gambar proton preve accident tempoh hari. Masa naik atas divider tu, nasib baik aku berjaya control kete, tinggal jarak dari kete dgn dinding flyover tu kurang dari 3 kaki... huhuhu.. kalo tak kang jilat dinding lah. Nak sgt kejar civic EF9. Civic tu dah dkt depan, tgk aku terlanggar divider dia pun slow down mcm nak tolong, tapi tak jadi.. sebabnya: Kete aku masih boleh bergerak..


Sebelum cornering, kelajuan kete cecah 120-130km/j. Sampai corner dah tentu slow down pastu terbabas langgar divider.. dan kesannya ke atas wira 1st edition (yg parts nya masih lagi di import dr jepun)... hanya rim kanan sebelah tayar depan saja bengkok. Tie rod ke, steering shaft ke ape ke semua masih ok. Bila dah pakai dlm setahun baru perasan shaft depan sebelah kanan tu bengkok. So, kete masih boleh jalan walaupun rim bengkok, siap gi lepak minum lagi dgn kwn. 


Mmg aku suka dgn wira 1st edition ni. Kuat dan lasak sungguh terutama chassis nya guna yg sama dgn mitsu evo 3 nye. Cuma aku heran mcm mana proton preve siap boleh patah tie rod? Sori, bukan nak mengata psl proton, tapi proton kali ni buatkan aku teruja dgn model Preve ni (sebelum tgk gambar accident tu). Kredit untuk Tuan Zariss.


Ya! Memang tidak dinafikan kenderaan zaman sekarang semakin lama semakin lembut. Macam tin kosong yang dikemekkan dengan kaki, begitulah umapamnya kenderaan zaman sekarang bila bertembung dengan apa-apa objek dalam kemalangan. Mana taknya, banyak kenderaan yang menggunakan besi recon, itulah sebabnya.

Apapun, baru sehari berita mengenai Preve ini tersebar luas, sudah terlalu banyak orang kita yang membuat pelbagai andaian dan spekulasi. Namun, mereka sering kali terlepas pandang dengan kejadian yang serupa terutama bila kejadian tersebut berlaku ke atas kenderaan luar negara.


Seperti gambar di atas ini, gambar sebelah kiri menunjukkan kemalangan Proton Preve yang berlaku di susur kelua Sentul-Lebuhraya DUKE seperti yang saya tuliskan di atas. Kemalangan berlaku semalam (20 April 2012) sekitar jam 4.30 petang. Kereta tersebut dipandu oleh seorang salesman di Sentul dengan kelajuan 120kmj, namun terlanggar divider jalan kemudian melambung dan menyebabkan hentakan yang kuat ke atas lower arm dan tie rod Preve tersebut. Kemalangan tidak ada kena mengena dengan defect parts dari Proton.

Gambar sebelah kanan itu pula menunjukkan sebuah Ferrari F430 yang mengalami kemalangan sama seperti di alami oleh Preve tersebut. Lokasi kemalangan Ferrari ini di Lebuhraya menuju Genting Highlands. Kejadian sekitar jam 10 pagi hari ini (21 April 2012).

Belum pun cukup 24 jam, ALLAH SWT tunjukkan cash kepada kita hakikat cara kita berfikir. Betapa tipikalnya minda kita, menganak tirikan bangsa sendiri. Lebih tipikal lagi bila Proton dijual dengan mahal di Malaysia tetapi harganya jauh murah di luar negara. Mujur Preve diberi pelepasan cukai oleh kerajaan. Bagaimana hendak maju, kalau hal-hal seperti ini berlaku tetapi kita dengan cepat mengeluarkan spekulasi?
Pengajaran: Beli kereta mahal-mahal pun, kalau tak reti bawak kemudian cuai, eksiden juga! Pesanan dari kami, jangan bawa kereta laju-laju ya! :)

P/s: Masih belum terlambat untuk Proton memperbaiki kelemahan yang ada pada Preve! Jangan hampakan rakyat Malaysia!

*Kredit gambar kepada @Maniac, Forum.Lowyat, Apocalypse Community. Kredit berita kepada Tn Zariss, Nescafeais, Hezeri Samsuri@Top Gear dan lain-lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.






Catatan bradokapak,
Sabtu, 6.18 petang, 21 April 2012.

2 comments:

  1. salam ziarah...
    salam sejahtera semua,

    saya jemput tuan empunya blog dan sesiapa jua yang membaca komen ini untuk berkongsi rasa di blog kami tentang apa yang slalu disebut sebagai kepercayaan...dan benar isu ini bukan isu yang sepatutnya kita pandang remeh...apalagi ia berkaitan dengan kepercayaan,pegangan diri kita sendiri...

    saya buka ruang komen sebagai madah perbincangan yang terbuka untuk kita bersilaturrahmi dan juga bertukar2 pendapat demi manfaat diri dan semua...insyaAllah...

    sudilah kiranya tuan empunya blog memberi pendapat di blog kami yang tidak seberapa...

    terima kasih,
    sekian.

    -Annur-

    ReplyDelete
  2. Setiap kejadian ada hikmahnya... jadi lah orang yang yang berfikir... sebab berfikir itu pelita hati...kalau positif fikiran nya...suci lah hati nya selalu...kalau berfikir selalu ke arah negetif... penyakit hati akan menunggu..jadi hati2..

    ReplyDelete