Al-Fatihah Buat Almarhum Guruku


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Bagaikan buih di lautan badai,
Ilmu ditabur akhlak dikalung;
Bagaikan sinaran mentari pagi,
Menabur bakti jasa dikenang...

Maha Suci ALLAH SWT, Tuan Empunya Sekalian Ilmu. Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, sebaik-baik guru dalam alam ini. Salam buat ayah dan ibuku, guru paling mursyid dalam kehidupanku. Juga buat sekalian leluhurku, para tetua, para sesepuh, para tetuan guru, para Masyaikh, para Habaib, para guruku dan semua yang pernah mengajarkan aku walau secebis rasa ingin tahu, walau sepalit rasa ingin kenal. Termasuk semua rakan-rakan fb dan bloggers yang banyak membantu. Setiap titisan ilmu yang kalian tumpahkan padaku, memberi 1001 makna bagiku.

Salam juga buat Atok Zamany, Cikgu Azhar Ali, Tok Man Kelam, Abang Along dan semua yang pernah mengetuk pintu hati ku menuju jalan Ilahi. Paling tidak ku lupa, Salam buat Almarhum Guruku yang sangat dikasihi, Almarhum Tuan Guru Ustaz Ghazali Hasbullah, Darul Atiq. Al-Fatihah ku hadiahkan buatnya, moga-moga ilmu yang ku peroleh darinya akan menjadi pahala yang sentiasa mengalir untuknya. Al-Fatihah lil Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Hasbullah....

Al-Fatihah buatmu guru. Jasamu takkan ku lupa. Pemergianmu amat terasa dihatiku, rindu akan sentuhan qalbu darimu...

Dalam kesempatan yang singkat ini, saya mewakili sekalian warga kerja di blog ini, mengucapkan Selamat Hari Guru 2012 bagi semua guru yang bertebaran di serata alam, buat semua yang pernah mengajar orang lain walau apa jua ilmu yang diajarkannya dan juga buat sekalian insan yang pernah menunjukkan jalan walau  sekecil-kecil jalan kepada orang lain. Tak lupa juga, buat pengalaman-pengalaman dalam diri ini, diri anda, dan diri semua yang diluar sana. Pengalamanlah guru mursyid yang paling hampir dengan kita.

Setiap apa yang kita pelajari bakal berlalu menjadi pengalaman. Setiap yang kita pelajari dan kita amalkan, itu juga menjadi pengalaman. Setiap amalan yang kita amalkan hari ini, menjadi pengalaman bagi kita untuk terus beramal di hari-hari mendatang. Pengalaman, benar-benar mengajar kita erti kehidupan. Mengenal erti kehidupan, bererti mengenal erti kehambaan. Mengenal erti kehambaan, bererti mengenal erti berTuhan. Itulah yang sering disebut-sebut kebanyakan orang bertasauf, "Awaluddin Makrifatullah. Man Arafa Nafsahu fa qad Arafa Rabbahu."

Awal Agama Mengenal Tuhan. Hendak kenal Tuhan, kena kenal diri sendiri.

Sebagai penutup, saya persembahkan beberapa bait dari kalam guruku yang tercinta disini, buat tatapan para pembaca semua...
Cukupkanlah 4 perkara untuk dirimu;
1. Carilah pengalaman untuk dirimu, cukupkanlah ia buat bekalan dihari mendatang.
2. Carilah pengetahuan, yakni ilmu yang bermanfaat untuk kita walau apa jua ilmu tersebut.

3. Carilah amalan dan amalkan, yakni beramal dengan amal yang soleh/solehah.

4. Carilah kitab dan bacalah, yakni kitab yang tiada keraguan padanya iaitu Al-Qur'an.

Terima Kasih Guru ku! Terima Kasih Semua....!

Selamat Hari Guru untuk anda semua.....!



*Baca sebuah kisah mengenai hari guru: Klik sini
*Gambar Selamat Hari Guru di atas dikreditkan kepada blog Hazminhamidun.


Sekian dahulu,
Wassalam.
Gombak, Rabu, 16 Mei 2012, 2:29 pagi.

2 comments:

  1. Al fatihah... dpt juga ambo mengambil mutiara darinya... mendapat ijazah amalan buat arwah ayah bonda pada malam raya daripada almarhum..

    besar sungguh jasanya....

    ReplyDelete
  2. http://www.hishamnazir.net/2010/06/ustaz-ghazali-amanah-zuhudnya-menjadi.html

    ReplyDelete