Gerhana Matahari Cincin, Kedatangan Bulan Rajab & Pengislahan Imam Mahdi



Bismillahirrahmanirrahim.


Demi waktu Dhuha,
Dan malam apabila ia sunyi sepi;
Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci (kepadamu),
Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu ia memberikan perlindungan?
Dan didapatiNYA engkau mencari-cari, lalu IA memberikan petunjuk,
Dan didapatiNYA engkau miskin, lalu IA memberikan kekayaan?
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
Adapun orang yang meminta maka janganlah engkau tengking herdik;
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan sebagai bersyukur kepadaNYA.
(Ad-Dhuha 1 - 11)



Segala Puja dan Puji hanya untuk ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala (SWT), Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu 'Alaihi Wasallam (SAW), penghulu sekalian Nabi dan Rasul serta pelengkap risalah terakhir agama yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada sekalian manusia. Salam buat para Ahlul Bait Rasulullah SAW, seluruh sahabatnya yang benar serta sekalian pewaris Baginda SAW. Al-Fatihah...

Melihatkan gambar di atas ini, sudah pasti ramai yang tahu ia adalah gambar gerhana matahari cincin. Mungkin ramai yang hanya tahu tentang gerhana tersebut, tetapi pasti ada yang tertanya-tanya bilakah ia berlaku dan bila pula gambar di atas ini ditangkap?

Ya, hari ini adalah 1 Rajab 1433 Hijrah bersamaan 22 Mei 2012 (tarikh artikel ini ditulis), dan gerhana seperti yang dapat kita lihat di atas telah berlaku satu hari sebelum tarikh 1 Rajab (21 Mei 2012), atau juga boleh dikatakan berlaku pada malam bulan Rajab. Gerhana ini di istilahkan dalam bahasa falaknya sebagai Gerhana Matahari Cincin atau nama saintifiknya, Annular Solar Eclipse.

Annular Solar Eclipse ini lebih tepat lagi adalah ketika keadaan Matahari, Bulan dan Bumi berada dalam satu garis lurus. Dan ketika kedudukan ini berlaku, saiz Matahari dilihat lebih besar berbanding Bulan kerana jarak Bulan yang lebih dekat dengan Matahari berbanding Bumi, maka terhasil lah imej cahaya yang membentuk seakan-akan cincin. Boleh rujuk gambar berikut...







Gerhana Matahari Cincin yang seterusnya dijangka akan berlaku pada 10 May 2013. Gerhana Cincin ini hanya akan berlaku sekali dalam setahun. Setakat ini, inilah kali pertama gerhana ini berlaku dalam tahun ini. Berbeza pada tahun lepas yang mana terlalu banyak gerhana yang berlaku dalam setahun, disusuli dengan pelbagai bencana alam peringatan dari Tuhan.

Bezanya gerhana tahun ini dengan tahun-tahun sebelum ini adalah, gerhana kali ini jatuh pada malam 1 Rajab 1433 Hijriah. Sebab apa saya katakan ia jatuh pada malam 1 Rajab? Sedangkan ketika ia berlaku belum pun masuk 1 Rajab lagi.

Ketika gerhana berlaku, keadaan bumi akan kelihatan seakan-akan malam. Ya! Malam, itulah petunjuknya. Dalam jangka masa lebih kurang 30 minit itu, pada minit pertengahan, bumi akan kelihatan seakan-akan sedang mengalami malam. Bererti, ketika itu adalah malam kepada 1 Rajab 1433H.

Apa rasionalnya saya kaitkan malam dan tarikh 1 Rajab 1433H??


Ketahuilah bahawa Al-Mahdi akan datang dalam keadaan tiba-tiba. Al-Mahdi akan di Islahkan dalam satu malam... -Mafhum Hadis
Pernah baca mafhum hadis seperti itu?

:)

Ok, sekarang apa pula rasionalnya dengan tarikh 1 Rajab?


Jumaat di bulan Rajab di tahun Syaratan di Sasanakala. Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua... -Bacaan Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT)
Pernah baca kaan tulisan yang terpapar pada BBPT ini? Masih ingat frasa "Jumaat di Bulan Rajab di tahun Syaratan di Sasanakala. Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua." ??

Sudah nampak kaitan dengan 1 malam dan Jumaat di Bulan Rajab? Kalau belum, mari saya tolong tunjukkan sedikit. Rasulullah SAW dan para Itrahnya telah memberitahu kepada kita semua bahawa Imam Mahdi itu akan datang dalam keadaan secara tiba-tiba. Kehadirannya tatkala ummat manusia sedang leka dengan pelbagai perkara, termasuk politik, duniawi dan juga ukhrawi. Kerana apa? Ketika itu ummat sedang leka bertelagah, tetapi bukan hendak mencari jalan penyelesaian terhadap setiap telagahan yang mereka cipta.

Ketika itu ramai ummat manusia yang menyebut-nyebut nama Imam Mahdi. Tetapi, tatkala munculnya Imam Mahdi itu kemudian di baiah dan mengisytiharkan dirinya, maka ramai pula yang menolak. Kerana, manusia yang sedang leka membicarakan sosok tubuh Imam Mahdi, tetapi apa yang mereka dapati adalah sosok yang mereka bicarakan itu sangat bertentangan dengan sosok peribadi yang akan mengisytiharkan dirinya itu nanti. Kerana itu, ada mafhum hadis Baginda Rasulullah SAW yang lain menyatakan bahawa orang yang akan menolak Imam Mahdi itu juga adalah orang yang sering mencari dan menunggu-nunggu kehadirannya termasuk para ulamak dan pengikutnya.

Mengapa ini semua boleh berlaku????? :)

Kita teruskan ke persoalan seterusnya, iaitu kaitan dengan bulan Rajab. Bulan Rajab, seperti yang diketahui umum adalah bulan ALLAH SWT. ShahruLLAH. Dalam bulan ini juga telah berlaku banyak peristiwa besar. Dalam bulan ini juga Baginda Rasulullah SAW telah mengikuti peperangan yang terakhir iaitu Perang Tabuk, yang berlaku pada musim panas pada tahun ke-9 Hijrah.

Pada bulan ini juga berlakunya perpindahan kiblat dari Masjidil Aqsa ke Baitullah Ka'bah di Masjidil Haram As-Syarif, yang peristiwa ini berlaku di Masjid Qiblatain. Dalam bulan ini juga berlakunya peristiwa besar dalam sejarah ummat Islam iaitu berlakunya Israk Mikraj serta turunnya perintah solat 5 waktu. Dalam bulan ini juga berlakunya pembukaan Palestin oleh Salahuddin Al-Ayubi (Pembukaan??? Komplot dengan King Richard).

Dan, dalam bulan ini juga tertulisnya satu piagam berteraskan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW, atau lebih jelas lagi disebut sebagai hukum-hakam Islam yang telah di pahat di atas sebuah batu yang kemudiannya telah di panggil sebagai Batu Bersurat Piagam Terengganu. Pemasyhuran Batu Bersurat ini dikatakan telah berlaku sekitar tahun 702 ke 703 Hijriah bersamaan 1302 - 1303 Masihi oleh sekalian leluhur dan tetua tanah berkat, Nusantara Timur Jauh ini. Ketika itulah, tanah Melayu yang sering kita sebut-sebut ini, telah menerima Islam yang sebenar yang dibawa oleh para Ulamak berketurunan Rasulullah SAW atau lebih tepat lagi disebut sebagai Ahlul Bait Baginda Rasulullah SAW yang Muhaqqiqen sebagai suatu perlembagaan tertinggi untuk sekalian ummat. Ketika itulah, telah lengkapnya perjalanan Gelombang Ke-2 kedatangan para Ahlul Bait Rasulullah SAW ke tanah ini bagi menetapkan bahawa bumi berkah inilah tanah terakhir yang akan membawa semula Islam ke persadanya suatu hari nanti.

Tarikh Batu Bersurat itu ditulis dianggarkan sekitar tarikh 22 Februari 1303M bersamaan 4 Rajab 702H. Andai kata kita kirakan tahun tercatatnya BBPT tersebut dengan tahun yang tertera dalam BBPT tersebut; "Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua" (mentionkan perkataan 702), ini bererti kita sekarang ini sedang berada dalam tahun ke 709 (lebih kurang) setelah berlalunya tarikh pewartaan piagam BBPT tersebut di Terengganu.

Kenapa tahun ini yang terpilih? Kerana, petanda awalnya adalah berlakunya gerhana cincin pada awal bulan Rajab. Dan, tahun ini jugalah antara banyak-banyak tahun yang jatuhnya tarikh 4 Rajab itu pada hari JUMAAT!! Sama seperti apa yang tertera dalam pernyataan BBPT tersebut!

*Mohon maaf andai apa yang saya tulis dilihat seakan-akan mengarut. Sila abaikan jika minda tidak dapat mencerna lagi...*

Jadi, apa maknanya semua ini?????????

Adakah Imam Mahdi akan dibaiah pada tahun ini?????? (Tidak mustahil kerana ALLAH SWT Maha Menghendaki!)

Adakah ramalan Nostradamus dan kaum Mayan yang mengatakan tahun 2012 ini adalah tahun terakhir kehidupan di bumi itu bakal menjadi ramalan yang benar?????? (Ya! Boleh saja ia jadi benar. Kerana, jika dilihat apa yang tersiratnya daripada ramalan Nostradamus dan kaum Mayan ini sebenarnya mereka merujuk kehidupan di bumi itu bakal berakhir bagi orang kafir. Ertinya, kehidupan untuk bersenang lenang sudah hampir ke penghujungnya. Dan, tatkala munculnya Imam Mahdi, bererti itulah tanda bumi ini sudah begitu hampir dengan kiamat dan itu juga tanda orang kafir sudah berada di akhir zaman kegemilangan mereka!!)

Namun, saya tegaskan sekali lagi bahawa SAYA SAMA SEKALI TIDAK TAHU BILAKAH IMAM MAHDI ITU AKAN DIBAIAH. Saya hanya menyatakan apa yang dapat saya baca dan saya kirakan. Boleh jadi apa yang saya catatkan ini betul dan berlaku dengan benar tidak lama lagi. Dan, boleh saja ia tidak berlaku, bahkan boleh saja Imam Mahdi itu akan muncul dalam kadar 5000 tahun yang akan datang. Manusia merancang, ALLAH SWT pun merancang. Dan Rancangan ALLAH lah sebaik-baik perancangan!!

"Dan ALLAH SWT akan memenangkan urusanNYA, tetapi sebahagian besar manusia tidak mengetahuinya." (QS 12: 21)

 :) Bererti, segala apa yang kita rancangkan (sebenarnya lebih tepat jika dikatakan sebagai perkara yang difirasatkan) itu semuanya tertakluk kepada perancangan ALLAH SWT jua. Kerana, ALLAH SWT itu Maha Menghendaki.

Ketahuilah, bahawa Al-Mahdi itu akan muncul dalam keadaan tiba-tiba!



Apapun yang berlaku, kita perlu peka kepada keadaan sekeliling kita. Jangan sampai kita terleka dalam angan-angan yang melalaikan. Jangan sampai kita memandang syurga itu sebagai neraka, neraka itu sebagai syurga. Ketahuilah bahawa hadirnya Dajjal itu akan membawa neraka yang akan diperlihatkan kepada ummat manusia sebagai syurga.

Kenapa ia dikatakan Dajjal? Kenapa ia membawa neraka, tetapi manusia melihatnya sebagai syurga????

Kerana, Dajjal adalah PENIPU!! PENIPU BESAR!!

Tidak ada seorang Nabi pun dari zaman Nabi Adam Alaihis Salam lagi yang tidak menceritakan mengenai bahayanya fitnah Dajjal itu kepada ummatnya! Dan, ketahuilah bahawa DAJJAL ITU TELAH WUJUD SEAWAL ZAMAN NABI IDRIS Alaihis Salam (AS) lagi!!

Dan, tatkala ketika Nabi Musa Alaihis Salam pergi ke Jabal Thur Sina selama 40 hari hendak berkalam dengan Ilahi, maka ketika itulah Dajjal As-Samiriy itu telah mencipta sebuah patung lembu emas yang bisa berkata-kata. Kemudian, ia fatwakan kepada ummat Musa AS, "Inilah Tuhan kalian. Inilah Tuhan yang disembah Musa. Maka sembahlah ia..." Dan, sesungguhnya, DAJJAL itu adalah PENIPU BESAR!

Maka, sekarang ini ketahuilah bahawa kita sudah pun berada dalam zaman Fitnah. Zaman di mana orang akan melihat sesuatu yang HAQ itu sebagai bathil. Dan orang juga akan melihat perkara bathil itu sebagai suatu yang benar. Na'udzubillahi min zaalik. Maka, berbahagialah orang-orang yang asing tatkala majoriti ummat sudah tidak mahu lagi menerima kebenaran dalam Agama ini. Dan, ketahuilah, bahawa tiada agama yang patut dianuti selain Islam, dan telah lengkap Islam itu melengkapi semua agama terdahulu. Dan, ketahuilah juga bahawa kedatangan Imam Mahdi kelak adalah untuk memperbaharui (dengan erti kata lain, memperbetulkan segala kesesatan yang telah banyak berlaku dalam ummat ini) Islam yang ada sekarang. Jangan terperanjat, andai kata kehadiran Imam Mahdi akan menafikan semua kefahaman kita terhadap Islam yang telah lama kita anuti ini! Kerana itulah Imam Mahdi juga digelar sebagai Mujaddid. Dan setiap 100 tahun akan muncul seorang mujaddid, dan mujaddid untuk zaman ini masih belum zahir dirinya. Kita sedang berada dalam tahun ke-33 untuk kurun ke-15.

Maka, untuk itu perlulah kita persiapkan diri kita untuk masa-masa akan datang. Yakni dengan berusaha untuk mentaati segala suruhan ALLAH SWT dan RasulNYA serta meninggalkan segala laranganNYA dan RasulNYA. Kemudian, keluarlah dari rumah-rumah kalian untuk mencari ilmu ALLAH SWT. Sesungguhnya dalam setiap langkah kakimu itu kelak, terkandung di dalamnya Ilmu ALLAH. Carilah ia, berjalanlah kamu di atas muka bumi ini seakan-akan bumi ini sedang dipenuhi ranjau dan duri.

Setelah kita mendapatkan apa yang perlu bagi diri kita dan mencukupkannya, maka berpesan-pesanlah kamu kemada sesama muslim. Pesanlah akan kebaikan dan ingat-mengingatilah kamu sesama sendiri, kerana itulah sebenarnya tugas kita sebagai seorang Khalifah di atas muka bumi ini. Diciptakan kita agar menjadi insan yang taat kepada perintahNYA serta saling memberi peringatan antara sesama muslim. Ingat-mengingati sesama keluarga kita, kemudian rakan-rakan terdekat dan usahalah semampu kita. Moga-moga dengan sekecil-kecil usaha kita akan diterimaNYA dan akan menjadi saksi untuk kita kelak di akhirat, bahawa telah kita sampaikan RisalahNYA pada ummat ini dan telah kita bantu agama ALLAH utk tertegak di muka bumi ini. Bantulah agama ALLAH, ALLAH SWT akan membantu kalian!


Adapun, begitu sahajalah dahulu madah dan makar saya setakat ini. Perbanyakkanlah selawat dan istighfar dalam bulan yang mulia ini. Dan jangan lupa untuk berdoa ke Hadrat ALLAH SWT agar kita dipertemukan dengan bulan yang dinanti-nanti, iaitu Ramadhan, bulan 1001 bulan. Serta, perbanyakkanlah juga syukur kita ke Hadrat Ilahi agar dengan syukur kita itu beroleh keberkatan.


Maha Suci ENGKAU YA ALLAH, serta Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, sekalian ahli Keluarganya dan seluruh pewarisnya. Ya ALLAH, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan. Ya ALLAH, keluarkanlah kami dari kegelapan waham, dan sinarilah kami dengan cahaya kefahaman. Ya ALLAH, tunjukilah kami, akan hamba-hambaMU ini semuanya, ke jalan yang lurus. Jalan yang ENGKAU Redhai dan jalan yang ENGKAU beri nikmat, bukan jalan yang ENGKAU sesatkan. Ya ALLAH, jadikanlah kami semua ini antara para pendukung Imam Mahdi tatkala keMahdiannya telah zahir kelak... Perkenankanlah Ya Rabb!!
 

Andai ada salah dan silap, mohon ditunjukkan serta diperbetulkan, kerana itu semua datangnya dari kelemahan saya sendiri. Andai ada tersalah fakta, mohon diperbetulkan ya.

Salam Rajab 1433H buat sekalian para pembaca setia blog ini! Moga kita semua mendapat Rahmat daripadaNYA!



*Rujukan-rujukan artikel ini;
1. Al-Qur'an Al-Kareem.
2. Hadis serta riwayat dari para Itrah.
3. Bacaan terkini Batu Bersurat Piagam Terengganu bertarikh 19 April 2010.
4. Kitab kehidupan.
5. Pengalaman.
6. Ceritera orang tua-tua.



WAllahuA'lam.
Wassalam.
'bradokapak'
Isnin, 8:11 malam, 1 Rajab 1433H bersamaan 22 Mei 2012.

31 comments:

  1. salam semua terutama tuan rumah...

    "orang berkahwin bertukar cincin,
    orang berkasih bertukar hati..."

    ReplyDelete
  2. Sekurang-kurangnya dengan maklumat seperti ini, kita lebih bersedia dan peka dengan keadaan sekeliling. Terima kasih..=)

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum tuan tanah &sidang pembaca,jenuh(payah) pagi tadi nak baca posting tuan x dpt.Benarlah tiada sebarang kejadian terjadi dgn kebetulan semuanya atas ilmu & perancangan Allah yg maha agung setiap kejadian mengandungi hikmah utk difikirkan sebagai pelajaran.Mohonlah petunjuk & bimbingan Allah dan serahkan bulat2 akan dirimu kepadaNYA nescaya insyaAllah kita akan dipimpin &dituntun ke jalannya jgn berputus asa biarkanlah org lain sebok berebut antah & beras hiruk pikuk dgn cerita ketidakadilan sesungguhnya bersyukurlah kita masih dicukupkan oleh Allah bagi kelangsungan hidup segala petaka & bala yg menimpa, kita kerap menuding jari kpd org lain utk dipersalahkan jarang sekali kita merenung kpd diri kita anak & isteri apa yg telah kita persiapkan utk diri & keluarga ,selesaikah urusan tauhidnya,akhlaqnya,syariatnya.......TIDAK AKAN MULIA BANGSA INI JIKA MENINGGALKAN AGAMANYA

    ReplyDelete
  4. Itu yang hamba risaukan tentang perkara ini..adakah diri hamba termasuk mereka yg menentang Imam Mahdi atau menjadi pengikut Imam Mahdi..mudah mudahan Allah Taala beri petunjuk kepada kita petunjuk yg benar...

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas info...ia mendekatkan diri saya lagi dengan agama dan Allah..syukran

    ReplyDelete
  6. perlu diketahui andai kata kita tidak mempunyai ilmu Al Quran dan Sunnah yg membolehkan kita Furqan (antara yg Haq dan Bathil) maka pasti mudah kita ditipu.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum... terutamanya tuan rumah..

    menarik juga cerita ni...moga2 jadi pengajaran buat semua

    ni ambo nak bercerita pula pasal cincin....
    http://www.anakberingin.blogspot.com/2011/09/cincin-ring.html


    tq

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum..wrt,

    Sebenarnya kita sekarang berada dalam tahun ke-33, abad ke-30 untuk kurun ke-15. Kurun terakhir bagi Ummat Rasulullah s.a.w. hidup di dunia yg fana ini. Wallahu'alam.

    Minda hamba dapat mencerna tulisan tuanhamba.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. bismillahirrahmannirarhim...
    Assalammualaikum...
    ana ingin bertanya... tp lari dari tajuk ckitt..
    mengenai hadith doa bulan rejab tu.. ia berstatus dhaif kan? boleh ke disebar2kan? sebab ana sudah terlanjur menyebarkan hadith ni kpd rakan2... pastu ana kena tegur mengatakan x baik sebarkan hadith berstatus dhaif ini... apa pendapat kalian? risau ana :(

    -HAMBA ALLAH KEKURANGAN ILMU-

    ReplyDelete
  10. Salam kepada semua pembaca;


    Terima kasih kerana sudi membaca disini dan terima kasih juga kerana membetulkan apa yg tersilap. Ya, kita sekarang sedang berada dalam tahun ke-33, abad ke-30 dan kurun ke-15. Dan, Imam untuk kurun ini masih belum muncul untuk membetulkan apa yg telah silap sekian lama. Maka, bersedialah kita, persiapkan diri kita, sanak keluarga dan rakan2 utk menerima dan menyambut kehadirannya kelak. InsyaALLAH, moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang mengikuti kebenaran bersama pemimpin yang benar lagi HAQ.


    Kepada anon di atas saya ini;

    Maaf saudara, hadis dhaif ke hadis sahih ke, sekiranya ia membawa mafhum tentang amal ibadah yang baik dan tidak bercanggah dengan mana-mana syariat, maka boleh kita beramal dengannya. Bahkan, tidak salah utk disebarkan.

    Hadis tersebut belum lagi mencapai taraf bathil, maka tidak salah utk disebarkan. Celakalah orang yang menghalang seseorang lain daripada menyebarkan perkara kebaikan yang tidak bathil.... Semoga kita bukan dari kalangan orang yg celaka.

    Inilah zaman fitnah, akhir zaman. Hadis yg dhaif telah ditukarkan menjadi shahih, yg sahih di tukar menjadi dhaif, bahkan ada yg sudah dijatuhkan hukum sebagai bathil. Apa nak jadi daaa......


    WAllahuA'lam.
    Sekian.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  11. Iskandar BendaharaMay 25, 2012 at 10:06 PM

    Assalammualaikum semua.Semoga berada didalam lindungan ALLAH SWT.
    Artikel yg menarik.diharap dapat menulis lebih banyak lagi ttg Akhir Zaman ini,iaitu masa kita sekarang.semoga ada ilmu2 baru yg dapat dikongsi bersama

    ReplyDelete
  12. assalamu'alaikum tuan rumah & pengikut blog BK..menarik artikel ini cuma aku nak tanya pd tuan BK jika tuan mengalami spt yg aku alami apa pendapat tuan.1 tuan memijak lambang salib kemudian tuan membuka sebatang tunggul besar seraya tunggul tersebut mengucapkan salam...apa maknanya?2:batang tubuh tuan mempunyai tanda sebuah peta M'sia keselatannya tepat di pusat peta singapura &ke utaranya menganjur hingga ke rusia 3:saat tuan berzikir keadaan Islam ditunjukkan spt orang yg sedang mengeliat ada rupa mcm nak bangun atau nak sambung lagi tidurnya....apa pendapat tuan agaknya...bye wassalam &banyak lagi cukuplah yg 3 itu

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikumussalam wbt;

    Kpd Iskandar Bendahara,

    InsyaALLAH akan kami teruskan usaha-usaha seperti ini.


    Kpd Anon May 26,

    Err... setakat pengalaman sy, belum lg mengalami mimpi atau apa2 rasa spt yg anda alami. Dan, maaf sy tak tahu apa petandanya sebab sy bukanlah penafsir yg mahir.

    WAllahuA'lam.

    Sekian,
    Wassalam.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Wrt..

    Penah tak saudara bermimpi apa2 berkaitan berkumpul semula dengan semua keturunan2 asal..Setahu sy,pada mereka2 yang dipilih oleh Allah pada akhir zaman ini,akan dikumpulkan semula bagi tujuan sesuatu.Ianya bukanlah seperti pertubuhan2 seperti sediaada sekarang,dibuat secara lahiriah,tapi berkumpul apabila setiap seorang mendapat alamat masing2 dari Allah..Bukan diajak untuk berkumpul..saudara faham tak maksud sy?kalau saudara ada nak kongsikan sesuatu secara private bleh email sy di dragonflymohd114@gmail.com

    ReplyDelete
  15. ilmu...terima kasih!

    ReplyDelete
  16. assalamu'alaikum wbt,kpd anon 28/5,11.23am teringat aku kata2 almarhum Abah Sepuh ayahanda almarhum Abah Anom ada mengatakan melalui firastnya Islam akan bangkit bermula di negeri Perak,dan menurut kata anak murid almarhum Dato'Latif (Pak Teh)ada mengatakan PBT anak2nya x bersekolah kebangsaan,PBT &ahli keluarganya akan diislahkan oleh Allah dlm satu mlm &lagi PBT asalnya spt manusia biasa juga ..itu kata2 yg dituturkan oleh anak muridnya kpd saya...wallahu'alam.Sudah menjadi kebiasaannya jika kita menyorot kembali sirah biasanya anak2 muda lah yg ramai menyahut seruan Islam mereka ni akan ditarbiah oleh PBT kerana kebolehan yg Allah kurniakan kpd PBT (karomah)mampu mukhasyafah dada anak2 muridnya ibarat sang doktor yg merawat pesakit telah tahu apakah ubatan yg sesuai dgn penyakit yg dideritai pesakitnya begitu jugalah PBT.Nak mencari mereka tidaklah semudah yg dijangka mereka hanya akan zahir apabila kekejaman sampai kemuncaknya.Mereka dalah mujahid atau ahli perang.pernah aku mengalami suara yg berseru'kamu akan memakai jubah kenabian' dan kulihat jubahnya berwarna merah...maaf jgn salah tafsir bukan bermaksud aku adalah PBT jauh sekali.PBT apabila berdoa bergoncang anggota badannya mengalir deras air matanya kerana apa....ia hanya berharap kpd Tuhannya dari yg sekecil2nya apatah lagi yg besar.lagi satu apabila ia mentalqinkan Ikhwannya cukup ia memegang tangan mereka maka berdenyutlah hati yg selama ini keras &bisu menjadi lembut dgn kalimah isbat ALLAHUALLAH jika ada tuan2 berjumpa dgn kaedah talqin sebegitu insyaAllah dialah orang yg dinanti ..wallahu'alam sbg peringatan jgn ini dijadikan hujah cukup sebagai berkongsi pengalaman dari hamba yg paling hina di atas muka bumi Allah wassalam

    ReplyDelete
  17. salam,status blog skrang ni,16066...nombor yg sgt menarik...hehe

    ReplyDelete
  18. sila layari http://www.wargadaulah.blogspot.com/ bagi hamba2 mulia yg mempercayai akan kemunculan imam mahdi......insyallah kita kongsi bersama .... barakallah

    ReplyDelete
  19. Assalamu'alaikum...wrt, Segala mimpi dan segala sesuatu datang kpd setiap makhluk dengan izin Allah swt, jd jika sekiranya sesiapa bermimpi sesuatu yg sukar ditafsir, maka nasihat hamba; serahkan kembali mimpi itu kepada Allah taala, agar Allah yg mentafsirkan dan mentakdirkannya. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, mohon kebaikan dan bimbingan daripada Allah s.w.t. Jdkan segala rahsia yg disingkap Allah taala kepada tuan2 sebagai pedoman dan iktibar untuk diri masing2, tak perlu disebarkan kepada umum. Supaya ia tidak menjadi fitnah atas diri kita dan ummat seluruhnya. Sekarang masa pemilihan dan masa menanti keputusan tanggal tarikh Israk Mikraj setiap tahun...kita sama2 tunggu pada setiap kali bulan ramadhan ada atau tidak tanda2 nya; seperti tersebut dalam hadis. wallahu'alam.
    Sekian wassalam.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.... Besar hajat saya untuk kenali tuan dengan lebih rapat lagi. Tapi macamna yea....

    ReplyDelete
  21. Wa'alaikumussalam wbt.

    Jika tuan ada facebook, boleh add tuan tanah di facebook.

    Facebook: Brado Kapak

    Sekarang ni tuan tanah agak busy, jadi dia kurang menulis di blog. Jadi, pembaca sekalian yg mempunyai facebook boleh mengikuti tulisannya di fb. Di sana beliau lebih kerap update berbanding disini..

    Sekian.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  22. Salam,

    Perpindahan qiblat bukankah berlaku pada 15 shaaban, nisfu shaaban?

    hazbu.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum,

    Amat menarik dan bagus sekali artikel tentang ALMahdi, tapi sebenarnya ramai yang keliru akan tafsirannya.
    Sebenarnya tanda2 itu ialah Pembantu ALMAHDI yang akan muncul dalam tahun ini InsyaAllah dan akan menjadi Raja sebuah Empayar Kerajaan Islam yang luas sepertimana yang disabdakan Rasulullah SAW dalam Hadith2 Baginda SAW.

    Fasa 1 akhirzaman untuk bawa umat Islam kembali Tauhid kepada ALLAH SWT yang sebenar2nya.
    Inilah yang dipanggil Panji Hitam dari Timur/Langkasuka

    ReplyDelete
  24. salam sejahtera buat semua terutama kepada tuan rumah,

    pengumuman,blog 9111tanyasamaituhudhud telah diubah ke teratak yang baru,jemput singgah ya...peace..:)

    ReplyDelete
  25. salamun 'alaikum...

    Bi-ismiiLLAHi, Alhamdu-LILLAH!

    Hari Nahr (Raya Korban) tahun 2012 jatuh pada hari Jum'at 26 0kt, menandakan Haji Akbar 10 Dhulhijjah 1433H.

    Umat Islam takkan hidup melebihi 1500H. Yaumalqiyamat sepatutnya telah berlaku pada 22 Muharram 1431H, tetapi telah ALLAH lanjutkan sehingga 1477H dengan menghentikan As-Sa'ati pada Jam ALLAH di Akhirah...tetapi saat di bumi masih berdetik. Al-Mahdi telah diislahkan dalam satu malam ALLAH pada malam itu juga, 22 Muharram 1431H dan dibai'at oleh Nabi Isa dan Al-Khaidhr pada sebelum subuhnya. Bai'at Suara dari Langit Ke-7 pada 3 Dhulhijjah 1433, maka setiap anak Adam akan mendengar dan memahami "Asmahu si Polan bin si Polan adalah KhalifatuLLAHi Muhammadun 'AbdALLAHu An-Naas Al-ImamMahdi wa Khatamun Rasulin" maka bersujudlah menyebut SubhanALLAH seberapa banyaknya. Tetapi awas! Pada masa sebelum bai'ah dari Langit Ke-7 akan ada bai'ah palsu dari Langit Pertama yang akan dipancarkan oleh Projek Blue Beam dan HAARP...imej wajah Al-Masikh-ud-Dajj'al yang buta Mata Kanannya akan dipancarkan dengan tubuhnya yg amat besar di Langit Pertama dengan kedua belah tangannya berhias gelang besar berkilat menyentuh kita di bumi seraya akan berkata, "Akulah tuhan, maka sembahlah aku!"...lalu sesatlah sesiapa yg menyembahnya. Seterusnya Al-Mahdi akan dibai'ah oleh para Abdaal dan umat Islam pada 10 Dhulhijjah 1433H, antara Rukn dan Maqam 'Ibraahim.

    Tolong sebarkan yaa mukminin wa mukminat..wa salam.

    ReplyDelete
  26. Segalanya adalah hak Allah... Tetapkan iman yakin kita dengan sebenar2nya kpd Allah Ta'ala... Allah Maha Berkuasa mengubah dan melaksanakan sesuatu dengan kehendakNya tanpa sekutu mana2 makhluk.

    Berita yg disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. adalah benar, sebenar-benarnya...

    ReplyDelete
  27. Betul!Imam Mahdi akan muncul secara mengejut. Namanya dengan tiba-tiba menjadi masyhor seluruh dunia hasil liputan media antarabangsa.Beliau tiba-tiba muncul untuk menjatuhkan seorang Raja yang sangat berkuasa yang disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia.Kemunculannya akan terpampang dalam media dunia dengan memakai serban dan jubah,dengan gelaran Imam di hadapan namanya,disambut oleh jutaan penyokongnya,dan mencetuskan fenomena kebangkitan semula Islam ke seluruh dunia.Ramai pihak akan terkejut dan hairan bagaimana seorang lelaki dari zaman silam ini berjaya mengalahkan sebuah kerajaan beraja yang sangat kuat dan disokong oleh kuasa besar dunia!Allah akan memanjangkan umurnya antara 8-10 tahun untuk membolehkannya mengalahkan semua musuh-musuh dalam dan luar negara seterusnya mengasaskan negara teokrasi Islam yang terkuat di dunia.Dalam pada itu,ramai orang Islam yang juga sedang menanti kedatangan Imam Mahdi mengambil sikap memusuhi gerakannya kerana merasakan Islam yang sedang mereka amalkan adalah yang terbaik.Terdapat ramai juga orang Islam akan tersalah anggap atau termakan racun hasil mainan media antarabangsa yang dikuasai Yahudi.Walau bagaimanapun,selepas 10-20 tahun kewafatannya,negara yang diasaskannya akan menjadi kuasa baru dunia yang ditakuti kuasa Barat dan Timur.Pada ketika itu,fokus negara yang diasaskanya ialah menyeru umat Islam seluruh dunia supaya bangkit untuk menghapuskan Israel dan sekutu-sekutunya seterusnya membebaskan Baitul Maqdis.

    ReplyDelete
  28. Saudara yang bakal lahir dalam kalangan manusia di bulan rejab adalah As-sufyani laknatullah...bertaubat lah saudara...saudara boleh menyesatkan orang lain yg tidak punya ilmu seperti saudara..kasihanilah mereka

    ReplyDelete
  29. Saudara yang bakal lahir dalam kalangan manusia di bulan rejab adalah As-sufyani laknatullah...bertaubat lah saudara...saudara boleh menyesatkan orang lain yg tidak punya ilmu seperti saudara..kasihanilah mereka

    ReplyDelete
  30. Nampak seperti brado kapak hanya pandai menulis. Dan tidak pandai membaca.

    ReplyDelete
  31. Nampak seperti brado kapak hanya pandai menulis. Dan tidak pandai membaca.

    ReplyDelete