Aku Indigo - Intro



Aku akan buktikan suatu hari nanti, aku sendiri yang akan memimpin tentera-tentera Islam dari arah Timur menggegarkan Barat sana. Aku akan buktikan yang suatu hari nanti, akulah lelaki pahlawan Melayu yang beragama Islam yang akan menggoncangkan dunia ini!


Intro


"Cikgu nak, kamu berhenti belajar subjek ini. Ini keputusan muktamad cikgu! Jangan sia-siakan masa depan kamu, Faris..."

"Tapi cikgu, saya nak bela...." Belum sempat aku menghabiskan percakapanku, habis aku kena sembur.

"Tak de tapi-tapi. Kamu tak boleh bawa subjek ni. Cikgu cakap berhenti, berhenti lah. Kamu kena dengar cakap cikgu ni. Dah, pergi keluar. Lepas ni jangan masuk kelas cikgu lagi. Esok cikgu bawa kamu jumpa Ustaz Yazid. Nanti cikgu suruh kamu masuk kelas dia. Belajar dengan dia..." Ini jawapan Cikgu Lina sambil memulangkan beberapa helaian kertas jawapan peperiksaan aku yang telah beliau tanda.

Aku melangkah keluar dari kelas tersebut. Sepatutnya hari ini aku duduk bersama rakan-rakan sekelasku untuk meneruskan pelajaran kami bersama-sama. Hanya kerana keputusan ujian pertengahan semester aku yang paling corot dalam kelas tersebut, aku disuruh tukar kelas. Bukan setakat tukar kelas, aku dipaksa untuk menukar kos pengajian aku sekali. Aku juga turut dipaksa untuk menukar bidang yang telah lama aku pilih untuk masa hadapan aku.

Aku tak tahu apa salah aku. Apa yang aku dah buat pada Cikgu Lina? Sehingga tergamak dia menukar kos pengajian dan kelas aku secara paksa. Nak kata aku kacau anak dia dalam kelas yang skema tu, tak ada pun. Nak kata aku ada kurang ajar dengan dia, pun tak ada. Nak kata aku meniru masa exam, lagi lah tak ada. Haih, entah lah cikgu. Takkan lah sebab aku seorang yang dapat markah paling rendah dalam kelas, terus tak dapat belajar dengan dia. Terus kena tukar kos, tukar kelas, tukar bidang segala macam. Baru ujian pertama kot cikgu. Bagilah aku peluang untuk aku buktikan pada cikgu yang aku mampu bawa subjek yang cikgu ajar. Bukannya aku tak buat kerja rumah yang cikgu bagi. Bukannya aku tak dengar arahan cikgu. Bukannya aku melawan cakap cikgu pun. Ponteng kelas jauh sekali. Takkan tak ada maaf bagi aku? Tidur dalam kelas pun tak pernah tau!

Cikgu, sampai hati cikgu buat kat saya macam ni. Habis hancur semua rancangan masa hadapan saya. Habis putus imiginasi saya. Habis luluh angan-angan saya. Tergadai seumur hidup saya. Tapi tak apa cikgu, saya akan buktikan pada cikgu yang saya mampu untuk berjaya! Saya mampu menggapai impian saya tanpa subjek yang cikgu ajar! Saya mampu untuk mencapai cita-cita saya! Cikgu, tunggu...! Getus hati kecilku menggumam sendirian.

Ah.... Persetankan apa yang dia cakap. Dia jeles tengok kebolehan aku tu. Dia tak mahu aku bersaing dengan anak dia lah tu. Sebab tu masa dalam kelas dia malas nak fokus pengajaran dia pada aku. Kalau orang lain yang tanya soalan, bukan main hebat lagi dia jawab. Bila aku tanya, acuh tak acuh je dia jawab. Bila keputusan aku corot masa exam, aku pula kena teruk. Hish! Ini tidak adil...

Subjek dia je kot yang aku tak dapat nak score. Subjek lain semua aku pulun tau. Bahasa Melayu aku, paling tinggi markahnya antara tingkatan tau! Anak cikgu ada? Tak ada kan..... Jeles lah tu. Ceh...

Selamba je hati aku menggumam semasa melangkah keluar dari kelas dia. Aku menggumpal-gumpalkan kertas jawapan peperiksaan aku yang tercatat di atasnya tandatangan Cikgu Lina dengan tulisan "Markah macam ini mahu jadi saintis??" Di atas tulisan tersebut tertera angka 9 diikuti abjad %. Itu tandanya aku hanya berjaya meraih 9% daripada 100% untuk ujian pertengahan semester pertama aku. Itu juga petanda bahawa angan-angan aku untuk menjadi seorang saintis yang boleh membina bom mudah alih pertama di dunia yang akan aku sumbangkan buat para pejuang-pejuang Islam terutama di Palestin dan semua kawasan bergolak, sudah gagal. Itu juga petanda cita-cita aku ingin menguasai bidang fizik dan menjadi seorang saintis yang juga mahir agama kemudian digandingkan dengan teori-teori metafizik, telah punah. Hanya kerana markah subjek Kimia aku yang diajar oleh Cikgu Lina adalah yang paling corot dalam sekolah ketika itu. Orang lain berjaya meraih markah lulus dan ke atas. Kalau ada seorang dua yang gagal pun, semua berjaya memperoleh dua angka macam 10, 11, 12 dan seterusnya. Aku seorang je yang dapat satu angka, 9. Hebat betul!

Setelah puas aku menggumpal-gumpal kertas ujian aku tersebut, cepat-cepat aku campak ke dalam tong sampah. Ah... tak guna semua ini! Tak guna betul. Penat aku bersengkang mata hendak memahami teori-teori kimia dia yang mengarut tu sedangkan ada teori lain yang lebih mudah untuk difahami. Semua kena ikut cakap dia. Apa ingat budak kecil macam aku ni otak tak pandai berfikir ke? Kenapa kita mesti guna teori Atom yang dibawa oleh Bohr tu? Sedangkan kita ada teori atom yang lebih moden? Kenapa kita masih perlu menggunakan teori Na/H = 23? Sedangkan teori tersebut tidak dapat menerangkan percampuran cahaya.

Ah! Pedulikanlah. Aku ni kalau marah pun tak ada siapa yang ambil peduli. Sekarang ni apa yang patut aku buat adalah fikir, macam mana aku nak teruskan cita-cita aku. Macam mana aku nak teruskan usaha aku sampai aku berjaya jadi saintis. Macam mana aku nak teruskan angan-angan aku melipat bumi melalui teori metafizik. Aku nak belajar fizik! Aku nak jadi seorang pakar metafizik. Aku nak buat teori aku sendiri. Bagaimana alam nyata yang kita duduk sekarang ini boleh tidak bertembung dengan alam ghaib yang dipenuhi dengan jin, setan dan iblis itu sedangkan kita berkongsi dunia dan bumi yang sama? Mesti ada teorinya!

Tapi itu lah... Kalau nak belajar semua tu, mesti ambil bidang sains tulen. Tapi sekarang ni aku baru je kena buang dari bidang tu. Kalau setakat belajar dalam bidang sains perakaunan, macam mana nak jadi saintis? Macam mana nak buat teori alam fizik sendiri? Takkan lah belajar kenal jenis-jenis cahaya, kenal jenis-jenis tenaga dan macam-macam perkenalan lagi dalam subjek Sains tu boleh buat aku jadi pakar metafizik? Huh! Nak menghadap nombor-nombor dalam Prinsip Perakaunan lagi lah aku malas! Cikgu Lina ni, nasib baik la dia cikgu. Kalau tak, naya je aku tengking balik.

Faris, apa kata kamu turun bawah sekarang, lepastu kamu pergi kat parking lot. Kamu calarkan je kereta Cikgu Lina tu. Baru padan muka dia! Biar dia rasa macam mana sakitnya hati kau bila kena buang ni. Aik, ada pulak bisikan datang ke minda aku ni. Setan punya syaitan. Tak guna kau menghasut anak Adam yang bermruah macam aku.

Ah, sudahlah. Fikir benda ni panjang-panjang pun tak guna. Baik aku call ayah aku ambil aku balik sekarang. Waktu macam ni mesti dia tengah drive balik dari office dia. Jam baru pukul 5 petang. Nak tunggu van Pak Cik Amran tu, lambat lagi. Pukul 6.30 baru sampai.

"Ayah.... ambil Faris balik sekarang."

"Assalamu'alaikum. Faris, kamu ni kalau ya pun bagilah salam dulu. Ni kenapa nak balik awal pula ni? Bukan ke kamu kata malam tadi, hari ini kamu ada kelas tambahan kimia?"

"Wa'alaikumussalam. Alah, ayah datang je lah ambil Faris. Tak de kelas. Nanti ayah dah datang baru Faris cerita."

"Oh, okay-okay. Kebetulan ayah on the way nak balik ni. Tak apa, kalau macam tu ayah terus ke tempat kamu."

"Okay, Assalamu'alaikum ayah..."

Fuhh... Ngam-ngam duit syiling 20 sen yang aku ada ni. Berguna juga ya 20 sen ni waktu zaman sekolah macam aku. Boleh buat telefon orang tua. 20 sen ni lagi sepuluh tahun nanti, aku pun tak tahu apa jadi pada dia. Entah berapalah nilainya nanti. Mungkin tak bernilai lagi agaknya.

Hmm... Apa lah alasan yang aku nak reka nanti. Mesti ayah aku marah pasal aku kena buang dari kos sains tulen ni. Tu baru ayah aku, tak apa boleh tahan lagi. Ni kalau mama tahu. Lagi parah. Mau satu hari satu malam dia membebel tak sudah-sudah. Kalah pembaca berita tamil, apa nama tu, Karam Sing... Apa tah. Lantak dia lah. Tapi yang paling penting, pujaan hati aku. Macam mana aku nak beritahu dia. Mesti hancur harapan dia nak tengok aku berjaya nanti. Peluang aku nak menjadi suami dia pun mesti berkurang.

Emm... Tapi tak apa. Kalau pujaan hati aku tu senang je nak cakap dengan dia. Aku bagi lah ayat berbunga-bunga sikit, lepastu letak lah cerita pasal keajaiban teori-teori fizik yang aku tahu. Kemudian kaitkan dengan alam ghaib dan letak sedikit dalil-dalil agama. Comfirm dia teruja dengar kata-kata aku. Mesti cari dan jatuh hati punyalah! Sebab dia ada bakal pakwe yang sangat terror dalam bidang sains yang orang lain tak tahu. Cikgu Lina pun aku rasa tak tahu apa yang aku tahu. Itu pasal dia jealous tengok kehebatan aku. Disebabkan aku boleh cipta teori aku yang lebih mudah berbanding teori barat yang dicatatkan dalam buku teks tingakatan 4 tu. Itu yang dia sanggup buang aku sebab kemungkinan besar kredibiliti dia sebagai seorang guru akan terjejas.

Ya lah, mana taknya. Bertahun-tahun dia belajar jauh-jauh ke luar negara sampai dapat macam-macam pangkat dalam bidang kimia, masih tak mampu mencipta teori sendiri dan mencipta apa-apa ujikaji berskala besar sendiri. Balik dari overseas, akhirnya jadi guru di sekolah menengah sahaja. Kasihan kita ditipu barat. Dasar kapitalis...! Kau dah kebas duit bangsa aku. Kau paksa pula bangsa aku ikut cakap kau yang tidak beragama tu! Kemudian kau halang orang-orang bijak macam aku ni untuk buat teori sendiri. Kononnya kalau nak buat teori kena ada Ph.D dulu lah ya? Huh, aku tak heran. Aku akan buktikan suatu hari nanti, aku sendiri yang akan memimpin tentera-tentera Islam dari arah Timur menggegarkan Barat sana. Aku akan buktikan yang suatu hari nanti, akulah lelaki pahlawan Melayu yang beragama Islam yang akan menggoncangkan dunia ini!

Itu janji aku!

Kau ingat tu wahai barat yang keparat!

Aku tak heran lah dengan apa yang kau ada. Apa ingat aku tak mampu ke buat bom mudah alih tu kalau aku tak jadi saintis? Aku akan buat yang lebih hebat dari bom mudah alih tu! Setakat buat bom kemudian beri pada pejuang Palestin, apalah sangat. Baik aku jadi pemimpin pahlawan Islam dan serang terus barat dan yahudi itu. Aku mahu jadi salah seorang yang berusaha untuk membebaskan kota Palestin. Hari ini, petang ini, setelah aku dibuang dari bidang aku, aku berjanji pada diri aku yang aku akan mencari ilmu yang lebih bermakna, ilmu yang lebih berharga daripada ilmu fizik dan kimia yang diajarkan di sekolah ini!

Hari ini dan petang ini juga aku berjanji, kalau aku tak mampu mencipta bom mudah alih tersebut, akulah yang akan menjadi pemimpin tentera Islam dari arah Timur ini membebaskan Jerussalem. Paling tidak pun, aku lah yang akan menggoncangkan dunia ini. Kalaupun umur aku tidak panjang Ya ALLAH, sempatkanlah aku untuk bertemu dengan manusia-manusia pilihanMU agar aku dapat menimba ilmu warisan silam Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW yang telah ENGKAU sembunyikan dalam kalangan hamba-hamba pilihanMU. Moga-moga niat murni aku mahu membantu agama ini, ENGKAU terima Ya ALLAH. Moga-moga niat suci ini tidak pernah terpadam dan lupus dari hati ku. Ya ALLAH, ENGKAU kuatkanlah tubuh badanku untuk menggalas amanah dan janji yang sangat besar ini. Amiin...



Bersambung...


-bradokapak,
3:04 pagi. 7 Februari 2013.


 

11 comments:

  1. ko ade penyakit..penyakit akhir zaman...ramai dah org macam kau aku jumpa...cuma level ko sgt kronik la banding lain..ramai yg dah fikir mcm ko..besepah2..ade kawan aku yg dah jadi gila sebab akhir zaman.

    ReplyDelete
  2. dulu fizik aku dapat 2/100 atau 2% pada ujian kali pertama. kira kamu hebat lagi la dapat 9%...

    saintis... apa yang kamu cerita ni adakah berkaitan dengan sesorang?

    ReplyDelete
  3. Salam semua...


    Kpd Kidxx obito,

    Tunggu sambungannya! :)


    Kpd Anon 9:55 AM,

    Ini bukan penyakit kronik. Tapi cerita yang berlegar di minda saya. Tunggu sahajalah sambungannya nanti. :)


    Kpd Anon 10:28 AM,

    Markah Fizik Faris adalah 28, sedangkan markah Kimia dia yang hanya 9%.


    Okay, insyaALLAH akan disambung lagi artikel ini nanti.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Salam

    belajarlah untuk tidak menjadi kurang ajar..
    biarkanlah orang menghabiskan kata..
    usah mencelah bak kata orang tua..
    bangsa ku..bangkitlah tanpa ada sifat kurang ajarnya..

    ReplyDelete
  5. aku lg indigo nya..
    punya la bersita2 bsar mau amik cos science further study overseas.. tp math aku dpt -2. tau psal apa?
    sebb markah aku 0! 0 shaj smeua salah. dan aku hantar lewat brpa mnit tah yg mana kena deduct 2mark. aleh 2 yg dkejar x dpt yg dkendong keciciran. markah xde hutang plak 2markah.

    tp aku kuatkan smangat. nk jugakk brtahan dlm pure sciece. last2 result spm cam sampah. pdahla exam2 aku sblm2 nya mantap.
    2 mknyanya aku bukan takdir pure scice tu! tp aku x phm2 lg.
    finally bdg ugama jugak aku masuk stlah masa menghukum aku. mmg fmly aku ni fmly agama. aku je x phm2 terlebih creative konon. dah lah!
    buang masa hidop aku je. now aku otw to be an ustaz.. hhuhu.. Allah itu maha mngtahui.
    ya. he knows better than us!

    ReplyDelete
  6. Masalah tak fokus..Kreativiti yg global & spesifik diperlukan kedua2nya utk bjaya mjadi saintis tersohor. Elok masuk bidang perfileman

    ReplyDelete
  7. Tgok tajuk dah tau pasal indigo person@ exceptionally talented n brghtest student@individual...anugerah allah..

    ReplyDelete
  8. Tgok tajuk dah tau pasal indigo person@ exceptionally talented n brghtest student@individual...anugerah allah..

    ReplyDelete
  9. wowbudak ni bukan x bijak dan pandai cuma fokus dia terarah ke arah lain... bile tibe waktunye nanti kesemua ilmu bakal kembali kpd asasnya...saling berkaitan dan menghasilkan jawapan kpd sgala persoalan yg budak ni cari...sedar x sedar dia hanya selangkah kpd jawapn dia...

    ReplyDelete
  10. Bro, citer ni terbaik. cpt sambung..

    - Loqman Hakim -

    ReplyDelete